Halaman

Ahad, 12 Julai 2015

Punca sebenar Melayu serang kedai Cina di Low Yat

Pengunjung di Plaza Low Yat kecoh selepas berlaku pergaduhan antara sekumpulan lelaki dengan pekerja salah sebuah premis di kompleks berkenaan. Selain merakam gambar, mereka yang menyaksikan aksi bergasak turut memuat naik beberapa visual yang kemudian dikongsi di laman sosial. Banyak versi cerita yang disebarkan di media sosial, namun kisah dia yang sebenarnya macam ni.


Versi orang Melayu:
Lelaki Melayu kena tipu dengan penjual HP jenama Oppo di Low Yat. Akibat tidak kepuas hatian, lelaki melayu tersebut panggil geng untuk belasah penjual itu.

Versi orang China:
Lelaki melayu tu kantoi curi phone, lepas tu bawak ke management Low Yat. Hal sudah settle dan suspek pun dah dilepaskan. Akibat tidak kepuasan hati, suspek ajak geng KL Gangster mari ke kedai OPPO dan terus hantam itu olang cina.

Versi orang India:
Itu macam juga bang...

Sentimen kaum dah lama terpendam, dan pergaduhan antara kaum kali ini berpunca dari phone OPPO cap ayam. Apa yang nak ditulis dalam buku sejarah nanti?

Jangan kata abang tak payung...


* * * * * * * * * *

Yang kat atas tu versi komen lawak kat page Sukan Star TV dan Oh! Media. Yang berikut pula versi berita kat Internet:
Pengunjung di Plaza Low Yat kecoh selepas berlaku pergaduhan antara sekumpulan lelaki dengan pekerja salah sebuah premis di kompleks berkenaan.

Selain merakam gambar, mereka yang menyaksikan aksi bergasak turut memuat naik beberapa visual yang kemudian dikongsi di laman sosial, termasuk Siakap Keli.

Sementara itu, Harian Metro Online melaporakan tujuh lelaki menyerang dan merosakkan sebuah kedai telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Low Yat, di sini, 7.50 malam Sabtu.

Sumber polis berkata, suspek memecahkan peralatan di dalam kedai itu selain turut memukul pekerja kedai berkenaan.

Katanya, kerugian dianggarkan lebih RM 70,000. “Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Dalam rakaman yang dimuat naik, ia menunjukkan beberapa lelaki menerpa masuk di sebuah kedai, bertikam lidah dan kemudian disusuli pergaduhan.

Bagaimanapun, reaksi netizen di laman sosial pula berbangga dengan tindakan anak-anak muda Melayu yang dilihat berani menggegarkan Low Yat yang selama ini sering menipu pelanggan mereka.

"Respect! Ada juga anak Melayu yang berani menggegarkan Low Yat yang menjadi sarang penipu bangsa itu!" kata mereka.

Sumber Free Malaysia Today dan Malaysia Networks.

Nak tengok lagi koleksi gambar dan video pergaduhan ini, boleh pergi kat page Oh! Media, Siakap Keli dan Kezoom. Aku tak nak ulas pasal pergaduhan tu sebab biarlah polis dan pihak berkuasa yang buat siasatan lanjut, cuma aku nak ulas sikit pasal Low Yat tu.

1. Nak masuk Low Yat beli barang kena ada ilmu. Kalau nak beli phone, kena ada ilmu pasal phone, kalau nak beli PC, kena ada ilmu pasal PC. Kalau takde ilmu, bawa kawan yang ada ilmu supaya tak kena tipu.

2. Low Yat ni lebih kurang macam Petaling Street jugaklah. Majoriti peniaga adalah orang Cina walaupun terdapat ramai juga pekerja orang Melayu, dan barangan yang dijual tak semestinya ori. Tapi jarang pula pihak berkuasa seperti KPDNKK nak buat siasatan atau serbuan. Bila dah berlaku kes viral macam ni baru lah nak buat siasatan.

3. Bagi aku nak beli PC atau komponen2 komputer bolehlah beli kat Low Yat, tapi untuk telefon bimbit aku tak prefer beli kat Low Yat. Nak kata murah sangat tak jugak, lebih baik aku beli handphone yang ditawar oleh syarikat2 telco seperti Maxis, Celcom dan Digi yang menawarkan telefon pintar dengan harga yang jauh lebih murah jika kita subscribe line postpaid mereka. Phone pun dah tentu original.

Tapi even PC pun sebenarnya aku dah tak beli sangat kat Low Yat sebab terlalu sesak dan susah untuk aku pergi. Aku lebih prefer cari je kat kedai2 komputer kat The Mines atau promosi dan sale2 kat Internet.

4. Nak kata semua Cina tu penipu dan teruk, tak jugak. Aku selalu juga beli phone kat sebuah kedai Cina kat The Mines, Serdang. Satu sebab dia dah baik dengan aku, satu lagi sebab dia ajar tips macam2 pasal phone, satu lagi dia boleh offer harga yang murah, satu lagi after sales service dia pun bagus. Keyword dia kat sini, jadikan peniaga itu kawan anda.

5. Kawan aku pernah kena tipu juga beli phone kat Low Yat. Bila balik rumah check rupa2nya phone yang dia beli tak ori. Pergi balik kedai nak tukar phone atau refund tapi tak dapat. Dia tak puas hati, tapi dia takde la panggil geng pergi langgar kedai tu. Yelah kalau langgar pun mungkin popular sehari dua dan diangkat jadi wira Melayu kat Internet, lepas tu kena denda kena hukuman, terpaksa la tanggung seorang diri.

Apa yang dia buat, dia buat aduan kat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) untuk menuntut haknya sebagai pengguna. Perbicaraan kes berlanjutan sehingga beberapa bulan, tapi akhirnya dia menang dan peniaga terpaksa membayar semula duit dia.

6. Bila berlaku kes pergaduhan macam ni, terus hantam kaum. Yang Melayu terus menyokong pembeli Melayu secara membabi buta, yang Cina terus menyokong peniaga Cina secara membuta tuli, padahal korang takde pun kat situ, malah bukan berkawan pun dengan diorang, so macam mana korang boleh terus jatuhkan hukum siapa yang bersalah? Biarlah pihak berkuasa yang buat kerja diorang.

Tapi yang lagi best, tak guna pun letak pak guard kat situ, sekadar tengok je tak boleh buat apa2 pun. Dah la security guard pun warga asing, nak harapkan diorang jaga keselamatan dan keamanan pusat membeli belah memang tak lah.

7. Ada yang menganjurkan kempen supaya orang Melayu boikot Low Yat. Terpulanglah nak boikot atau tidak, itu hak kita sebagai pengguna, cuma aku memang dah lama tak pergi Low Yat sebab serabut. Kalau sekadar nak beli phone, PC, aksesori komputer atau game console, kat The Mines pun OK.

Sekian.

Baca kesinambungan entry ini di sini - Tragedi Low Yat: Jangan bakar lagi api perkauman.



tags: punca sebenar pergaduhan gaduh langgar rusuhan melayu kedai cina oppo di low yat plaza viral video gambar koleksi cerita kisah siasatan kpdnkk polis

26 ulasan:

  1. TTPM dulu ada janji semua kes pengguna akan diselesaikan dlm masa 15 hari.
    Tapi kalau kau kata kena tunggu berbulan2 tu, rasanya diorang dah lupa janji diorang kot...

    Dari dulu lg aku blacklist low yatt ni, sbb awal2 dulu lagi aku dah kena tipu masa beli laptop.
    Tapi itulah, rasanya salah aku sebab tak ada ilmu masa nak beli.

    BalasPadam
  2. Aku kalau turun kl kadang kadang ada jugak singgah ly. Itu pun saja cuci mata servey toys dan barang pc. Tapi lebih prefer digital mall ss14. Lagi pun kedai kedai hardware di lowyat adalah kedai yang sama di digital mall. Now dah tak stay kl. Beli online jerlah. Btw apa ko cakap pasal ilmu tu aku setuju sangat2. Nak buat apa pun kena ada ilmu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa elok perincikan sikit pasal "kena ada ilmu" yu. Ilmu yg bagaimana? Penipuan berbagai2 bentuk boleh terjadi oleh para peniaga tanpa kira kaum.

      Aku baru beli Wish recond 2013. Masa gi tengok dan setuju rege. Aku snap gambar siap2 keliling kereta termasuk yg bawah enjin dan bawah bhg belakang tayar spare. Proses ambil masa 30 hari. Ada mcm2 accessories aku tambah dan kene tambah duit la. Leather seat, tinted, security cobra connex, crystal coating, tukar set gps dan boh no plet cantek sket serta alarm. Ada lagi..x tersenarai kat sini. Aku mmg tau sumer bende ni sbb abg aku pun bukak kedai pomen dan jual kete seken. Ilmu jual kete tu, dah 15 tahun dok main ngan jual dan reper kete..alih2 lps balik rumah, tayar spare hilang sekali dgn bracket (beli balik dgn kos 1.3k), battery cikai kong dan spare key xder. Ini Rahman Brothers bro (siap ada surau dlm ofis lagi tu). Aku x marahkan melayu. Tapi aku mmg bengan sbb taruk accessories tu dah untung gila dah. Tayar spare pun nak kebas!!!! Mmg celaka sungguh. Bila aku tanya balik, derang kata mmg xder tayar spare. Aku cakap aku snap gambar. Nanti aku cari gambar utk buktikan. Berkelahi riuh pulak pasal tayar ni sbb mmg susah dpt walau kat kedai potong. Spare key, 10 bulan baru dpt immobilizer dia. Tu pun jenuh wasap dan sales tu bengkek giler walau kita minta dgn lembut.

      Ilmu walau apapun.. kene tipu tu tetap kena jugak. Inikan beli komputer kat LY.

      Padam
    2. kan noob dah ulas kat atas tu. nak beli hp ada ilmu/info tentang hp, nak beli pc/hardware pc ada ilmu pc, nak beli kereta baru/2nd/reckon macam kamu pun kena ada ilmu. if kena tipu, scalp even kita dah prepare dengan some knowledge, anggaplah u r unlucky and proceed to the next step report kepada pihak berkenaan such the management yang jual barang tu, or terus ke TPPM, PKDNK, PDRM whichever is relevant.

      Padam
    3. Ada org kata..klau kita kena tipu atau apa2 berkaitan yg menyebabkn duit berkurang...ada la sebahagian rezeki kita yg x berkat...so renung2kn n perbanyakkan zakat n sedekah.

      Padam
    4. ayam oh ayam. dah org tu ditimpa musibah kene tipu cmtu, bole lak kau assume dia x byr zakat atau kurang berzakat. kau kenal die pn x. meleis sejati kau nie, patut tukar je id kau ke ayam meleis, bukan ayam afrika.

      nanti kalau rumah kau kne pecah masuk pencuri ke, bini kau kne ragut dgn mat motor ke, kete kau kne pecah ke, kau gi buat report ke polis. skali polis ckp kat kau hurmm ade la sebhgian rezeki encik yg x berkat tu, so renung2kn n bnykkan zakat n sedekah. agak2 kau rasa ape ek ayam meleis?

      Padam
    5. Betul jugak cakap anon ni...aku rasa ayat ayam Afrika ni mcm kurang sopan.....patutnya 'kalau kita kena tipu atau ada apa2 yg menyebabkan duit kita berkurang itu maksudnya duit tu bukan rezeki kita'. Pegang la duit byk mana pun kalau bukan rezeki kita, memang xkan jadi rezeki kita.

      Contohnya kalau kita dah beli nasi ayam tiba2 plastik tu bocor habis tumpah semua nasi tu....maksudnya bukan rezeki kita la tu....

      Tak pun kalau kita pergi beli topup yg suruh bg nombor tu. Tapi kita tersalah bg no. kat kedai topup tu...topup masuk kt no org lain. xde rezeki kita la tu tp tu rezki org lain.

      Apepun komen ayam Afrika still ada nasihat dia. Yg penting kena byk sedekah lagi2 di bulan Ramadhan ni.

      Padam
    6. Sorry kalau ada antara anda yg terasa komen sy...papepun pernah terjadi pd sy...kena accident kecil smpi bumper depan jahanam, ada sekali hp x smpi 2 kali hilang kena curi x smpi 6 bulan...lpas dgr nasihat kwn sy (syeikh), kdg sy terfikir balik yg ada bulan sy x bayar zakat more 3 months, ada masa claim millage lebih...maybe something in return akan ambil dr sy. Tp sy akui x semestinya satu musibah sbb x sedekah atau zakat, ada kala mmg ujian nak diberi sbb setiap kesusahan ada kesenangan di hujungnya jika kita sabar n redha.

      Tp still konsep sedekah n zakat dpt elakkan bala n musibah yg kita x jangka. nasihat yg sy smpikm bukan sy utk kita semua, tp termasuk diri sy sekali.

      Padam
  3. beli je kat lain... xyahh gi low yatt :)

    BalasPadam
  4. Pasal isi gaduh low yatt...sy xnk komem sgt sbb byk version. Benda yg boleh dipercaya ialah polis report...2 je, bukan info dr blog ataupun surat khabar sekalipun. Zaman skrg byr org suka sensasikn cite supaya dpt LIKE lebih, penuh traffic blog, laku muka depan surat khabar tp info sebenar still x 100% betul.

    Pasal brg IT n gadget, mcm noob ckp jgn gi terus beli tanpa buat research dulu ori n x ori. Nak selamat gi direct kat main distributor..biar mahal sikit janji puas hati. Pasal isu melayu n cina ni...sbnrnya byk org Melayu senang kena tipu sbb mereka x suka buat research..org cina selalu buat research sebelum beli apa2...sbb 2 jrg kena tipu. Mmg kdgkala sakit hati ditipu peniaga Cina tp lagi sakit hati ditipu kaum sendiri. Lg better tertipu harga mahal dr tertipu kualiti, n tertipu kualiti byk berlaku kat sebahagian org melayu...tp bukan semua. Peniaga Melayu yg jujur selalunya solat 5 waktu dia jaga...ustaz sy cakap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kau ni ayam, kalau komen mmg x sah kalau kau x ulang balik je ayat penulis blog ni kan? kau x rase mcm retarded ke gaya kau ni? serius annoying..

      Padam
    2. As long admin noob x rasa annoying..sy still komen je. Ada masa sy sokong, ada masa sy bangkang...klau noob rasa annoying, maybe dah lama dia remove comment sy.

      Sy pun ada kala x beberapa suka certain komen dlm BO dr anon laim...so just keep quiet n move on. X perlu n debate klau x perlu..semua org ada pendapat masing2.

      Sepanjang 3-4 tahun sy menjadi pengomen tegar kat BO, anda org pertama tegur komen sy annoying...haha, pelik kan??

      Padam
    3. Ye ke pertama? Hurmmmm...

      Padam
    4. Ada 1-2 entry sebelum ni komen yg hmpir sama..x pasti org yg sama atau x sbb xde nickname sbb anon kat situ. Papepun salam perkenalan....

      Padam
  5. aku berharap agar peristiwa 13 akan berulang, halau cina. Bunuh je semua cina dapig. Lama2 membiak buat susah juga. Mula-mula jual handphone tipu lepas ni apa pula puak ni nak tipu tak lama lagi agama, bangsa dan kedaulatan umat islam habis diorang gugat.


    BalasPadam
    Balasan
    1. Yelah.... paling utama sekali hapuskan sekolah cina. Tempat pembiakan cina lahanat yang kurang ajar...

      Padam
  6. Cina kat low yat ni kalau dah tawar menawar tapi tak jadi beli.. kena pukul la jawabnya..

    BalasPadam
  7. Aku kalau g low yatt ni kalau nak beli aksesori laptop/pc je. Kalau phone tu aku datang low yatt utk usha2 je sambil survey harga...

    apepun nak bali brg2 gadget ni aku akan research dulu,tgk review semua baru la decide pergi beli. Kurang sikit possibility kena tipu sebab dah tau pros n cons barang tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy just suka low yatt sbb hmpir semua service center kat situ, dan itulah tempat yg terdekat...cuma menyampah gi sana sbb hard to access especially weekdays. Selalu gi weekend je..bila perlu gi sana.

      Pasal hp klau nk selamat gi main distributor....ada kat semua shopping mall. Cuma accssories sana byk pilihan mcm casing, power bank, tempered glass. So ada gi sana beli hp, pas2 beli accessories yg fav kat sana, puas hati.

      Pasal pc..org selalu ckp better gi masa PC fair je. Hari lain hampir sama kat semua tmpt...cuma pilihan accessories PC mmg bersepah kat sana. Still pengetahuan ori x ori kena tau sebelum beli x kira apa brang pun kat LY.

      Padam
  8. Cina kencing melayu xleh biar. Yes im agree..
    Tapi bila najib kencing melayu kenapa xnak merusuh. Minyak naik, gst, 1mdb, . .. Oh gua lupa najib org melayu. Aku rela di kencingi kaum sendiri asalkan cina xkencing aku wakaaka ..

    Las aku p lowyatt tahun 2010 aku bli gps. Gps aku sampai skrg still function. Now aku x pergi lowyatt .. Bapak jauh nak pegi .. .

    Mlm ni diorg berkumpul lg dkt low yatt .. Buat solat terawih dkt situ. Mengumpul pahala disaat2 akhir .. Mlm lailatul qadar

    BalasPadam
  9. Hehehehe... sama la, teman pun lama sangat dah tap pegi ke Low Yat tu... Last time teman beli printer jer... itu jenuh bersesak dengan jemm dan pelanggan yang ada kat situ... setuju dengan admin, tempat lain lebih bagus untuk membeli HP atau pun barangan komputer...

    BalasPadam
  10. Aku setuju dgn tengah malam. Klu korg nak tau bngsa pling lakhant baca bawah dan please tolong la sedar.

    Ahmad Said asked ...

    UMNO had ruled Msia for 57 years and still crying to safeguard Malay special rights ... Malays under threat ... Malays living under poverty etc etc.

    He asks .... for 57 years, UMNO ruled the country, Islam is National religion, what had UMNO been doing if Malaysia and Islam is under threat?

    He said the facts are:-

    1) Malaysia has 9 Sultans and a king and they are Malays.

    2) PM & DPM, holding Malaysia's topmost powerful posts are Malays.

    3) Since 1974, Minister of Finance is always a Malay.

    4) Other than Penang, all CMs & MBs are Malays.

    5) Majority of Federal Ministers are Malays, and influential and crucial Ministries are headed by Malays.

    6) Out of 222 MPs, more than 50% are Malays.

    7) More than 93% of Gov't Depts, from lowest to highest posts, are Malays.

    8) NEP was designed and implemented for Malays.

    9) 80% of Uni quota are reserved for Malays.

    10) Special discount for house and stocks purchase are for Malays.

    11) Top posts in all sectors and branches of the Armed Forces and Police are held by Malays.

    12) GLCs are controlled and run by Malays.

    He asks just how could the Malays (who are already in absolute control of all the crucial institutions and pillars of political, economic, and societal life) be threatened, and are facing the danger of being harmed and ousted by the minority races ?

    It is actually UMNO leaders & their cronies who -- with their never-ending greed -- continue to bully & lie to Malays by blaming the Chinese and Indians, and making them as scapegoats.

    Ahmad Said urges Malays to wake up and see the evil intentions of UMNO Warlords.
    Pls fwd to friends & groups.

    BalasPadam
  11. Aku beli barang kat LY sekali jer kot. Itupun beli kamera untuk opis. Stail peniaga LY sama macam Petaling Street punya.

    Kalau aku nak beli hp, aku ke SS15 jer. Susah sikitlah kena beratur dan tak boleh pilih-pilih semua, tapi sekurang-kurangnya aku dapat hp ori.

    Kat The Mines pon boleh jer dapat barang pc semua tu.

    BalasPadam
  12. aku tak penah pg pun plaza low yatt...sekadar singgah kat low yat.com tu pernah la..tu pun x beli pape pun

    BalasPadam
  13. benda yang jelas tentang peristiwa low yatt ni ialah rusuhan kaum boleh terjadi dengan serendah harga smartphone small budget dan kawasan ni di lindungi oleh gangster..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.