Halaman

Ahad, 26 Julai 2015

Bani Melayu yang menolak ilmu sains dan teknlogi

Pada minggu lepas, sebuah kapal angkasa Amerika Syarikat (AS) akhirnya berjaya melengkapkan misi ke planet paling jauh di sistem suria iaitu Pluto selepas menempuh perjalanan selama sembilan tahun enam bulan dengan jarak sejauh 4.8 bilion kilometer.

Detik bersejarah itu disaksikan beratus-ratus pegawai NASA, wartawan dan peminat Pluto di Makmal Fizik Universiti Johns Hopkins apabila kapal angkasa New Horizons memberi isyarat radio dan imej planet berkenaan tepat pada pukul 7.49 pagi waktu tempatan.


Kapal New Horizons yang dilancarkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) melepasi planet yang dikelilingi lima bulan itu, sekali gus melengkapkan misi agensi berkenaan untuk meneroka angkasa lepas.

Pegawai NASA yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pentadbiran sains, John Grunsfeld berkata, kejayaan tersebut merupakan pencapaian paling besar dalam sejarah manusia dalam penerokaan angkasa lepas.

Menurut beliau, New Horizons dijangka meneruskan pemantauan planet Pluto selama beberapa jam selepas satelit bersaiz piano itu menghampiri planet berkenaan pada jarak 12,472 kilometer.

Bagaimanapun, kapal angkasa berkenaan tidak dilengkapi sistem brek dan akan kekal di orbit Pluto kerana ia direka khas untuk menjalankan misi pemantauan berbanding kapal angkasa Voyagers yang dikhususkan bagi misi penerokaan.

Pengurus operasi misi itu, Alice Bowman dalam kenyataannya berkata, New Horizons masih berdepan tugas penting untuk membawa pulang maklumat tersebut ke bumi memandangkan ia boleh musnah akibat terlanggar serpihan batu di angkasa.

“Saya berasa gementar dengan misi ini tetapi masih yakin dengan kemampuan New Horizons untuk sampai ke Pluto bagi mengumpul data,” katanya.

Kapal angkasa itu akan mengambil masa kira-kira 16 bulan untuk menghantar semua gambar dan data yang dikumpulkan ketika mengelilingi Pluto.

Sumber Utusan Malaysia.


Di kala negara US dan negara2 maju lain berbangga dan meraikan kejayaan dan pencapaian manusia dalam ilmu sains dan teknologi ini, terdapat suara2 negatif daripada segelintir orang2 Melayu di media sosial yang menolak ilmu sains dan teknologi angkasa ini atas alasan agama seperti yang dilaporkan dalam laporan The Malay Mail Online berikut:
The conflict between science and religion took centre stage earlier today, as readers of Utusan Malaysia took to the Malay daily’s Facebook page to duke it out over whether or not yesterday’s news of a NASA probe reaching Pluto was true.

Proclamations that NASA’s announcement was “poyo”, a Malay slang word for stupid, was a recurring theme on the comments section of Utusan Online’s snapshot of its page that carried the story, with some even claiming that the footage from the New Horizons probe was simply made using a green screen.

“Mdarat di bulan pn tipu ,ni kan pluto,” wrote one Facebook user who went by the name AntiPilak Iju.

(They lied about landing on the moon, what more pluto.)

Another Facebook user by the name of Hairul Hilman went on a lengthy tirade against the US and science, arguing that the only reference needed is the Quran which details seven layers of the sky that are guarded by angels that do not eat or sleep.

He added that the Americans’ claim of having reached Pluto cannot be trusted as even the Russians and Chinese with “more advanced technology” are nowhere near achieving such a feat.

Facebook user Uchiha Fiq questioned how it is even possible for the NASA probe to have reached the furthest end of the solar system.

“Pluto tu berjuta2 kilometer maybe bilion kilometer,bersamaan 10 ribu tahun cahaya,mustahil.maaf silap.sempena hari raya ni minta maaf la oi,” he said.

(Pluto is millions of kilometres maybe billions of kilometres, equivalent to 10 thousand light years, impossible.I’m sorry it’s a mistake. In conjunction with hari raya just apologise.)

There were, however, many on the thread who hit back at the naysayers, with some even taking the trouble to correct some of the claims made.

Uchiha Fiq’s post alone drew 39 replies, most of which listed out facts and explanations on calculating the distance between Earth and Pluto to disprove his claim that it spans 10,000 light years.

Others either drew conclusions that the comments slamming the US and NASA as liars is a result of lack of learning, or chose to poke fun at the whole situation.

“This is why we cant be a developed country,” wrote Afif Rais.

Navah Ruban posted; “Lol NASA Penipu? Poyo? Rip brains”

(Lol Nasa Liar? Stupid? Rip Brains)

“Orang yang malas belajar, Tak minat sains, Mereka inilah yang melariskan pasaran ubat ajaib, Ditipu, Kerana kebodohan itu modalnya penindas,” wrote Fahmi Mustaffa.

(Those who are lazy to learn, Not interested in science, They are the ones who buy out the market for miracle drugs, Cheated, Because stupidity is the capital of the oppressor.)

NASA’s New Horizons probe made its closest approach to Pluto on Tuesday, 10 years after it was launched on the mission.

The US space agency is now working on conducting a series of experiments to study the planet’s atmosphere and photograph its night-side using light reflected off its primary moon Charon, according to newswire Reuters.

It will take about 16 months for New Horizons to transmit back all the thousands of images and measurements taken during its pass by Pluto. By then, the spacecraft will have travelled even deeper into the Kuiper Belt, heading for a possible follow-on mission to one of Pluto’s cousins.

Sumber The Malay Mail Online.

Berikut adalah antara komen bani Melayu yang menolak ilmu sains angkasa ini kerana dikatakan bercanggah dengan Islam dan Al-Quran.

Sumber gambar.

Ini adalah sebab kenapa bani2 meleis susah nak maju2 dalam bidang sains dan teknologi kerana ramai di antara mereka yang menolak ilmu sains dan teknologi terutama dalam bidang perubatan dan astronomi malah menganggap semua ilmu2 sains tersebut adalah agenda Yahudi, kafir, freemason, illuminati dan sebagainya, sedangkan mereka sendiri tidak pernah belajar dan mendalami cabang  ilmu tersebut.

Tidak dinafikan di dalam Al-Quran sendiri ada banyak ilmu pengetahuan termasuk juga ilmu sains, namun ia hanya pengenalan dan panduan kepada kita, seterusnya terpulang kepada kita untuk meneroka dan mendalami ilmu pengetahuan itu sendiri.

Adakah hanya kerana formula matematik, peta geografi, formula mengira pecutan, rumusan kimia dan algoritma pengaturcaraan komputer tiada dalam Al-Quran maka kita perlu menolak semua ilmu2 ini?

Kenapa bani meleis susah nak faham yang ilmu sains ini juga adalah merupakan ilmu dari Allah s.w.t. Ia adalah ilmu Tuhan yang memerlukan umat manusia mencari, mendalami dan meneroka sendiri menerusi pembelajaran, kajian, eksperimen, pembuktian dan penciptaan.

Kalau bukan kerana ilmu perubatan moden yang kita ada sekarang, tak mungkin kadar kematian akibat pelbagai penyakit dan kemalangan dapat dikurangkan.

Malah dalam Islam juga ilmu astronomi banyak digunakan untuk menetapkan kalendar Islam, waktu solat dan sebagainya, malah ia turut membantu dalam pelayaran dan kajian cuaca.

Kalau kau menolak ilmu astronomi, mesti kau ingat bumi kita bukan berbentuk sfera tapi flat.

Benar ustaz itu tinggi ilmu agamanya, tapi tak semua benda kau kena tanya ustaz.

Nak tanya pasal ilmu matematik, takkan tanya ustaz? Mesti kau akan tanya pakar matematik.
Nak tanya pasal ilmu fizik, takkan tanya ustaz? Mesti kau akan tanya saintis fizik.
Nak tanya pasal ilmu kimia, takkan tanya ustaz? Mesti kau akan tanya ahli kimia.
Nak tanya pasal ilmu kejuruteraan, takkan tanya ustaz? Mesti kau tanya jurutera.
Nak tanya pasal ilmu komputer, takkan tanya ustaz? Mesti kau tanya orang IT.
Nak tanya pasal ilmu automotif, takkan tanya ustaz? Mesti kau tanya mekanik.

Dah tu kenapa bila tiba ilmu astronomi dan juga ilmu perubatan, kau tak tanya ahli astronomi dan juga doktor perubatan?

Lepas tu mahu pula percaya separuh2. Teknologi Internet seperti Facebook yang pengasasnya orang Yahudi tak mahu pula tolak. Telefon pintar yang dicipta barat tak mahu pula tolak. Teknologi pengangkutan seperti kereta dan kapal terbang tak mahu pula tolak walau bukan dicipta oleh orang Islam. Makanan2 tambahan seperti vitamin dan lain2 yang dijual melalui skim MLM tak mahu pula tolak walaupun ia dihasilkan dengan ilmu sains.

Bila rasa ada kepentingan dengan diri sendiri, boleh pula terima. Bila tengok orang lain mampu bina roket pergi ke angkasa, tolak pula sebab rasa takde kepentingan dan tahu yang dia tak mampu pun nak bina roket untuk terbang setinggi 10 meter.

Setiap bidang kepakaran ada ahlinya, so ada apa2 berkaitan suatu2 bidang tu rujuklah kepada yang ahlinya, bukan semuanya dok bantai tanya ustaz. Malah ustaz itu sendiri ada kepakaran masing2 dalam bidang agama seperti bidang feqah, hadis, pengajian Al-Quran, sejarah Islam, kewangan Islam dan lain2 lagi, so bila nak tanya pasal kewangan Islam kenalah juga rujuk kepada ustaz pakar kewangan Islam, kalau rujuk pada ustaz feqah bukan tak boleh cuma kurang sesuai kerana ia bukan bidang kepakarannya.

Kalau ustaz tahu semua benda, tak payahlah suruh orang Melayu belajar tinggi2 dan cari ilmu pengetahuan lain yang Tuhan bagi kat dunia ni untuk jadi doktor, jurutera, ahli sains dan sebagainya, suruh je semua orang jadi ustaz. Dah tu korang tak nak percaya sangat pada orang lain, hanya nak percaya ustaz je.




tags: ilmu sains teknologi pengetahuan dari tuhan kaji belajar eksperimen pembuktian kapal angkasa new horizon nasa sampai planet pluto rakam gambar perubatan rawatan doktor moden anti vaksin

13 ulasan:

  1. yg sembang kata baca Al-Quran saja sah penipu ni sebb dlm Al-Quran dah sebut benda2 psl sains, Burung terbang, Awan turunkan hujan dan beberapa lagi ak lupa senang citer tanya ustaz yang kaji hal sains dan Al-quran memang ad citer psl planet2 dll cuma melayu pemalas tu yang buat islam kat malaysia ni nmpk teruk orang india cina pun makin kebelakang jauh lagi x fhm islam.. bodo punya melayu toktok kentut sorok sket kat muka anon legaaaa bak hang~

    BalasPadam
  2. uish..jauh betul ek.. 9 tahun perjalanan..wuishh

    BalasPadam
  3. Minat juga Kadang2 tu tgk citer sains fiksyen

    BalasPadam
  4. Ko pula apa usaha ko dlm sains teknologi maklumat ni yer encik noob

    BalasPadam
    Balasan
    1. Usaha aku adalah dengan mengaplikasikan ilmu sains dan teknologi yang aku belajar terutama dalam bidang teknologi perkomputeran untuk memastikan pelanggan dan kakitangan syarikat aku mendapat perkhidmatan yang terbaik. Selain itu aku juga berusaha untuk mengaplikasikan teknologi maklumat dengan create blog ini untuk menulis buah fikiran aku. Lain2 lagi tak perlu aku cerita lagi.

      Padam
  5. Kembara luar biasa.
    -apiapi-

    BalasPadam
  6. Aku pelik jenis orang macam ni, yg tolak sains bulat-bulat ni dan pilih agama semata-mata...
    WHY NOT BOTH?
    Kenapa tak kaji Al-Quran dan dlm masa sama kaitkan dgn sains?
    Kenapa kena tolak satu untuk pilih satu lagi?
    Bila kata dlm Al-Quran ada 7 lapisan langit, diorang ingat lapisan tu mcam lapis-lapis kuih lapis Sarawak ke?

    Betul kata Will Smith.
    Zaman dulu orang pun bodoh jugak, tapi bodoh diam-diam.
    Zaman sekarang orang bodoh jugak, tapi bodoh terang-terangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang takleh cakap ngan dorang ni dorang 'speshal' sikit

      Padam
  7. Yang kate bace Al Quran tu da pandai sangat kot... membaca Al Quran tapi tak memahami.. memahami pun nak dgn ilmu...

    Kita pun tahu Allah turunkan Kitab untuk kita berfikir.. bukan telan2 bulat2...

    BalasPadam
  8. Ade pulak nak samakan penerokaan angkasa dengan israk mikraj yer... Sebab tu dalam Islam digalakkan menuntut ilmu sehingga akhir hayat, ilmu tu tak akan habis.

    BalasPadam
  9. Sedih gak laaa ada orang gini. Agak2 dia tahu tak Amerika dah hantar Voyagers 1 dan Voyager 2 untuk misi Interstellar selama 37 tahun dari tahun 1977 dan sampai sekarang masih lagi beroperasi?

    Dalam Al-Quran pun ada terangkan pasal bidang astronomi/falak sains tu semua. Cuma ia sebagai panduan. Ilmu tersebut kena kaji dan cari. #facepalm

    BalasPadam
  10. ape plak malsysia x maju.. kita dah pon cipta kit penghalau hantu.

    BalasPadam
  11. wahai bani melayu. cuba pahamkan elok2.ni salah paham je memanjang. kaji la dulu. bani2 ni la yg rosakkan melaju.fikiran jumut teruk.sekian -dr al-changhat -

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.