Halaman

Selasa, 7 Julai 2015

Robot gergasi US dan Jepun bakal bertarung

Pertandingan robot memang merupakan suatu yang sangat digemari oleh peminat2 robot di seluruh dunia. Sebelum ini sudah ada banyak pertandingan robotik dianjurkan di seluruh dunia seperti pertarungan robot, perlawanan sukan, tarian dan sebagainya dalam saiz dan scale robot yang kecil. Namun sehingga kini para peminat robot masih mengimpikan pertarungan robot bersaiz gergasi seperti yang banyak ditonton dalam filem, drama dan siri2 animasi sains fiksyen.

Kini, nampaknya penantian tersebut bakal berakhir dengan pertarungan di antara robot gergasi dari US iaitu Megabots dengan robot gergasi dari Jepun iaitu Kuratas pasti akan membuatkan para peminat teknologi dan robot  nerdgasm!


Orang Jepun memang sukakan mecha iaitu mesin atau robot yang dikawal manusia. Dari siri anime berkaitan robot seperti Gundam sehingga kepada penghasilan humanoid robot2 di dunia nyata seperti Asimo. Pada tahun 2012, Jepun mula membina robot gergasi yang boleh dipandu dan dikawal oleh manusia dari dalam yang dinamakan sebagai Kuratas, dibina oleh syarikat Suidobashi Heavy Industry.


Baru2 ini juga, negara US juga yang merupakan sebuah negara yang berteknologi tinggi dalam bidang robotik telah membangunkan mecha mereka sendiri iaitu Megabots dan telah berjaya menghasilkan sebuah prototaip iaitu Mk. II.


Minggu lepas, pembina mecha US ini telah menghantar cabaran kepada pembina robot Jepun untuk bertarung dalam perlawanan robot gergasi.


Tak lama kemudian, pembina mecha Jepun yang rasa tercabar kerana menganggap robot gergasi adalah sebahagian daripada budaya Jepun telah menerima cabaran tersebut dan menyatakan yang mereka perlu bertarung tanpa senjata secara melee, yakni hand-to-hand fight.


Perkembangan ini telah menggemparkan peminat sains dan teknologi seluruh dunia. Ramai yang sudah tidak sabar dengan pertarungan masa hadapan ini yang dijadualkan akan berlangsung pada Jun 2016.

Nampaknya semua siri2 sains fiksyen seperti Gundam, Terminator, Macross, Evangelion, Pacific Rim dan Real Steel bukan lagi mustahil!


Tapi..

Kenapa kebanyakan benda yang hebat dan canggih mesti datang dari negara US dan Jepun?
Kenapa?
Kenapa???????

Universiti2 kita sudah patut mula buat kajian dan bina robot kita sendiri, bukannya cipta rekod logo donut dan dodol terbesar!

Kita perlukan robot!

Kalau susah sangat ambil sahaja teknologi robot dari negara China lepas tu rebrand semula dengan nama Robot 1Malaysia, habis cerita.




tags: kuratas vs megabots mk i ii tech robot fight japan us jepun amerika mecha suidobashi heavy industry price harga robotik teknologi pertarungan lawan melee hand-to-hand combat perlawanan gaduh

16 ulasan:

  1. Kerana universiti tidak mengambil otaku sebagai pelajar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol, no need otaku to build a robot. mostly otaku end user customer. the real thing came from the engineer.

      btw nama robot dari US ironik sangat sebab dah diguna di japan. megabot? MK-II? why not guna baymax?

      Padam
  2. kita dah ada boboboi....Real Steel Real Deal....

    BalasPadam
  3. Kalau dlm cite Pacific Rim..sure Malaysia xde Jaeger (Robot) sendiri......haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. malaysia sore loser. kalau ada pun robot cam ayam china brand rebranding to perkasa robot 1malaysia atau singkatanya PERABOTim

      Padam
  4. malaysia nak bina robot, main mercun pun putus tangan kejadah apa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen atas ni mmg mcm haram... tp itulah kenyataan. ;p

      Padam
    2. Haha.. mengkala buat robot..abes berkecai masjid2 dan bangunan sebelah..

      lawak la baca pasal logik malay ni..semoga kita selalu bahagia dgn logik2 malay ni.. baru meriah

      Padam
    3. orang cina sambut cny main mercun tak kudung tangan, orang meleis sambut raya main mercun tangan kudung ceder parah.

      Padam
    4. org cina main mercun tak kudung tangan pasal skil tu diwarisi!!!

      Padam
  5. Macam mana Malaysia nak ada robot sendiri,
    student engineering semua sibuk dekat media sosial drpd duduk di makmal berfikir :p

    BalasPadam
  6. Buat benda yang lebih berfaedah la. Tanam padi satu pokok kuar 1 tan beras ke, ayam menetas terus boleh sembelih ke, minyak dari air ke. Jangan dok halau jin guna air mineral jer.

    BalasPadam
  7. Maria Ozawa naik Kuratas. Wowwi..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.