Halaman

Sabtu, 15 Ogos 2015

Gembirakan pasangan dengan minat dan kegemarannya

Seorang isteri membuat cupcake kegemarannya lalu diberikan kepada suaminya untuk rasa.

"Sedap tak bang?"

"Sedap. Pandai sayang buat," puji suaminya.

Isteri tersebut gembira kerana suaminya memuji cupcakenya. Merasakan suaminya suka akan cupcake buatannya, dia telah membuat lebih banyak cupcake untuk suaminya.

Namun setelah beberapa hari, dia melihat cupcake2nya tidak berapa nak luak. Daripada 10 cupcake yang dia buat, masih ada 8 lagi dalam peti sejuk. Dia merasa agak kecewa kerana suaminya tidak menghabiskan cupcakenya dan merasakan suaminya seolah2 tidak menghargai masakannya.


"Abang, penat je saya buat cupcake banyak2 untuk abang, tapi abang tak makan pun."

"Abang dah makan dah dua ketul tu." ujar suaminya.

"2 ketul je? Kenapa tak makan banyak2 dan habiskan je semua terus?" tanya sang isteri.

"Abang tak larat nak makan semua, lagipun abang kan tak minat sangat makan cupcake." balas suaminya.

"Habis tu hari tu saya tanya sedap ke tak, abang jawab sedap? Sekarang tak minat pulak?" tanya lagi si isteri.

"Yalah, sayang tanya sedap ke tak, abang jawab la sedap sebab memang sedap, cuma cupcake tu bukan kegemaran abang." terang suaminya.


* * * * * * * * * *

Seorang suami ingin membelikan hadiah kepada isterinya sempena hari ulangtahun perkahwinan, lalu dia membeli sebuah tablet PC yang dia sendiri suka.

Ketika dia memberi hadiah tersebut kepada isterinya, isterinya gembira tapi kurang teruja.

Suaminya bertanya, "Awak tak suka ke hadiah ni?"

"Eh takdelah, saya suka. Terima kasih abang." jawab isterinya.

Setelah beberapa lama, isterinya jarang menggunakannya tablet PC tersebut malah selalu dibiarkan sahaja di dalam laci. Memandangkan isterinya tidak selalu menggunakannya, maka sang suamilah yang selalu menggunakan tablet PC tersebut termasuk anak2 mereka.

Suatu masa, suami tersebut bertanya kepada isterinya, "Saya tengok awak jarang pakai tablet PC tu, awak tak suka ke sebenarnya?"

"Bukan saya tak suka cuma saya memang kurang minat benda2 gajet ni, lagipun saya mana pandai sangat bab2 IT ni." jawab isterinya.


* * * * * * * * * *

Jika kita nak buat sesuatu untuk pasangan atau bagi hadiah untuk menggembirakan mereka, buatlah atau bagilah sesuatu yang pasangan itu suka dan minat, bukan sesuatu yang kita sendiri minat. Kita nak gembirakan hati kita sendiri atau mereka?

Jika kita buat sesuatu yang mereka sendiri tidak minat, macam mana kita nak dapat penghargaan seperti mana yang kita harapkan? Cuba kita buat atau bagi sesuatu yang pasangan kita suka, pasti kita akan dapat rasa perbezaannya.

Kalau tak tahu apa kegemaran mereka dan apa benda yang mereka suka atau minat, tanya mereka. Mereka pasangan kita, kita patut sudah tahu apa yang mereka suka, dan kalau tak tahu, boleh sahaja kita ambil tahu tanpa sebarang masalah.

Kenali pasangan anda, fahami pasangan anda, terima pasangan anda, bukan mengubah pasangan mengikut acuan anda agar dia jadi orang lain.


tags: gunakan minat kegemaran kesukaan pasangan untuk gembirakan ambil hati mereka suami isteri rumahtangga bagi hadiah masakan masak hargai tips panduan cara teknik

14 ulasan:

  1. Slm. PON ko takda matriks ke guidelines pasal ni. Memang susah nak bila dah lama bersama. Kekadang bagi sebab perlu bagi bukan sebab nak bagi.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Matriks macam mana?
      Memang susah nak bagi apa?
      Tak faham huhu

      Padam
    2. Dah lama bersama la patutnya tahu apa minat pasangan, kalau bagi sebab perlu tu bukan sebab nak gembirakan hati dia tapi nak gembirakan hati kau,

      isteri aku suka tudung, aku beli tudung banyak2 kat dia walaupun nisbah tak masuk akal dengan baju dia yang ada,

      just my experience..

      Padam
    3. Nob, Totol tu ckp ko xde pengalaman nk ckp bab suami isteri ni. (Matriks mcm mn? )
      Mmg susah nk FAHAM bila dh lama bersama (trtinggal prkataan faham tu..)

      Padam
    4. anon 9:52

      totol tu tanya, ko takda matriks ke guidelines psl ni, sbb tu dia letak 'ke', dia lupa nk letak tanda soal.. lgpun aku tak caya noob xde pengalaman.. aku rasa noob dh kawin sbb dia byk tulis entry psl rumahtangga cuma dia xbgtau org je.. kan noob??

      Padam
  2. Betul la tu.
    cupcake sedap. cuma bkn kegemaran.
    Ini yg jd masalah. Ckup lah makan 2 shj.

    BalasPadam
  3. Slm. Semua kat atas betul. Matriks Noob... Cam pilih laptop. Tanda tu pilih ni... Option ni kuar option ni hilang. Bro byk beli tudung... Tang yg camtu yg aku taknak. Membazir je.. Baik sedeqah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Totol, kau ni dah khawin ke belum? ko tak baca ke tajuk artikel ni? 'gembirakan pasangan dengan minat dan kegemarannya'. ko mesti tak faham isi hati perempuan kan, tudung tu bagi perempuan umpama koleksi yang disimpan umpama lelaki yang suka kumpul jam, ayat 'baik sedekah' kau tu macam sengal, kalau orang tu minat kumpul cawan/ model kereta/ parang/ pasu takkan nak sedekah jugak? apasal kau tak sedekah je semua barang yang kau tak guna dalam rumah, rugi siapa jadi pasangan kau

      Padam
    2. setuju ngan tanpa nama yg selalunya ak x setuju bodo totol ni, nak sedekah ko sedekah la benda penerima tu suka tu la yang terbaik ni ko pergi sedekah tudung kat penerima lelaki apa kejadahnya bodoz!? bodos tul

      Padam
  4. salam...sy tersenyum je bace entry ni..btw mcm terkena jgk kt sy..opss sy blm kahwin..tp hr tu ade beberapa org bg hadiah birthday kt sy..tp sy tak bole nk pakai sgt..huhuhu

    BalasPadam
  5. Slm. Memang rugi jadi bini aku tapi nak buat buat camana dah masuk 15 thn kawin; sebab tu aku ckp susah nak bagi hadiah yg mengembirakan pasangan.. Tak membazir dan takyah jawab dalam kubur. Tu je. Sedekah barang kat umah tak elok bagi yg baru lagi baik. Lagipun dah 15-20 tahun kawin takkan tudung je ko bagi... Kalu jam byk2 boleh gak bagi kat orang.. Boleh jual balik. Tudung saji lagi bernilai sebenarnya.

    BalasPadam
  6. bagi sesuatu yg dia suka akan membuatkan dia lebih menghargai kita

    BalasPadam
  7. Utk laki..nk senangkan hati dia senang je..makan dan ehem2

    Utk ppuan, mmg listnya pnjg tp berubah mengikut masa...so pndi2 laki nk utamakn mana yg patut. Tp klau nk senang cite. ..bg je mesin atm, sure happy je klau mampu

    BalasPadam
  8. bagi pasangan kita apa yg dia 'perlu', bkn apa yg dia 'minat'...

    'perlu' itu memerlukan kita faham keperluan pasangan kita... selalunya pasangan kita tak terfikir pun dia perlukan benda yg kita bagi...

    kalau bagi pasangan kita apa yg dia 'minat', dia akan minat benda yg dia 'minat' itu lebih drpd diri kita,,,

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.