Halaman

Isnin, 7 September 2015

Bagi perumpamaan untuk lebih faham dan hadam

Selalu kalau kita mahu menjelaskan atau memberi jawapan terhadap sesuatu persoalan, ada orang jarang atau sukar nak faham akan penjelasan kita itu, kerana mereka tidak merasai atau berada di dalam kasut seseorang untuk memahami penjelasan tersebut. Sebab itu kita perlu membuat atau memberi suatu perumpamaan, cerita atau contoh terhadap jawapan2 kita agar ia lebih difahami dan dirasai oleh orang lain.


Seperti contoh:

1. Ramai orang lelaki yang melayan buruk dan tidak menghormati maruah kaum wanita. Bila kita jelaskan kepada orang lelaki yang mereka perlu menghormati dan memberi layanan baik terhadap kaum wanita, mereka sukar nak faham.

Oleh itu, kita boleh bagi perumpamaan kepada kaum lelaki yang "Mereka perlu memberi layanan baik dan menghormati maruah kaum wanita seperti mana kamu mahu ayah kamu memberi layanan baik terhadap ibu kamu dan seperti mana kamu mahu orang lain menghormati maruah adik perempuan kamu", dengan itu mesej itu pasti lebih dirasai oleh mereka.


2. Ada orang yang merasakan hukuman bunuh atau sebat terhadap perogol itu kejam. Malah kepada orang yang bukan Islam, jika kita bagi dalil agama pun mereka tidak akan faham dan menerima malah masih merasakan hukuman tersebut kejam.

Maka kita boleh bagi perumpamaan kepada mereka seperti "Jika emak atau adik perempuan kamu yang dirogol, dan perogol tersebut ada di depan kamu, adakah kamu akan berdiam diri atau kamu mahu bunuh dan pukul perogol yang telah merogol ahli keluarga kamu itu?" Dengan itu mereka pasti akan faham kenapa hukuman bunuh dan sebat itu wajar kerana kita letakkan mereka di dalam situasi tersebut.


3. Ramai orang tak faham bila kita beritahu keburukan isu plagiat dan mengambil kredit atas hasil usaha orang lain dengan memberi alasan seperti "Benda baik tak kisahlah siapa yang buat", "Dah boleh download free kenapa nak kena beli?", "Kalau tak suka kena plagiat janganla hasilkan apa2" dan sebagainya. Mereka biasa tak faham sebab mereka sendiri tak pernah hasilkan apa2 dan bukan benda milik mereka yang kena rembat.

Dengan memberi perumpamaan, walaupun hanya perumpamaan yang mudah, kita boleh buatkan mereka faham hanya dengan meletakkan mereka ke dalam kasut mangsa. Bagi mereka suatu gambaran seperti berikut:
Kau ada suatu idea yang hebat. Kau beritahu idea kau kat bos untuk dibincangkan.

Dalam mesyuarat dengan pihak atasan, bos kau dengan selamba badaknya cakap idea tu adalah idea dia, dan dia mendapat semua penghargaan atas idea kau.

Bila kau sakit hati dan kecewa, ada pula kawan-kawan kau cakap, "Benda bagus apa salahnya dikongsi", "Kalau tak nak orang curi idea kau, jangan fikirkan apa-apa idea" dan sebagainya.

Adakah kau rasa...
A. Nak pijak-pijak muka bos kau dengan kawan-kawan kau sekali?
B. Tak kisah dan rela orang lain mendapat penghargaan atas idea kau.

Kalau kau tak kisah, mungkin sama ada kau ni bodoh sebab rela diri kau dipergunakan oleh orang lain, atau intelektual level kau sama macam kawan-kawan kau tu yang takde apa-apa idea pun yang mampu difikirkan, atau pun mentaliti level kau sama dengan bos kau tu yang suka mengambil kesempatan dan menerima penghargaan atas idea dan hasil usaha orang lain.


4. Ada orang yang hidupnya tak pernah susah dari kecil, yang dibesarkan dalam keluarga yang kaya, yang makan tengaharinya di Starbucks dan makan malamnya di TGI Fridays, apabila kita bercerita mengenai masalah harga barang, rumah, tol dan kos sara hidup yang semakin meningkat, mereka sukar nak faham dan rasa itu bukan satu masalah kerana bagi mereka masalah2 itu bukan masalah bagi mereka. Mereka tidak pernah merasa masalah2 tersebut sepanjang kehidupan mereka.

Sebab itu untuk bagi mereka lebih faham, kena bagi perumpamaan seperti "Kau lahir2 dari perut ibu orang kaya, orang senang memanglah tak rasa. Cuba kau lahir dari perut ibu orang miskin, atau perut ibu tak sah nikah dan buang kau kat tong sampah, atau ibu seorang Bangladesh, yang jangan kata Starbucks, nak makan roti kering pun susah nak dapat, aku yakin pandangan kau akan berbeza dari apa yang kau rasa sekarang."


5. Ada seorang kawan yang suka hisap rokok dan vape di tempat awam, bila kau tegur dan beritahu dia keburukan rokok atau kepentingan orang sekeliling, dia akan cakap "Asap rokok je pun tak mati pun orang hidu" atau "Asap vape ni bukan asap la, ini cuma wap, takde masalah pun kalau orang lain sedut".

Sekali lagi, kena bagi perumpamaan untuk bagi dia lebih faham dengan mengatakan, "Tak payah asap rokok atau wap vape la, kalau tengah2 aku bercakap sekali sekala aku hembus nafas berbau aku kat muka kau, kau marah tak? Itu bukan asap pun cuma nafas aku sahaja." Dengan itu mereka pasti akan lebih hadam nasihat kau itu.

* * * * * * * * * *

Itu antara contoh teknik membuat perumpamaan untuk memberi lebih kefahaman terhadap suatu isu dan perkara sebab orang sekarang ni kebanyakannya bukan yang jenis faham bahasa. Ramai orang yang kurang rasa simpati dan empati, kurang nilai intelektual dan otak mereka terlalu lembab untuk memproses ayat2 yang mudah. Mereka hanya akan faham kalau kita buat perumpamaan dengan meletakkan diri mereka dalam situasi tersebut yang walaupun kadangkala menyakitkan hati tapi terpaksa juga dilakukan agar ia sampai tertusuk dalam hati mereka untuk dihadamkan.
“Always put yourself in others' shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurts the other person, too.”

― Rachel Grady

Tapi kalau kita dah bagi perumpamaan pun mereka masih gagal nak hadam, move on. Jangan buang masa layan orang bodoh sombong. Langsung tak berbaloi. Not worth at all.



tags: buat bagi beri perumpamaan contoh kisah cerita nasihat pengajaran motivasi letak diri dalam kasut orang lain rasa perasaan

11 ulasan:

  1. #tagged fb si pelagiat dan macai2nya yg tak tahu malu tu

    BalasPadam
  2. Kalau takda perumpamaan ni umpama baca buku text tanpa berguru

    BalasPadam
  3. aku suka yang part hembus nafas berbau tu..aku ingat pasni aku nak praktikkan kat sesape yang merokok/vape kat tempat orang ramai.aku pedulik hape!

    BalasPadam
  4. Mmg kena bagi perumpaan sikit utk manusia separuh masak sekrg ni. Tp ada jgk yg tak faham dan tak reti. Bengap semulajadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lol bengap semulajadi xD. Maknanya dia dicipta utk jadi bengap?

      Padam
    2. x dia bengapkan untuk kesenangan dia sendiri bukan diciptakan untuk bengap selamanya

      Padam
  5. Setuju dgn artikel ni. Semua org tau kondem je..tapi kita x tahu pun situasi org yg terkena tu macam mana. Semua org x sama situasi hidup dia. Makanya, keperitan berkenaan sesuatu isu tu mesti la lain orang lain rasa
    perit dia.

    BalasPadam
  6. Salam sehati serasuah wal derma 2.6

    1.Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Maksudnya seperti tenaga pengajar tak pernah naik pentas kecemerlangan atau skor spm hatta upsr cabok sekalipun menjadi tenaga pengajar.

    2. Seperti tikus membaiki labu maksudnya sudahlah tak tahu ajar ajaran sesat pula seperti tenaga pengajar tak pernah skor upsr - spm memberi tips jawab periksa.

    3. Guru kencing berdiri murid kencing berlari maksudnya guru asignment upah orang, plagiat dan ramai-ramai jumpa lecturer minta kasi lulus anak muridnya walaupun bertitle ustaz tak rasa bersalah curi buah fikiran orang lain untuk mendapat nama dan pujian.

    KEDEPAN ( spm 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil, 0A buruh , pembantu rumah dan pekerja am ) Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.Heee

    BalasPadam
  7. Konsep ini hanya boleh digunapakai jika seseorang itu ......tidak penting diri sendiri n less ego...klau x mmg buat sati benda ikut hati dia je betul. Sy bnyk guna teori ni utk memahami org lain n cara mereka bertindak. ..walaupun nmpk tindakan mereka agak keterlaluan, tp jika anda di tempat mereka, anda maybe buat bnda sama or lagi up...

    Nak mencari perbezaan org lain sgt senang..tp nak cari kesamaan supaya boleh bertindak lebih matang mmg sukar

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.