Halaman

Ahad, 4 Oktober 2015

Jualan murah dan wanita berpisah tiada

Jualan murah dan wanita berpisah tiada... bukan semua wanita ya, tapi kebiasaannya wanita akan jadi panik, kurang pertimbangan dan sukar mengawal diri bila terdengar atau tertengok iklan "jualan murah", "sales", "promosi", "low price" dan yang sewaktu dengannya. Lelaki ada juga, tapi bab2 shopping ni wanita lagi juara.


Jualan RM15 Vincci Warehouse menjadi trending apabila gambar-gambar telatah orang ramai dimuat naik di media sosial.

Apa yang menarik perhatian adalah gambar seorang wanita yang disifatkan 'gigih' oleh netizens sehingga sanggup memanjat dinding untuk masuk ke lokasi jualan.

Orang ramai dikatakan menunggu sejak pagi lagi untuk membeli kasut di jualan tersebut.  Namun kebanyakan peminat Vincci hampa apabila mereka tidak dibenarkan masuk sekaligus ke dalam tapak jualan.

Lebih memilukan, jualan pada hari esok dan lusa juga dibatalkan oleh pihak Vincci atas sebab keselamatan.

Lagi berita, gambar dan video di Siakap Keli, Astro Awani dan Ohbulan!







Ha ha ha...

No komen.




tags: jualan gudang kasut warehouse sale sales vincci rempuh pagar wanita perempuan panjat pagar tembok batal sesak ramai penuh komik snk attack of titan soundtrack opening theme lagu

20 ulasan:

  1. aku sentiasa naik semangat tiap kali dgr lagu opening attack on titan mcm dlm kartun atas

    BalasPadam
  2. vincci je pon...ahahahaah memalukan lah

    BalasPadam
  3. Ini menunjukkan warga Malaysia tidak terkesan dengan GST dan kenaikan harga minyak petrol.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bongok. sebab terkesanla diorang serbu time sale. kl orang senang boleh shopping bila2 masa xpayah tunggu sale

      Padam
    2. tula pasal. disebabkan terkesanla dorang jadik smpai cmni. kalo ada sale barangan ruuncit, agaknya lagi dasat sebab tu barang keperluan.
      ape ke bangang jebon.

      Padam
  4. Hahahahaha....
    Perempuan bunyi je ada SALE..semua histeria..wakakakaka

    Follow blog AlongMisuari

    Artikel TERBARU AM
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1K Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
    Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)

    HOT ITEM..
    LeoRa For Men
    LeoRa For Women

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    BalasPadam
  5. X de maruah dan bodoh? panjat pagar dan makcik tido kaki lima kemaruk tudung amat memalukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha takkan makcik2 n kaum perempuan je kena? kalo tgk kt luar negara pn, dorang pn beratur smpai bermalam luar kedai sumer sbb nk tunggu gadget iphone n console game baru kuar. tak usah cakap dorang bodo. duit dorang nk beli barang tu, lantak la. janji jangan buat huru hara susahkan orang awam.

      Padam
  6. Reference Attack on Titan memang TERBAIK!
    Hahahaha

    BalasPadam
  7. Salam SatuMDB

    Punya la pelik. Barang RM15 panjat pagar. Tudung RM400 sanggup beratur. Keduburan apa nie?

    KEBELAKANG
    (KEmbalikan BErak MeLAlui KANGkangan)
    Musnah Tandas Duduk

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pelik pn. sebab barang murah akan cepat habis so orang mmg rebut merebut. barang mahal orang berpikir dua tiga kali sblm decide nk beli.

      Padam
  8. biasa la keadaan mmg cmni kalo ada sale, kt memane pn sama, laki pmpuan pn sama ikut barang faveret memasing. cuma akan ada la adengan2 cmni menyelit.. panjat memanjat, tolak menolak. bagi aku kesian tgk dorang, agaknya mmg desperate nk beli. yerla, dh nama pn sale kan. kalo dpt bli barang berjenama yg murah (walopun mybe tak ori) best gak skali skala.

    BalasPadam
  9. ni mesti puak2 yang sama yang sanggup tidor kat kali lima semata2 nak beli tudung ada awning.

    BalasPadam
  10. taktik nak barang jualan cepat habis, mulo2 letak harga mahal pastu umum sale 90% discount...laku punya....

    BalasPadam
  11. Vincci? Ingatkan VL atau Prada.....dulu ada jualan Adidas harga super clearance, bukak 10am-10pm..smpi sana pukul 8pm x benar masuk pulak, last call 7.30pm sbb terlampau ramai org, kena limit pelanggan nak masuk, pada masa sama sy redah jem masuk KL 1j30m semata2 nak pergi usha...tp xde la nak panjat tembok n beratur bagai.

    Lama x komen kat BO, sibuk memanjang.

    BalasPadam
  12. adidas? eerrmmmm...

    BalasPadam
  13. aku bukan nak jadi manusia rasis di sini tapi dari pemerhatian aku, kebanyakkan nya adalah awnaita indonesia. entahlah kenpa tapi jenama Vincci ni satu jenama yg sgt digemari oleh wanita indonesia. dari pemerhatian aku je laa sbbnya tiap kali aku pergi merayau ke kedai vincci mesti ada je wanita indon beli kasut, bukan sepasang tapi berpasang-pasang. so bayangkan lah bila Vincci buat sale gitu....

    selamat aku tak minatk jenama vincci ni..

    BalasPadam
  14. selamat tak tergolong pompuan shopaholic -w-

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.