Halaman

Ahad, 4 Oktober 2015

Kenangan lama itu seperti mimpi yang amat panjang

Masa itu berlalu dengan begitu pantas sehingga membuatkan memori dan kenangan lama itu terasa seperti sebuah mimpi yang amat panjang.

Keluarga, kawan, guru dan sesiapa sahaja insan yang kita kenal pernah banyak kali hadir dan pergi sepanjang kehidupan kita. Ada juga insan yang paling dekat dengan kita pada suatu ketika dahulu kini sudah tidak lagi serapat dahulu malah mungkin sudah tidak lagi berhubung dan berbual kerana telah begitu lama dipisahkan oleh jarak, masa dan haluan hidup yang berbeza.

Jika anda diberi peluang untuk berbual di bangku ini selama 1 jam bersama seseorang yang pernah wujud dalam hidup anda pada suatu masa dahulu atau pada masa sekarang, siapakah orangnya?


Kongsikan entry ini dengan ahli keluarga anda, saudara mara, rakan2 sekolah rendah, rakan sekolah menengah, rakan sekelas, setaman, sepermainan sewaktu kecil, sekolej, sekuliah, seuniversiti, seasrama, sebilik, bekas atau yang masih menjadi rakan sekerja, ex-girlfriend dan sesiapa sahaja insan yang pernah wujud dalam kehidupan anda jika mereka masih ada.

Beritahu mereka yang anda masih ingat akan memori dan tidak lupa akan saat indah anda bersama mereka walaupun ia hanya tinggal kenangan dan mungkin tidak akan dapat diulang kembali.



tags: empty bench quote bangku kerusi kosong berbual rakan kawan sahabat keluarga adik beradik ibu bapa lama

9 ulasan:

  1. Entry kau kali.ni buat aku betul-betul rindu pada arwah emak aku.
    Harap-harap tidur malam ni aku mimpikan dia.
    Selamat malam Noob.

    BalasPadam
  2. Kongsi entry ngan ex? Nmpk kat laki/bini si ex tu mau jd WW3. Terima kasih aje lah.

    BalasPadam
  3. Thanks Noob. You just made my eyes water. I really needed this post to reminisce in my past. Who I was and what I did, really hurts. But it made me a better man.

    BalasPadam
  4. kalu isteri aku mesti dia nak duduk dgn arwah anak aku yg meninggal masa umur 12 tahun...... kalu aku entahlah.....

    BalasPadam
  5. kawan zaman universiti dulu. but i doubt it. sekrg mungkin dia akan bercakap fasal suami anak, lampin perah susu ruam lampin dsb. sbb tu its better we drift apart.. syiu~~~

    BalasPadam
  6. Nak jumpa awek jiran sebelah masa sekolah rendah...dah lost contact lepas mereka sekeluarga pindah, even cari kat FB pun x jumpa sbb x ingat nama penuh. Tp sy betul2 enjoy dduk setahun kat kelantan....suasa kampung yg susah nak jumpa kat mana2 sambil makan keropok lekor hari2 time rehat.

    BalasPadam
  7. nak sembang dengan arwah daddy.. sedih sebab lepas arwah daddy meninggal trus mak-mak tiri tunjuk belang..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.