Macam blog Buasir Otak ni, aku tak tahu nak kategorikan blog ni dalam kategori mana, malah aku sendiri tak rasa macam aku ni seorang blogger. Aku cuma menulis untuk menyampaikan apa yang terkandung dalam kepala otak lalu memilih wadah Blogspot atau Blogger.com ini sebagai medium di laman maya untuk aku menulis.
Kalau tidak Blogspot, mungkin aku pakai Wordpress atau hosting website sendiri pakai Joomla atau CMS yang lain, namun memandangkan Blogspot ni ramai orang pakai, dah integrate dengan Google akaun serta aku seorang cheapskate yang taknak keluar duit untuk bayar domain dan hosting website sendiri, maka aku memilih Blogspot dan akan terus kekal menggunakan platform yang dihosting oleh Blogspot dan domain Blogspot yang percuma dan tak perlu bayar.
Kalau nak diikutkan 2 3 tahun lepas, masa tu jumlah pembaca dan juga tukang komen memang ramai. Satu artikel atau entry boleh dapat lebih dari 50 komen, malah nak dapat 100 komen tu selalu juga lah walaupun komen hanya penuh dengan cerita nak royi dan bisjut. Tapi sekarang ini walaupun pageview masih boleh dikatakan masih banyak seperti dulu, namun kalau ada 10 komen untuk setiap entry tu dah kira banyak dah, itupun lepas aku padam komen2 bodoh seperti info angka togel ghaib aki rotak.
Malah kalau tengok di blog2 popular seperti Blogserius yang dulu sentiasa meriah dengan komen2 mengarut dan kelakar para anon, namun sekarang ini dah macam rumah usang yang hanya penuh dengan komen angka togel. Dan fenomena ini bukan sahaja terkesan pada para pengkomen blog malah penulis blog sendiri di mana terdapat banyak blogger2 lama yang sudah tidak lagi rajin menulis dan mengemaskini blog mereka lalu dibiarkan bersawang dengan sarang labah2.
Kadangkala aku terfikir, adakah medium blog ini masih ada masa depan?
Apa sebenarnya yang membunuh blog2 ini?
Aku merasakan, jawapan yang tepat untuk kesuraman dunia blog ini adalah Facebook.
Ya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini lebih ramai orang memilih medium FB berbanding blog untuk menulis, malah fenomena ini dapat dilihat dengan kemunculan pelbagai page dan fanpage di FB seperti Siakap Keli, Media Hub, Sukanstar, KHK dan sebagainya serta melahirkan ramai selebriti2 Internet seperti Amran Fans, Ayahanda Rani Kulup, Sultan Melaka, Raja Langkasuka, Saiful Nang dan sebagainya. Blog itu kadangkala hanya menjadi tempat untuk diletakkan berita dan maklumat yang akan dilinkkan dari page FB mereka. Malah ada beberapa orang yang dahulunya aktif menulis di blog kini telah berpindah dan beralih arah untuk menulis di FB pula.
Kenapa ramai orang berpindah ke FB?
Kenapa ramai orang lebih gemar menulis di FB?
Ini kerana dengan menulis status, post gambar atau video di FB, interaksi dengan pengguna FB yang lain akan menjadi lebih cepat dan mudah kerana post kita itu akan lebih cepat sampai atau reach kepada orang lain yang menjadi Friends atau Follow profile atau sesuatu page sebab ia akan keluar di Newsfeed dan Timeline mereka secara automatik memudahkan orang lain Like, Share, Tag dan memberi komen, membolehkan suatu post itu lebih cepat tersebar dan mudah untuk viral. Sebab itu juga lebih ramai memilih FB sebagai medium untuk memasarkan produk dan perniagaan mereka.
Berbeza dengan blog, bila kita tulis entry, ia lambat untuk sampai kepada orang lain melainkan pembaca setia yang bukak blog kita tiap2 hari atau blogger lain yang pernah follow blog kita dan letak blog kita dalam bloglist mereka, itu pun kalau mereka buka blog atau lihat notification dekat dashboard admin Blogspot. Kita juga terpaksa bersusah payah untuk mengiklan dan mempromosikan blog dan entry blog kita di merata2 tempat seperti blog orang lain, website ping blog, akaun FB, fanpage FB dan group2 blogger di FB semata2 nak tarik orang datang dan baca blog kita.
Atas sebab2 itu, media sosial Facebook ini dilihat semakin membunuh dunia pem"blog"an di alam maya ini. Malah tak hairan jika anda beritahu kepada orang lain yang anda seorang penulis blog atau seorang blogger, anda akan dengar jawapan seperti "Kau masih tulis blog?", "Ada orang yang baca blog lagi ke?", "Blog? So old-fashion and outdated la...", "Aku ingat dah takde orang tulis blog dah" dan lain2 lagi.
Maka... mengapa aku masih menulis di blog sampai sekarang?
(Nak tahu mengapa cEro masih menulis di blog sampai sekarang boleh baca kat sini - "Blog, Basikal & Escapism").
1. Aku boleh tulis panjang2 kat blog dan orang pun kurang menyampah nak baca. Kalau kat FB aku nampak orang tulis2 panjang aku nak baca pun rasa menyampah.
2. Kat blog boleh masukkan teks dan berapa banyak gambar, video, lagu dan embed macam2 lagi dalam satu entry. Kat FB takde kebebasan untuk customize artikel.
3. Blog ni boleh kata lebih kurang macam personal website juga yang membuatkan kita rasa macam unik dan ada identiti sikit sebab boleh customize design, layout, banner, widget dan sebagainya, manakala FB ni banyak limitation, kau tak boleh nak customize macam2 kecuali tukar gambar profile dan cover photo.
4. Lebih mudah untuk buat carian di blog, malah carian keyword di Google juga lebih banyak sangkut kat entry blog berbanding FB. Kalau kat FB, kau nak cari balik post2 lama sebulan dua atau tahun2 lepas mesti susah sebab dah ditenggelami dalam Timeline yang sukar dibrowse dan lambat untuk diloading.
5. Kalau kau seorang yang rajin menulis di FB lebih2 lagi penulisan2 berbentuk ilmiah, ilmu pengatahuan, infomasi dan perkara yang bermanfaat, seriously... kau kena tulis blog, sekurang2nya untuk arkibkan penulisan kau dalam bentuk yang lebih tersusun agar mudah dibaca dan dicari oleh orang lain walaupun di masa yang akan datang.
6. Kau boleh bagi kebebasan kepada pembaca kau untuk komen sebagai Anonymous atau Tanpa Nama di blog, berbanding di FB kau terpaksa guna akaun sendiri untuk komen. Kalau nak komen sebagai anon pun, kau terpaksa menjadi anon yang berdaftar.
Maka sebab itu kau selalu nampak banyak orang komen merapu meraban meroyan kat FB yang kadang2 komennya tak selari dengan wajah profile mereka, di mana muka nampak beriman tapi komen penuh kehinaan.
7. Entry di blog biasanya bersifat jangka panjang manakala post di FB lebih berjangka pendek. Post kat FB biasanya memang lebih cepat viral kerana nak Share tu lebih mudah berbanding di blog, namun walau ia cepat viral tapi ia juga lebih cepat pudar dan dilupakan. Berbanding entry di blog, walaupun ia lambat viral namun ia tetap ada pembaca di masa2 akan datang walaupun sedikit kerana ia lebih mudah diarkib dan dicari oleh enjin2 carian.
8. Di blog boleh letak iklan. Kat Fesbuk boleh letak iklan? Hu hu hu...
Boleh baca juga artikel ini "10 sebab kenapa anda tidak seharusnya meninggalkan blog anda untuk Facebook" dan juga infografik "10 sebab mengapa perniagaan di blog lebih baik daripada Facebook" berikut.
Sebab itu walaupun aku juga dah rajin post kat FB, dah ramai juga kawan maya dan juga follower, namun aku tetap juga menulis di sini untuk meluahkan apa sahaja yang terbuku di benak fikiran aku.
Kerana di blog aku rasa lebih bebas...
Dan di blog aku rasa seperti ia sudah menjadi rumah kedua aku...
Lebih feels like home...
Aku pun tak tahu sampai bila aku akan terus menulis, akan tetapi walaupun blog ini sudah kurang orang komen, namun aku tetap menghargai korang semua sebagai pembaca blog Buasir Otak tak kira sama ada pembaca setia, pembaca kadang2, pembaca pertama kali, pembaca yang selalu klik iklan, pembaca yang tak pernah klik iklan, pengkomen tetap, pengkomen singgah sini, pengkomen i follow u follow me back, silent reader, penaja iklan, rakan blogger, rakan komik, rakan maya dan sebagainya.
Dan aku benar2 mahu ucapkan kepada korang semua...
Terima kasih.
tags: blog blogger blogspot penulis vs fb facebook media sosial perbezaan kebaikan keburukan kelebihan kelemahan perbandingan artikel entry post mana lebih bagus arkib carian mudah seo
Hehehehe... akhirnya, sebuah jawapan yang dicari-cari... betullah tuh... memang itu pun yang sedang berlaku sekarang... istiqomah ajerlah... geocities dan tripod zaman reformasi dulu pun masih boleh dicari lagi sampai ke hari ini walaupun orang dah tak pakai dah geocities dan tripod. Malah kalau sebut pun, ramai yang lebih besar nganga dari garu kepala.
BalasPadamamende ko ni geocities kan dah close? bila masa open lagi?
PadamBetui jugak tu, noob tak bodoh
Padamrakan kencing malays sama2 gitu la puihh blog soooooooooooooooooooooo ol date, btw first you faggot below me each cirit pretttttttttttttttttttttt crettttt creeetttt stepek kat muka Tanpa Nama dibawah haha2
BalasPadamko ni bodoh ke ape?
Padamseriously memang bodoh sejak azali. proottttt!!! kat muka seriously
PadamSetuju dgn semua point Noob dan cEro. Harap blogger best semua tak terus lupakan blog walaupun dah kawen dan beranak pinak, hahahaha
BalasPadamnoob teruna tua xlaku. so zyra x perlu bimbang utk dia lupakan blog
PadamAku dah tak sempat nak menulis. Blog membeku lalu aku pun kuburkan terus beliau. Tapi blog kau ni, takpernah tinggal untuk baca. Cuma taktinggal komen sj.
BalasPadamAku suka cara kau dan cursingmalay bercerita.
Teruskan menulis.
Nasiha.
ProOO00ootTt dmuka sirosli ahh leganya
BalasPadam~We're all in this, together~
BalasPadamHigh School Musical eh silap channel.
Tapi, secara seriusnya, masih ramai lagi blogger tegar, walaupun ada sebahagian beralih kepada dunia permodelan, pemasaran produk, dan juga lakonan.
Aku masih lagi di sini, menghendap blog-blog kegemaran dengan setianya, Hahaha
tak semua orang ada facebook noob....aku lagi suka baca blog...
BalasPadamBoleh install app "feedly".... Masuk website atau blog yg kita nak baca selalu, nanti dia akan upd macam media sosial juga... Aku pon baca buasir otak ni guna app feedly...
BalasPadamYup. Aku pun baca guna feedly di smartphone & pc (browser).
PadamBlog lebih bagus untuk jangkamasa panjang.
BalasPadamAku sendiri pun dah padamkan facebook aku. Sangat mual dengan facebook. Korang pun tahu kenapa.
Manusia, bukan robot.
Selagi blog tetap relevan.. Maka selagi itulah kita akan menulis...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamNoob tolong padam komen anon togel kat atas. Sakit mata aku tengok.
PadamTerbaik noob.. kerana blog, hidup aku berubah.. dh xpayah brgantung dgn org lain lg.. bila aku post n brtahun tinggalkn xupdate pun, masih rezeki aku xputus.. xrugi aku belajar mcmn nk berniaga hanya dgn blog je.. tp nk tny apa2 guna whatsapp, sbb aku maleh nk jwb kat blog.. tp blog noob mmg terbaik.. lama dh aku follow baca.. teruskn menulis..
BalasPadamtetap suka blog dari dulu. huhuhuh..
BalasPadamfb. tempat buat business ok lah.
baca juga: 17 Makanan Paling Berbahaya Di Dunia
setiap orang punya minat berbeza.Hakikatnya, blog mempunyai peminatnya yang tersendiri.Walaupun tak nampak orang like atau komen, ianya mampu hidup selagi ianya mengandungi manfaat untuk orang lain..Facebook pula lebih kepada bersosial.Bila dah tulis, paling kurang nakkan like.
BalasPadamnak bisjut dgn royiiiiiiiiiiiiiiiiiii
BalasPadamaku dah lama tak aktif fb, tempat meluah segala nafsu dan ego, banyak negatif dari positif, aku follow blog Noob ni dah lama, tertarik sebab blog ni ada 'isi' untuk difikirkan
BalasPadamLama x komen kat BO..sibuk memanjang...
BalasPadamMmg diakui byk readers sudah suka baca news feed kat FB berbanding baca blog...reason utama ialah FB easy to access compare to blog..lgpun bangun pagi selain check msg watsapp, benda no 2 buat ialah check FB x kira status atau news feed...so check blog adalah cite no ke berapa x sure.
Lgpun skrg ni ramai org beralih kpd smartphone...dah hmpir menganti laptop atau PC sbgi hobi meluangkan masa sbb smartphone lebih flexible. Skrg ni pun demand laptop n PC x sehebat dulu, byk company laptop atau PC ttup kedai atau lebih fokus jual smartphone, yelakan harga smartphone lg banyak magrin untung sbb jual hampir sama mahal dgn jual laptop even spec still xleh kalahkn laptop n lg kecil.
Sy still menyokong blog BO ni...tp sy akui byk blog dah mula slow down. Tp byk sy perasan info kat FB byk link balik ke Blog x kira isu politik, isu semasa, hiburan...so suggestion sy kat Noob ialah buat byk link FB kpd Blog anda, tp byk bergantung org nak share ke x....
My 2 cents
Aku tiap2 hari tertunggu entry terbaru BO. Waktu lunch aku mesti akan bukak BO kalau2 ada entry baru.
BalasPadamWeekend paling kechiwa kalau BO tak buat entry. Terasa hambar weekend aku... huhuhu...
So PON... please don't stop blogging.
First, i have deactivated my fb account... 2nd.. in my opinion, social media sucks.. mostly tempat org menunjuk baik dan menzahirkan segala macam keriakan... please go on blogging...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSaya suka blog, tiada fb tiada twitter..old skul
BalasPadamKadang2x aku berharap artikel aku di dalam blog di baca oleh semua orang dan tertunggu2x artikel aku seterusnya.Ini pandangan yang bernas Noob.Terima kasih.Sekurang-kurangya aku tidak berputus asa untuk menulis dalam blog aku lagi.
BalasPadamOne more thing noob, boleh tak lepas ni kau kupas pasal penggunaan whatsapp yg aku rasa banyak membunuh sensitiviti terhadap konsep bukan muhrim dan masa. Ramai isteri2 orang dan suami2 orang bajet2 suci post n tukar2 artikel2 keagamaan dan sewaktu dengannya. Pd pendapat aku membuang masa chatting tak mengira waktu walhal kau tu masing2 dah berkeluarga in the first place dah salah dan boleh jatuh hukum haram. Kalau aku cakap ni semua agenda freemason, nnti ada yang marah pulak... tolong noob...aku takde blog...
BalasPadampenggunaan whatsapp? aku rasa pandangan aku sama je dengan ramai orang pasal hal ini, tapi takpe nanti aku cari artikel yang berkaitan untuk dikongsikan dalam ni. kalau ada nak kongsi pandangan bernas yang boleh dimasukkan dalam blog ni juga boleh emel je aku princeofnoob[at]gmail[dot]com.
PadamThnx noob..
PadamThnx noob..
Padamblog dan facebook ada keistimewaan masing-masing.. nak cari info i lebih prefer guna google dan info dari blog.
BalasPadamAla Facebook walaupun nampak bagus, tapi search engine tak akan archivekan semua komen dan status tu. Tapi Blog tetap boleh disearch datanya sampai bila-bila.
BalasPadamHi Noob
BalasPadamPlease keep on writing
Regards
Your silent reader from Sabah
Bila ada pengomen dlm entri aku (yang dinyatakan oleh Noob di atas - Thanks Boss) bagitahu yang Fb dan Blog adalah dua platform yg berbeza, semuanya jadi masuk akal.
BalasPadamSebab apa?
Walaupun kedua-duanya berasal dr niat mahu berkongsi info, tapi blog lebih ke arah jangka masa panjang dan Fb pulak lebih pantas dan luas.
Jadi, bergantung kepada si penyebar maklumat, jika mahu maklumat tu bertahan lebih lama, gunalah blog. Jika mahu ianya disebar pantas dan luas, gunalah Fb.
Selagi ada pembaca, aku akan tetap berblog, insyaAllah :)
bye noob, blogspot is dead bro. aku dah tak rasis. aku sayang semua
BalasPadamAlhamdulilah kerana blog juga saya buat duit sikit2..
BalasPadamJom singgah www.sahrizalmohdnoh.net
Alhamdulilah kerana blog juga saya buat duit sikit2..
BalasPadamJom singgah www.sahrizalmohdnoh.net
Teruskan menulis PoN. Blog dan FB ada kekuatan masing.
BalasPadamPilihan ditangan masing-masing yang pasti Mrs. A selalu singgah sini.
Suka baca entries kat sini walaupun kena singgah lama kerana entry yang panjang sebab bila dah mula baca susah nak stop mesti baca sampai khatam.
Bukan setakat entry jer best yang komen-komen pun best.
Fikir-fikir di sini.
kalau noob punya entry rasa nak bagi thumb up each of them
BalasPadamSalam, yeayyy that's right! aku setuju sesangat...aku pun slalu gak pk benda ni, but then tetap pilih blog sbg medium utama utk aku citerkan pape...one thing is if nak citer pasal life journal kan, better guna blog sbb dlm blog, kite bercerita dan mesti ada something perkongsian yg beguna utk pembaca di situ, berbanding kongsi dalam FB, pergi melancong tapi UP gambar beratus kat FB...nak tgk pun muak..hahaha, klw dlm blog, kite boleh share bajet percutian dan sebagaimana..so me vote for blog! haha :D
BalasPadamsokong ko PON,gaya penulisan ko memang terbaik kekadang terpikir jgk antara fb dgn blog nih walaupun aku x de blog
BalasPadamHI. saya datang dari tahun 2020
BalasPadam