Contohnya apabila kita mahu pergi ke pejabat dari rumah, kita akan memandu kereta di atas jalanraya. Tujuan kita berada di atas jalan hanya satu iaitu untuk memandu dari satu tempat ke satu destinasi lain yang mungkin mengambil masa 15, 30 minit, 1 jam dan sebagainya, itu sahaja. Lepas kita tiba di destinasi, kita dah tak peduli pasal perjalanan kita tadi.
Maka apabila kita ternampak ada orang2 bangang atas jalan yang bawak kenderaan macam orang gila, mencilok mencelah sana sini, berlumba2, potong barisan, tukar laluan tak bagi signal, tekan2 minyak ajak race kat lampu isyarat dan sebagainya, walaupun benda tu memang menyakitkan hati dan rasa nak hentak je kereta dia dengan steering lock, tapi cukuplah sekadar maki sendiri2 dalam kereta dan mengalah sahaja.
Kalau mereka nak potong juga barisan kita, tak perlu himpit2 kereta, bagi sahaja.
Kalau mereka sedang berlumba, jangan halang2 laluan, biarkan sahaja.
Kalau mereka bakar2 line, biar sahaja tak perlu kejar.
Kalau mereka cucuk belakang kereta dan bagi high beam, tak perlu halang2, tukar laluan dan bagi sahaja.
Kita terpaksa terima hakikat yang hari ini masyarakat kita bukannya betul sangat, lebih2 lagi bila di atas jalanraya. So kalau nampak kebangangan ini atas jalanraya, tak perlu provoke, tak perlu tunjuk jari tengah, tak perlu tekan hon banyak2 kali, tak perlu kejar, tak perlu tahan, tak perlu berhenti, melainkan berlaku kemalangan yang nak tak nak terpaksa berhenti untuk selesaikan masalah. Seriously, pada ketika berlakunya insiden tu memang kau rasa marah yang teramat sangat, tapi lepas 2 3 minit berlalu, kau dah tak peduli dan langsung lupa akan insiden tadi tu.
Sebab kadangkala walaupun kita tahu yang kita memang di pihak yang betul, tapi ada perkara yang kita tak perlu buang masa untuk pertahankan, lebih2 lagi apabila melibatkan orang yang kita tak kenal. Dibuatnya orang tu jenis samseng, gangster atau gila mabuk todi, tak pasal2 mendatangkan masalah dan kemudaratan yang lebih besar pada kita.
Sepatutnya dengan perjalanan yang hanya mengambil masa 20 minit yang kita boleh lupakan terus, tak pasal2 menjadi suatu benda yang besar, berlaku kerosakan sana sini, mendatangkan kecederaan, buang masa pergi balai polis, naik turun mahkamah yang boleh makan masa sampai bertahun2, menjejaskan kehidupan dan rutin seharian kita, hanya kerana kita terlalu kisah dengan suatu insiden kecil seperti yang berlaku dalam masa 20 minit tu.
Mengambil contoh kes baru2 ini yang melibatkan pergaduhan di antara seorang biker mat salleh warga Britain dengan pemandu Melayu kereta Myvi. Ada yang mempertahankan tindakan pemandu Myvi kerana dikatakan mat salleh itu yang menghimpit kereta mereka semasa nak memotong, ada juga yang mempertahankan mat salleh itu kerana dikatakan penumpang Myvi itu salah apabila membuat provokasi dengan menunjukkan isyarat jari tengah kepada biker mat salleh tersebut.
Bagi aku, tidak kira siapa yang salah, insiden ini sepatutnya tak perlu berlaku dan boleh dielakkan pun. Kita cuma nak pandu kereta untuk menuju ke destinasi sahaja, tak pasal2 jadi kes besar. Dan orang lain pun tak payah nak menokok nambah cerita, kes ni telah dah jadi kes polis, biar pihak polis sahaja yang buat siasatan, tak perlu kita nak menyiasat dan buat teori bagai macamlah kita duduk kat seat belakang kereta Myvi tu.
Akhir sekali pesanan aku, bila berlaku konfrontasi macam ni, walau macam mana pun kau rasa kau di pihak yang betul, sekali kau mulakan keganasan dan buat ugutan lebih2 lagi ugutan bunuh seperti yang mat salleh tu cakap "I will fucking kill you!", that's it.... checkmate, kau memang akan dikenakan tindakan kerana ugutan bunuh adalah satu perkara yang sangat, sangat serius dalam undang2 jenayah negara kita.
tags: insiden kejadian mat salleh saleh biker britain orang putih hentak pukul pecah cermin kereta myvi melayu gaduh awek perempuan tunjuk fuck jari tengah smash car window road rage samseng jalanan jalanraya elak cari pasal penyakit gaduh masalah mc gruer kenneth george
Its not worth it!!!
BalasPadamTapi biasala kita sebagai manusia biasa xkan terlepas dari buat salah dan silap
Apapun bergantung pada situasi gak sometimes
Dan thp keimanan kita huhu
Cool Guy
Xberbaloi nk gaduh.
BalasPadamapa2pun berhati2lah d jln raya. Sopan santun.
Nabi dah pesan, sesiapa yang beriman kepada Hari Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau diam.
BalasPadamAda yang positif dalam pesanan tersebut.
Tudia tuan.. peringatan terbaik utk kita renungkan dan amalkan. Mudah untuk diingati. Tak ramai mampu lakukannya.
Padambetul pesanan ante itu ya akhi nooobbbb
BalasPadamTunjuk fuck kat mat salleh mmg saje la nak kena.
BalasPadamKannss... dah tak berbaloi...jadinya hal remeh-temeh dah jadi kes polis, buang masa, tenaga dan sen. Kalau menang kes pun berapa sen sangatlah!!
BalasPadamYup.....cite sape betul yg salah sebelum kes kejadian bermula cite kedua, once kekerasan dilakukan..ia akan overide all the rules applied. Sama mcm cite kfc dulu, even customer maki hamun rasict, tp once dah bertumbuk, nak x nak yg start tumbuk yg kira salah.
BalasPadamPsychology, org yg suka guna kekerasan selalunya jenis yg dah kalah, xde idea nak counter balik...bermula dgn attack personal dan terkahir sekali guna kekerasan supaya nmpk pemenang di akhir cite. Again, media sosial WINS sbb sebarkan isu ini jd viral.