Halaman

Selasa, 3 November 2015

Cintailah perempuan yang suka membaca

Cintailah perempuan yang membaca. Perempuan yang berhabis duit untuk buku dan bukan baju. Dia punya masalah dengan ruang lemari baju, kerana dia punya terlalu banyak buku. Cintailah perempuan yang punya senarai buku-untuk-dibaca, perempuan yang punya kad perpustakaan sejak dia dua-belas tahun usia.

Carilah perempuan yang membaca. Dialah perempuan yang sentiasa menyimpan buku yang belum dibaca dalam tas tangannya. Dialah yang meninjau-ninjau di dalam kedai buku dengan penuh rasa kasih sayang. Yang menjerit kecil apabila ketemu buku yang dicari. Kau lihat gadis aneh yang mencium bau halaman buku lama di kedai buku terpakai itu? Itulah dia perempuan yang membaca. Dia tidak akan dapat tahan nafsu untuk menghidu halaman buku lama, terutamanya yang sudah mulai kuning.


Dialah perempuan yang membaca sambil menunggu di kedai kopi hujung jalan sana. Kalau kau lihat cawan kopinya, krimer bukan tenusu maseh lagi terapung di atas, dia sudah pun keasyikan. Hilang tenggelam dalam dunia bikinan si penulis. Duduklah di sebelahnya. Dia mungkin akan menjeling, kerana perempuan yang membaca tidak suka diganggu ketika membaca. Tanyalah jika dia suka buku yang dibacanya itu.

Belikan dia secawan kopi lagi.

Katakan pada dia apa yang kau fikir tentang Murakami. Lihat sama ada dia sudah melepasi bab pertama Fellowship. Fahami bahawa jika dia katakan yang dia faham Ulyssesnya si James Joyce, itu hanyalah kerana mahu kelihatan cerdik. Tanyakan kalau-kalau dia suka Alice, atau jika dia mahu menjadi Alice.

Alangkah senang bercinta dengan perempuan yang membaca. Hadiahkan dia buku pada hari jadinya, pada Hari Natal dan pada setiap ulangtahun. Hadiahkan padanya hadiah kata-kata, dalam puisi, dalam lagu. Berikan dia Neruda, Pound, Sexton, Cummings. Biar dia mengerti bahawa kau memahami yang kata-kata itu adalah cinta. Fahamilah yang dia sememangnya tahu beza antara dunia buku dan realiti, walau dia bersungguh juga mahu bikin hidupnya seakan buku yang paling dia suka. Bukan salah kau kalaupun di mencuba begitu.

Apa cara pun, dia mesti akan perlu mencuba juga.

Berbohonglah padanya. Jika dia memahami sintaks, dia akan faham keperluan kau untuk berbohong. Di balik kata-kata ada perkara-perkara lain: motivasi, nilai, nuansa, dialog. Tidak akan kiamat lagi dunia, kalau kau bohong padanya.

Kecewakan dia dengan kegagalan. Kerana perempuan yang membaca tahu bahawa kegagalan selalunya membawa kepada klimaks jalan cerita. Kerana perempuan yang membaca faham bahawa tidak semua perkara berakhir begitu sahaja. Masih boleh ditulis sekuelnya. Masih boleh mula semula, lagi dan lagi, dan masih boleh jadi hero. Dia faham bahawa dalam hidup, mesti ada satu dua watak jahat.

Kenapa takutkan segala yang bukan kau? Perempuan yang membaca memahami bahawa manusia, sama juga seperti watak dalam buku, berkembang. Kecuali dalam siri Twilight.

Kalau kau ketemu perempuan yang membaca, janganlah dibiar pergi jauh. Bila kau ketemu dia di tengah malam jam dua pagi sedang memeluk buku ke dadanya dan menangis, buatkanlah dia secawan teh dan peluk dia rapat-rapat. Kau mungkin kehilangan dia untuk seketika, tetapi dia tetap akan kembali pada kau. Dia akan berbicara seolah watak di dalam buku itu hidup, kerana untuk satu ketika, watak-watak itu benar-benar hidup.

Kau akan melamarnya di atas belon udara panas. Atau ketika konsert rock. Atau secara bersahaja bila dia jatuh sakit. Atau melalui Skype.

Kau akan tersenyum sampai telinga dan tertanya-tanya kenapa jantung kau masih belum meletup keluar dari rongga dada. Kau akan menulis kisah hidup kau berdua, punya anak-anak dengan nama pelik-pelik dan selera yang bukan-bukan. Dia akan perkenalkan anak kau kepada Cat in the Hat dan Aslan, barangkali pada hari yang sama. Kau akan berjalan di musim salji bersamanya bila sudah berusia nanti, dan dia akan bacakan Keats dengan nada lembut sambil kau ketis salji dari kasut.

Cintailah perempuan yang membaca kerana kau berhak. Kau berhak untuk dapat seorang perempuan yang boleh memberi kau kehidupan penuh warna. Kalau kau hanya sugul, membosankan dan tidak serius, adalah lebih baik kau bersendirian. Kalau kau mahukan dunia, dan dunia-dunia di sebaliknya, cintailah perempuan yang membaca.

Atau lebih baik, cintailah perempuan yang menulis.


Ditulis asal oleh dalam Bahasa Inggeris oleh: Rosemarie Urquico
Dikongsi asal oleh: Dot my Eyes Tumblr
Diterjemah oleh: Izmil Amri
Perkongsian terawal di blog: Asyraf Muiz
Dikongsi dan dipopularkan semula oleh: Hafizul Faiz
Dikongsi lagi oleh blog Oh Bulan! dengan tajuk: Lelaki…Cintailah Perempuan Yang Berhabis Duit Untuk Buku Dan Bukan Baju. #deep
Dikongsi pula di Buasir Otak dan bakal dikongsi2 lagi oleh banyak lagi portal, blog dan FB page.


* * * * * * * * * *

Penulis asal ini adalah seorang wanita yang suka membaca buku fiksyen yang sudah pastinya buku bahasa Inggeris dan bukan buku novel yang tajuknya bermula dengan "Suamiku..., "Isteriku...", "Mr...", "Tuan..." dan lain2 lagi, kerana dah tentu yang tulis pun bukan orang Malaysia. Dan penulis tersebut memberi curahan rasanya terhadap bagaimana lelaki perlu mencintai seorang wanita dalam perspektif dirinya sebagai seorang pembaca buku dan juga penulis.

Benda ini sebenarnya subjektif.

Orang yang suka membaca buku biasanya pandangan mereka lebih luas dan imaginasi mereka lebih tinggi, lebih2 lagi jika mereka itu juga menulis.

Begitu juga halnya dengan orang yang suka membaca komik, menonton anime, filem, melukis komik, suka main game, pandai programming, mereka juga mempunyai imaginasi yang luas dan boleh berfikir di luar kotak.


Bukan nak menidakkan artikel di atas, tapi aku juga boleh menulis semula artikel ini dengan tajuk "Cintailah wanita yang bermain game" lalu menulis ayat yang berbunga2 serta meletakkan beberapa judul game dan nama karakter dalam game serta memberi gambaran betapa indahnya dunia dalam game itu.

Kalau ikut aku sendiri, aku suka dengan perempuan yang membaca, yang menulis, yang melukis, yang main game, yang pandai naik motor, yang pandai memandu kereta, yang suka dengar muzik rock dan lain2 lagi, kerana sebagai lelaki, sudah tentu mereka suka jika pasangan mereka juga mempunyai minat dan citarasa yang sama dengan mereka.

Cuma akhirnya, kalau dapat pasangan yang jenis satu kepala dan mempunyai minat yang sama tu kira bonuslah, tapi yang paling penting bagi aku bukan cintailah seorang wanita kerana minat atau hobinya, akan tetapi cintailah seorang perempuan yang dapat mencintai anda semula dan menerima diri anda seadanya.



tags: cintailah cinta perempuan wanita yang suka membaca bukan beli baju

20 ulasan:

  1. mehhhhhhhh fak fak fak fak fak fakyu!!! lol new viral com on!

    BalasPadam
    Balasan
    1. proooOOoOoOoOOttTtTtTTttT poooOott crEettTTttt pReeEeetttT prooTttT d muka Sirosli ahhhhh uhhhh legaa baq angg..

      Padam
  2. bagaimana dengan perempuan yang suka menulis puisi hipster pendek acah deep?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Hahahaha.. yg ini kelakar.

      Padam
  3. Alamak semua ciri2 wanita idaman Noob ada pada saya, bhahahaha! ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa lagi noob. ada orang offer ni.

      Padam
    2. pM numur talipon. nanti cekup vulan gaji ada seiya mari miminang ...

      nema saiya is balhadur jahangir rahman

      Padam
    3. Hahahaha.. yg ini kelakar.

      Padam
  4. Betul lah tu.. Minat sebab hobi ni mcm susah sikit sebab nanti sampai 1 masa, org tu dah busy dgn kerja dan keluarga, nak berhobi pun dah tak sempat. Risau ditinggalkan pulak nanti.

    BalasPadam
  5. Dalam segala hal orang yang membaca adalah lebih baik dari yang tidak membaca langsung.

    Penulis asal ini adalah seorang wanita yang suka membaca buku fiksyen yang sudah pastinya buku bahasa Inggeris dan bukan buku novel yang tajuknya bermula dengan "Suamiku..., "Isteriku...", "Mr...", "Tuan..." dan lain2 lagi, kerana dah tentu yang tulis pun bukan orang Malaysia.

    Tak tahu kenapa semacam ada sesuatu yang menjengkelkan dengan ayat di atas tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kene tgk artikel Noob sblm mengapa novel melayu sekarang adalah sampah

      Padam
    2. ya kerana novel2 ni lah menghasilkan drama maghrib tv 3 3/4 yg bertaraf longkang ditempat pemotongan makhluk khinzir aka babi

      Padam
  6. Huhuhu..sedihnyer.. bani melayu pompuan.. payah la nak jumpa spesis membaca dan kompetitif.. kalo ada pun.. berapa kerat ja.. habis balak nerd kebas daa...

    Majalah mangga URTV novel cinta korea mmg rahai la depa baca.. kahkahkah..

    BalasPadam
  7. Minat sama satu isu,
    pada aku yg penting menghormati minat pasangan.
    Ini tidak, bila couple je suruh pakwe jangan baca komik dah.
    Katanya macam budak-budak.
    Itu baru couple, belum kawin lagi...hahaha

    BalasPadam
  8. Membaca atau tak, kalau dah nama pun perempuan, datang time dia meroyan sama je..

    BalasPadam
  9. pembetulan.perempuan yang sama minat dan cantik.cantik tu kena ada.baru betul dunia. -_-

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.