Halaman

Rabu, 4 November 2015

Nampak macam Melayu tapi bukan Melayu

Melayu itu bila...
Aku lihat,
Melayu mengaku Melayu apabila berniaga,
Melayu mengaku Melayu apabila mempertahankan Artikel 153,
Melayu mengaku Melayu apabila musim perayaan,
Melayu mengaku Melayu apabila menuntut hak keistimewaan.

Gambar hiasan

Tapi,
Aku tertanya.

Bukankah Melayu lebih dari itu?

Aku bertanya,
Tahukah kamu menghayati puisi?
Tahukah kamu seloka rakyat?
Tahukah kamu hikayat Melayu?
Tahukah kamu Melayu terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan?
Tahukan kamu dengan falsafah keris?
Tahukah kamu dengan warisan persilatan?
Tahukah kamu setiap kesenian tarian?
Tahukah kamu dengan permainan tradisonal?
Tahukah kamu dengan budaya Melayu sebenarnya?
Tahukah kamu apabila lalu dihadapan orang tua, bongkokkan badan?
Tahukah kamu berberpantun dengan menggunakan pembayang alam dan persekitaran?

Aku tanya mana semua itu?
Tiada jawapan.

Aku tanya lagi,
Bagaimana dengan jawi?
Kenapa Melayu tidak mengerti dan tergagap membacanya?
Apakah mampu mengarang karangan dengan tulisan jawi?

Hurm.

Aku terduduk.


Melayu yang aku nampak.
Berniaga maju setahun dua. Bungkus semula.
Takut dengan kehebatan kaum lain.. Menjadi rasis.
Terkenal dengan "janji Melayu".
Paling ramai penerima BRIM, yakni pendapatan rendah.
Menjerit bertakbir mempertahankan Melayu dan Islam, tetapi buta jawi dan yang wajib tinggal.

Tun menegur Melayu Malas.
Kita sepatutnya sahut cabaran untuk membuktikan sebaliknya.
Bukan membenarkannya.

Melayu yang aku tahu,
Sangat berbudi bahasa walaupun dengan Nepal, Indonesia, Pakistan, dan lain-lain golongan bawahan.

Melayu yang aku tahu,
Mampu menjadikan bahasanya lingua franca.

Melayu yang aku tahu,
Sangat terbuka dan meraikan kaum yang lain. Sehingga maharaja cina menghantar Puteri Hang Li Po.
Kita hidup bersama sehingga wujud Nyonya Baba.
Wujud golongan Mamak, dan berbagai lagi golongan hasil asimilasi dengan bangsa lain.

Kerana Nenek Moyang kita tidak rasis!

Melayu yang aku tahu,
Mampu membina sebuah Empayar yang hebat tanpa artikel 154.

Melayu yang aku tahu,
Tidak pernah menanamkan sifat rasis terhadap anak bangsanya.

Melayu yang aku tahu,
Penuh dengan kisah pengajaran. Bukan suamiku arrogant, playboy, dan sotong!

Mungkin.
Melayu yang aku tahu, hanyalah sebuah cerita mitos. Di mana aku akan sampaikan pada cucuku "Pada zaman dahulu, wujudnya sebuah kaum yang bernama Melayu".

Bagaikan bercerita tentang Atlantis. The lost Empire.
Bagaikan bercerita tentang Pompei. The destroyed land.

Ya, memang Melayu tidak akan hilang di dunia. Tapi sekadar di kad pengenalan.

Kau kata kau Melayu?
Aku akan katakan..

Nampak macam Melayu,
Tapi bukan Melayu.
 
Puisi nukilan Muhammad Musoddiq Bin Jaafar.


* * * * * * * * * *

Takde apa aku nak tambah, cuma kalau tak nak ikut budaya dan sifat sebenar orang Melayu pun terpulang, tapi sekurang2nya tak perlu lah jadi orang Amerika, Yahudi, Korea, Jepun dan sebagainya dengan melebihkan budaya dan adat mereka lebih dari budaya dan adat Melayu sendiri.



tags: puisi nampak macam melayu tapi bukan siapakah apakah

11 ulasan:

  1. Melayu mungkin hanya tinggal pada nama "Melayu"...

    BalasPadam
  2. hari2 sebelum masuk kerja aku akan melayari blog BO untuk sarapan mata dan senggama minda..
    tima kasih BO :)

    BalasPadam
  3. Melayu kekal layu di tasik madu.
    bila sarcasm, tak faham
    bila marah, rebel
    bila ditegur, meroyan

    BalasPadam
  4. kenapa nk agungkan adat dan dunia luar.. melayu itu cukup indah.. dengan sopan, dengan tutur bicara.. tapi up kan lah minda dengan ilmu seiring dunia luar..
    Jemput singgah blog Nurfuzie.com

    BalasPadam
  5. dulu dulu jawi diajar cikgu bahasa melayu. pendeta za'ba seorang cikgu, bukan ustaz. cuba tanya cikgu bahasa melayu zaman sekarang tahu tak jawi?

    BalasPadam
  6. Yg sy tau.....characteristic Melayu je yg menebal...ciri2 Melayu harapkan ckp je lebih..tp on-off jd melayu-muslim-munafik-omputeh-havoc-kuputeh....

    Jd muslim sejati lebih baik. Perkataan Melayu hanya diperjuangkan bila diperlukan or kepentingan politik, still melayu masih ketinggalan. "Once you happy with your comfort zone for a long time, it shows that you will not evolve to be come a better/greater person"

    BalasPadam
  7. Melayu sekarang suka fikir diri sendiri paling pandai antara semua.
    Tak salah pun jadi bodoh, asalkan ada usaha ke arah yang lebih baik.

    BalasPadam
  8. Melayu adalah Bintang Kecil,Akademi Fantasia,Kilauan Emas dan Bazar Ramadhan...

    BalasPadam
  9. Tipikal bangsaku melayu mempsycho secara kasar dan poyo. Walaupun niatnya baik untuk melihat bangsa sendiri maju tetapi teknik psikologi atau reverse psikologi yang cuba digunakan menyebabkan golongan sasaran menjadi semakin rendah diri atau lebih cenderung dalam mempertahankan hak mereka secara kasar juga. Sudah biasa mendengar luahan, puisi atau nukilan sebegini dari golongan melayu poyo kelas menengah dan tinggi yang asalnya juga "bertongkat" dan juga "berkerusi roda" sebelum berjaya dalam hidup. Setelah berjaya dalam hidup golongan melayu poyo ini seolah olah menidakkan jasa dan lebih teruk lagi menghina golongan marhaen yang menyokong polisi2 kerajaan yang meletakkan si poyo ini pada kedudukannya sekarang, walaupun si marhaen itu hanya sekadar mampu hidup seadanya sahaja. Lebih teruk lagi golongan melayu poyo yang diharap mampu menolong bangsa sendiri melalui harta dan kekayaan mereka sebaliknya turut membuli menindas dan menggunakan melayu marhaen untuk kepentingan diri mereka sendiri, sekaligus menyumbang kepada kegagalan deb dan kemunduran bangsa. Adakah anda semua terdiri dalam golongan melayu poyo seperti diatas?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.