Halaman

Rabu, 18 November 2015

Ilmu tidak boleh disamakan dengan bilangan A

Edisi UPSR: Ilmu tidak boleh disamakan dengan bilangan A

Memang Finns (Orang negara Finland) tak peduli pasal exam pun, diorang belajar sebab seronok, sebab hari-hari bermakna. Hari-hari belajar benda baru macam hidupkan api kayu, belajar pasal Malaysia, cara buat robot etc. Why do you think I came to Finland? 9000km away from emak and abah, just to learn the secret of Finnish education system!


Bila dah tau, saya rasa kecewa sebab silapnya bukan sebab guru kita tak pandai, bukan sebab orang kementerian semua jahat, bukan sebab anak kita bodoh, tapi sebenarnya kita terperangkap dengan sistem sosial kita sendiri.

Kalau nak dengar benda benar, meh saya bagitau benda yang saya belajar setahun lebih belajar pasal education system kat Finland ni. Tapi sila telan sebab pahit:

1) Sekolah adalah tempat belajar bukan medan ranking. Di Finland, sistem exam tiada, sebab semua sekolah di Finland, mempunya satu ranking sahaja, iaitu equal / sama rata. Tiada sekolah terbaik Finland atau sekolah tercorot Finland. Hantar je anak kat mana-mana sekolah dalam Finland, standard dia sama. Takde kelas pandai, takde kelas 'belakang'.

Kat Malaysia, kita sibuk dengan ranking sekolah terbaik di Malaysia. Sekolah yang terbaik dapat tajaan, dapat partnership etc dan guru-guru stress sebab nak kekalkan ranking, sebab nanti ibu bapa bising kalau pencapaian merudum. Bila ibu bapa bising-bising, guru besar stress, bila guru besar stress, guru-guru pula stress, diorang paksa murid2 telan ilmu (bukan belajar ilmu) melalui hafalan dan cara jawab exam dan pastu murid-murid pula stress. So bilanya nak belajar?

Yang ibubapa sesetengahnya, cakap tak kisah anak dapat berapa A. Tapi lepas tu masih lamenting the fact anak dia 'kurang sikit' dari anak orang lain, sebab tu tak dapat masuk asrama. Come onnnn.

2) Jenis ilmu yang dipelajari. Di Finland, mereka menekankan kepentingan belajar benda yang boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar. Sebab tu banyak project-based. Dari zaman tadika lagi, guru dah bawa masuk hutan untuk belajar pasal jenis-jenis kulit pokok. Seminggu belajar pasal tu je. Dalam kata lain, diorang menggunakan KBAT dalam seharian, tapi takde pun diorang labelkan KBAT tu.

Kat Malaysia? Heboh dengan KBAT, tapi tak paham konsep KBAT. Siap buat exam on KBAT! Really? Tu tak masuk ibu bapa call guru besar sebab kelas anak dia, cikgu tak habis lagi Chapter 9 dalam textbook sebab kelas sebelah dah start Chapter 10. Heboh pula sebab dalam test takde pun keluar sebijik macam textbook?


3) Kat sini takde exam sebab grade bukan penentu kecemerlangan. Di Finland, umur habis tadika pun ramai lagi yang tak reti membaca. Kerja diorang dalam kelas, bermain. Sebab dari main tu lah diorang belajar mengenai interaksi sosial, belajar mengenai akhlak dan etika, belajar mengenai alam, belajar mengenai sains dan matematik dan bahasa.

Kat Malaysia, anak kurang dapat A dalam UPSR dah menggelabah sebab tak dapat masuk asrama. Siapa yang buat sistem ranking sekolah berasrama ni in the first place? Siapa yang buat sistem kasta ni? Dan tanya diri sendiri sebagai parents, siapa yang paksa2 anak-anak untuk masuk sistem kasta ni?

Tanya betul-betul kat diri sendiri, berapa banyak soalan dalam exam UPSR tu membantu budak-budak mengenali dunia sekeliling? Bila kementerian nak abolish UPSR, masing2 mengamuk. Tapi nak jadi Finland. Truth is, we cannot. Sebab dah jauh terperangkap dalam traps yang kita sendiri bina.

4) Sistem ekonomi di sini membantu rakyat dia untuk fokus mengenali diri sendiri. Duit bukan kepentingan, sebab kat sini kalau lepas graduate tak dapat cari pekerjaan, government akan bayar elaun sementara diorang dapat kerja. Ibu2 melahirkan anak pula cuti setahun, dengan gaji dibayar government. Orang-orang miskin dapat bantuan. Orang-orang yang sakit belakang sebab kerja lama sangat dapat bantuan urut dari health centre. Orang-orang yang stress diberi cuti sehingga hilang stress.

Pelajar-pelajar pula dapat peluang belajar dari tadika sampai phd - FREE dan dapat elaun bulanan untuk tolong pelajar bayar sewa rumah dan makan. Kat Malaysia?

Look, jangan tersilap yang saya ni cakap orang Finland rasa akademik tak penting. Orang sini majoriti mempunyai minimum masters degree. ILMU tu penting. Grade A yang tak penting.


Sumber FB Azmira Amran, seorang guru yang kini mengajar di Finland.

* * * * * * * * * *

Aku pernah tulis sedikit entry pasal sistem pendidikan di Finland dulu. Aku juga pernah tulis entry pasal kelebihan dan kelemahan sistem pendidikan di Jepun. Beberapa tahun yang lepas, Finland memang menjuarai dalam ranking sistem pendidikan terbaik di seluruh dunia, namun bermula tahun lepas, Finland sudah menduduki tempat ke-5.


Maka negara apa yang sistem pendidikannya lebih baik dari Finland? Korea Selatan, Jepun, Singapura dan Hong Kong. Ya, keempat2 negara ini adalah negara Asia, malah salah satunya adalah negara Jiran kita iaitu Singapura, dan dua daripadanya menjadi kegilaan orang muda di Malaysia iaitu Korea Selatan dan Jepun, dan Jepun pula memang kita sudah lama mahu meniru mereka dengan Dasar Pandang ke Timur. Malah rangka asas sistem pendidikan di Malaysia sendiri juga berasal sistem pendidikan British hasil jajahan mereka di Tanah Melayu suatu ketika dulu.

Berikut adalah beberapa penerangan mengenai sistem pendidikan 10 terbaik dunia:

1. South Korea
  • Japan and south-Korea have fierce competition for the 1st rank. Koreans defeated Japan in 3 levels. Japan despite investing in childhood education is compromised in some rankings as no#2 and almost tying with Japan in the ranks. Do you know that children in South Korea attend school often seven-day a week? The national education budget estimated last year was $11,300,000,000. The literacy rate is total 97.9% out of which males are sharing 99.2% and 96.6% of females.
  • The GDP (PPP) per capita estimated in 2014 is $34,795. 

2. Japan
  • The technology-based educational structure has provided the nation with some great figures in the knowledge and insight.
  • The GDP nearly 5.96 trillion USD is well evident to prove the claim. 

3. Singapore
  • The strong and highly ranked primary education system is none less than 3rd rank in the competition.
  • The GDP (PPP) per capita is U$D 64,584 is also number 3rd in the world. 

4. Hong Kong
  • The school education management is pretty much in the way as UK model of education. The educational budget for the last year was $39, 420 per capita. The primary, secondary and higher education levels are exemplary in their approach and work. English and Cantonese Chinese are the mainstream languages for educational texts. The 94.6% literacy rate is making a pretty good sense about the numbers.
  • The GDP (PPP) per capita accumulated in 2014 is $404.892 billion. 

5. Finland
  • The old champion is loosing ground to it´s asian rivals. A number of folks still consider Finland as no#1 in the best educational system which exactly isn’t the fact anymore. The premature child admission is a big drawback in the system. The no tuition fees system has an annual educational budget of €11.1 billion.
  • The country’s Gross domestic product wasn’t less than $36,395 (per capita). 

6. UK
  • With the devolution of the Education in UK, the individual governments are administrating the matters relating education on their own. The Scottish, Welsh, Northern Irish and English governments are minding their businesses on an individual basis instead of a collective dealing under kingdom’s authorities. The Pearson has ranked UK second in the European ranks and given the rank of #6 in the worldwide ratings in their 2014 publication. However, as a matter of fact Scottish system has a slight edge over the England when it comes to comparative competitiveness.
  • The GDP per capita is 21st highest in the world with $38,711. 

7. Canada
  • English and French are the primary levels for interacting with bookish knowledge. The literacy rates are not less than 99% (Both male & female). The attainment ratio is also recording good percentages. The college graduates have the world’s highest ratio. The Canadians follow compulsion in the education up to the 16 (most provinces) or 18 years (exception for a couple). The educational calendar varies from 180-190 days. The results will be impressive to a great extent after prioritising the investments in childhood education. 
  • GDP per Capita: $44,656 Canada is investing 5.4% of its Gross Domestic Product in the education sector.

8. Netherlands
  • The low investments, weak planning and management in the high school education, have put Netherlanders on 8th in the ranking.
  • GDP per Capita: $42,586

9. Ireland
  • The literacy rate is 99% for each male and female. The education in the country is free for all levels from primary to third or college/university level. The students from the European Union are the only to be charged for fees and funds, mainly the tuition fees. 
  • The Irish government is having an investment of 8.759 billion euro annually on the education. 

10. Poland
  • The polish ministry of education is heading the business in the country. The Pearson and Economist combine ranked the country as the 4th best in Europe and the no#10 in the world on the accounts of its well established primary, secondary (lower and upper) educational bases.
  • GDP per Capita: $21,118

Dalam sistem pendidikan ini sebenarnya tiada siapa yang betul atau siapa yang salah tidak kira sistem pendidikan yang digunakan adalah berasaskan peperiksaan ataupun tidak. Walaupun sistem pendidikan di Finland dilihat sebagai sangat menggembirakan kerana tidak berorientasikan peperiksaan, namun hakikatnya sistem pendidikan di negara lain yang berasaskan peperiksaan juga diiktiraf dan diterima sebagai sistem pendidikan yang terbaik.

Lihat sahaja negara Jepun bagaimana sengitnya persaingan dalam sistem pendidikan mereka serta ketatnya ujian untuk melayakkan diri masuk ke sekolah tinggi dan universiti yang terbaik. Lihat sahaja bagaimana di Korea Selatan murid2nya perlu pergi ke sekolah boleh dikatakan 7 hari seminggu. Dan mereka masih menggungguli carta sistem pendidikan terbaik dunia. Malah sistem2 pendidikan barat lain tak kurang bagusnya seperti negara2 benua Eropah dan Amerika Utara.

Bagi aku peperiksaan itu perlu juga bagi menguji dan mengukur pelajar sejauh mana mereka faham terhadap sesuatu ilmu yang dipelajari. Dengan menguji apa yang kita sudah belajar barulah kita boleh tahu kelemahan kita dan di mana kita perlu memperbaiki kelemahan tersebut. Malah dalam apa jua aliran pengajian ilmu pun biasanya kau perlu diuji hatta ilmu mempertahankan diri pun.


Belajar taekwando, untuk dapat tali pinggang hitam kau perlu melalui dan melepasi ujian2 yang ditetapkan. Belajar mengaji Al-Quran sekalipun, walaupun tidak wajib tapi lebih afdhal jika bacaan kita diuji di depan guru agar kesalahan bacaan dan tajwid kita dapat ditegur dan diperbaiki.

Walaupun begitu dari segi kebajikan aku masih setuju yang Finland masih lagi terbaik kerana kerajaan mereka memberikan pendidikan percuma dari tadika sehinggalah buat PhD di universiti. Bagi mereka pendidikan itu bukan suatu perniagaan kerana mereka percaya semua orang berhak dan layak memperoleh ilmu, berbanding dengan negara kita yang menjadikan pendidikan itu suatu perniagaan yang sangat menguntungkan.

Di Malaysia, bagi pendidikan awal kanak2 hanya pra-sekolah dan tadika kerajaan sahaja yang percuma, namun kerana tempat agak terhad berbanding jumlah kanak2 yang ada menyebabkan tadika swasta yang mahal2 muncul dan ibu bapa terpaksa menghantar ke tadika2 mahal ini kerana tiada pilihan dan juga kerana merasakan anak mereka perlu jadi pandai dengan cepat lebih awal agar tidak ketinggalan berbanding anak orang lain.


Kemudian pendidikan boleh dikatakan percuma lagi di peringkat sekolah rendah dan menengah apabila bersekolah di sekolah kerajaan. Masuk je ke peringkat yang lebih tinggi, tiada lagi pendidikan percuma di universiti2 untuk ambik diploma atau degree walaupun universiti awam, manakala di universiti swasta yurannya sangat tinggi dan mahal sehingga pelajar terpaksa berhutang berpuluh ratus ribu dan terpaksa membayar balik hutang pendidikan dalam tempoh 10 20 tahun. Kalau masuk kolej atau institut kemahiran barulah percuma siap ada yang bagi elaun lagi.

Akhirnya dengan ukuran keputusan peperiksaan inilah yang akan digunakan untuk menentukan bidang pengajian ilmu dan pekerjaan mana yang layak untuk kita.
  • Pelajar yang dapat straight A, boleh masuk ke bidang medic dan seterusnya menjadi doktor.
  • Pelajar yang dapat keputusan cemerlang dalam subjek sains tulen boleh masuk ke bidang kejuruteraan dan seterusnya menjadi jurutera. 
  • Pelajar yang dapat keputusan tengah2 sikit boleh masuk bidang yang lebih mudah sikit seperti sains komputer dan seterusnya menjadi programmer.
  • Pelajar yang dapat keputusan cemerlang dalam subjek seni boleh masuk bidang animasi dan seni kreatif dan seterusnya menjadi juruanimasi.
  • Pelajar yang dapat keputusan teruk boleh masuk bidang kemahiran dan seterusnya menjadi mekanik, juruteknik dan sebagainya.

So nak kata keputusan peperiksaan itu tak penting, tidak juga. Ia penting bergantung kepada apa impian seseorang dan sejauh mana semangat mereka untuk menjadikan cita2 mereka itu suatu realiti. Kalau anda ada cita2 nak jadi doktor, ya straight A tu sangat penting. Jika anda ada cita2 nak jadi pelukis, untuk mendapat straight A tu taklah penting sangat tapi anda kena lebihkan masa untuk mengasah bakat melukis anda.


Namun jika mahu mengukur kejayaan seseorang, ya kejayaan hidup seseorang manusia itu tidak boleh diukur melalui jumlah A yang diperolehi, sebanyak mana pointer CGPA yang didapati dan setinggi mana tahap pendidikan akademiknya.

Kerana apa?

Kerana ukuran dan matlamat kejayaan setiap orang itu berbeza. Baca balik artikel "Ukuran kejayaan bagi setiap manusia itu berbeza" dan kau akan faham maksud aku.

Apa2pun, jika dilihat semula pada ranking sistem pendidikan di atas, negara kita masih ketinggalan, malah ketinggalan dengan negara jiran iaitu Singapura dan Thailand!

Dan kau tahu kenapa?

Bukan kerana kita tidak meniru dan mengambil contoh sistem2 pendidikan di negara2 maju lain yang memang terbaik, tapi kerana sikap, mentaliti dan sistem kasta dalam masyarakat kita sendiri dari peringkat bawahan sampailah ke peringkat atasan, baik dalam sektor dan bidang apa sekalipun, baik pendidikan, pekerjaan, pentadbiran, pemerintahan, ekonomi, politik, sukan, sains, teknologi, hiburan, agama dan sebagainya, masih di tahap yang terendah serba serbi, dan harapan aku untuk melihat ia berubah ke arah yang lebih baik bukanlah takde langsung cuma agak rendah.


tags: ilmu tidak boleh disamakan dengan bilangan a upsr keputusan peperiksaan ujian perbezaan sistem pendidikan finland finnish ranking dunia world rank

8 ulasan:

  1. Ayam Afrika dpt 4A.....

    Pasal sistem pendidikan, selagi x berani buat version mcm negara barat..susan nak berubah. Lgpun kena ada keselarasan antara sekolah, kolej dan uni...sbb pengambilan mereka pun berdasarkn result pendidikan dahulu gak.

    Dah berkali2 tukar menteri pendidikan, tukar baru je buat projek baru..pas2 fhm2 je la ada bocor sana sini...tukar menteri new projek lagi....langkah serius nak bawak sistem pendidikan yg lebih efisen x byk..yg ada just more project related dgn IT...so cikgu kena isi markah semua dlm sistem...just improvemet on pengurusan je, pembelajaran budak2 still sama je, just buku teks rebih interaktif.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 4A sebab ada 4 'A' dalam perkataan Ayam Afrika

      Padam
  2. Kat malaysia paling rare. Bajet pendidikan dikurangkan dan pejabat menteri dinaikkan. fk

    BalasPadam
  3. Ambik bahagian positif
    Respek dengan pendidikan di negara Ireland dan Jepun

    Negara bukan islam sendiri yang lebih baik pendidikan dia berbanding negara yang majoriti dan perlembagaan sendiri Islam

    Tapi ialah Islam hanya pada perlembagaan di negara dan pada IC untuk manusia itu sendiri
    bukan semua tapi kebanyakan juga mahupun pada dunia islam sekarang
    (Muhasabah untuk diri sendiri jugak)

    Btw, Terkejut dengar pasal sekolah 7 hari seminggu di korea, walaupun ilmu itu memang penting tapi waktu rehat tu penting jugak walaupun hanya sehari
    Tidaklah nak kata straight direct terus huhu

    Sebab dapat menyumbangkan stress pada orang yang belajar itu sendiri dan kene ingat ramai pelajar korea commit suicide sebab tak dapat tahan dengan tanggungan bebanan belajar dan nak capai expectation ibu bapa dan masyarakat
    Mohon dijauhkan

    Cool Guy

    BalasPadam
  4. Oh Rozana

    Aku mencari gambarmu
    Keluar photo jejaka bangla
    Tersenyum dan melirikmu
    Bersama seketul bisjut & royi

    Oh Rozana

    Tapi aku tak mampu
    Membalas lirikan dan senyummu
    Tanpa bisjut & royi darimu
    Yang kuharap selalu

    Oh Rozana

    Dengan perasaan sangat rindu
    Kutulis pesan singkat untukmu
    Untuk mengurangi resah dihatiku

    Oh Rozana

    Bilakah ada bisjut & royi
    Ku tunggu telefon darimu
    Kerna aku sangat rindu
    Ingin membeli bisjut & royi

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  5. nak tgk mcm mna suatu sistem tu baik ke x tgk kpd leader yg handle sistem tersebut. kalu menteri yg pegang tu dh bangang jgn salah kan budak2 murid cikgu etc kalu education fail

    BalasPadam
  6. KLU NAK TERBUKA SIKIT MINDA TENGOK ALKHAWATER ,Ahmad Al Shugairi

    BalasPadam
  7. kat sini pendidikan adalah perniagaan yg menguntungkan, plus mentaliti org kita.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.