Halaman

Ahad, 8 November 2015

Segmen Semua Komen Pasti Balas

Seperti yang pembaca blog Buasir Otak ini sedia maklum, aku jarang balas komen. Kenapa aku jarang balas komen, boleh baca kat entry ini "Evolusi seorang Blogger", tapi biasanya komen yang berbentuk pertanyaan dan persoalan aku akan cuba reply walaupun mungkin kadang2 aku terlupa atau tak berkesempatan.

Tahun lepas aku pernah buat segmen "Sesi Soal Jawab bersama Buasir Otak" di mana aku akan jawab setiap pertanyaan dan persoalan dari pembaca, namun untuk segmen "Setiap Komen Pasti Balas" kali ini, aku akan balas apa jua komen yang korang tulis kat bawah tu tak kira la komen berbentuk pertanyaan ke, persoalan ke, pandangan ke, idea ke, luahan perasaan ke, kritikan ke, kutukan ke, kemerapuan ke dan sebagainya.

Oleh itu, silalah komen dan aku akan balas komen korang, memandangkan aku pun tengah agak free hari ni.







99 ulasan:

  1. Ada ke butang "Reply" kat keyboard macam dalam gambar tu...?

    Hihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat masa ni takde lagi. Tapi kalau betul2 ada pasti dunia lebih aman.

      Padam
    2. Tak nak jengah blog saya yang tak best ke...? hihihi...

      Padam
    3. Dah jengah dah blog tuan. Semoga Allah memberkati dan memberi rahmat atas segala kerja2 dakwah tuan.

      Padam
    4. Terima kasih kerana menjengah. Tuan jangan pandang masam macam tu (muka patrick tu)... takut tengok...

      Padam
    5. Tak, tak pandang masam macam tu pun. Yang sebenarnya tengah tersenyum di depan monitor huhu

      Padam
  2. Assalammualaikum....BO,

    mselim3 datang sini... visit kekawan blogger..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Terima kasih visit. Nanti saya akan visit blog mselim3 kembali.

      Padam
  3. Setakat ni ada tak org terdekat noob(keluarga, kawan, jiran) tahu yg noob buat blog?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keluarga - ada yang tahu
      Jiran - takde yang tahu
      Kawan - beberapa orang yang rapat je tahu

      Padam
  4. so nob aku nak tanye ngko sikit je, camna ngko berkolaborasi dgn pengiat2 blog/komik yg lain sedangkan ko merahsiakan identiti ngko.. adakah ngko jumpa face to face atau pon menggunakan jaringan media sosial yg ada agar ngko tetap bleh meriahsiakan wajah x brapa nak kacak ngko tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua yang terlibat dalam kolaborasi komik tu kami hanya berurusan melalui emel, buat mail group, FB, bincang kat group FB dan lain2 medium secara maya sahaja. Aku sendiri tak pernah jumpa siapa2 kecuali seorang dua sahaja.

      Nak tahu macam mana proses yang lebih detail nanti kena beli buku komik kitorang yang akan datang ni, dalam tu ada didedahkan di sebalik tabir pembikinan komik2 ni.

      Padam
    2. ok nob, last but not least.. aku nak tanya ngko.. adakah ko bleh detect sapa aku dan anon2 lain walaupon menggunakan id tanpa nama?

      Padam
    3. Tak boleh detect. Paling tidak pun aku cuma boleh dapat IP bagi ISP syarikat Internet yang korang guna, itu je. Itu pun kalau aku rajin nak cari dan bukak website tracker tu.

      Padam
    4. apakah pentingnya seseorang individu itu samada blogger, penjenayah, penderma, pengomen blog, dan KEDEPAN menyembunyikan identiti sebenarnya supaya orang ramai tidak tahu?

      Padam
    5. orang lain aku tak pasti, tapi untuk aku sendiri aku ada alasan tersendiri kenapa aku mahu rahsiakan identiti aku, boleh baca di sini - http://buasirotak.blogspot.com/2013/06/blogger-hantu-bakal-diharam-jadahkan.html

      Padam
    6. tq kerana sudi menjawab soalan dari aku.. lastly and least.. brapakah pendapatan ngko sebulan hasil daripada menulis blog yang mendapat rating antara yang tertinggi di malaysia? n selamat majujaya..

      Padam
    7. Takde pendapatan sebulan. Pendapatan 4 bulan atau setahun mungkin ada, itu pun mungkin tak sampai RM100. Ni pulak iklan Adsense aku dah problem ni tak tau lah mungkin pendapatan hasil blog akan jatuh merudum lagi huhu. Btw blog ni takdelah dapat rating tinggi pun, banyak lagi blog2 lain yang lebih tinggi rating dan terkenal seantero Malaysia. Selamat maju jaya juga.

      Padam
    8. ok nob lg satu pandangan last aku.. agaknya pengomen blog ngko ni suka komen mereka dibalas kot.. ko tgk artikel ngko lepas ko tulis artikel ni.. yg ada gambo kucing tgh berak tu, brape kerat je yg balas.. kalu nak compare dgn artikel ni.. so wat du yu ting abaud id?

      Padam
    9. Mungkin juga, cuma saya akan cuba balas komen yang berbentuk pertanyaan atau yang saya rasa mahu jawab, tapi kalau komen mengarut2 dan provokasi saya jarang jawab sebab ia akan menyebabkan perbalahan yang berpanjangan yang tiada penyudahnya pun.

      Padam
  5. Apakah kepayahan dalam menulis blog seperti buasir otak ini? Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kepayahan dia adalah untuk memikirkan suatu benda yang menarik dibaca oleh pembaca serta mencari maklumat dan bahan yang betul serta sumber asal suatu maklumat.

      Lain2 adalah kerajinan dan mengekalkan komitmen dalam menulis sekurang2nya satu entry sehari.

      Padam
  6. bilakah noob ingin mendedahkan identiti selama ini di khalayak ramai? TQ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat masa ini belum bercadang untuk mendedahkan identiti kerana lebih selesa tidak dikenali sesiapa.

      Padam
  7. Slm Noob, aku anon 7 Nov 3.30 ptg komen kt post Nampak Mcm Melayu Islam. aku bukan nk perlekeh ko atau sesapa, cuma nk tanya pendapat ko tentang - adakah segolongan melayu yg terkhilaf kt Malaysia mesti dikambinghitamkan tanpa mengambilkira sejarah n keadaan terkini agama Islam di seluruh dunia ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti dikambinghitam macam mana?
      Mengambilkira sejarah dan keadaan terkini agama Islam seluruh dunia macam mana?
      Maaf aku kurang faham sikit dengan soalan ni.

      Padam
    2. Dikambinghitamkan maksudnya mesti dipersalahkan kalau x mengikut syiar sepenuhnya,sedangkan negara Islam lain jauh lebih teruk sampai berperang krn agama, sejarahnya pula nabi,rasul,Quran bukan diturunkan di kalangan bangsa kita pun,kita terkemudian dari China dlm bab menerima Islam dan keadaan umat Islam terkini sangat berpecah belah di game kan oleh kuasa2 besar. Dari segi wholistik masalah kita tak besar mana.come on Noob , klu tak faham xpelh.

      Padam
    3. Walaupun ko mungkin tak nampak masalah kita tak besar mana berbanding negara lain yang dok beperang dan sebagainya, tapi aku masih nampak ia adalah masalah moral yang semakin membarah dalam umat Islam di Malaysia khususnya pada hari ini. Dan memandangkan blog ni pembacanya boleh dikatakan orang Malaysia, maka aku lebih fokus dan highlight masalah yang berlaku dalam masyarakat kita sahaja. Kalau nak highlight masalah yang lebih besar melibakan permasalahan seluruh dunia, mungkin aku kena dapatkan pembaca di kalangan seluruh dunia dan tulis blog dalam bahasa Inggeris which aku tak berapa mahir dan tak begitu tahu mengenai masalah yang dialami umat Islam di negara2 lain.

      Padam
  8. Hi, just a simple suggestion. Can you somehow make it possible for BO mobile apps to not auto rotate your screen? Cos I like to read when I'm lying down. Thanks for your time, sir.

    - Dazz -

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Saya reply dalam BM ya, harap awak faham.

      Berkenaan app tu, ia dibangunkan mengikut default setting phone. Apa yang saya boleh cadangkan adalah setiap kali nak baca sambil baring, boleh disable fungsi auto rotate pada phone tu. Kalau android biasa boleh disable kat menu atas tu je. Harap penjelasan ini dapat diterima. Terima kasih.

      Padam
    2. Hi again,

      I have never activated the screen rotation function on my android. But as I said earlier, it will automatically rotate my screen. I'm using Samsung Galaxy S3. Would you be so kind to look into this matter?

      - Dazz -

      Padam
    3. Oh ok I will ask the developer of he can modify the app to disable screen rotation. Thank you for your feedback.

      Padam
  9. Boleh tak buat review game 2 kali seminggu? Noob, di mana ada jual cd psp second? Yg baru mahal lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf saya sekarang agak jarang main game so sukar untuk saya buat review game. Pasal cd psp second pun saya tak pasti, mungkin boleh cari di mudah.my.

      Padam
  10. Bro Noob, kenapa x tukar background blog? kasi lawa sket la. baru syok baca artikel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah la dah lama tak tukar background. Dah terlupa nak tukar. Nanti saya tukar bila free.

      Padam
  11. Kenapa selalu komen dekat blog lain tapi bukan dalam blog sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab nak tarik orang datang blog ni. Dalam blog ni pun aku komen juga cuma tengok komen yang macam mana seperti yang aku dah terangkan kat link di dalam artikel di atas.

      Padam
  12. Macamana nak kesan gambar tu dari mana? Macam contoh org viralkan gambar tersebut dan kita nak tahu sumber asal gambar tersebut

    BalasPadam
  13. Adakah bangunan tempat aku COD komik hari jumaat di Putrajaya haritu office kau?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah COD komik dengan aku hari Jumaat kat Putajaya? Ada ke? Alamak aku dah lupa la lama sangat. Kalau ada pun bukan office akulah. Aku pun dah tak ingat dah.

      Padam
  14. Selamat malam..aku baru kenal blog ni sejak 4 5 bulan lepas..tak miss baca walau sehari..sekarang tengah baca update terkini dan satu page lagi secara kebelakang..kipidap noob..

    Soalan aku ialah..bila tarikh detail ko mula buasir otak ni??sebab aku dah penat baca tiap2 hari tapi tak abis2..hehehe..sekurang2nya ada la jugak aku nampak cahaya di hujung terowong gelap ni..

    Yg benar,
    -lanun-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat malam. Terima kasih kerana sudi membaca blog yang merapu ni huhu. Btw blog ni mula pada Disember 2011, tapi aku mula jadi penulis tetap pada Januari 2012 setelah admin asal menyerahkan kuasa pada aku.

      Padam
  15. Mana perginya admin2 blog ni selain dari ko noob? Apakah ayam afrika dgn seriously admin blog ni? Terjah blog awek bila nk buat lagi? Agak sepi blog ni sejak akhir 2 ni, komen pn sikit berbanding dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Admin cuma ada dua orang iaitu aku dan Psychic Zero manakala yang lain lebih kepada author atau penulis bersama, so aku tak tau diorang pergi mana sebab ada yang aku jemput kat Internet untuk menulis tapi tak kenal pun dalam dunia nyata. Tengoklah kalau diorang ada mood diorang tulis, kalau tak senyap gitu jelah.

      Ayam Afrika dan Seriously bukan admin blog ni, mereka cuma pembaca yang rajin tulis komen.

      Pasal segmen terjah blog awek, belum rasa nak buat lagi lebih2 lagi dah tak ramai orang nak tulis blog memandangkan diorang lebih selesa tulis kat FB, Twitter dan Instagram.

      Pasal sepi blog pun, kemungkinannya sama je isunya aku dah pernah tulis di sini dulu - http://buasirotak.blogspot.com/2015/10/bagaimana-facebook-itu-membunuh-blog.html

      Padam
    2. bila masa lak ak admin ak penjaja najis, nak najis?
      creeeeeeeeeetttttttttttttcrEeEEeEeEEETT arghhhhhh lega cirit bak hangggg~

      Padam
    3. Huhu,,xde kuasa as admin...still suka jadi pengomen, x stress.

      X sangka ramai anggap aku ni admin. Thanks!

      Padam
  16. Assalam noob, nk tanye mcm mane ko wat komik yg ko post dlm ni? Pakai software ape ye nk edit bagai? K Satu lagi ko join pertandingan yg dianjurkn komik M tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Untuk komik tu aku lukis kat kertas pastu scan atau lukis kat phone pastu edit pakai adobe photoshop. Pasal pertandingan komik M tu aku belum putuskan untuk masuk memandangkan lukisan aku buruk huhu.

      Padam
  17. bila ko nak kawen noob?

    BalasPadam
  18. Salam noob...adakah ko n ameran fans adalah orang yg sama? Maklumlah perahsia kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Aku takde kaitan dengan Amran fans. Lagipun aku tak sampai hati nak edit muka orang ntah sapa2 untuk dijadikan bahan.

      Padam
  19. In average, berapa lama masa diambil utk siapkan satu entri? Tgk blog BO ni tiap2 hari update entri baru. Susah tu nak buat....

    Btw, kalau komen spam pun akan dibalas jugak ke? Haha....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut entry, paling kejap 15 minit, paling lama ada la sejam. Komen spam nombor togel akan dipadam terus huhu.

      Padam
  20. noob ko umah dkt mana . aku ingat nak ajak kuar la blanja mkn sambil lepak2 p karok. boleh x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah aku area Selangor. Btw thanks atas pelawaan ko tapi maaf, aku terpaksa menolak.

      Padam
  21. Teringin nak jumpa noob face to face.. Boleh tak?

    BalasPadam
  22. Hello Boss Noob, ini soalan aku:

    1. Tak berniat nak dot com kan blog ni ke? Macam power je bunyi buasirotak.com, kan?

    2. Baru2 ni Blogger.com buat redirect blog URl kepada spesifik negara masing, jadi yg duduk Malaysia dah tak jadi blogspot.com tapi jadi blogspot.my,
    tapi aku perasan kenapa blog BO ni tak pernah jadi blogspot.my ek, asyik jadi blogspot.com je.
    Kau ada buat apa-apa ke yang membolehkan blog kau tak redirect ke country-specific URL?

    Sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello cEro, ini jawapan aku.

      1. Memang takde cadangan nak jadikan dot com blog ni sebab aku malas nak maintain dan keluar duit beli domain huhu. Boleh baca alasan aku kat sini juga - http://buasirotak.blogspot.com/2015/10/bagaimana-facebook-itu-membunuh-blog.html

      2. Haah aku ada tambah code untuk mengelakkan blog ni kena redirect ke county-specific URL dan kekal blogspot.com. Caranya boleh rujuk sini - http://techspiral.blogspot.com/2013/11/preventing-your-blogger-blog-to-your.html

      Padam
  23. noob, kenapa nama noob? adakah kerana nama sebenar nubhan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan, nama sebenar saya bukan Nubhan. Nama Nubhan kat FB tu sebab hari tu Mark Zuckernberg suruh tukar nama sebab dia kata nama Prince Noob tak valid, kalau tak tukar dia nak block FB aku, so terpaksa reka nama melayu.

      Btw aku guna nama Noob ni sebab biasa bila main game online, aku akan hantar mesej kat semua player bagitau diorang yang aku ni Noob supaya diorang pandang rendah dan takde nak try hard sangat kat aku, so bila aku tiba2 boleh main mesti diorang terkejut. Lagi satu kalau aku kalah pun, aku dah ada alasan yang aku ni Noob haha.

      Padam
  24. Soalan:
    a) Mengapakah Patrick Star menjadi avatar? Apakah kriterianya yang menyebabkan dia dipilih berbanding watak-watak animasi lain?
    b) Adakah entri-entri dalam blog ni akan dijadikan buku suatu hari nanti? Kau letaklah 5-10 entri ekslusif yang takde dalam blog. Ka-ching!
    c) Apakah mungkin masyarakat Malaysia mencapai mentaliti, moral serta etika masyarakat maju? Jika ya, bila dan apakah halangan-halangan yang perlu kita atasi?

    Komentar:
    Noob, aku enjoy baca entri kat sini terutamanya mengenai permasalahan masyarakat. Ianya dibuat dengan mengambil kira seberapa banyak aspek yang berbeza dan ternyata, kajian telah dibuat sebaik mungkin sebelum ianya dikupas. Syabas!

    Harapan aku, semoga apa yang cuba disampaikan berjaya mengubah "fundamental" masyarakat. Semoga apa yang kau buat ni sedikit sebanyak dapat menjadikan masyarakat kita golongan yang berfikir dan kritikal terhadap apa yang dia baca dan perhatikan.

    Siapa tahu, apa yang diutarakan di sini boleh/telah menjadi titik permulaan baharu untuk sebilangan kita mencapai idealisme mentaliti masyarakat madani dan maju.
    Siapa tahu, mungkin dengan adanya usaha berterusan daripada noob dan mereka yang seangkatan dengannya, perubahan masyarakat boleh dicapai menerusi aplikasi teori Bandura tentang Social Learning (maaf berakademik sikit, aku memang rasa teori ni lah yang menjelaskan bagaimana banyak benda baik dan tak baik berlaku dalam masyarakat).

    Keep it up, brother! And keep moving forward!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawapan:
      a) Sebab Patrick Star ni walaupun dia ni bodo2 alang tapi ada personalitinya sendiri yang membuatkan orang tertarik dengan dia.
      b) Pasal buku tu, ada juga perancangan, cuma belum tahu jadi atau tidak. Harap2nya jadilah huhu.
      c) Kalau tanya pendapat aku, bagi aku tak mungkin, seperti mana yang ko baca entry2 aku selama ni. Jauh sangat mentaliti masyarakat kita untuk menjadi masyarakat maju. Sebab tu aku pun takde lah berharap sangat masyarakat kita ni akan mencapai pemikiran dan tahap intelektual bertaraf negara maju, cuma sekurang2nya takdelah teruk sangat mengalahkan negara dunia ketiga. Lebih kurang begitulah.

      Btw terima kasih atas sokongan, dan aku akan cuba cari dan baca mengenai aplikasi teori Bandura tentang Social Learning tu, macam menarik untuk dikaji dan dipelajari.

      Padam
  25. Noob, nak tanya...apa pandangan noob terhadap sy sepanjang menjadi pengomen tegar dlm BO ni? Membantu, menyemak, useless? Cuba bagi bintang out of 5. Dah lupa sejak bila sy jd start pemgomen kat BO, 2-3 tahun kot? Sorry lately jarang komen kat BO sbb komitment kerja yg tinggi skrg, tp still loves to visit again.

    Cuma kesian kat noob, blog ni ada potensi utk bergerak jauh setaraf mcm blog2 popular lain, tp apakan daya demand xde sbb byk org kita jenis x layan isu-isu semasa, just layan blog politik, hiburan atau kalau jenis muka hotstuff je buat apa blog makan mee pakai webcam pun laku....tp sy kagumi perjuangan anda utk kekal dlm BO, selalu ramai bloger agan giveup.

    Tips - Try add more pictures in your entry, sometimes wording make people feel bored as their 1st impression to read further.I know it's hard a bit (more effort) to add pictures rather than words, but most popular blogs have more catchy pictures to get audience's attention. My 2 cents...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada pandangan saya, saya takde masalah pun, dan mungkin banyak juga komen yang membantu walaupun di pandangan orang lain mungkin menyemak. Saya bagi markah 6/5. Takpe bila ada masa visit lah lagi bila2 pun.

      Pasal populariti tu, takpe saya takde masalah pun walau blog ni tak sepopular blog2 lain, lagipun saya sendiri yang memilih untuk menyembunyikan identiti dan tidak mahu mempopularkan diri sendiri. Tambah lagi dengan kewujudan portal online media baru seperti TheVocket, HypeMedia, Ohbulan!, Siakap Keli dan lain2 lagi, mengejar populariti itu sudah tiada lagi dalam kamus hidup saya.

      Akhir sekali, terima kasih atas tips entry bergambar tu. Actually entry2 lama memang saya rajin masukkan gambar cuma lately ni rasa malas pula nak cari gambar banyak2. Takpe saya akan cuba aplikasikan semula nanti.

      Padam
    2. Saya faham konsep populariti yg dimaksudkan...cuma as usual blog yg popular mmg sure byk visitor n byk pengomen, tp pada masa sy byk sponser yg nak park dlm blog ni..in other words akan bagi pasif income to noob...tp sy fhm demand utk isu semasa yg lebih kpd fakta berbanding sensasi (xde fakta n janji panas, fakta tunggang langgang) x byk yg minat...in other words people hard to accept the real truth especially diri sendiri, lebih suka benda menganjing, provoke, fitnah org lain yg dah selalu menjadi halwa telinga seharian.

      Semua benda ada hikmahnya...paling penting niat perjuangan BO ni..rezeki leh dtg mcm2 cara. Better less popular, less sponser dr popular n byk sponser (ala2 BeautifulN***) tp byk buat dosa je sebar fitnah.

      Padam
  26. Umur noob berapa? kalau xleh nak share tepat, boleh bagi linkungan a) 20-24 b) 25-29 c) 30-34 d) 35-40

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya dah pernah share dulu kot. Saya lahir 1981.

      Padam
  27. Noob peliaq ko besar tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peliaq aku besar ke kecik tak mendatangkan kemudaratan pada kau pun.

      Padam
  28. Kebanyakan entry noob macam info yang saya boleh dapat dari FB. Agak2 kalau FB tak wujud kat dunia. Apa yg noob nak masukkan dalam entry? isu tentang apa ?

    Noob, tukar la bground. and susun link dengan lebih kemas.
    saya pening la noob.. hehehehe..

    good day.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya kebanyakan info pun memang saya dapat dari FB, dari berita online, dari blog lain, dari Youtube, dari Google dan sebagainya. Maka jika FB tak wujud pun, mungkin saya akan dapat info dari Friendster atau MySpace dan sebagainya. Dan biasanya saya tak copy paste isu sahaja sebaliknya cuba buat ulasan dan beri pandangan saya sendiri terhadap sesuatu isu.

      Pasal background, nanti saya akan cuba tukar background lain. Pasal link, link mana ya yang tak kemas tu? Link di sebelah kanan dan bawah tu ke? Saya pun tak tahu nak susun macam mana lagi, dah macam tu widget yang blogspot bagi.

      Btw good day too.

      Padam
    2. Sesekali background tukar gambar awek melayu ke, jepun ke....yg sedap mata memandang la..bukan ehem2.

      Padam
  29. Last soalan dr sy..boleh x dalam ruangan komen, once kita dah post boleh ada option utk edit, sama mcm FB? Kalau dah typo (sbb tulis dlm hp n susah nak scroll n baca)...leceh nak delete previous post n buat yg baru.

    Pas2 bila bukak BO dlm hp browser, naik atas turun xde masalah, tp bila tiba2 kita scroll ke kiri/kanan, tiba2 pergi ke next/previous post which sometimes irritating. Mmg mcm 2 ke dlm mobile browser atau hp sy je mcm 2?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Komen kat ruangan komen tak boleh edit macam FB sebab by default blogspot memang dah macam tu.
      2. Yang tu pun rasanya mobile version blogspot tu by default juga dah memang macam tu tak boleh nak ubah dah.

      Padam
  30. Salam noob..nak tnya brape avg income buat blog mcm ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,
      Kalau buat blog macam ni, letak iklan Nuffnang atau Adsense pun mungkin dapat dalam RM50 6 bulan/setahun. So kalau sebab utama nak buat blog kerana nak buat income, saya rasa baik lupakan kerana tak berbaloi pun, sebab bila duit tak naik2 anda akan terus bosan dan hilang semangat nak menulis.

      Padam
  31. noob mcm mna kalau ko diberi peluang bertnya soalan dgn najib rosmah. apa soalan yg ko bagi?

    noob ko rasa malaysia cina yg ptt perintah ka?

    noob ko rasa sedap ka makan nasi campur kicap? btw noob ko ada sixpack ka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Soalan aku adalah, secara jujurnya adakah pada kaca mata Dato' Seri dan Datin Seri taraf kehidupan rakyat Malaysia pada hari ini berada di paras yang memuaskan atau membimbangkan?
      2. Pada aku, siapa yang layak memerintah maka dialah yang layak memerintah.
      3. Sedap juga nasi campur kicap.
      4. Dulu pernah ada sekarang tinggal one pack.

      Padam
  32. Kenapa tangga gaji engineer same jer dari dulu lg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak tak pasti lah sebab saya bukan engineer. Memang tangga gaji sama je ke dari dulu? Kalau engineer gomen rasa dah revise tangga gaji beberapa tahun lepas, kalau keje kat swasta ikut majikan lah kot nak bagi berapa.

      Padam
  33. noob, ko amik gambar2 dr internet or blog len ad mntak scara rasmi x dr pmilik blog/web tersebut.... walupun ko letak link kt gmbar tu?..... pernah org claim x ko amik gambar dr web dia?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasa kalau aku ambil dari blog peribadi orang lain yang mana gambar tu dia ambil sendiri, aku akan letakkan link sumber asal walaupun aku jarang mintak secara rasmi. Tapi kalau gambar tu kat mana2 website orang putih, jarang aku letak link. Setakat ini tak pernah lagi orang claim gambar aku ambil dari web dia kecuali ada sekali orang putih tu minta aku letak link ke website dia, tapi bila aku check balik gambar tu pun dia ambil dari tempat lain yang dia jumpa dari Google.

      Padam
  34. salam. dah baca semua komen2 tadi. :D sebagai blogger, macam mana nak wujudkan readers yang tetap instead of readers yang terjumpa blog or terbaca entri . btw, jemputlah ke blog saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Susah nak cakap, mungkin kena banyak menulis sesuatu topik yang kita rasa orang nak baca dan dekat dengan masyarakat, bukan sekadar cerita pasal diri sendiri. Btw apa blog awak ya takde link pun?

      Padam
  35. Salam noob..
    abg soul tu ko ke noob?

    then semua cite yg ko cite ni dalam blog ni based on pengalaman ko ker or pengalaman orang lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soul tu orang lain, one of the author kat BO ni. Dan cerita2 dalam ni ada yang based on pengalaman sendiri, pengalaman orang lain dan juga fiksyen.

      Padam
  36. Assalamualaikum Noob....

    Saya tak nak tanya ape2 soalan pd Noob, just nk share cerita mcm mana saya jadi pembaca setia blog ni ^_^

    Saya dh lama follow blog Buasirotak masa zaman Noob dok komen2 dkat blogserius untuk tarik pembaca ke blog ni.Time tu fenomena blogger, saya slalu blog walking ntuk cari bahan2 n info yg menarik, tpi ms tu most of malay blogger blog about their personal life, which I am not interested.

    Since i read your first article, it felt like I found my soulmate..hehe...sebab idea n pandangan Noob sama dengan saya..Not every points but most of it..rasa mcm saya yg tulis artikel tu sebab exactly mcm apa yg saya fikir.

    So Noob, just want to say..walau apa pun kepayahan dan perih yang awak lalui..hang in there! Nawaitu..LillahiTaala..

    Keep writing!keep inspiring!






    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.

      Saya harap saya akan dapat terus diberi kekuatan dan peluang untuk menulis. Terima kasih atas sokongan, semoga Allah memberkati diri anda.

      Padam
  37. noob ko blajar utm kan. ko duk kolej mana? dlm ke luar.

    aku student utm juga tahun 2001 2005. mungkin kita pernah berselisih bahu. dkt library or masjid iskandar atau makan dkt kafe yg ada nasi ayam panggang rm2 atas bukit tu.

    tapi xpa kang komik kuar aku nak cod komik dgn ko dkt mapley. jgn ckp ko xsudi plak. jentik konek kang ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pernah cerita ke aku belajar kat mana dulu? aku lupa pulak. btw aku duduk dalam pastu luar pastu dalam balik. nak beli komik nanti tengok la dulu aku nak buat cod ke tak, macam maleh je nak gi jumpa2 orang buat cod. pos laju saja sudah huhu.

      Padam
  38. 1. noob ko rasa najib akan jatuh ke x next pru ni?
    2. ko rasa berdasarkan politik yg kucar kacir skrg baik pihak kerajaan & pembangkang. parti mana yg patut kita sokong?
    3. kalu diberi pilihan .. najib @ rafizi. ko rasa rafizi ramli layak x jadi pm?
    4. ko pakai kereta apa skrg ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Tak pasti, walaupun nampak macam Najib dah ramai orang benci, tapi macai masih ramai dan melayu yang takut DAP tu pun lebih ramai.
      2. Pada aku bukan parti mana yang perlu disokong tapi parti mana yang perlu dipangkah walaupun kita tak semestinya sokong mereka. Kalau nak ajar BN dan mengubah iklim politik di negara, tiada pilihan lain melainkan undi siapa2 yang menjadi lawan BN hatta DAP sekalipun.
      3. Antara Najib dengan Rafizi, aku pilih Rafizi kot, sebab setakat ini Rafizi belum cukup annoying berbanding Najib, tapi walaubagaimanapun bagi aku Rafizi belum layak jadi PM.
      4. Aku pakai kereta Kancil 850ez.

      Padam
  39. Entry ini nampak macam takde expiry date, boleh lagi kot nak tanya soalan ya Noob.
    Sebenarnya dah pernah baca entry ni tapi masa tu tak ada idea nak soal.
    Selepas baca komen-komen tadi baru timbul idea soalan ni.

    1. Adakah Noob baca setiap komen yang tersiar?
    2. Pengomen-pengomen tanpa nama tu adakah orang yang sama?
    3. Tahu tak siapa mereka?
    4. Pendapat tentang pengomen-pengomen tanpa nama aka keyboard warrior tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Insya Allah baca bila cuma jarang balas je.
      2. Pengomen tanpa nama tu boleh jadi orang sama dan boleh jadi orang lain juga.
      3. Saya tidak tahu siapa mereka.
      4. Pendapat saya bergantung kepada komen. Jika komennya bagus maka saya yakin orang di sebalik tanpa nama itu pun bagus juga. Namun jika komennya macam tahi, saya yakin orang disebaliknya macam tahi juga.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.