Halaman

Sabtu, 9 Januari 2016

Suka sesuatu jangan sampai hilang pertimbangan

Aku rasa dah banyak kali aku tulis pasal benda ni. Kita ni kalau suka pada sesuatu, atau seseorang manusia hinggakan menjadikan mereka sebagai idola atau ikon, janganlah sampai ke tahap yang membuatkan kita mudah untuk hilang pertimbangan. Boleh nak suka, minat, hormat dan kagum pada sesuatu mahupun seseorang, tetapi janganlah sesekali2 kita jejakkan kaki ke tahap fanatik mahupun taksub pada kesukaan kita itu.


Apabila seseorang fanatik dan taksub pada suatu perkara, mereka akan cenderung untuk melebihkannya lebih daripada agama dan akan mempertahankan ia walaupun bercanggah dan tidak selari dengan agama.

Apabila seseorang itu fanatik dan taksub pada seseorang, mereka akan menjadi macai yang akan terus menyokong dan mempertahankan idola dan tidak mampu untuk menegur sebarang kesilapan mereka. Ingat, kita ini manusia, mereka juga manusia macam kita, kita semua ada kelemahan dan boleh membuat silap serta boleh berubah.

Jangan anggap seseorang itu sempurna. Malah popular dan terkenal juga tidak menjustifikasikan apa yang keluar dari mulut dan kelakuan seseorang itu sentiasa benar. Manusia itu sifatnya berubah2, dan apabila kita mengharap kesempurnaan daripada seseorang, jika suatu masa nanti idola yang kita taksub itu jatuh, berubah atau tidak lagi sehaluan dengan kita, pasti kita akan merasa kecewa.


P/S: Jangan lupa untuk membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: tahap level aras kesukaan suka minat hormat kagum fanatik taksub macai penyokong fans peminat

5 ulasan:

  1. sikap melampau 2 tu la kebanyakan tipikal malays... sikap ambik peluang bagus tapi kalau disertakan ngan hati kotor... hmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana prooot ko jilake? Bila boleh baca entri ko jilake? Cibai sirosli menyamar jadi admin? Ayam aperika meyamar jadi noob, prooottt dmuka cEro

      Padam
    2. samada hilang pertimbangan atau ada kepentingan.

      Padam
  2. ѧpѧ yg ҡo mєяєpeҡ nı sıяosʟı pяooooţţţţ ċяєєєєєţţţţţ Ԁmuҡѧ ҡo, mѧTmѧsєLѧň , ѧʏѧm ѧpєяıҡѧ & jıɞɞy яѧzѧҡ✌

    BalasPadam
  3. Power kartun yang ko lukis noob.. simple tapi maksud dalammmmmm...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.