Halaman

Selasa, 23 Februari 2016

Kesilapan generasi dulu bukan untuk diwarisi

Hangat isu geng Raver dengan tarian Boek mereka baru2 ini, trend baru di kalangan anak2 muda Melayu ini mendapat banyak respon daripada netizen terutama daripada generasi yang lebih tua. Ada yang menegur, ada yang mengutuk, ada yang menyokong, ada yang mempertahan, ada yang tak peduli.

Aku juga silap kerana terkutuk tarian ni cakap tarian sampah macam sotong cacing ulat gonggok kepanasan tengah tebar roti canai. Maafkan kekasaran bahasa aku ini kerana tidak mampu menahan perasaan jengkel aku terhadap tarian ini. Mungkin aku perlu gunakan bahasa2 yang lebih baik untuk menasihati budak2 muda ini.

Pelukis: Deaday

Walaupun begitu ada juga generasi lama yang mempertahankan anak2 muda ini dengan mengatakan yang korang pun sama zaman dulu pun ada trend muzik seperti punk, skinhead, black metal, hip hop, breakdance, shuffle, boyband, k-pop dan sebagainya, so tak perlulah nak bash dan kecam minat trend budak2 sekarang, lagipun ada je budak2 liar zaman dulu tu ada yang dah insaf dan dah hidup berjaya pun sekarang.

First sekali, sorry tak semua orang sama. Walaupun aku ada minat juga beberapa genre muzik yang popular zaman dulu seperti grunge, alternative rock dan sebagainya, tapi aku tak pernah terbabit dengan sebarang aktiviti liar mahupun yang merapu2 seperti merempit, parti liar, clubbing, arak, dadah, ganja, bohsia dan sebagainya.

Malah rokok pun aku tak pernah nak hisap masa zaman sekolah dulu sampai la sekarang. Nak kata aku skema, ya memang aku skema, dan nerd, dan geek. Walaupun aku ni takde lah baik sangat tapi sekurang2nya aku tahu batas2 agama. Budaya yang merosakkan tak kira pada zaman mana pun, tetap merosakkan.

Kedua, yang sebenarnya isu tarian Rave tu bukan semata2 kerana tarian Boek itu yang menjadi isu, tapi aktiviti Rave itu sendiri. Korang tahu tak Rave tu apa? Merujuk kepada Wiki dan juga Urban Dictionary:
Any gathering of people centered around listening to and dancing to electronic music, as played by a set of live djs. Originated in 1989 in the UK as underground, often illegal gatherings in abandoned warehouses. Often characterized by the positive, psychedelic atmosphere, influnced often (but not always) by drugs and casual sex.
Sebuah Rave Party

Senang cerita, Rave adalah parti liar dan bebas di mana audien akan berkumpul beramai2 di kawasan  terbuka mahupun tertutup sambil mendengar dan menari terhadap muzik berentak elektronik/tekno yang dimainkan secara live oleh DJ. Perkara yang sering berkait dengan parti Rave adalah dadah seperti Ectasy dan LSD, alkohol dan seks. Ingat lagi peristiwa di konsert rave Future Music Festival Asia 2014 di mana 6 orang belia kita meninggal dunia kerana overdose dadah?

Sebab tu isu utama pasal budak2 Raver ni bukan semata2 kerana tarian sotong tu. Tarian sotong itu hanya sekadar kelakar dan jelek sahaja, tapi isu utamanya adalah pada budaya dan aktiviti Rave itu sendiri. Rave tu sendiri parti liar yang penuh dengan maksiat, Raver tu bermaksud orang2 yang suka berparti Rave.

Pelukis: Imanina Shin

Seriously, budak2 yang masih bersekolah pergi Rave party? Dan budaya tarian Rave itu dijadikan trend di kalangan budak2 sekolah menengah dan rendah? Itu ke akhlak yang kita nak terapkan pada generasi muda kita? Ia bukan sahaja bertentangan dengan budaya dan agama kita, malah budaya yang sangat merosakkan. Malah kalau buat tarian tradisional sekalipun dalam sebuah Rave Party, ia tetap budaya yang salah dan merosakkan, apatah lagi jika Raver itu orang Melayu, beragama Islam dan masih bersekolah.

Ya, memang Rave party ni dari zaman 80 90-an dah ada, malah ada pula trend yang pelik2 seperti punk dan skinhead, tapi budaya itu tetap tidak diterima dan diiktiraf pun oleh majoriti masyarakat pada zaman itu pun sebab budaya tu memang budaya dari barat yang tak elok. Oleh itu kita tidak boleh bagi alasan trend tak elok orang generasi dulu untuk menghalalkan trend tak elok generasi muda sekarang.

Kebodohan dan kesilapan kita pada masa dulu adalah untuk dijadikan pengajaran dan sempadan generasi hari ini, bukan untuk mereka warisi, contohi dan ulangi kebodohan serta kesilapan yang pernah kita lakukan dulu. Sebab itu kebanyakan generasi sebelum akan menegur generasi selepasnya kerana tidak mahu mereka jadi sama teruk atau lebih teruk dari mereka. Kita bukan nak bertanding generasi mana yang lagi rosak, generasi mana lagi rosak lagi hebat.

Dan memang ada juga ramai orang yang pada zaman mudanya sangat liar sekarang dah insaf dan ada yang dah hidup berjaya pun sekarang. Namun itu yang dah insaf dan sedar lalu bangkit untuk berjaya. Berapa ramai pula yang masih belum insaf, atau yang terus sesat, atau terpaksa menghabiskan sisa2 hidup di balik tirai besi? Kita tidak menghukum sejarah gelap seseorang itu, sebaliknya kita mengecam suatu budaya yang tidak elok, bukan mengecam individu atau pelakunya semata2.

Pelukis: Plain83

Tak dinafikan ada generasi lama yang cara tegurannya agak kasar dan menyakitkan hati, tapi itu masalah individu tersebut. Matlamat akhirnya kita nak kekang pengaruh negatif agar semua orang dapat menjadi ke arah yang lebih baik dan diredhai.

Aku percaya mana2 orang pun, sejahat mana mereka masa mereka muda, hisap dadah, merempit, minum arak, melakukan seks bebas, apabila mereka dah dewasa pun mereka tak bangga pun akan kerosakan2 yang pernah mereka lakukan dulu dan sudah pasti tidak mahu anak2 mereka mewarisi dan mengulangi kesilapan mereka masa muda

Oleh itu kalau nampak perkara sebegini di depan mata atau di media sosial, cubalah tegur dan bagi nasihat baik2 dengan berhemah (jangan tiru macam aku). Kalau tak mampu atau tak mahu tegur, jangan pula influence, bagi sokongan atau mengiktiraf budaya2 negatif ini.



P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: ketahian kesilapan kegagalan keburukan kerosakan akhlak moral generasi dulu diwarisi tiru contoh ulangi anak muda remaja rave party parti edm electronic dance music trance malaysia

13 ulasan:

  1. Sedutan komik tu takda pun dlm komik yang aku beli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu komik baru lukis, bukan sedutan dari komik BOTK huhu.

      Padam
  2. hahah..menarik, betul tu, cara bercakap dan gaya bahasa pun berbeza kan, sekarang ni lebih kearah moden kononnya, dan jika tulisan gak, orang-orang lama jika menulis memang sedap mata memandang, tapi sekarang, kalo menulis litang pukang, hihihihi itu terjadi kat diri sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. padan muka xleh nk proOott huhu

      Padam
  3. bak kata iklan bud..true..true...

    BalasPadam
  4. benda ni xlama. caya la. jap lagi pupus la tu.

    pcm biru

    BalasPadam
  5. Aku nak budaya kentut merata2 dalam b.o ni dihapuskan..menyakitkan mata dan hati..dah la komen takde kena mengena..mengarut je lebih..mengganggu org lain nak komen..menghilangkan mood org lain..haaa..sape berani nak kentut..sila kentut kat bawah ni puas2..kalau tak kena delete ngn noob laa..
    -lanun-

    BalasPadam
  6. Baru la aman sedikit tanpa ada komen yang mengarut dan tak membina walaupun agak lawak kadang2 huhu

    Walaubagaimanapun, aku mengaku pernah minat tarian shuffle waktu budak2 dulu
    Tapi tarian mengarut ni (cam tektonik) aku tengok pun dah mengarut

    Tambahan boleh menaikkkan nafsu apabila tengok perempuan yang menari
    Harap2 bende ni boleh diubah

    Cool Guy

    BalasPadam
  7. Noob,
    Re: perenggan kedua

    Salah silap, minta maaf, move on.
    Tak ramai boleh buat macam tu, tahniah Noob :)

    BalasPadam
  8. Hiburan n melayu x dpt dipisahkan....kretiviti tahap dewa petala langit, xyah promotion dah beratur panjang audition.

    Takut dgn org muda skrg...senang terpengaruh sbb nak rasa up-to-date, ada benda lg penting x follow pulak

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.