Halaman

Selasa, 9 Februari 2016

Manusia annoying asal sembang tak nak kalah

Ada sesetengah orang yang biasanya kawan atau kenalan kita suka betul membalas percakapan kita dan memulakan perbualan mereka dengan perkataan "TAK" dan kemudiannya asyik nak pangkah, bangkang dan lawan semua percakapan kita malah angkat pula diri sendiri walaupun kita tak tanya atau minta pun pendapat atau pandangan dia. Bila sembang tak nak kalah dan mesti nak menang, sampai kita rasa macam masuk pertandingan debat pula setiap kali bercakap dengan dia. Orang macam ni serius annoying gila sampai rasa nak bagi one punch je kat muka.


Kadang2 kita bercakap dengan orang hanya kerana nak berbual2 santai, nak beritahu atau berkongsi sesuatu, atau hanya sekadar nak beramah mesra untuk memecahkan suasana sepi, tapi bila orang tu rasa dia wajib kena balas dan suarakan pandangan dia ataupun mesti nak bercakap tentang diri sendiri dalam setiap perbualan, memang aku takkan berborak lagi la dengan orang tu melainkan hal2 penting yang terpaksa sahaja seperti perkara berkaitan kerja atau dalam mesyuarat.

Ada 2 jenis pendengar. Pertama, pendengar yang mendengar untuk memahami. Kedua, pendengar yang mendengar untuk membalas. Kita kena belajar bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik, bukannya asyik mahu mencetuskan perbalahan atau pertelingkahan sehingga jadi sesi berbahas dan debat yang tak perlu wujud pun sebenarnya. 


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: berbual borak bercakap tak annoying balas reply arguement unwanted perbahalan perbahasan debat gaduh tak nak kalah menang

13 ulasan:

  1. Memang nenjengkelkan kalau dapat kawan yang macam ni haha

    Jangan terlalu mengikut emosi apapun belajar untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa

    Cool Guy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ape ko merepek ni . PROOOT kat muka ko

      Hot Guy

      Padam
    2. Eh, tak lah. Prooot kat muka kau lah.
      KO tu 'knock out' la. Bukan 'kau'.
      Kau kene masuk sekolah rendah semula lah.

      Padam
  2. TAK kisah la mana betul malays habit dia nak menang xnak kalah pastu potong cakap orang lol

    BalasPadam
  3. yess..stuju.. ada mmber gtu..sabo jelah..

    BalasPadam
  4. one puuncchhh.. shihou shihou,shihou saikyoo.. tatakau heroooo!!!

    BalasPadam
  5. Betul mmg kawan mcmni agak annoying. Tp mungkin dia sangka kita nk rancakkan suasana.nak2 lg dia jenis bnyk ckp walaupun kdg2 mcm bajet bagus.
    Tapi bg aku, aku hargai kawan mcmni drpd kawan yg asyik dok belek hp walaupun aku ada di depan.aku suka kawan2 yg bukan 'yes man' tp beri aku a different way of thinking. Mungkin dia a sparring debate partner,tp dpt mengisi apa yg kurang. Tp kalau lebih2 menyampah gak laa..

    BalasPadam
  6. Btw cara ko lyn ur bitch ex, kita geng 'bro code'

    BalasPadam
  7. Walaupun aku tak ramai kawan, tapi tak ada kawan pun takpe daripada dapat kawan camni.
    Hehehehe

    BalasPadam
  8. Lagi satu jenis kawan yang super annoying adalah profesor serba tau.

    Semua benda yang kita cakap haish! semua bendalah dia tahu walaupun dari cara dia cakap kita dapat agak dia sebenarnya tak tahu pun.

    BalasPadam
  9. Ramai juga yg akak jumpa macam ni... Org yg sombong memang ada sikap tak mau kalah dan mengalah bab bercakap... diam dan senyum pilihan akak.... hehehe

    BalasPadam
  10. Mmg mula2 diam dan iyakan shaja org mcm ni tapi lama2 menyirap jugak darah. Lagi2 hari2 mengadap muka dia dan duduk sebumbung. Menyakitkan hati wooo...

    BalasPadam
  11. Mmg mula2 diam dan iyakan shaja org mcm ni tapi lama2 menyirap jugak darah. Lagi2 hari2 mengadap muka dia dan duduk sebumbung. Menyakitkan hati wooo...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.