Halaman

Rabu, 10 Februari 2016

Menjadi seorang rakyat Malaysia adalah seperti...

Menjadi seorang rakyat Malaysia yang tipikal adalah seperti...

Gambar hiasan

1. Terlalu miskin untuk hidup, tetapi cukup mampu untuk berdiskusi betapa miskinnya hidup kita di Starbucks.

2. Tahu keadaan ekonomi semakin teruk, tapi klaim pelajar universiti hari ini manja dan kuat merungut apabila mereka menyuarakan tentang masalah kewangan dan ekonimi, hanya kerana kita lebih senior dalam kehidupan dan lahir lebih awal daripada mereka.

3. Viralkan semua benda, termasuk perkara2 dalam kain sendiri dan orang lain. Kerana di Internet adalah tempat untuk kita menang dalam suatu perbalahan.

4. Benci kerajaan kerana korupsi dan amalan kronisma, tetapi bencikan saudara sendiri hanya kerana dia tak mahu jadi kabel atau orang dalam anda.

5. Komplen, mengadu, mengeluh, itu sahaja. Kerana berbuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah sendiri adalah terlalu mainstream.

6. Jika anda seorang MLM schemer, secara automatik anda menjadi pakar sains lebih dari Albert Einstein.

7. Ada berita yang buruk tentang kerajaan? Kongsikan tanpa ragu2 dan was2.

8. Cikgu sentiasa salah, terutama jika anak anda sendiri yang kurang cerdik.

9. Nampak seseorang pergi ke pasaraya. Kemudian tanya lagi adakah dia pergi pasaraya atau tidak.

10. Anda bukan seorang bakal arkitek, doktor, peguam, akauntan atau pekerja kerajaan? Malangnya.

11. Marah apabila orang Bangladesh sudah ambil alih kerja kita, tetapi masih menganggap kerjaya sebagai tukang sampah dan pam minyak itu kerja yang hina lagi memalukan.

12. Graduan hari ini susah dapat kerja kerana mereka tak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Anda menulis dan bercakap dalam English dan dapat respon, "Eh.. berlagak sial, dahlah banyak grammar mistake".

13. Amran Fans serang dan malukan komuniti ibu menyusu anak? Sokong.
Amran Fans buat lawak lucah? Sokong.
Kerana page yang ada banyak Likers tidak mungkin boleh salah.

14. Aku tak setuju dengan kau. Itu menjadikan kau seorang asshole.

15. "Kalau anti kerajaan jangan pergi sekolah kerajaan" sebab kau ntah macam mana mungkin terkecuali daripada membayar cukai.

Diolah semula dari sumber asal FB Amran Zulkifli.

Baca juga - 10 cara untuk mengenali rakyat Malaysia.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: being a malaysian be like menjadi seorang rakyat malaysia adalah seperti sikap realiti mentaliti trend budaya

8 ulasan:

  1. Best entry ni....so sila la berubah ye....sebelum Abdul Rani Kulup kasi pelempang n report polis satu kali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yalah tu ayam, prooott sikit arghh leganya

      Padam
    2. proO0o0tTtT !

      -sirosli-

      Padam
  2. aku x pedulik

    -kedepan-

    BalasPadam
  3. post mcm ni yang menambah kekeliruan padahal yg buat tu sikit tapi diangkat mcm ramai pulak buat. bila terlebih "pandai"

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan dia tulis tipikal tu... lgpun mmg ramai pun yg buat, ko je buat2 xnampak

      Padam
  4. Salam 2.6b,

    Cara mudah tipu Melayu.

    1. Setup satu skim mlm @ pelaburan.
    2. Berlindung disebalik emas atau produk yang hebat daripada doktor (boleh ubati semua penyakit kronik).
    3. Ambil artis/ ustaz atau public figure jadi duta.
    4. Gunakan term arab seperti hibah, wakalah dan jemaah.
    5. rekrut seramai melayu yang mungkin, target student sebab mentah tapi berlagak pandai macam cikgu, pekerja kerajaan sebab senang buat loan dan pesara sebab takda tanggungan.
    6. Kalau dorg tak percaya bawa pergi 'office'. Tekankan nak 'tolong' melayu. umpan dengan kereta mewah pinjam.
    7. Minta labur 30K bulanan beri 'profit' 1k.
    8. Cukup setahun tutup dan enjoy the money. Dorg dapat 12K (duit dorg juga tu) rugi 18K. Kita untung ber K,K.

    jangan lupa hadis dhaif 9/10 punca rezeki daripada berniaga :)

    #KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian ) spm > 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am. Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
  5. Semua salah jibby..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.