Halaman

Rabu, 3 Februari 2016

Nilai martabat ilmu tidak harus dipandang murah

Beberapa hari lepas, saya sekadar baca posting facebook Pseudoscience Watch untuk tengok posting menarik serta ambil tahu tentang penipuan kad Al Genius. Saya juga baca komen bagi setiap posting dan saya agak “terpesona” dengan gaduhan dan debat yang anti dan pro bagi suatu isu atau produk. Kiranya macam orang putih kata “youtube/facebook comment is one of cancerous site of the internet” . Jika anda matikan suis berfikir, boleh join sekali makan popcorn baca mereka bergaduh.


Namun ada satu komen yang benar-benar membuatkan saya marah. Komennya lebih kurang macam ni
Doktor ni tak boleh pakai, memang tak layak tapi yalah sebab mereka belajar bertahun-tahun, kena berhutang bagai  untuk sambung belajar jadi bagilah title tu.


Saya baca komen tu macam “Bro, tu dah lebih”. Doctor ni belajar separuh mati selama 4-5 tahun senang-senang sahaja awak sindir mereka tak boleh pakai kerana guna ubat yang dihasilkan makmal tajaan Rothchild kononnya. Bukan satu sahaja komen macam tu sahaja saya jumpa. Ada komen bunyi seingat saya macam:
Doktor-doktor ni sebenarnya dah kena terpengaruh brainwash oleh orang-orang Rothchild demi rancangan NWO. Mereka cakap benda ni bagus sebenarnya mereka kena ikut arahan orang atas. Kita kena hati-hati dengan mereka pasal ini rancangan untuk lemahkan umat Islam.


OK, tunggu sekejap. Cuba bayangkan awak belajar bersungguh-sungguh sejak dari masuk sekolah rendah, cuba dapatkan tempat teratas di dalam kelas dan darjah. Anda berusaha dan Berjaya dapatkan straight A dalam UPSR, PMR/PT3, SPM dan STPM. Itu belum termasuk lagi dengan kena aktif dalam kokurikulum siap pegang jawatan penting seperti pengerusi dan jadi pengawas. Ada yang buat pilihan berpisah dengan keluarga untuk masuk sekolah asrama penuh selama 5 atau 3 tahun.

Bila berjaya dengan keputusan cemerlang, mula pula bersaing dapatkan tajaan biasiswa. Lupa pula anda bersaing dengan budak sekolah seluruh Malaysia yang mungkin berjumlah ratusan ribu untuk tajaan yang Cuma ada untuk 1000 tempat sahaja. Mungkin ada juga orang yang lebih baik akademik, penyertaan dan kokurikulum dari anda. Bila dapat tempat pula, mungkin anda lanjut pelajaran ke luar negara yang asing dari segi budaya, cara hidup dan masyarakat dan memerlukan anda berpisah dengan keluarga sekali lagi.

Anda belajar, hadir kuliah, menghafal fakta penting, tak tidur malam siapkan thesis. Belum lagi amali dan ujian yang boleh buat anda gila. Bila selesai pengajian selama 5 tahun, kena pula sambung untuk “housemanship”  selama 1-2 tahun. Masa ini baru mula terdedah dunia sebenar doctor, selain mempratikkan apa yang anda belajar, kena juga mengadap pelbagai karenah pesakit.

Akhirnya, selepas segala usaha, tawakal dan doa, akhirnya layak juga anda menjadi doctor demi memenuhi impian mak ayah, ingin membantu orang lain dan keluarga selain memenuhi fardhu kifayah mengisi keperluan umat Islam dalam bidang perbidanan khususnya perempuan.

Tiba-tiba, ada hamba Allah kata dalam Facebook, katanya doctor ini tak boleh pakai, kena kawal oleh orang atas serta jadi sebahagian alat kawalan Illuminati/Freemason. Kejahilan apakah ini?


Benda sama juga saya tengok belaku dalam bidang agama. Perselisihan faham dalam suatu masalah fiqah sering belaku bahkan antara imam-imam Sunni juga ada perbezaan. Malangnya sebabkan suatu kenyataan oleh suatu ustaz tak sehaluan dengan ustaz kesukaannya, terus ditembak dikatanya ustaz tu Wahabi/Syiah/Liberal/sesat. Padahal pandangan itu kita tak tahu dalilnya untuk sokong dan bangkang sebaliknya hanya berpandukan Syiekh Al-Google.

Dua hal buatkan saya terfikir, apa yang buatkan orang seolah-olah mula pertikai ilmu dengan maklumat yang berpandukan Wikipedia, wassap dan komen dari kawan Facebook? Apa yang buatkan orang mula melangkah dan kurang ajar terhadap mereka yang mendedikasikan hidupnya sebuah pekerjaan yang membantu manusia dari segi fizikal dan rohani? Saya berfikir sejenak dan banyak sebab yang boleh difikirkan. Namun apa yang saya rasa relevan dan ingin sentuh adalah kita yang sebenarnya telah merendahkan nilai ilmu.


Sebelum mula, saya nak TANYA, pernah atau tidak kita/keluarga/kawan/guru/orang lain mengatakan belajar bersungguh-sungguh nanti senang dapat kerja atau keluar ayat seperti “baik ambil jurusan sains, nanti senang masa depan”? Benda ini saya selalu dengar ketika belajar di sekolah dan merupakan antara kerisauan para pelajar termasuk saya di alam university. Memilih jurusan sains atau kerjaya berprofail tinggi atau belajar untuk dapat kerja sebenarnya memberikan satu pandangan tidak elok tetang manfaat ilmu itu diukur dengan betapa lakunya jurusan yang kita belajar di pasaran kerja dan terjaminnya masa depan.

Dengan lendakan internet, banyak maklumat yang boleh didapati secara murah dan cepat. Namun internet juga bercampur-baur maklumat antara sahih atau tidak. Terdapat sesetengah orang mengatakan bahawa sekolah tidak diperlukan kerana internet boleh dapat segala yang diperlukan. Itu benar, tetapi bagaimana kita ingin menapis maklumat yang benar dengan maklumat yang diragui?

Facebook dan Whatsup juga memburukkan situasi ini dengan membuatkan maklumat itu disuapkan (spoon-feed) kepada orang lain menyebabkan seseorang itu menjadi malas untuk buat semakan/cross-reference di internet dan tidak merujuk kepada ahli dalam bidang dan baca buku dan kitab bagi mengelak daripada termakan fitnah yang berat. Mereka lebih percaya maklumat yang disebar oleh kawan Whatsup yang entah dari ceruk mana sumbernya daripada guru/ulama yang menghafal, mengkaji Al-Quran dan Hadis, membaca ribuan buku-buku dan kitab-kitab tulisan para ulama terdahulu serta amat teliti menyampaikan suatu ilmu serta dalil dan nas yang sahih.

Ada masalahnya apabila orang merendahkan nilai ilmu dengan melebihkan jurusan sains, menjunjung pelajaran yang menjanjikan kerjaya berprofail tinggi dan mengambil maklumat sama ada maklumat tentang fiqah dan agama melalui internet tanpa merujuk pada ustaz yang berkelayakan. Implikasi ini sebenarnya menjejaskan kualiti dan nilai ilmu tersebut tidak kira ilmu fardhu ain atau fardhu kifayah.

Sebagai contoh, bagi mereka yang tidak tahu, polisi pendidikan negara kita sebenarnya amalkan system kuota 60:40 untuk peratusan pelajar sains dan pelajar sastera. Tujuaannya agar menggalakkan pembagunan sains dan teknologi seterusnya membantu meningkatkan tahap inovasi negara. Trend ini dibantu dengan tumbuh banyak university swasta yang menitik beratkan jurusan sains, biasiswa terbuka hanya untuk jurusan sains majoritinya dan menggalakkan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang memasuki jurusan sains. Malangnya wujud masalah perbezaan kasta pelajar sains dan sastera.

Ya saya cakap kasta kerana ini realiti yang saya nampak ketika di sekolah. Menggalakkan pelajar cemerlang masuk jurusan sains sebenarnya bermaksud paksa mereka masuk jurusan sains atas alasan mereka dapat keputusan bagus. Bukan sedikit cerita yang saya dengar dari kawan Facebook yang mereka berminat masuk kelas sastera tetapi dihalang dan dipaksa untuk masuk kelas sains walaupun mereka tidak berminat. Bukan cerita biasa juga orang selalu pandang rendah pelajar jurusan sastera walaupun pelajar ini mendapat keputusan cemerlang.

Masyarakat tidak kisah dengan apa yang para mahasiswa/pelajar belajar tetapi hanya kisah apa keputusan mereka yang dapat. Kita adalah masyarakat yang meraikan kejayaan, bukan meraikan usaha. Soalan saya, apa beza pelajar yang beusaha belajar bersungguh-sungguh dan pelajar yang meniru? Ada beza tetapi jika pelajar meniru itu dapat keputusan cemerlang daripada pelajar yang berusaha, siapa yang disanjung?

Masyarakat ini sangat takutkan kegagalan dan selalu meminggir mereka yang berusaha tetapi selalu menemui kegagalan. Padahal, kegagalan juga salah satu cara untuk kita belajar serta mendapat kejayaan. Kemaruknya kita pada kejayaan sehinggakan kita tidak kisah dengan orang yang membeli pangkat Dato’ atau Dr. daripada university bogus yang selalu digunakan untuk melariskan MLM. Kita lagi percayakan orang MLM yang jual barang yang berkesan atas “placebo effect” daripada doctor dan penyelidik yang berusaha siang dan malam mengkaji penawar yang sering kail gagal tetapi kena tembak yang kononnya dikatakan mereka ini orang suruhan Rockefeller.

Cuba fikir, sudah banyak pelajar jurusan sanis kita hasilkan, banyak juga biasiswa yang disediakan untuk lanjutkan pelajaran dalam jurusan sains serta banyak juga jurusan sains daripada university awam dan swasta. Masalahnya, kenapa hasilnya tidak kelihatan? Maksud saya, apakah inovasi yang boleh kita keluarkan dan bangga dengan mengatakan ini adalah buatan rakyat Malaysia? Hampir tiada. Di mana pelajar sains ini pergi? Pelajar ini ada tetapi mereka belajar untuk jamin kerja. Jadi, mereka lebih gembira makan gaji dengan kerja yang kadang-kadang tiada kaitan dengan jurusan mereka! Secara tak langsung, kita mula terkejar-kejar kerjaya yang ada jaminan gaji yang tinggi serta kita mula menjadi masyarakat yang bersikap individualistic dan meterialistik. Masakan tidak jika ada orang sanggup kata “apa gunanya belajar tinggi-tinggi kalau gaji kecik”



Kita kena bermuhasabah diri. Pernah tak kita terfikir tentang mereka yang tiada peluang belajar? Saya bukan maksudkan kanak-kanak di medan perang, tetapi di tengah-tengah ibu kota! Lihat sahaja facebook Benz Ali. Anda mungkin tidak setuju dengan beberapa pandangan dia tetapi lihat apa yang dia buat. Para anak kecil ini tidak berpeluang untuk belajar menulis,membaca dan belajar bahasa Inggeris.Jadi, dengan usaha beliau berganding bahu dengan aktivis untuk buat kelas di kaki lima secara percuma untuk kanak-kanak jalanan



Bagi kita semua yang boleh baca artikel ini sebenarnya bertuah kerana nenek moyang kita tidak mampu baca. Kemampuan kita membaca sebenarnya bantu kita meluaskan pandangan serta belajar banyak benda baru. Fikirkan bagaimana dengan ilmu, para sahabat Rasullah SAW mampu melepaskan diri daripada cengkaman Jahilliyah, dengan ilmu, membantu mereka yang ditindas untuk bangun menentang mereka yang menindas, serta dengan ilmu, mereka sebenarnya mula meluaskan pandangan terhadap diri,keluarga, masyarakat dan lebih menghargai benda di sekeliling dan seterusnya bantu menyebarkan manfaat ilmu kepada masyarakat sekeliling.

Jika anda kata yang perlu waspada pada rancangan Yahudi/illuminati, itu saya setuju. Saya juga mempercayai beberapa teori konspirasi, tetapi kita pula buat tidak endah pada yang benar terjadi.juga saya boleh cakap yang KITA LAGI TAKUT YAHUDI DARIPADA TAKUT ALLAH. Maklumat yang betul tidak pula diberatkan. Tak percaya? Salah satu daripada teori adalah kerajaan Amerika melakukan pengintipan terhadap rakyat mereka (Heavy government surveillance) untuk memantu apa raykat mereka lakukan. Teori ini terbukti betul dengan pendedahan oleh Edward Snowden, NSA Whistleblower yang bagaimana Kerajaan USA buat pemantauan bagi setiap maklumat sehingga mengintip maklumat peribadi serta mengintip masyarakat Islam dan masjid di Amerika. Namun, tiada siapa yang kisah tentang hal itu lagi bahkan oleh rakyat US sendiri.


Wawacara dengan Edward Snowden menunjukkan bahawa NSA sebenarnya telah mengumpul banyak maklumat peribadi demi mengekang keganasan. malangnya rakyat negara kita sama seperti rakyat mereka yang majoritinya sangat clueless tentang betapa mendalamnya NSA mencuri data peribadi kita di dalam internet. Ingatkah kita tentang pendedahan Wikileaks yang negara kita diintip melalui kedutaan dan negara jiran di selatan. Bahkan kita tidak buat apa-apa tindakan untuk menjamin keselamatan maklumat peribadi kita.  Kita pun tidak berwaspada untuk tidak memdedahkan maklumat peribadi serta kebodohan kita di internet dengan fake relay, bakal imam/makmum, evan Hudson punya bagai serta maklumat copy paste yang kandang-kadang sangat tidak masuk akal kesahihan serta logik akal.

Akhir kata, kita perlu bermuhasabah diri, di mana kita letak nilai ilmu sebenarnya. Pada nilai gaji dan peluang kerja stabil atau manfaat pada orang ramai? Segala ilmu yang bermanfaat sama ada daripada ilmu sains, sastera, kemasyarakatan dan agama perlu dijunjung serta perlu kita berterima kasih mereka yang tanpa jemu menggunakan dan mengkaji jurusan ilmu mereka untuk manfaat orang 
ramai.


Black Bladerz
Budak Universiti


27 ulasan:

  1. hebat betul tulisan ko black bladerz. insaf aku membaca nya. ko amik kos apa dkt u?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pelajar kos komputer engineering

      Padam
    2. SEBAB KUKUH NAJIB RAZAK TAK LAYAK JADI PERDANA MENTERI

      1) timbalan pm tak sokong 1mdb dipecat
      2) ketua siasatan cawangan khas pdrm dipecat
      3) ketua siasatan khas SPRM diarah pindah ke JPM
      4) timbalan ketua bahagian umno yg buat Laporan polis mengenai 1mdb dipecat, diarah disiasat, diserbu, didakwa muflis, Dan dituduh mgubah wang haram
      5)menafikan ada menerima Dana 2.6 billion, bila didedahkan SPRM, Tiba2 pusing cerita bahawa wang tersebut adalah DERMA
      6) Kerajaan rugi berbilion ringgit selepas penjualan tanah TRX dengan harga murah dari pasaran kepada 1mdb Dan 1mdb cuba jual perpuluh Kali ganda harga tanah tersebut kepada tabung haji.
      7) ketua hakim negara dipecat
      8) gabenor bank negara diarah disiasat salah laku pembocoran maklumat akaun pm..
      9) dakwaan berjuta ringgit masuk ke Akaun isteri pm gagal dijawap
      10) menteri luar bandar Dan wilayah yg tidak sokong 1mdb dipecat
      11) kes pembunuhan altantuya masih berteka-teki
      12) pm berjanji mahu saman wsj, sampai hari ini masih belum saman..
      13) pendedahan terbaru dokumentari al-jazeera pembunuhan altantuya memalukan malaysia di seluruh dunia
      14) bekas perdana menteri Tun Dr mahathir tidak sokong pm dituduh dalang cuba jatuhkan kerajaan
      15) sehari sebelum program nothing to hide , pm mengaku keturunan Dan berdarah PAHLAWAN BUGIS , bila Tun M didakwa hadir sama, beliau gagal muncul dlam program tersebut atas alasan keselamatan
      16) bekas MB terengganu mengaku 1mdb mahu cagarkan telaga minyak Terengganu untuk dapatkan pinjamAn berbilion ringgit tanpa sebab untuk apa kegunaan wang pinjaman tersebut
      17) ketua siasatan PAC dilantik menjadi menteri Dan melumpuhkan siasatan yg sedang berlangsung terhadap 1mdb
      18) kehilangan wang pelaburan 1mdb berbilion2 ringgit masih belum dijawap
      19) nilai ringgit terus menjunam tetapi mengecewakan apabila jawapan yg diterima adalah ekonomi malaysia masih KUKUH
      20) dakwaan terbaru Tun M bahawa ketua2 bahagian umno disogok tidak diambil tindakan sebaliknya Tun M pula akan disiasat
      21) Pm gagal hadir dalam persidangan anti-rasuah dunia yg sepatutnya beliau memberikan ucaptama sebaliknya tempat beliau diganti dengan menteri JPM , lebih memalukan alasan pm gagal hadir adalah atas faktor keselamatan sedangkan ia diadakan di putrajaya sama tempat dimana terlataknya pejabat beliau...

      Rakyat tak bodoh, rakyat bukan seperti dulu yg harapkan berita di tv, sebaliknya maklumat kini dihujung jari, buatlah sesuatu, jangan salahkan rakyat Dan org melayu sekiranya parti keramat yg sedia ada akan musnah pada pilihan Raya akan datang.. Rakyat tak tolak parti, TETAPI parti akan jadi mangsa jika pemimpin lupa sebab Dan siapa yg membuat mereka berada diatas..

      Padam
  2. Perit juga orang yang berilmu berhadapan dengan masyarakat yang dungu. Ilmu fardhu kifayah dikata haram manakala ilmu haram pula difardhu kifayahkan. Lagi pelik bila ada segelintir umat islam dungu macam keldai secara bulat-bulat menolak segala bentuk fardhu kifayah.

    Walaupun dengan kewujudan internet, maka bukan semua fakta dan isi kandungan dalam internet adalah betul. Adakalanya banyak fakta yang terpesong sampaikan boleh timbul masalah di kalangan masyarakat.

    Dan oh ya...kenapa Allah turunkan Al-Quran? Pasal Tuhan suruh korang pi baca pastu fikir dan cari ilmu sebaik mungkin di samping menjadi panduan bagi umat manusia, bukannya diturunkan untuk umat dan pastu dibuat air rebusan kitab maka hasillah air anugerah bagai!...

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. pro0ooOoOttT prEeetT cretT psooOttT priiiTt d muka mat badshah , mat maselan & najibutto razak

      - sirosli caiyunk exmb mukhriz-

      Padam
    2. PrOoOtTt dimuka ayam aperika

      Padam
    3. PrOoOtTt dimuka si rosli dan ayam aperika

      - mat bashah assad adik mat zin -

      Padam
  4. The most important thing to represent a person is not how much he knows, but what he can give/deliver to people.

    Dunia semakin canggih, n pada masa sama semakin mencabar dugaan....pasal isu bertekak pasal sesuatu isu, sabar ialah kunci utama n ego ialah pemusnah segala2nya...kalau niat awal nak menang n bukan nak dpt info yg tepat, buat mcmana pun dia tetap nak tegakkan hujah dia.

    It is very hard to win statement from smart/widsom people, but it is impossible to win statement from stupid/high ego people.

    BalasPadam
    Balasan
    1. What you talking about? I dont understand,because we eat tempe not burger, you know proott? Prooott dmuka ko

      -ji lake-

      Padam
    2. pяooooţţţţ ċяєєєєєţţţţţ Ԁmuҡѧ ѧʏѧm ѧpєяıҡѧ ✌

      -sıяosʟı-

      Padam
    3. Muke cam ayam ada hati nak speaking orang puteh . Kau baik berkokok je apa pun prooooot creeet kat muka ko

      -Virus Zika rok

      Padam
  5. Entry ini sangat bagus. Tapi berapa ramai yang ada kesedaran dan hendak membaca tulisan seperti ini.

    I can't change the world/country/community, but at least I try to change the mindset of my own family.

    BalasPadam
    Balasan
    1. I totally agree with you. tak dapat buat perubahan besar, kita mulakan dengan keluarga dan mulakan dengan buat benda-benda yang kecil tetapi bermakna.

      lagi satu:
      "Kita adalah masyarakat yang meraikan kejayaan, bukan meraikan usaha."

      Bagi aku, ayat tersebut memang mengesankan.

      Padam
  6. Skop ilmu ni terlampau luas..tak semestinya apa yang ada kat skolah atw "U"

    BalasPadam
  7. Kadang2 cita2 kita yang kita impikan dari kecik pun tak kesampaian.. Macam aku, memang target aku nak jadi cikgu math. Tapi apply maktab tak lepas, apply masuk course pendidikan under uitm pun tak lepas after interview. so aku pun buntu nak ambik apa.. mak aku cakap "ambik je komputer macam abang, senang dapat kerja". so aku pun buat la rayuan tukar pilihan semua bidang IT dan Computer Science. Alhamdulillah umur 22 aku graduate, tak sempat konvo dah dapat kerja kat syarikat GLC. Now gaji pun dah tak layak nak dapat br1m tu semua.. Alhamdulillah

    BalasPadam
  8. tima kasih black bladerz yang berkongsi pandangan bernas yang aku yakin beri manfaat kepada pembaca tentang nilai ilmu..

    BalasPadam
  9. Zaman sekarang orang sudah tidak pandang pada ilmu, orang pandang pada duit. Jika kita tiada duit, kita berilmu setiggi mana pun orang tidak akan dengar cakap kita. Jika kita berduit, kita cakap bodoh macam mana pun, beraksi bodoh bagaimana pun, orag akan terima malah akan puji kita..

    Ilmu, sebagai bentuk ijazah, seperti perubatan, boleh diperoleh, asal ada duit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu la kuasa duit.. macam2 kot boleh buat. memangla duit bukan segala2nya, tapi banyak benda semua perlukan duit. yang bodo2 puji tu semuanya kipas je lebih. hahahaha

      Padam
  10. Sebabtu cerdik pandai ada berkata...buang masa berdebat dengan orang yang jahil...kalu ada ilmu lebih baik berbincang dengan para ilmuan sahaja... Sijahil mcm beruk dapat bunga..buang masa

    BalasPadam
  11. Saya suka artikel awak black bladerz

    BalasPadam
  12. Black Bladerz,

    Artikel ini memang baik dan ditulis secara kritis dan objektif.
    Great work!

    Awak dengan Noob memang 'on a class of your own' dari segi penulisan yang mencabar paradigma dan mengubah persepsi masyarakat. Memang tak rugi baca posting kat sini.

    BalasPadam
  13. Akak suka entry ni... memang ini yg dirancang oleh freemeson/ iluminity / dan seangkatannya memang jelaskan dalam semua bidang pun.... kat sekolah pun... akak juga dibesarkan dgn begitu, "klu tak sekolah pandai, nak keja apa? nak makan apa?, no money no talk..... dan banyk lgi falsafah barat yg menjadi sandaran umat Islam" sama juga kan dalam ilmu agama.... everything fikir dunia n duit.... membelakangi sunnah dan Al Quran dan apa yg diajar oleh baginda Rasulullah saw, snabi, rasul para sahabat baginda dahulu... penjelajahan minda kini semua keduniaan.... kalau fikir ilmu akhirat pun mesti akan ada yg cakap nak dunia 50 nak akhirat 50... hehe,,, padahal apa yg ada dalam A Quran ayat 7 surah Muhammad dh jelas Allah kata klu tolong agamaNya, akan dipermudahkan semua urusan dunia.... tp ramai yag tak menyakini kalam Allah swt.... - sekadar pandangan hamba yang fakir, jahil dan hina ini.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.