Zaman sekarang ini bila berhadapan dengan suatu situasi yang tidak menyenangkan dengan orang lain mesti nak ambik gambar, nak rakam video untuk diupload kat Facebook sehingga akhirnya viral.
Nampak budak kecik terbaring luar sekolah, ambil gambar dan salahkan ibubapa. Kena tahan dengan polis, rakam video dan salahkan polis. Kenderaan tak dibenarkan parking di bahu jalan, rakam video dan maki pak guard. Suami dihalang oleh pengawal keselamatan daripada parking kat tempat letak kereta khas untuk wanita, ambil gambar dan burukkan pengawal keselamatan tersebut.
Jahitan luka tak cantik macam jahitan labuci, ambil gambar dan kutuk doktor. Tidak dibenarkan masuk premis kerajaan kerana pakaian tidak ikut kod etika pemakaian, ambik gambar dan marah kerajaan. Anak kena rotan sebab nakal di sekolah, ambil gambar dan kutuk cikgu. Nampak ada ibu muda ambil gambar menyusu anak di Facebook, pergi viralkan dan ajak follower maki berjemaah sehingga membuatkan mangsa malu dan tertekan.
Ini baru sebahagian contoh daripada banyak isu2 yang telah viral di media sosial. Sebenarnya ramai orang yang tidak berfikir sebelum mengupload dan memviralkan tentang keburukan orang lain di media soSial. Mereka menulis di Facebook, Instagram dan sebagainya hanya berpandukan kepada emosi semata2 dan bukannya akal tanpa memikirkan segala kesan dan implikasi yang boleh berlaku akibat perbuatan mereka ini seperti berikut:
1. Persepsi dan fitnah
Setiap kali kau kecam dan marah seseorang di media sosial, kau sudah buat persepsi tidak terhadap orang tersebut sehingga terkena tempias terhadap sekelompok masyarakat. Kau marah seorang peniaga melayu, habis semua peniaga melayu dimaki. Kau marah seorang ADUN cina, habis semua cina dikutuk. Kau marah seorang cikgu, habis semua cikgu dipersalahkan.
Apa yang kau buat itu bukan sekadar tidak menyelesaikan masalah kau malah merumitkan lagi keadaan. Malah berkemungkinan cerita yang kau buat itu hanyalah berdasarkan emosi kau sahaja sehingga menyebabkan fitnah terhadap orang lain yang tidak bersalah.
2. Menyalahkan sebelah pihak
Apabila kau ambil gambar, rakam video dan menulis masalah kau dengan orang lain, kau sebenarnya hanya membela diri kau sahaja dan hanya mahukan orang ramai menyokong kau agar kau dapat menjustifikasikan yang tindakan kau adalah betul dan orang itu salah.
Malah apabila post kau viral, orang hanya mendengar cerita daripada sebelah pihak sahaja. Walaupun kau cerita seolah2 kau berada di pihak yang benar, namun kemungkinan kau yang salah, tetapi netizen tidak tahu kerana tidak mendengar di sebelah pihak lagi. Maka ia sebenarnya tidak adil terhadap indivdu tersebut sehingga boleh menimbulkan persepsi malah fitnah terhadapnya.
3. Mengaib secara terbuka
Setiap kali kau viralkan tentang seseorang yang mungkin salah atau tidak, secara tidak langsung kau sebenarnya telah mengaibkan individu tersebut secara terbuka atau public shaming. Seriously, kau tu mulia sangat ke sehingga rasa layak untuk memalukan orang lain secara awam? Mungkin individu tersebut ada buat kesalahan, tapi apa hak kita untuk memalukannya?
Kau ada isu dengan cikgu anak kau, ada isu dengan doktor, ada isu dengan polis, ada isu dengan pak guard, tak boleh ke "be like a man" dan settlekan hal korang sendiri tanpa perlu melibatkan orang lain yang takde kaitan pun kat media soSial? Selagi ia hanya melibatkan kau dan dia, tak perlulah nak perbesar2kan dan viralkan hal tersebut melainkan hal2 yang berkaitan dengan perkara yang boleh memberi kemudharatan kepada orang ramai dan masyarakat umum seperti penipuan MLM, scammer, jenayah, pergaduhan dan sebagainya.
Baca lagi tentang hal public shaming oleh Angel Pakai Gucci.
4. Memperbodohkan diri sendiri
Satu benda yang kau perlu ingat adalah apabila post kau viral, kau tidak semestinya kau betul. Malah silap haribulan, tindakan kau hanya dilihat sebagai memperbodohkan diri sendiri sahaja. Kau langgar lampu isyarat, kena tahan polis, kau rakam video cakap polis kurang ajar. Kau parking di tempat yang salah, tayar kereta kau kena clamp, kau rakam video cakap pak guard salah. Kau pakai baju singlet, masuk hospital kena halau, kau ambil gambar cakap pengawal keselamatan berlagak.
Kau viralkan hal itu dengan harapan agar ramai orang menyokong kau dan menyalahkan individu lain untuk menjustifikasikan tindakan kau itu betul. Tapi kau silap... Kalau diri sendiri yang bangang tu tetap akan bangang walau post kau viral.
So kalau rasa tak nak orang lain tahu yang kau tu bangang abadi, tak perlu post di media soSial. Kalau kau salah, kau terima sahaja. Kalau kau rasa kau tak salah, kau pertahankan diri kau dan uruskan masalah kau dengan orang yang berkaitan sahaja, tak perlu heret netizen ni semua terlibat sama sebab mereka pun mostly bukannya bijak mana pun, semua pun dok pakat Like, Komen dan Share sahaja, berapa kerat je yang nak siasat atau tahu cerita sebenar.
P/S: Jangan
lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh
klik pada gambar di bawah:
tags: post status gambar rakam video upload viral di facebook instagram media sosial kesan implikasi impak akibat
tiada yang mengenali diriku....
BalasPadam-anon kacak-
Prooooooottttttpreeeeeeettttt
PadamSekarang ko dah jadi anon busuk . Sedap kene kentut aku
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
PadamProooooottttttttttttt dimuke mat indon suke main toto
Padam- mat jin -
lawak yang case minah guard kena marah dengan pasangan cina ni ha.. nak pertahankan juga tu diri betul.. katanya dia turun kereta, wife dia pandu berseorangan.. dah sah2 la minah guard tu cam korang cam kereta korang.. idaknye la dia bagi masuk parking single lady drivers. pastu nak cakap kalau melayu yang nak masuk, minah guard tu bagi je.. yang lawak komen bidas, kaum2 dia juga yang kutuk dia balik.. kahkahkah
BalasPadamprooOo00tT preEeeEeTt !
Padam-sirosli-
Sirosli kuat kentut rupenyer . Apapun Prootttt di muka Ayam Apreka dan najib rajak
Padam- mat jin -
Prooooooottttttpreeeeeeettttt
PadamSekarang ko dah jadi anon busuk . Sedap kene kentut aku
Adoii silap reply jilake
Padam- aku suka kentut -
prooOo00tT preEeeEeTt !
Padam-zyrajin-
Better bandkan FB...byk beri kemudaratan dr kebaikan...end of story.
BalasPadamKemana kau menghilang ayam.,ingatkan merajuk, komen pun bajet admin, proott sikit arghh leganya
Padam-zilaroc-
Yelah yelah mohd zin. Kentut kat muka mohd zin prooott
PadamProottpreett di muke ayam apreekkka zilarok mat zin dan semua orang . Jgn lupe proottt kat najibunn rajak
Padam- Virus ZIKA rok-
Apa ni noob,apasal aku pulak kena tuduh? Baru tuhari ak komen, dh kena tuduh bukan2
Padamkorang ni dah kenapa sebut nama bapak i. u know creet? nk cret?
PadamSalam 2.6 sudah kasi balik,
BalasPadamBab sembang deras, mengumpat dan komplen serah kat melayu.
Cina datang sehelai sepinggang jadi kaya, india datang sehelai sepinggang jadi doktor kaya, singh datang sehelai sepinggang jadi lawyer kaya, Pakistan datang sehelai sepinggang jadi tokey kedai kaya, Indonesia datang sehelai sepinggang jadi kontraktor kaya, Kemboja datang sehelai sepinggang jadi peniaga kaya. Rumah tepi loji taik naik pegi atas bukit kerana rajin.
Melayu pun kaya, kaya komplen, nak masuk u pakai kuota 3A, nak masuk kerja pakai cable sanak saudara, nak kaya cepat ali baba, usaha malas semua nak short cut, last-last rumah atas bukit turun tepi loji taik kerana rajin komplen.
#KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Heee
Ko merepek apa setannnn
Padam-lanun-
Lanun merepek apa setan . Proottt di muke lanun .
Padam- lanun -
pяooooţţţţ ċяєєєєєţţţţţ Ԁmuҡѧ ҡєdєpѧň & mѧTmѧsєLѧň ✌
Padam-Lѧňuň ѧpєяıҡѧ -
butoh!! proootôototplikplik!!!
Padam-lanoob-
jibai sirosli admin blog rupanya. proo000o0oOoOO0oOttTTT creeEeeeEttTT d muka NajibuTO Razak
Padam-ayam aparika-
Apa nak jadi la dengan anon2 kentut ni.. spam xhabis2.. macam meroyan. -__-
BalasPadamjibai najibuto buat hal lagi. kesian anak mahathir kutty kena buang kerja. ko tunggu ayah rani kulop tunjal2 buntut kau. takburrr !!!! kur kur kur tekukur
Padam-amran phukida-
Hoiii..baru sehari internet aku kena potong,nama aku pun kena curi dah dek anon kentut ni?adoi laaa..
BalasPadam-lanun-
Prooooooottttttttt
Padam- Bukan Lanun -
video nyusukan anak pun ada di youtube...
BalasPadamUstaz aku cakap, kalau buat salah dekat Allah SWT, boleh mintak ampun asalkan tak terlambat. Allah Maha Pengampun. Dia pasti ampun orang yang meminta keampunan-Nya.
BalasPadamTapi bila buat salah dengan orang (viral fitnah, buka aib dsb) kena minta ampun dekat orang yang kita buat salah. Bergantung kpd orang tu nak ampunkan atau tak.
Cuba dibuatnya yang kita viral fitnah tu bukannya kita kenal, tak tahu pun nama asal usul tempat tinggal... Nanti nak minta ampun dekat mana?
Memang tak de la.. paling2 pun up balik status tu, then komen
Padam*kemaskini, kami meminta maaf atas kesilapan dan kekhilafan kami sebab menviralkan berita yang tak sahih bla bla bla.. semua dalam alam maya je..
walhal orang yang kena tuduh/fitnah tu, sepanjang hidup kena caci dek kengkawan/saudara mara/jiran tetangga
Setuju, kalau buat dosa dengan Allah seperti tak solat ke itu hal kita dengan Allah, tapi kalau buat silap dengan manusia, Allah takkan masuk campur, kita mesti settle dgn hambaNya sebelum mati....
Padam