Halaman

Isnin, 1 Februari 2016

Pengedar kandungan tidak hormat pembekal kandungan

Semalam aku post screenshot troll group Whatsapp di blog dan juga FB page Buasir Otak: The Komik. Walaupun aku tulis ia adalah kiriman pembaca, namun yang sebenarnya ia adalah milik kawan aku dan dia bagi kat aku bahan untuk tolong aku naikkan rating blog dan juga FB page aku yang agak suam2 kuku, dan tak sangka dapat lah juga 80+ orang Share dari page FB BO:TK kami.

Malangnya tak lama lepas aku post kat group FB, ada page FB gergasi yang mempunyai berjuta2 follower telah post semula gambar2 tersebut kat page mereka dan terus viral sehingga memperoleh beribu2 Like, Komen dan Share.


Serius, penat dah kena buli dengan page2 gergasi ni. Dulu kena buli dengan page PenMerah, sekarang page lain pulak. Tak tergambar peritnya hati dan perasaan bila tengok Share dari page lain tu berkali2 ganda lebih banyak dari page asal posting tu kat page BO:TK.

Dan setelah post tersebut menjadi viral, ia terus menerus dirembat oleh page2 besar yang lain seperti Oomedianetworks, Sultan Melaka Fans dan aku percaya akan terus berjangkit ke page2 lain.

Walaupun sejurus selepas aku suarakan ketidakpuashatian aku di FB aku, admin kepada page tersebut telah memberi komen meminta maaf, namun damage has been done.


Ada yang mencadangkan aku meletakkan watermark besar2 pada semua gambar yang aku post, namun watermark boleh dipadam, malah kalau ada watermark pun warga Fesbuk takkan peduli atau bother pun nak search, diorang cuma tahu Like, Komen atau Share sahaja, paling tidak kalau ada Link mereka akan klik.

Inilah masalah kat Malaysia apabila Pengedar Kandungan Internet (Online Content Distributor) ni rata2 langsung tak hormati Pembekal Kandungan Internet (Online Content Provider). Page2 gergasi seperti PenMerah, Oh!Media, OhBulan, Siakap Keli, Oomedianetworks dan sebagainya merupakan content distributor semata2 yang mempunyai dana yang besar untuk mengiklankan page2 mereka menggunakan FBads untuk menarik Likers, namun mereka tak buat content sendiri pun.

Mereka cuma bergantung kepada content orang lain yang diambil dari merata2 tempat, dari Facebook orang lain, dari Internet, dari blog2, dari video kat Youtube dan sebagainya, lepas tu upload dan post semula content2 tersebut di page mereka demi meraih publisiti, kepentingan dan keuntungan mereka sendiri.

Pernah dengar Freebooting? Freebooting biasanya suatu amalan mendownload video dari Youtube yang bukan kepunyaannya kemudian upload semula video tersebut di akaun atau page Facebook miliknya untuk menaikkan rating akaun/page mereka sendiri. Amalan ini telah dikecam oleh ramai orang terutama Youtubers dari barat yang telah penat lelah berusaha menghasilkan content namun telah dirembat oleh orang lain.


Tak dinafikan Content Distributor dan Content Provider saling perlu memerlukan antara satu sama lain, seperti mana penerbit novel dan penulis novel saling memerlukan antara satu sama lain, dan penerbit komik dan pelukis komik saling memerlukan antara satu sama lain. Tanpa penulis novel dan pelukis komik, penerbit tiada buku dan komik untuk diterbitkan. Tanpa penerbit, penulis dan pelukis tiada tempat untuk menerbitkan buku novel dan komik.

Namun dalam hal Content Distributor di dunia maya ini, mereka langsung tiada rasa hormat kepada Content Provider. Seriously, segala content tu ingat jatuh dari langit ke tiba2 wujud untuk korang post kat page korang? Bukan kita ni mintak bayaran atau royalti apa pun, tapi sekurang2nya hormatilah Content Provider, korang ambik content mereka, korang bagi je Kredit letak backlink pada akaun FB pemilik atau FB page mana korang ambil content tersebut itu pun dah cukup bagus, atau paling tidak pun Share je terus dari akaun atau page mereka, kira win-win situation lah. Hargailah mereka. Kita untung, mereka pun untung. Kita semua sama2 nak cari makan.

Contohilah seperti portal online TheVocket, walaupun mereka merupakan Content Distributor namun mereka menghormati semua Content Provider mereka dengan menyatakan dari mana sumber artikel mereka malah siap meminta kebenaran daripada pemilik kandungan lagi. Ini yang lain siap copy, save dan download content dari page orang lain tanpa kebenaran lepas tu paste dan upload balik kat page sendiri dan tak bagi pun kredit atau nyatakan sumber asal sebab nak dapat reach seorang diri.

Kenapa perlu pentingkan diri dan membuli page dan blog2 kecil lain yang baru nak bertatih di dunia siber ni? Sepatutnya page dan blog2 gergasi ni bantulah page dan blog lain yang ada content bagus ni sama2 naik. Mereka ini mungkin tak dapat nak grab audien yang ramai sebab tak mampu nak buat bayar FBads tapi ada content yang menarik yang mungkin korang boleh guna, so sama2lah bantu sesama sendiri, barulah ada give and take. Ini korang je yang take takde give langsung, apa cerita? Apa yang korang buat mungkin tidak melanggar undang2, namun ia sama sekali tiada etika dan tidak bermoral.

Serious, janganlah menjahanamkan lagi page2 kecik lain dan ranapkan semangat kami. Kami dah penat kena tindas macam ni. Aku dah penat.

Penat dah kami tulis banyak artikel pasal ni... penat... namun kesedaran masih sangat kurang.

P/S: Kalau rasa nak bagi sokongan dan semangat kepada kami, jangan lupa untuk membeli buku Buasir Otak: The Komik. Cara pembelian boleh klik pada gambar di bawah:

Buasir Otak: The Komik




tags: page besar gergasi online facebook fb siakap keli press ambil post gambar dari blog buasir otak the komik plagiat content provider distributor pembekal pengedar video youtube freebooting

18 ulasan:

  1. Wow noob..kalau la boleh ambik royalti..kan bagus..tiap kali nak save je kena bayar..
    Aku tau betapa sakitnya ati bila kita dah bersusah payah buat sesuatu,org lain yg dapat kredit..
    Ni pandangan aku la..cuba kalau buat watermark besar2 sampai melintang gambar atau taruk gambar patrick tu kat mana2 je dalam gambar tu mcm mana?mesti susah dorang nak padam kan?
    Takpun ko selitkan perkataan buasir otak ke,prince of noob ke,atau ape2 jela trademark blog ko ni kat dalam ayat yg dicakapkan dlm katun tu..kira mcm takde ayat tu,tak jadi dialog dorang..
    Aku bukan la org it..so aku taktau sangat pasal benda ni..aku komen benda yg aku rasa boleh membantu ko je..anyway..aku tetap sokong b.o ni sampai noob tutup kilang..
    -lanun-

    BalasPadam
  2. err noob bukan page siakap keli dah tulis kredit ke utk troll wasap tu. semlm aku tgk post dia dah letak kredit dkt ko...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas dia mintak maaf tu dia letak lah kredit. Page2 lain tu tak letak kredit dan tak minta maaf pun. Artikel ni untuk pengajaran dan kesedaran pada semua content distributor. Kalau ada content provider yang haknya dicuri tanpa kredit, suarakan. Kalau kesedaran dah makin banyak isu ni pasti akan berkurangan, yang penting ada toleransi dan give and take.

      Padam
  3. err noob bukan page siakap keli dah tulis kredit ke utk troll wasap tu. semlm aku tgk post dia dah letak kredit dkt ko...

    BalasPadam
  4. Sabar bro.. Saye pun pernah kene. Jenuh nak kene contact satu2 admin page2 fb, admin blog2. Kite ni sampai tengah malam pikir nak buat ayat macam mane.Bukan nak duit pun kan, nak credit je.

    BalasPadam
  5. Pernah kena juga di mana rencana yang Ayuni tulis panjang-panjang diciplak oleh orang lain. Memang penat dan menjengkelkan bila laman lain senang-senang ambil hakcipta kita tanpa beri kredit... mentang-mentanglah kita blogger newbie yang hodoh dan tidak popular atau cantik macam Hanis Zalikha :(

    BalasPadam
  6. ko patutnya letak ayat camni pada perenggan permulaan setiap artikel ngko "saya putra nubhan dgn ini tidak megizinkan kopipes tanpa kredit dan bayaran supaya saya...bla..bla..bla." mungkin sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa sentap dihatiko..

    -jilali-

    BalasPadam
  7. bertabah la noob. aku rasa bkn ko sorg kena. byk lg artikel yg di share, xpnah tau pun sapa pemiliknya. & benda ni dah jadi satu kebiasaan. nak x nak kena terima.

    pcm biru-

    BalasPadam
  8. Noob..aku pun mcm menyokong anon 5.05 ptg tu..ko buat la kenyataan ke disclaimer ke..biar nampak butthurt pun takpe..janji dorang tak suka2 curi hasil kerja ko..
    -lanun-

    BalasPadam
  9. agaknye lain kali kenalah letak invisible watermark kat gambar2 tu..takut kena curi lagi

    BalasPadam
  10. Noob, kaburkan gambar page tu pun still tahu tu page apa sebab warna dia familiar sangat :3

    BalasPadam
  11. Saya sokong Noob, saya dah beli buku komik Buasir Otak ;)

    BalasPadam
  12. woah..kesian ko PON..
    kitaorang yg follow n baca blog ni sentiasa tau origanaliti konten entri ko bero..
    kitaorang selalu support ko..

    jgn patah semangat..huhu

    BalasPadam
  13. Aku support BO.. walaupun ada page BO, page the komik BO, page nubhan.. semua lebih kurang sama je isi kat dalam nye.. hahaha.. tapi aku support semua..

    Cuma komik je aku belum beli lagi. erkkk

    BalasPadam
  14. Kesian noob...ni la dunia, muka cantik, laki macho, duit lebat je dpt perhatian senang2...muka mcm spongebob atau sewaktu dengan nya mmg mcm mengemis mintak perhatian....

    Byk2 bersabar ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muke ko mcm Proottttpretttcrettt

      Reply komen aku

      - Virus Zika ROCK -

      Padam
  15. Spe yg pandai buat apps, social media, and pandai architecture pm ye.. Hrp boleh kerjasama, umur 20an sahaja , utk yg rse hati kental utk grafik disigner pm, gaji ade komisen ade.. Compny baru, xrenovate lagi, staf partner semua bawah 30an..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.