Halaman

Jumaat, 26 Februari 2016

Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 5

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Maharaja Lawak Mega 2016 sudah masuk ke minggu ke-5 dengan hanya tinggal 11 peserta lagi yang akan bertanding pada malam ini. Secara keseluruhan rata2 persembahan peserta sudah semakin hambar, dan setakat ini tiada lagi mana2 peserta yang benar2 menyerlah dan bersinar. Yang kelakar pun kebanyakannya hanya sekadar LMAO dan LOL namun masih lagi tidak sampai ke tahap ROTFLMAO yang aku harap2kan. Diharap dengan tema Peribahasa malam ini akan dapat kembalikan aura dan momentum MLM2016 ini.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.


Tonton persembahan setiap peserta Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 5 di bawah.

TEMA: Peribahasa

1. PUTEH (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)

Peribahasa: Sediakan payung sebelum hujan.


2. CHAM (Laugh-O-Meter: HEH | Rating Juri: HaHaHa)

Peribahasa: Seperti kacang lupakan kulit.


3. JORAS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)

Peribahasa: Air yang dicincang takkan putus.


4. BORA (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHaHa)

Peribahasa: Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.


5. ENJEN (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)

Peribahasa: Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.


6. LOL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)

Peribahasa: Seperti lembu dicucuk hidung.



7. SHAKE (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)

Peribahasa: Lembu punya susu, sapi dapat nama.


8. SAYWHO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)

Peribahasa: Melentur buluh biar dari rebungnya.


9. RAYZA (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)

Peribahasa: Indah khabar dari rupa.


10. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)

Peribahasa: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.


11. BOS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)

Peribahasa: Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.


Man of The Match: Abam Bocey


Peserta yang tersingkir: SHAKE


Kesimpulan: 

Persembahan perserta malam ini rata2 menarik dan bagus. Tiada pengulangan jalan cerita kerana masing2 ada tema peribahasa sendiri. Kumpulan Lol bagi aku paling bagus dengan guna formula komedi Jambu. Puteh juga outstanding. Rayza walaupun kurang mendapat sambutan penonton namun komedi sarkastiknya sebenarnya sangat sampai.

Shake juga begitu walaupun kurang sambutan tapi sebenarnya sketch mereka lawak juga. Mungkin kerana Amir dan Mie sangat kurang auranya maka penonton rasa hambar, sedangkan jika sketch yang sama kumpulan Lol yang buat dah tentu mendapat sambutan. Namun ia tetap tak dapat menghalang daripada mereka daripada tersingkir minggu ini,

Bos pula juri mengatakan dia tidak faham dengan lawak tersebut, mungkin juga kerana faktor umur dan generation gap. Bagi aku sketch mereka simple je jalan ceritanya, orang dari zaman depan pergi zaman belakang nak beritahu apa perbezaan masa depan dengan masa sekarang.

Bora walaupun mendapat kritikan bagus daripada juri namun bagi aku jalan ceritanya macam tak kuat. Tentera Jepun datang Malaysia lepas tu nak ikut adat dan budaya Malaysia? Lagipun masa tentera Jepun datang mana ada Malaysia tapi Tanah Melayu. Aku tak boleh brain.

Last sekali, Cham. Seriously, aku rasa chemistry mereka dah hilang. Takde nampak kemesraan antara satu sama lain, nampak macam mereka tak enjoy buat sketch mereka atas pentas, sampai aku pun rasa terseksa tengok persembahan mereka.

Itu sahaja buat kali ini. Jumpa lagi minggu depan.


Ranking aku untuk persembahan Minggu 5:

1. LOL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
2. PUTEH (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
3. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
4. RAYZA (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)
5. JORAS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)
6. SHAKE (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)
7. ENJEN (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)
8. BOS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)
9. SAYWHO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)
10. BORA (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHaHa)
11. CHAM (Laugh-O-Meter: HEH | Rating Juri: HaHaHa)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie
Laman rasmi MLM2016: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2016 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri video penuh download youtube hd astro mustika warna markah reza saywho chilok awok,kavin shake bora puteh xola enjen bos cham bocey jaros lol episod minggu 5

2 ulasan:

  1. Aku tertarik ngan persembahan bora

    Sebab apa, perasan tak waktu diorang buat tarian yang kata senaman tu,

    Tarian tu aku perasan waktu tengok cerita 'City of Life and Death' berkenaan waktu perang dulu antara China ngan Jepun...

    Kalau x slp, Tentera Jepun buat tarian tu lepas dapat tangkap Nanjing dari China

    Tarian tu lebih kepada rasa bersyukur atau apa entah mungkin budaya drng kot tapi aku tengok macam meyembah matahari

    Tarian ni boleh tengok kat link berikut

    https://m.youtube.com/watch?v=7cufG2Dlxvk

    Cool Guy

    BalasPadam
  2. joras terbaik tu.. Joey spatutnye MOM..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.