Halaman

Sabtu, 27 Februari 2016

Merangkak cari orang minta maaf di Padang Mahsyar

Akhir-akhir ini selalu sangat dengar kata-kata seperti "Kau merangkak lah cari aku kat Padang Mahsyar nanti" terutama apabila kita merasakan ada orang buat salah dengan kita atau sudah kehabisan hujah yang boleh memenangkan kita dalam sebuah perdebatan lebih-lebih di media sosial. Kita suruh dia merangkak di Padang Mahsyar, dia suruh kita merangkak di Padang Mahsyar. Semua orang pernah pergi Padang Mahsyar ke sampai tak habis-habis suruh orang merangkak cari kita kat sana?

Gambar hiasan.

Berdasarkan hadis Nabi seperti berikut:

Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian siapakah orang yang muflis itu?”

Mereka menjawab : “Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak pula memiliki harta/barang.”

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun ia juga datang dengan membawa dosa kezaliman. Ia pernah mencerca si ini, menuduh tanpa bukti terhadap si itu, memakan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kezalimannya tersebut, diberikanlah di antara kebaikannya kepada si ini, si anu dan si itu. Hingga apabila kebaikannya telah habis dibahagikan kepada orang-orang yang dizaliminya sementara belum semua kezalimannya tertebus, diambillah kejelekan/kesalahan yang dimiliki oleh orang yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.” Hadith sohih Riwayat Muslim.

Boleh rujuk juga di Sunnah.com.

Ya, dosa sesama manusia perlulah diselesaikan di dunia, jika tidak di akhirat nanti pahala kebaikan seseorang itu akan diberikan kepada orang yang didosainya seperti menzalimi orang lain, mencerca, menuduh dan memfitnah tanpa bukti, memakan harta tanpa kebenaran dan sebagainya sebagai tebusan atas dosa tersebut.

Memang ada hadis yang menyatakan gambaran manusia di Padang Mahsyar kelak yang mana salah satunya golongan yang akan dibangkitkan dengan keadaan merangkak dengan kepala di bawah, namun ia bukan ditujukan kepada orang yang berbuat salah kepada seseorang akan merangkak untuk berjumpa untuk meminta maaf di Padang Mahsyar.

Di padang Mahsyar nanti, masing-masing hanya akan fikir akan dosa masing-masing sahaja, tiada masa untuk fikir pasal orang lain apatah lagi nak tunggu orang lain datang merangkak untuk minta maaf. Nak minta maaf, langsaikan di dunia sahaja. Di akhirat kelak, terima sahajalah hukuman dari Tuhan, dan pahala kau akan diberi kepada orang yang pernah kau buat salah, itu pun kalau kita ni banyak pahala.


Baca lagi artikel di bawah yang tentang "Merangkak cari aku di Padang Mahsyar!" berikut.

* * * * * * * * * *

Pernah satu masa, ada seorang sahabat Nabi Muhammad, Thabit bin Qais menyorok selepas mendengar ayat kedua Surah Al Hujurat yang diturunkan kerana waktu itu ada kalangan sahabat Nabi bergaduh hingga suara mereka lebih tinggi daripada baginda.

“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras, sebagaimana kerasnya suara sebagian kamu terhadap sebahagian yang lain supaya tidak terhapus (pahala) amalanmu, sedangkan kamu tidak menyedarinya.” (Al-Hujurat 2).

Malaysia pada zaman kiini bukan hanya mengalami kegeringan dari sudut ekonomi dan politik, bahkan gering dari sisi nilai sosialnya.

Masyarakat kita ini sedang sakit teruk. Sakit yang entah sedar atau tidak, dan entah mahu dibaiki atau tidak.

Mempermainkan pelajaran agama sudah menjadi satu trend dan gaya tegar kita. Pelajaran-pelajaran agama dijadikan bahan lawak, bahan ejekan, bahkan baru-baru ini ia menjadi satu cabaran yang saling dilontar sesama kita.

Siapa yang akan merangkak dan mencari kita di Mahsyar kelak, siapa yang harus meminta ampun kepada kita kelak. Cabaran dan jemputan ini dilempar-lempar hinggakan keadaan kita dengan Tuhan di Mahsyar nanti sepertinya tidak lebih penting daripada isu merangkak-rangkak.

Padang Mahsyar bukan satu tempat permainan hingga ia boleh menjadi modal cabaran antara manusia yang berbalah. Ia adalah satu tempat yang sangat menakutkan.

Tempat di mana aib-aib kita disingkap Tuhan. Amal-amal baik kita dihisab dan ditimbang. Bahkan setiap amal dipertontonkan di situ. Ia adalah hari pendakwaan ke atas sekalian manusia. Pendakwaan Tuhan terhadap manusia yang tidak mampu langsung untuk kita tanggungkan.

Bagaimana dalam tempoh menemui hari sedahsyat ini, kita masih sempat dan sanggup memikirkan ada orang harus dan perlu merangkak kepada kita? Sedang amal kita dengan Tuhan pun entah bagaimana hisab dan timbangannya.

Sekali-kali tidak wujud sebarang bentuk penafian yang Islam sangat menekankan perihal hubungan manusia terhadap Tuhan dan hubungan manusia sesama manusia.

Sebagaimana firman-firman Tuhan yang menekankan kewajipan menjaga hubungan sesama manusia, dan hadis Nabi akan hak Muslim terhadap Muslim, juga bagaimana balasan terhadap mereka yang menzalimi hak ke atas manusia lain.

Tuhan memang sudah siap mengingatkan kehidupan, tidak hanya antara kita dan Dia, bahkan antara kita dengan orang lain. Dan penekanan ini, disertai ancaman berupa balasan terhadap amal buruk yang kita lakukan terhadap manusia lain.

“Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia.” (Ali Imran : 112)

Tetapi ancaman-ancaman ini ialah amaran yang kedatangannya berbentuk mutlak daripada Tuhan. Dan hak menghukum manusia juga hanya ada pada Tuhan, Allah yang Maha Berkuasa. Maka hak Tuhan ini jangan sekali-kali kita ambil dan campuri.

Tinggalkan kerja mengancam-ancam pembalasan akhirat dan berhenti menghukum pengakhiran manusia.

Kerana dalam sedar atau tidak,kita sebenarnya kehilangan rahmah. Masyarakat kita, Muslim khasnya, sudah kehilangan nilai mendoakan kebaikan buat orang lain. Kita merasakan kita layak mendoakan yang buruk-buruk kepada orang yang menzalimi kita.

Sedangkan Nabi tetap mendoakan Abu Jahal dan Abu Lahab, pemuda Mekah yang sentiasa zalim dan dengki kepada Muslimin, agar diberikan hidayah kepada mereka. Mengapa teladan yang ini tidak kita pilih dan ikuti?

Kita kehilangan sifat tawaduk' dalam merenung ayat-ayat suci al-Quran. Sedangkan Nabi yang mulia, al-Quran diturunkan ke atas Baginda dengan semua ayat ancaman kepada golongan kuffar dan munafiq, dengan semua balasan-balasan berat. Adakah ayat-ayat ini menunjukkan apa yang akan Nabi terima di akhirat?

Sekali-kali tidak! Ayat ayat ini kesemuanya peringatan untuk Muslim. Peringatan dan teguran kepada kita sendiri. Bukan kepada orang lain. Al-Quran bukan untuk dituju-tuju pada orang lain. Ia untuk kita, manusia yang fitrahnya selalu lupa.

Sahabat-sahabat Nabi yang dijamin syurga untuk mereka, masih tetap mengambil ayat al-Quran sebagai peringatan dan ancaman kepada diri sendiri. Sehebat itu peringkat takwa mereka kepada Tuhan. Tetapi mengapa kita, saat dibacakan ayat-ayat ancaman di dunia, alam kubur dan hari kiamat, kita gemar menuding ayat itu kepada orang lain?

Kita benar-benar lupa al-Quran memang diturunkan sebagai peringatan kepada orang bertakwa. Jika perkara sekecil ini pun tidak boleh kita cerna, memang benarlah masyarakat Muslim Malaysia ini sedang sakit.

Sudahlah jauh daripada nilai sosial – hilang rahmah dalam berhubungan, bahkan kita tidak mahu pun menjadikan al-Quran sebagai peringatan kepada diri sendiri, menuding jari pula kepada orang lain?

Jika kita terus membiarkan penyakit ini, hancur dan musnahlah masyarakat Muslim yang benar pegangan dan peribadinya. Kita bukan sahaja sesak dengan penyakit ini, tetapi kita juga gagal menunjukkan betapa rahmahnya Islam yang menjadi keyakinan dan anutan kita.

Teruslah berperang siapa yang akan merangkak di padang Mahsyar. Teruskan dengan doa-doa memohon pembalasan kepada orang yang menzalimi kita. Teruskan menuding jari kepada orang lain saat ayat-ayat ancaman daripada al-Quran dibacakan di hadapan kita.

Teruskan bermain dengan semua perkara kesukaan kita ini. Bermainlah dengan pelajaran-pelajaran agama. Sampai kita diberi balasan seperti kaum Bani Israel dahulu, mungkin waktu itulah baru kita akan tersedar.

Tidak ada perkara yang lebih menggentarkan jiwa orang mukmin melainkan apabila disebut nama Allah dan apabila datangnya hari pembalasan. Setiap amalnya akan dihitung. Pada hari itu titian sirat akan menjadi penentu ke syurga atau neraka kah mereka. Tidak ada yang lebih menggusarkan hati melainkan kebimbangan bertemu dan menjawab soalan demi soalan daripada Tuhan.

Dan Islam adalah agama rahmah. Agama yang di dalamnya penuh dengan kasih sayang antara Tuhan dengan hamba, dan antara hamba sesama mereka. Cukuplah sebahagian agamawan kita asyik menunjukkan betapa Islam ini agama menghukum.

Manusia mencari harapan dan harapan itu ada pada agama kita, Islam yang sangat sejahtera. Limpahkanlah rahmah dan mahabbah sebagaimana Nabi lakukan terhadap para sahabat dan Muslim pada zaman itu. Sekurang-kurangnya itulah amal yang barangkali akan dihisab ketika hari perhitungan nanti.

Kemudian Nabi dan sahabat yang lain mencari Thabit dan menjumpai beliau sedang menangis hingga terperosok di dinding akibat sangat bimbang dan gentar ayat-ayat ancaman Tuhan ini diturunkan khusus buatnya hanya kerana beliau mempunyai suara yang kuat.

Seorang sahabat yang dijanjikan syurga tetapi masih menangis membayangkan dirinya lah yang diancam Tuhan, sedangkan sebenarnya ayat itu diturunkan sebagai teguran kepada sahabat Nabi yang lain yang sedang bergaduh dengan suara yang sangat kuat.

* Artikel asal dari The Malaysian Insider tulisan Aina Wafi Ab Kadir. Malangnya portal TMI dah kena blok dengan SKMM.

* * * * * * * * * *

So kalau kita rasa ada dosa dengan orang, pernah menzalimi orang lain, tuduh, fitnah, pukul dan mendatangkan kemudharatan kepada orang lain, selesaikanlah di dunia. Kita pun tak tahu apa nasib kita di akhirat kelak.

Dan tolong henti guna ayat "Merangkak cari aku kat padang Mahsyar!".




tags: merangkak cari aku di padang mahsyar mahshar hari akhirat dunia dosa minta maaf

7 ulasan:

  1. tu la pasal . dah xda keje ke umat manusia masing2 keja merangkak cari org dkt padang mat sirat. kau cari aku,aku cari kau. sedang kan jelas dlm hadis sebut umat manusia akan mencari cari nabi utk mintak syafaat pertolongan. komen aku senang je kalu ada manusia mcm ni. aku xnak merangkak cari kau. penat .. baik aku naik kereta ke jet pejuang cari ko. laju cikit. wakakakak.

    BalasPadam
  2. Aku ingin meminta maaf

    jikalau ada tersalah komen sehingga ada yang terasa hati atau apa2 yang berkenaan
    selama ni di blog ini samaada secara sengaja atau tidak dengan nama atau tanpa nama

    Juga kalau ada tersilap memberi maklumat serta mengatakan pekara yang aku kata tapi sendiri x menepati

    Mohon kemaafan

    Cool Guy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  3. oh rozana

    kejauhan ini aku merasa bait bait wajahmu
    yg terukir di sekeping bisjut yang layu
    di keringat pedih jejaka bangla
    adakah dikau turut merasa royi yg telah diberi oleh bangla

    oh rozana

    memikir sepi di lautan ombak bisjut dan royi
    mendamaikan suasana suram pada jejaka bangla
    adakah dikau masih mengerti
    pahat ketulusan pada bisjut dan royi

    oh rozana

    kembalikan bisjut ini pada jejaka bangla
    walaupun sedikit waktu tertentu
    royi ini bakal menjadi milikmu
    akhirnya tewas dilautan hempedu

    oh rozana

    marilah kita bersama
    merasai nikmat bisjut dan royi
    yg telah dibeli di kedai jejaka bangla
    walaupun ada sedikit kekalutan
    di persada maya membelai duka nestapa

    nak royi?

    BalasPadam
  4. Kdg2 ada org yg suka gunakn statement agama utk tegakkan ego mereka...sdgkan seorang muslim sejati akan menunjuk pendekatan berbeza yg kita ni sama2 insan yg lemah yg byk buat kesilapan..xpun win-to-win solution

    Kalai artis n politician jgn ckp la...tp kalau ustaz pun mcm 2 lagi pening kepala.

    BalasPadam
  5. ლ(́◉◞౪◟◉‵ლ) Cıɞѧı ňooɞ ҡo Dєʟєţє ҡomєň ѧҡu ɞuѧţ ѧpѧ? proOtt

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.