Halaman

Ahad, 28 Februari 2016

10 jalan raya yang paling bahaya di dunia

Terdapat banyak jalan raya dan lebuh raya di negara kita yang boleh dikatakan agak berbahaya dan berisiko tinggi sehingga seringkali berlaku kemalangan jalan raya disebabkan persekitaran dan kawasan yang curam, tepi gaung, berbukit-bukau, berbengkang-bengkok, selekoh tajam, jalan licin, tanah runtuh, selalu dilintasi haiwan liar dari hutan bersebelahan, jalan berlubang dan sebagainya. Namun bahaya-bahaya jalan di Malaysia, masih tidak boleh lawan jalan-jalan di bawah ini.


Berikut adalah 10 jalan raya yang paling bahaya di dunia:

10. Sichuan-Tibet Highway, China

Lebuhraya Sichuan-Tibet merupakan jalan di tanah tinggi antara Chengdu dan Tibet di mana tanah runtuh dan batu jatuh adalah perkara biasa. Jalan ini mempunyai rekod lebih 7,500 kematian bagi setiap 100,000 pemandu. Antara risiko utama adalah tanah runtuh, batu jatuh, jalan berbengkang-bengkok dan gaung yang curam. Oleh itu pemandu perlu sangat berhati-hati terutama ketika cuaca buruk.


9. The Stelvio Pass, Italy

Stelvio Pass terletak di Itali yang merangkumi Alps Timur dan Col de l'Iseran. Antara risiko utamanya adalah jalan menurun gunung yang curam, konkrit penghalang yang rendah serta mempunyai selekoh setajam 180 darjah memang mudah mengundang bencana terutama jika memandu laju.


8. Los Caracoles Pass, Chile

Jalan ini melalui pergunungan Andreas antara Chile dan Argentina.Ia mempunyai banyak cerun curam dan selekoh tajam tanpa pagar keselamatan dengan jalan yang diliputi salji hampir sepanjang tahun. Memandu di jalan ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi walaupun dalam waktu kecemasan. Trak dan juga bas pelancong juga banyak menggunakan jalan ini setiap hari.


7. Skippers Canyon Road, New Zealand

The Skippers Canyon Road yang berada di New Zealand ini memang amat menakutkan kerana ia dibuat dengan potongan yang sangat sempit di tengah-tengah muka tebing semata-mata. Jalan ini memerlukan permit khas untuk memandu, dan walaupun anda sudah mendapatkan kebenaran sekalipun, bersedia untuk cabaran jalan yang licin dan nasib yang baik kurang baik jika ada kenderaan yang datang dari arah bertentangan.


6. The Zoji Pass, India

Jalan ini merupakan jalan yang memintas gunung yang tinggi di India yang menghubungkan antara Srinagar dan Leh. Laluan ini merupakan hubungan penting antara Ladakh dan Kashmir. Ia berada di ketinggian kira-kira 3528 meter dan laluan pergunungan kedua tertinggi selepas Fotu La. Ia sering ditutup ketika musim sejuk. Laluan ini merupakan talian hayat bagi penduduk Ladakh untuk berhubung dengan seluruh dunia.


5. Guoliang Tunnel Road, China

The Guoliang Tunnel diukir sepanjang sisi sebuah gunung di China. Ia agak sukar untuk dilihat di dalam gambar, kerana jalan ini dibuat oleh beberapa penduduk kampung dari bandar Guoliang. Sebelum pembinaan laluan ini, kampung itu terpisah dan tiada hubungan dengan kawasan sekitar. Walaupun ia tidak banyak lalu lintas, namun ia tetap jalan yang merbahaya bermula dari pembinaannya lagi.


4. Karakoram Highway, Pakistan

Dinamakan "Lebuhraya Persahabatan" oleh kerajaan yang membinanya, lebuhraya Karakoram ini merupakan jalan antarabangsa berturap yang tertinggi di dunia. Ia menghubungkan China dan Pakistan melalui seluruh pergunungan Karakoram dan laluan Khunjerab di ketinggian 4693 meter. Ia terdedah kepada risiko tanah runtuh dan banjir, dan lebih teruk lagi, jalan ini tidak berturap di Pakistan. Namun ia masih menjadi satu tarikan pelancong untuk menikmati permandangan indah di sepanjang laluan lama Silk Road.


3. James Dalton Highway, Alaska

Lebuhraya Dalton merupakan adalah jalan sepanjang 667 km di Alaska. Ia bermula dari Lebuhraya Elliott, utara Fairbanks dan berakhir di Deadhorse berhampiran Lautan Artik dan telaga minyak Purdhoe Bay. Walaupun nampak tenang pada pandangan pertama, namun ia dipenuhi dengan jalan berlubang, batu-batu kecil berterbangan yang dibawa oleh angin yang laju, dan yang paling teruk ia berada di tempat yang tandus dan tiada apa-apa di sekelilingnya.


2. Jalalabad–Kabul Road, Afghanistan

Banyak jalan raya yang digelar "yang paling berbahaya," tetapi jalan sepanjang 65 kilometer dari Jalalabad ke Kabul ini mempunyai lebih dari itu, malah melalui kawasan wilayah Taliban. Namun bukan ancaman pemberontakan yang membuatkan jalan ini begitu berbahaya., akan tetapi kerana ia terlalu sempit, lorong yang berliku-liku memanjat kawasan gunung sehingga 600 meter melalui gaung Kabul dan juga kenderaan Afghan yang sering memintas trak yang terlebih beban dengan melulu.


1. North Yungas Road, Bolivia

Juga dikenali sebagai "Jalan Maut" di rantau Yungas di Bolivia. Ia terkenal sebagai lagenda kerana risiko dan bahaya yang melampau sehingga Bank Pembangunan Inter-Amerika mengiktirafnya sebagai "jalan yang paling berbahaya di dunia" dengan anggaran antara 200 hingga 300 pelancong terbunuh setiap tahun di jalan ini. Banyak tanda salib di sepanjang jalan menandakan kawasan kenderaan pernah jatuh. Adalah biasa bas dan trak jatuh ke lembah gaung di bawah terutama apabila mereka cuba memintas antara satu sama lain.


Sumber: Wonderlist.com.




9 ulasan:

  1. aku tgk tajuk pon dah ble agak aila yang kopipes

    BalasPadam
  2. Wahhh Aila..

    -mat selan-

    BalasPadam
  3. aku chenta pada mu aila... luvre till jahananahh..

    -ex aila-

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ლ(́◉◞౪◟◉‵ლ) Cıɞѧı ňooɞ ҡo Dєʟєţє ҡomєň ѧҡu ɞuѧţ ѧpѧ? proOtt dmuka ko..

      Padam
  5. Sy perasan...byk entry aila copy paste dr sumber lain...sy lebih sukakn originality, jujur dr luahan hati seorg penulis...baru naik rating BO

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kanina lu ayam! Ko admin takkn xtau. Berapa kali ko berak dlm sehari? Btw proott sikit dmuka ayam aperica

      Mat basa

      Padam
  6. Byk jalan bahaya x apalah.. yang pnting kite di jalan yng benar.. bukan ke jalan kemungkaran..

    BalasPadam

  7. Very nice article thanks for it. very interesting blog again thanks for it

    actress hot images

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.