Halaman

Isnin, 29 Februari 2016

Sikap riak yang berangkai bagaikan skim piramid

Sikap riak ni juga dia boleh berangkai-rangkai macam skim piramid dan MLM. Mula-mula seseorang menunjuk-nunjuk kemewahan dia, lepas tu ada orang lain rasa macam best lalu ikut juga menunjuk-nunjuk kemewahannya pula, lepas tu ada pula orang lain rasa tercabar dan tayang pula kemewahannya, lepas tu ada lagi orang lain yang turut sama menayang kemewahannya pula hanya kerana tidak mahu ketinggalan dengan trend.

Lukisan: Deaday.

Seperti kes viral kat FB pasal tayang stereng kereta sambil tunjuk resit nak pulang barang kat Mydin seminggu lepas tu. Mula-mula ada orang post status ini di sebuah group FB:


Lepas tu ada orang upload gambar stereng kereta BMW dengan resit kata tersalah beli barang kat Mydin nak tukar balik, tujuannya nak troll status di atas.


Lepas tu makin ramai pula yang post juga kereta mahal post gambar stering kereta untuk troll pula status kat atas. Mungkin ada yang kereta sendiri atau ambil gambar dari Internet sahaja.




Tak kurang juga yang cuba join bandwagon dengan buat kelakar.



Sumber Says.My dan OhBulan!

Actually benda ni dah biasa berlaku pun. Masing-masing berlumba-lumba dan berlawan-lawan nak tayang kemewahan mereka terutama di media sosial. Jiran tayang kereta baru, dia pun nak tayang juga. Kawan tayang rumah baru, dia juga nak tayang. Sepupu show off iPhone baru, dia pun nak show off juga. Maka berlakulah rangkaian riak yang dah macam skim piramid.

Harap kita sama-sama dapat mengelak daripada menjadi pencetus kepada skim piramid riak ini.


Baca lagi artikel berkaitan berikut:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: riak show off takbur sombong tayang menunjuk megah mewah kaya viral gambar stereng steering kereta bmw resit tukar barang mydin

12 ulasan:

  1. kalau share gaming achivement kira riak jugak ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu bukan riak tapi sombong :P. Oi noob diorang nk tayang atau apa tu diorang punya pasal. Itu ini semua tk kena pada ko. Ko nk apa sebenarnya? Entah2 ko join juga tapi xberjaya

      -mat selan 3 suku-

      Padam
  2. Aku tak faham yang troll balik tu.

    Pam minyak pasal BMW.
    Troll balik pasal MyDin.

    Fail troll? Lolol.

    BalasPadam
  3. Selagi ada media sosial mcm FB n seumpamanya...mediun utk riak secara 'x sengaja' sgt tinggi...yelakan, beli brang mahal2 xkan simpan je..pas2 kalau post sikit just nak bgtau yg usaha kuat tangga kejayaan (ye la sgt sednagkan pau duit mak bapak)

    Manusia skrg ni kejar harta dunia je..kalau dlm hati kejar harta akhirat lain citenye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami mau cerita politiklah! Cerita mlm ni dh ketinggalan, proott

      Padam
  4. Mungkin niat asal nak bergurau kekonon troll, tapi sedetik terasa bangga, jatuh terus jadi riak. Hahahahaha

    BalasPadam
  5. mana ko tau dia riak?
    dia share gambar kat media sosial je terus dikatakan riak?
    eh dah tu facebuku dia,dia punya pasal la nak taruk gambar apa pun.yang terasa tak mampu tetiba tuduh dia riak plak dah?

    ukur la kemampuan di baju sendiri
    balik balik guna agama sebagai escapism.
    produk MLM pakai agama,air mineral pun nak pakai agama,post gambar pun nak pakai agama jugak ke?

    udah udah la tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah la mana ada diorg riak. diorg cuma tayang logo steering kereta mahal diorg je.

      Padam
    2. ko ni noob lembab duduk dlm gua x ikut trend semasa langsung. mmg mcm ni la cara melayu zuhud berwasatiyah merendah diri. tayang harta, rumah mewah, kereta mahal, itu semua cara melayu zaman sekarang merendah diri la... tambah pulak utk diangkat jd inspirasi kpd melayu yg lain. kalau diorg riak diorg x tayang kemewahan diorg, diorg akan simpan je kemewahan diorg dlm hati

      Padam
    3. Betul la tak riak. Ko cube explain sikit kat kami semua ni yg buta mata dan sempit minda ni..apakah yg dimaksudkan dgn riak dan apakah hadith2 yg berkaitan. Kami teringin nak tau apa yg ko nmpk..teringin nak bygkan jugak dari sudut akal ko yg ternyata suci lagi bijak pandai.

      Padam
    4. riak betul ko ni asyik komen kat blog buasirotak ni..
      sedar la skit orang lain yang tak komen kat blog ni nanti dia tengok ko ni riak.bebalik ko je komen

      tak gitu?

      Padam
  6. mesti ko pun riak gak noob pasal sibuk letak buku dan blog ko
    riak betui ko ni rupanya

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.