Halaman

Selasa, 1 Mac 2016

Kahwin awal dan buang bayi itu ramai orang Melayu?

Suatu ketika dahulu ada seorang pembaca pernah bertanyakan kepada aku, kenapa yang banyak buang anak ni orang Melayu? Kenapa kaum lain, orang negara barat, negara bukan Islam, tak banyak kes buang anak? Dan ditanyakan lagi, kenapa ramai orang Melayu yang kahwin muda dalam keadaan mereka masih belum matang lagi untuk pikul tanggungjawab sebagai suami isteri apatah lagi ibu bapa? Adakah mereka berkahwin itu semata-mata kerana untuk menghalalkan hubungan seks sahaja?

Maka aku pun mengambil masa yang agak lama untuk memikir tentang hal itu, dan ini adalah pandangan aku berdasarkan pemerhatian aku. Korang mungkin tidak bersetuju dengan aku dan mempunyai pandangan yang berbeza.


Pada aku, semua ini terjadi kerana semua orang Melayu itu beragama Islam. Tapi itu tak bermakna agama Islam itu salah maka semua ini berlaku, tapi ia lebih kepada kelemahan kita sendiri sebagai seorang muslim.
Pertama sekali, kita lihat di dunia barat atau mana-mana kaum yang bukan beragama Islam di dunia ini. Walaupun ada juga sesetengah agama lain yang melarangnya, namun masyarakat mereka lebih terbuka dan tidaklah terlalu patuh kepada ajaran agama atas nama kebebasan hak manusia. Apa benda yang aku maksudkan ini?

Ya, ia adalah hubungan seks.

Adalah menjadi naluri dan fitrah manusia mempunyai keinginan terhadap seks lebih-lebih lagi remaja yang sudah akil baligh atau mencapai puberty. Masa muda ini nafsu seks manusia menjadi membuak-buak walaupun ada yang boleh mengawalnya. Kita ambil contoh masyarakat di negara barat, selepas mereka akil baligh, beromen sebelum nikah itu sudah menjadi perkara biasa. Gadis remaja seawal usia 14 15 tahun yang masih bersekolah sudah hilang perawannya kepada teman lelakinya. Malah ibu bapa tidak rasa pelik atau risau pun jika anaknya pernah ditiduri teman lelakinya.

Apabila usia meningkat 20-an, perkenalan singkat antara lelaki dan perempuan juga sudah boleh berakhir di kamar tidur. Ketika baru mula bercinta juga, baru sahaja 1st date, pergi tengok wayang, lepas tu pergi dinner borak-borak minum champagne dalam suasana romantik, kemudiannya si gadis mengikuti teman lelakinya pulang ke rumah dan tidur bersama, seperti mana yang korang selalu tengok dalam filem-filem barat.

Maka jika perempuan itu hamil pun mereka boleh terus jumpa doktor untuk gugurkan, atau mereka juga boleh sahaja memilih untuk melahir dan membela anak tersebut walaupun masih belum atau tidak mahu berkahwin lagi tanpa rasa bersalah kerana masyarakat mereka sudah menganggap yang ia adalah perkara biasa.

Seks bebas, seks sebelum nikah, hamil anak luar nikah, ibu tunggal tanpa pasangan, berkahwin hanya selepas 2 orang anak, hubungan seks homoseks gay dan lesbian, kecuali rogol, benda-benda itu memang biasa bagi masyarakat mereka, dan secara tak langsung telah menetapkan satu standard yang masyarakat lain di dunia juga perlu ikut cara dan pemikiran mereka.

Mereka memisahkan seks dengan perkahwinan. Untuk menjalinkan hubungan seks itu tidak memerlukan ikatan perkahwinan. Bagi mereka perkahwinan itu suatu komitmen dan tanggungjawab yang besar, tetapi tidak seks. Mereka hanya akan berkahwin apabila mereka merasakan sudah benar-benar bersedia untuk memberi komitmen dan pikul tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri walaupun dah beratus-ratus kali berjimak pun dengan pasangan kekasih mereka.

Oleh itu tak hairanlah tidak ramai di antara mereka yang berkahwin di usia muda, boleh hidup single bertahun-tahun untuk buat perkara yang mereka suka tanpa memikirkan komitmen dan tanggungjawab bekeluarga, kejar cita-cita mereka dan hidup enjoy kemudian umur dah 30 40 tahun baru fikir nak kahwin, atau mungkin tak berkahwin langsung sampai tua, kerana walaupun mereka tak berkahwin, mereka masih dapat melempiaskan nafsu seksual mereka dengan pasangan couple, friends with benefits, escort girls dan sebagainya. Mereka tidak perlu korbankan sex life mereka walaupun lambat atau tidak berkahwin.

Berbeza pula dengan orang Islam. Walaupun fitrah manusia itu sama, namun kita mempunyai batas dan larangan tertentu yang mengharamkan persetubuhan sebelum nikah. Seks dan perkahwinan itu adalah suatu yang sangat berkait rapat. Berkahwin itu selain daripada memikul komitmen dan tanggungjawab sebagai seorang suami, isteri, ibu dan bapa, ia juga menghalalkan apa yang haram.

Disebabkan masyarakat kita majoritinya adalah orang Islam yang patuh kepada agama dari segi individu mahupun dasar undang-undang, maka penzinaan sebelum nikah adalah suatu taboo yang besar dalam masyarakat kita. Maka apabila seorang gadis itu hamil atas hubungan zina, mereka menjadi takut dan malu dengan pandangan dan cemuhan masyarakat lalu mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan dengan sendiri atau pun membuang bayi tersebut.

Orang bukan Islam, mereka sudah merasa hubungan seks itu seawal usia remaja tanpa mereka perlu berkahwin, sedangkan orang Islam (yang patuh) hanya merasa hubungan seks (yang halal) itu hanya selepas berkahwin. Jika mereka berkahwin muda seawal usia 20-an, maka awal lah mereka merasainya. Jika mereka lambat kahwin dalam umur 30 40-an, maka lambatlah mereka merasainya, dan bila usia pun dah lanjut, kau punya tenaga dan mood pun dah kurang.

Dan jika mereka memilih untuk tidak berkahwin dan membujang sehingga akhir hayat, ini bermakna mereka telah pun mengorbankan sex life, tidak lagi mengutamakan nafsu seksual dan membuang perhubungan seks itu dari kamus hidup mereka. Atau bagi yang tak boleh control pun mereka akan berbuat perkara yang haram sama ada cari makan di luar atau makan sendiri.

So ini menjawab kepada persoalan tadi kenapa yang buang bayi ini ramai orang Melayu dan kenapa orang Melayu ramai yang berkahwin awal. Kita mungkin boleh bagi pelbagai alasan, tapi akhirnya jawapannya adalah kerana seks juga. Orang Melayu buang bayi kerana malu orang tahu dia telah melakukan hubungan seks luar nikah, dan orang Melayu kahwin awal kerana mahu menghalalkan nafsu manusia itu kerana hanya dengan pernikahanlah satu-satunya cara untuk menghalalkan hubungan itu.
 
Dan ini juga menjawab satu lagi persoalan, kenapa ramai pasangan berkahwin muda yang bercerai? Kerana ramai yang berkahwin awal di usia muda itu hanya untuk menghalalkan apa yang haram tanpa masing-masing bersedia lagi memikul komitmen dan tanggungjawab untuk bekerluarga.

Maka adakah agama yang salah sehingga menyebabkan semua ini berlaku?

Tidak, agama Islam tidak pernah salah. Yang salah adalah kerana kegagalan penganutnya sendiri untuk menjadi penganut yang patuh. Jika kita mentafsir isu ini mengikut cara hidup dan mentaliti masyarakat barat dan orang bukan Islam, memanglah kita akan rasa agama Islam lah yang salah kerana terlalu menyekat kebebasan manusia, banyak sangat halangan, itu tak boleh ini tak boleh.

Namun jika kita melihat semula tujuan kita dihidupkan di muka bumi ini pun sebenarnya hanyalah semata-mata kerana Allah Taala, dan segala larangan itu adalah demi untuk menguji kepatuhan kita sebagai hamba-Nya. Jangan kata seks sebelum nikah, banyak lagi larangan yang Tuhan bagi seperti larangan minum arak, makan babi, riba, rasuah, riak, angkuh, tamak haloba dan sebagainya. Dan jangan kata zaman sekarang, sejak Tuhan menciptakan Nabi Adam a.s lagi Tuhan sudah mengujinya dengan melarangnya memakan buah khuldi. Oleh itu percayalah, Tuhan menguji kita di dunia ini adalah agar kita berjaya memperoleh kenikmatan di akhirat kelak.

Dan bagi yang sudah pun tewas dengan ujian dan tersasar dari landasan dunia, sama-samalah kita bimbing dan bantu mereka kembali ke jalan yang benar, bukan dengan mencemuh, menyisih dan menjauhkan lagi mereka dengan syurga Allah.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik



tags: kenapa punca orang melayu ramai banyak buang anak bayi romen zina setubuh jimak hubungan seks sebelum nikah sex mat saleh 

16 ulasan:

  1. Dan persepsi orang melayu terhadap anak luar nikah.

    Daripada biar anak tu takde bapak, lagi elok buang dia. Mungkin tu yg difikirkan mak yg mengandung.

    BalasPadam
  2. org kapir mmg xda buang anak atau minoriti. sbb mereka bila dah pregnant anak luar nikah, masyarakat diorang anggap itu satu benda yg normal. so perasaan malu xwujud dlm diri diorg. diorang boleh besarkan anak luar nikah tersebut tanpa rasa malu & bersalah.

    bg yg islam pula especially melayu. mengandung luar nikah malu mana ko letak muka dik oi. mak bapak ko menanggung malu. masyarakat sekeliling pandang serong .. mana kau pergi org mengata. so penyudahnya .. anak itu di buang merata2.

    sex pun dh xbrapa taboo(bukan citer taboo omputeh tu ye) .. skrg zmn zina beb. 3gp mp4 melayu budak sekolah je besepah dkt intenet, dkt tumblr cibai. tu yg masuk dkt intenet .. xmasuk lagi org buat sex senyap xrakam guna hp

    pcm biru-

    BalasPadam
  3. Setuju dengan ulasan kali ni

    Agama islam tidak pernah salah
    Yang salah adalah dari kelemahan penganutnya sendiri

    Apapun, dah kalau kau dah terlanjur janganlah tambahkan lagi dosa dengan membunuh/buang anak
    tu dah b**i dan b***h namanya

    Malu pun malu la lebih baik dari kau buat bende yang x sepatutnya kat anak yang tak berdosa tu

    Apapun Allah lebih maha mengetahui

    Cool Guy

    BalasPadam
  4. Media massa sekarang dan mak ayah yg kurg meluangkan masa utk anak2. Itu aku salahkan. Ye lah, tv pun dah beratus channel tambah lg ngan internet, mmg remaja yg tgh meletus hormon mereka akan terpengaruh.

    Kahwin awal bg aku xsalah, mgkin lebih baik. Sifat materialistik hari ini menyebabkan kita selalu rs tidak cukup.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan... termasuk cost sara hidup yang tinggi untuk budak2 yang baru nak mempunyai pendapatan sendiri, then tetiba dah ada anak bini.. life is tough beb

      Padam
  5. kahwin awal mmg mudah. nak matang awal tu yg susah sikit. bila tak matang rumahtangga pun bergelora

    BalasPadam
  6. Sy fhm kompleksiti yg berlaku skrg...

    Kebanyakan kes buang anak jenis berlaku hubungan seks luar nikah...lg2 lelaki lepas tangan n ppuan tangung sendiri, xtau selok belok nak gugurkan kat tempat2 yg hanya beberapa org tau...lgpun kalau keluarga sendiri tau pasal mengandung anak luar nikah, sure kena pulau n x mengaku anak n cucu.

    Kalau kes non muslim n barat, seks tanpa nikah ialah perkara biasa...so family pun x kisah n jika tau mengandung, keluarga sendiri bg support utk gugurkan awal2 sebelum jadi janin yg dah besar n susah digugurkan.

    Agama islam ialah panduan hidup supaya bahagia dunia akhirat..xleh salahkan islam sbb nmpk sgt budaya ini membuatkan sesetengah beranggap islam ni leceh n x bebas...sedangkan jika budaya barat ni selalu berlaku..keruntuhan keluarga tetap tinggi even anda atau keluarga sendiri benarkan seks tanpa nikah. Sbb 2 anda nmpk byk negara barat penceraian tinggi sbb even dah kahwin pun anda bebas nak buat seks dgn sapa2 sbb dah dibenarkan sejak awal lagi.

    Jgn terpengaruh idea barat benarkan seks tanpa nikah...n kalau anda nmpk hubungan suami isteri yg berkekalan lama, selalunya pada mulanya mereka menjaga maruah n nafsu masing2 sebelum kawin...n dari situ mereka hargai pasangan masing2 supaya tidak membuat hubungan seks dgn org lain selain pasangan sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. T.kasih admin atas nasihat tu..sama2lah kita meneliti diri.senang ckp,melayu kalau nk main gunalah kondom, ok? Prooott dmuka ayam aperica

      Padam
  7. noob, selaku lelaki tua yg xkahwin, ko makan luar ke makan sendiri (guna ayat ko)

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Ko tutup hidung bau kentut ke? Creeeeeetttttt preeeeett

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.