Halaman

Rabu, 2 Mac 2016

Usah bencikan agama kerana kelemahan penganutnya

Kita biasa dengar berita tak menarik tentang orang muslim. Kita biasa dengar agamawan bertelagah sesama sendiri. Kita biasa dengar ustaz memberi ceramah dengan cara yang kasar dan menyakitkan hati. Kita biasa dengar orang yang mempergunakan agama demi kepentingan dan keuntungan sendiri. Kita biasa dengar penganut agama Islam yang memberi gambaran yang salah tentang Islam. Kita biasa lihat orang yang melakukan kerosakan dan kebinasaan kononnya atas nama Islam seperti tentera ISIS. Kita biasa lihat orang Melayu mencemar imej agama Islam dengan melabel, menghukum dan mengutuk-ngutuk orang lain.

Segala imej buruk yang dibawa oleh sesetengah orang Islam ini tentu sedikit sebanyak membuatkan ada segelintir umat Islam lain benci dan menjauhkan diri dari agama kerana sikap-sikap buruk mereka ini.

Namun hakikatnya...

Lukisan: Syue Artz.

Mereka itu semua tetap manusia sama seperti kita jua. Hatta orang itu seorang alim, ustaz, imam, bilal dan sebagainya, mereka juga tetap manusia dan bukanlah malaikat. Kita mungkin boleh mengharap mereka dapat membawa imej yang baik kepada agama, namun usah mengharapkan kesempurnaan daripada seorang manusia kerana kelak kita pasti akan kecewa kerana tiada manusia pun yang sempurna di muka bumi ini.

Walau apa pun yang berlaku, muhasabahlah diri kita, janganlah kita sekali-kali benci dan menjauhkan diri daripada Islam kerana sikap buruk segelintir penganutnya. Ingat semula yang kita beragama ini semata-mata kerana Tuhan yang Esa, bukanlah kerana sikap mana-mana manusia.

Seperti yang aku pernah tulis dahulu di artikel sebelum ini, nak mengenal dan memahami suatu agama bukan dengan melihat sikap pengikutnya, sebaliknya bacalah kitab agamanya, kalau dalam Islam rujuk Al-Quran dan kitab hadith yang sohih, baru kita boleh kenal dan faham dengan ajaran agama Islam yang sebenar.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik



tags: kenapa kita beragama punca ceramah kasar ustaz dakwah tazkirah sentap imej gambaran muslim penganut

7 ulasan:

  1. salam mahadeath kuar umno

    1. Masjid bukan lagi pusat dakwah tapi port mengumpat , berpolitik , nak pulau orang itu orang ini.
    2. Agamawan pula diambil dari orang low intelek (tak skor periksa) yang berangan nak senang masuk gomen menyebabkan pemikiran orang islam tersekat di abad ke 9.
    3. Agamawan sibuk join forex, pelaburan goyang telur duit masuk dan beli kereta besar.
    4. Agamawan sibuk jual air liur jadi celebrities daripada korek dan bukukan rahsia al Quran dan hadis sesuai dengan abadnya.
    5. Agamawan paling pandai ialah siapa dapat hafal dan ulang kitab abad ke 9 plus sikit jokes n songs.
    6. Menentang pendapat abad ke 9 dihukum sesat tetapi ulamak abad ke 9 juga dianggap sesat pada zamannya kerana bawa idea revolusionari berasaskan al Quran contoh membincangkan alam kubur dsb.

    #KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM > 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. mamat cemerlang kantoi kena tangkap sebab pedo kat london taknak komen ker?

      Padam
    2. Bro kedepan, lu cakap macam lu tahu je semua agamawan macam tu, apa yg lu cakap tu semua persefektif je, jangan burukkan agamawan, sebab orang macam lu la kaum lain pandang sepi agama islam

      Padam
  2. Gaya lukisan syue artz ni mcm gaya manga hentai

    BalasPadam
    Balasan
    1. proOotT !

      -sirosli-

      Padam
    2. mesti ko slalu baca hentai kan pasal tahu je segala gaya manga hentai...

      Padam
  3. Pada aku secara peribadi,
    semua ni berlaku bila para agamawan tu fikir berdakwah bukan lagi satu tuntutan tapi satu status. Kita tahu apa jadi bila kita kejar status, harta dan pangkat. Lagi geli hati bila ada istilah 'selebriti dakwah'. Keikhlasan dalam mendakwah supaya pendengar berubah makin lama makin hilang dan diganti dengan perasaan 'ingin tunjuk hebat'

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.