Halaman

Selasa, 8 Mac 2016

Cara mengenalpasti kecenderungan politik rakan FB

Kita pasti ramai rakan di Facebook yang biasanya terdiri dari ahli keluarga, adik beradik, sedara mara, sepupu sepapat, rakan sekolah rendah, rakan sekolah menengah, kawan masa matrikulasi, kawan universiti, kawan pejabat, kenalan kursus dan sebagainya. Bagi rakan FB yang selalu update kat wall mereka tentang isu-isu politik maka kita boleh mengagak akan kecenderungan politik mereka, namun bagaimana pula dengan rakan FB yang jarang update status tentang politik dan tidak menunjukkan kecenderungan mereka, bagaimana kita mendapat tahu kecenderungan mereka sama ada pro atau anti parti pemerintah?

Sumber gambar.

Baru-baru ini Facebook telah melancarkan reaction button yang menggantikan butang Like di mana selain Like, pengguna boleh bagi respon Love, Haha, Wow, Sad dan Angry bagi setiap post di Facebook. Jika dulu orang hanya boleh Like suatu post jika suka akan post tersebut manakala hanya tulis komen jika tidak suka akan post itu, kini mereka boleh beri respon Angry bagi post yang tidak disukainya.


Maka bila dah ada Facebook reaction button ini, secara tak langsung kita juga boleh tahu kecenderungan politik rakan-rakan FB kita. Caranya sebagai contoh, pergi ke FB page PM Najib dan tengok siapa kawan FB kita yang selalu bagi reaction Like, Love dan Angry kat setiap post PM Najib. Jika seseorang itu banyak bagi reaction Like dan Love, maksudnya dia adalah penyokong Najib dan kerajaan, manakala jika dia bagi banyak reaction Angry, maka dia tidaklah suka pada Najib dan juga kerajaan.




Begitu juga di post di tempat lain berkaitan politik. Jika di sebuah status anti kerajaan kita lihat seseorang itu selalu bag reaction Angry, maka kita tahulah dia itu seorang penyokong kerajaan, dan jika dia selalu bagi reaction Like dan Love, bermakna dia seorang yang tidak suka dengan kerajaan.


Maka apakah tujuan kita tahu kecenderungan politik orang lain?

Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah apabila kita berjumpa, berbual atau chat dengan mereka, sekurang-kurangnya kita boleh elakkan dari buka topik-topik politik yang mungkin boleh mengguris hati mereka untuk mengelakkan pergaduhan dan perbalahan yang tidak perlu serta menjaga hubungan persahabatan antara kita.

Bila kita tahu seseorang itu terutama yang baik dengan kita seperti ahli keluarga dan rakan kita itu penyokong kuat kerajaan atau macai BN, kita takdelah nak kutuk dan kondem kerajaan depan mereka, dan jika kita tahu seseorang itu pembenci kuat kerajaan atau BN haters, kita takdelah nak puji dan jilat kerajaan depan mereka agar pergaduhan dan perbalahan dapat dielakkan.

Masyarakat kita sekarang ini bukannya betul sangat bila masuk bab-bab politik, ramai yang tak boleh fikir dengan rasional dan matang bila berdepan dengan orang yang bertentangan ideologi politik dengan mereka. Zaman sekarang ini suami isteri pun boleh bercerai, adik beradik boleh bermasam muka, kawan-kawan boleh putus kawan, ahli group Whatsapp pun boleh left group hanya disebabkan perbezaan ideologi politik. Maka kalau kita mampu untuk elakkan perbalahan dan putus hubungan, maka elakkanlah.

Btw dengan cara ini juga kita boleh check kecenderungan politik awek atau lelaki yang kita nak tackle jadikan suami atau isteri. Kalau kecenderungan dia sama macam kita, kira oklah. Tapi kalau kecenderungan dia sangat berbeza dengan kita malah jatuh level macai, maka janganlah cari masalah kawin dengan dia, mau perang dunia asyik tercetus je, melainkan kau pun sama kem macai dengan dia memang sangat serasi keh keh keh.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: panduan cara mengenalpasti kenalpasti tutorial macai penyokong kecenderungan ideologi politik facebook fb reaction reaksi button

7 ulasan:

  1. salam 1 bangelasia

    melayu masih takut undi selain BN
    kerana takut akan DAP. Propaganda bangsat Najib Razak nampaknya telah berjaya memperbodohkan otak orang melayu.

    ini di tambah lagi dgn didikan dari guru guru bangsat yg tak skor exam tapi sibuk menjadi macai BN & menyemai ideologi najib di sekolah.

    kaum lain sibuk memajukan ekonomi. org melayu sibuk join mentor , berkapel, rempit , tarian bangang & malas berusaha. mat pakistan & bangela datang melesia jadi kaya dgn berniaga

    undi selain BN untuk masa depan kedepan yang lebih gemilang.

    #KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai KEDEPAN, kau nak ajak orang berubah konon arah kebaikan tapi kau punya ayat menunjukkan mentaliti kau yang sebenarnya, umpama si gemuk menjual ubat kurus...

      Padam
    2. pro0ttT di muka KEDEPAN.

      -siosli-

      Padam
  2. Bg sy..bila nak berkawan x perlula libatkan isu politik walaupun skrg isu tgh panas skrg..kalau dlm wall FB asyik2 cite pasal politik, naik muak jugak smpi unfollow je terus (kalau unfriend merajuk plak)...dlm FB better kita share exp dan info2 umum yg berguna utk kebaikan semua org...tp kalau share info politik very sensitif, lg2 masukkan isu perkauman.

    BalasPadam
  3. Kalau korang boleh berkawan walaupun berbeza pendapat maka tulah persahabatan yg sebenar

    BalasPadam
  4. Sekarang, Zuckerberg dah ada data baru untuk nilai mental health para pengguna Fb. Hehe. But yes, kita pun boleh pakai data ni untuk kesejahteraan hidup.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.