Halaman

Isnin, 7 Mac 2016

Kesucian wanita hilang kerana kedurjanaan lelaki

Masyarakat sering kali menyalahkan kaum hawa apabila berlaku masalah moral seperti zina, rogol, hamil luar nikah, buang bayi dan sebagainya. Namun mereka sering kali buat-buat lupa yang semua itu terjadi bukan melibatkan orang perempuan sahaja tetapi juga lelaki. Masalah yang melibatkan kedua-dua pihak janganlah asyik salahkan sebelah pihak je. Kedua-dua kita lelaki dan perempuan sama-sama kena main peranan. Kaca takkan pecah kalau tiada yang ketuk.

Pelukis: Zyraroxx

Baca luahan perasaan seorang gadis ini:
Salam admin. Harap sgt admin approved confession saya ni.

Salam semua. Aku xtau nak mula dari mana tp yg pasti air mata aku da bgenang. Ya Allah mcm mana ye. Aku harap xde yg hentam aku sbb aku perlukan doa n kata2 nasihat dari semua.

Aku bkawan dgn sorang laki tu da 5 tahun lebih. Up to now, da banyak sangat dosa aku buat dgn dia. Cuma zina je x yg lain segala mcm ringan2 kami da buat. Aku fed up tapi aku lemah. Aku fed up dgn dosa2 aku tpi aku sgt2 lemah bila dia goda aku.

Ya Allah aku terok sangat. Bila jumpa dia je mesti aku tpaksa mandi wajib. Sumpah aku rasa bsalah sangat tpi aku x kuat nak halang nafsu aku. Selalu tewas.

Klimaksnya harini bila aku dpt rasa apa yg dia buat kat aku da nampak kesannya. Dara aku masih ada cuma da tcalar. Ye da tcalar. Balik tu aku rasa sangat2 xtenang n serabut. Solat taubat menangis jugak la sbb aku menyesal sangat2 tapi aku takot aku akan ulang benda yg sama.

Kawan2 aku pandang aku org yg baik2 mesti diorang x sangka yg perangai aku se setan ini. Allahu bdosanya rasa

Kawan2 semua, tolong doakan aku sempat btaubat sebelum Allah tarik nyawa aku. Aku kesiankan mak ayah aku tpi aku x kuat. Doakan aku kuat kawan2. Kalau sudi cube nasihat sikit aku yg sgt bdosa ni yg sgt jijik. Okay la aku da nak banjir ni. Terima kasih semua.

– si kotor

Sumber IIUM Confession.

Baca perkongsian ini pula yang ditulis oleh Luqman San:
"Siapa nak terima weyh perempuan yang dah tak suci? Siapa yang nak terima weyh perempuan yang dah terlanjur?

"Aku ingat dia baik weyh. Kawan dia cakap dia ini tak tinggalkan solat. Jaga hubungan. Mai ribut, rupa-rupanya sudah pernah terlanjur dengan boyfriend dia. Aku baru saja nak meminang dia. Puih! Tak jadi! Jijik!"

Islam tawarkan peluang pada setiap pengikutnya. Kalau dia mahu kembali, maka Islam membuka seluas-luasnya harapan pada dia. Tetapi sesetengah penganutnya memilih untuk menghukum instead of mengampun.

Everyone keep saying, she is a sinner. Dia perempuan kotor, dia tidak layak untuk lelaki yang baik-baik, dia penzina, dia pendosa. Wajarlah dia hanya layak untuk lelaki 'sekotor' dia.

Kalau kau rasa kau baik, sepatutnya kau membimbing dia ke jalan yang lebih baik. Bukannya membuang dia. Kita tidak rasa benda itu sebab perempuan itu bukan adik kita, bukan kakak kita, bukan anak perempuan kita.

Macam mana kalau orang hina dan jijikkan perempuan yang di kalangan ahli keluarga kita?

Perkara pun sudah terjadi dan itu adalah kisah silam. Perempuan itu juga telah menyesal, berubah dan mengharap Allah mengampunkannya.

Tetapi kau tidak, berlagak sangat seperti kalau kau berjalan, terapung, berkepak, muka bercahaya. Padahal selfie pun 360.

Allah mengampunkan dosa kita. Tak buka pun, tak hinakan pun kita pada manusia. Kepana pula kita yang melebih-lebih nak menghukum dan menentukan nasib dia?

Kau tidak akan pernah tahu betapa peritnya hati bila tidak diterima oleh masyarakat dan saban hari mendengar tohmahan mereka seperti

"JIJIK"
"KOTOR"
"PENDOSA"

Sehinggalah suatu hari nanti ia akan terjadi pada keluarga kau sendiri. Dan mungkin bila harapan itu tiada lagi dalam agama yang sepatutnya, dia akan mencari jalan yang tidak sepatutnya.

"Banganglah murtad. Tak ada pegangan ke?"
"Orang macam ini layak dibunuh sahaja. Islam saja agama yang benar, bodoh!"

We didnt realise who turn them off. We didnt realise who throw she out, we just judging for the outcomes.

Jangan disebabkan hari ini kita menutup pintu harapan untuk seorang hambaNya, Allah tutup pintu Syurga di akhirat sana.

Sumber OhBulan!

Ya kita faham orang perempuan perlu pandai jaga diri, jaga kehormatan dan sebagainya. Tapi dah nama pun perempuan, mereka perlukan bimbingan, dan mereka amat mudah cair dengan lelaki. Perempuan kalau dah terlalu cinta dan sayang pada lelaki memang mudah terpengaruh, maka di sinilah peranan orang lelaki untuk membimbing mereka ke jalan yang baik atau paling tidak pun jangan ambil kesempatan atas kepercayaan mereka untuk merosak dan merampas maruah serta kehormatan diri mereka.

Kau boleh lari begitu je kalau jadi apa-apa, tapi mereka kena yang kena tanggung akibatnya. Mereka yang kena hina, mereka yang kena kutuk, mereka yang kena pandang rendah, mereka yang dipandang jijik, mereka yang kena mengandung 9 bulan, mereka yang hilang dara.

Kalau kau dah rosakkan mereka, bertanggungjawablah. Be a man. Jangan jadi lelaki bangsat dan dayus.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: perempuan gadis wanita terlanjur hilang dara tidak suci maruah tergadai cabul jijik kotor lelaki bangsat dayus

10 ulasan:

  1. salam.. 1st!!!!

    BalasPadam
  2. Pada aku, polarisasi gender dah sangat berleluasa sekarang.
    Kita dari kecil asyik diisi dengan bezaan jantina, lelaki patut begini, perempuan patut begini. Memang ada perkara sangat perlu dibezakan jantina, tambah-tambah bab agama dan ibadat, tapi sesetengah perkara sama sahaja bagi mana-mana jantina. Dosa contohnya. Lelaki pun berdosa, perempuan pun berdosa. Kata orang lain 'pendosa' seolah-olah menyatakan yang kita tu maksum. Kalau masing-masing jaga diri dari dosa, dari nafsu, dan jaga orang keliling juga dari dosa, dari nafsu, bukankah hidup lebih aman?

    Sekian ceramah panjang lebar.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. salam 1jahit komodo

    muncul nya melayu keparat & bangsat akibat dari gagal nya sistem pendidikan di dlm negara. negara di penuhi dgn belia sampah fail exam. ini di tambah lagi dengan lambakan warga asing menyebabkan anak gadis terpengaruh dgn mereka.

    makhluk keparat ini hidup tak lain tak bukan merosakkan hidup orang lain, hidup anak2 gadis yg tak berdosa. manakala bangela selesa berniaga buat duit & cari bini di melesia.

    ubah undi selain BN utk masa depan yg lebih gemilang. jangan sampai bangla dapat awek melayu , jantan melayu dapat bekas bangla

    #KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam
  5. entahla..tak tahu nak komen apa sob sob

    BalasPadam
  6. Kalau dah suka sama suka kahwinla secepat mungkin. Ibu bapa janganla susahkan perkahwinan mereka. Bimbingla anak dan menantu kearah kebaikan...jangan halang mereka tanpa sebab yg munahsabah. Restuila hidup mereka

    BalasPadam
  7. Pada aku ni, semua salah pompuan 100 peratus salah pompuan, tak pandai jaga diri. kalau betul anda pompuan sejati, baca kisah bawah ni, hidup kaum Hawa dan Pompuan, kita bukan lemah!

    Seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja di sebuah ladang sawit Pos Pulat di Gua Musang, putus kemaluannya disyaki dipotong seorang wanita warga Thailand malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata kejadian berlaku pukul 8.30 malam semalam dalam kebun pisang di belakang surau Kampung Gua Air yang terletak kira-kira lapan kilometer dari Pos Pulat.

    Sebelum kejadian mangsa, yang berumur 36 tahun tinggal di rumah kongsi pekerja ladang di Pos Pulat, telah ke Kampung Gua Air menaiki sebuah motosikal bersama seorang rakannya, katanya kepada pemberita di Gua Musang semalam.

    Saiful Bahri berkata mangsa tiba di kampung itu untuk menunaikan solat Maghrib, manakala rakannya duduk di kedai berhampiran sambil berbual menerusi telefon bimbit.

    Beliau berkata sebaik selesai solat Maghrib, mangsa turun dari surau itu lalu seorang wanita yang dikenalinya mengheret tangannya masuk ke kebun pisang sebelum wanita itu membuka seluar mangsa dan tanpa disedari, wanita itu memotong kemaluannya.

    Katanya mangsa menyedari kemaluannya dipotong selepas terasa sakit lalu meraung meminta tolong, manakala suspek terbabit sudah beredar dari tempat kejadian.

    Beliau berkata imam surau berkenaan yang terdengar jeritan mangsa meminta tolong, bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kemaluan mangsa berlumuran darah.

    Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Gua Musang sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Baharu untuk rawatan lanjut.

    Polis sedang mengesan wanita berusia 19 tahun itu untuk membantu siasatan, katanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa mende ko cerita ni? Apa mesej yg disampaikan? Ko nak bagitau yg perempuan ni tak lemah dengan kisah tah betul ke tidak ini? So klw perempuan boleh mencederakan lelaki bermakna mereka bukan lemah? Pemikiran ko yg lemah sebenarnya.

      Padam
  8. Kalau iman x kuat x kira laki atau ppuan sana je...tp sy akui ppuan yg paling dpt kesan buruk bila dah x suci/terlanjur...klau laki berjimak 100 ppuan pun muke rilek je berebut ppuan kejar

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.