Halaman

Ahad, 6 Mac 2016

Apabila murid diuji hanya untuk diiktiraf gagal

Keputusan SPM 2015 ini adalah keputusan salah seorang pelajar kelas saya. Saya adalah guru Sains dan guru kelas pelajar tersebut; kelas tingkatan 5 yang paling belakang.

Pelajar ini merupakan pelajar yang lembam dalam pembelajaran. "Blur" apabila guru bertanya sesuatu, suka sengih setiap masa, menjadi bahan buli dan bahan jenaka kawan-kawan, suka berbuat apa sahaja yang diarahkan oleh kawan-kawannya walaupun perbuatan tersebut memalukan.

Saya suka bersembang dengan dia. Dia banyak diam sambil tersengih tanpa menjawab sepatah pun soalan saya. Di sudut hati saya, dia hanya perlu perhatian, bukan perlu belajar untuk habiskan silibus.


Saya jarang mengajar apabila masuk ke kelas ini. Saya akan ajar tajuk berkaitan selama 10 minit, buat 1 atau 2 soalan contoh, kemudian bersembang dengan mereka.

Saya tahu dan saya yakin, bicara dan perhatian guru lebih bernilai di mata pelajar-pelajar sebegini berbanding menengking mereka dan memaksa mereka menyiapkan kerja sekolah.

Ibubapa pelajar ini hanya hadir ke sekolah setahun sekali. Datang awal pagi, beratur panjang semata-mata untuk menuntut bantuan persekolahan RM100.

Mesyuarat PIBG tak pernah hadir. Perjumpaan Jaya Waris di mana guru bertemu waris untuk berkongsi perkembangan anak mereka di kelas, juga tidak pernah hadir.

Pelajar seperti ini hanya mahukan kasih sayang, perhatian dan rasa dipunyai oleh ibubapa.

Jika kita sebagai guru tidak dapat mengisi kekosongan tersebut di dalam hati mereka, maka sekolah akan menjadi neraka kedua selepas rumah mereka.

Peperiksaan sebenarnya bukan menilai tahap pemahaman pelajar, tetapi menilai tahap ketulusan seorang guru dalam mendidik mereka.

Setelah saya melihat keputusan pelajar ini, terdetik memori silam sewaktu saya menjadi pelajar yang sangat meminati Sains dan Biologi dahulu:

"Kita meminati sesuatu subjek kerana guru subjek tersebut."

Terima kasih anak-anak muridku kerana "mengajar" ku selama ini untuk menjadi seorang guru dan ayah yang baik.

Sumber dari FB Page Cikgu Izzat.

* * * * * * * * * *

Syabas kepada Cikgu Izzat kerana telah mendidik dan membuatkan pelajarnya selesa dengan apa yang dipelajarinya sehingga mendapat Lulus dalam matapelajaran Sains bagi peperiksaan SPM. Namun aku ingin menyentuh sedikit tentang sistem pendidikan di negara kita yang bagi aku agak ridiculous.

Aku pernah tulis tentang isu pendidikan ini dalam salah satu artikel seperti pautan di bawah. Persoalan yang selalu bermain-main di fikiran aku adalah kenapa semua orang perlu diuji dengan satu sistem pengujian yang sama, walaupun ada yang memang tak mampu untuk lulus pun? Kenapa ujian tidak dibuat kepada mereka yang benar-benar mampu dan mahu sahaja?

Semua orang akan diuji dalam UPSR, PT3 dan SPM yang raat-ratanya subjek akademik yang sama tidak kira orang itu minat, mahu, mampu atau berkelayakan. Bayangkan situasi begini, semua murid tidak kira yang tahu atau tidak tahu bermain bola sepak akan diuji untuk bermain bola sepak, atau semua murid akan diuji untuk bermain gitar walaupun ada yang tahu main atau tidak, atau semua murid akan diuji melukis walaupun ada yang memang sangat berbakat atau tidak.

Tahu apa akan jadi? Orang yang tidak mampu akan mengambil ujian itu hanya untuk kegagalannya diiktiraf. Ya, kegagalan yang tidak perlu pun sebenarnya. Ibaratnya sama seperti orang yang tidak tahu bermain bola sepak, atau bermain gitar, atau melukis, sebenarnya tidak perlu diiktiraf gagal pun bermain bola sepak, gitar atau melukis, kerana mereka memang tidak tahu dan berbakat dalam bidang tersetut, tetapi perlu diiktiraf gagal kerana mereka terpaksa ambil ujian-ujian tersebut yang mana wajib pada semua murid.

Sama juga dalam sistem akademik. Tak dinafikan ilmu akademik itu penting, tapi tak semua orang mampu untuk belajar dan memahaminya. Jika kau percaya ada sesetengah orang memang dilahirkan berbakat dalam bidang muzik, seni lukis, lakonan, pergaulan dan sebagainya, begitu juga dengan bidang akademik di mana ada orang-orang yang dilahirkan berbakat dalam bidang akademik.

Sebab itu sistem pendidikan di negara lain, tidak semua murid wajib mengambil peperiksaan akademik yang besar. Hanya murid yang benar-benar mampu, mahu dan bersedia sahaja yang akan mengambil peperiksaan akademik tersebut untuk mereka melanjutkan pelajaran ke bidang-bidang akademik yang lebih tinggi. Murid yang cenderung ke bidang lain seperti sukan, kemahiran, seni dan sebagainya, mereka akan melalui proses pengujian yang berbeza.

Sistem pendidikan kita pada hari ini juga adalah berkonsepkan kau lambat kau ketinggalan, bukan faham dulu baru terus ke peringkat seterusnya. Sepertimana dalam sebuah permainan video/computer game, kau mula bermain di Level 1. Setelah kau lepasi segala halangan dan cabaran di Level 1, baru kau boleh pergi ke peringkat seterusnya iaitu Level 2 tak kiralah berapa lama kau main kat Level 1, dan begitulah proses seterusnya sehingga kau menghabiskan game di Level terakhir.

Tidak boleh sekirnya kau tak habiskan Level 1, tapi oleh kerana kau dah lama sangat di Level 1, kau boleh pergi ke Level 2 yang cabarannya lebih susah dari Level 1. Dan tak habis lagi kau main kat Level 2, sebab dah lama sangat berada di Level 2, kau terus dinaikkan di Level 3 yang mana halangan dan cabarannya jauh lebih susah dari Level 1 dan 2. Dan kau tahu apa akan jadi apabila kau belum sempat mahir lagi kau dah naik Level. Kau takkan mampu pun untuk bermain di Level-level yang lebih tinggi sehingga akhirnya kau akan bosan dan terus berputus asa.

Begitu juga dengan sistem pendidikan kita. Kau seorang yang agak lembab dan slow dalam pembelajaran, bila masuk Darjah 1, walaupun kau gagal peperiksaan Darjah 1, kau naik juga ke Darjah 2 dengan silibus pelajaran yang lebih susah. Di Darjah 2 pula, belum sempat kau faham apa yang kau belajar di Darjah 1 dulu apatah lagi Darjah 2, cukup setahun walaupun kau gagal peperiksaan Darjah 2, kau tetap naik Darjah 3, dan proses ini berterusan sampai kau Tingkatan 5. Dan apa kau expect result SPM mereka?

Sepatutnya apabila seseorang itu dah faham dan lepas suatu peringkat pelajaran itu, baru mereka akan naik ke peringkat seterusnya. Jika dia cepat belajar, maka cepatlah dia naik peringkat. Bagi yang lambat belajar, selagi dia tak faham dan lepas suatu peringkat pelajaran, dia tak boleh ke peringkat seterusnya walau berapa lama pun masa yang diambil. Sebab itu di luar negara ada pelajar yang dah masuk universiti seawal usia remaja 13 dan 14 tahun, sebab bakat mereka dalam bidang akademik membolehkan mereka pergi ke peringkat seterusnya dengan lebih cepat.

Tapi nak buat macam mana, itulah sistem pendidikan negara kita. Semua orang perlu lalui kaedah pengujian yang sama. Bagi yang tidak mampu dan berbakat dalam bidang akademik, mereka hanya ambil ujian semata-mata untuk gagal dan kegagalan mereka diiktiraf dalam rekod, sedangkan mereka sebenarnya tidak gagal pun jika mereka tidak melalui proses pengujian tersebut malah boleh diiktiraf sebagai cemerlang jika mereka diuji dengan apa yang mereka mampu buat dan berbakat.

Lagi artikel berkaitan sistem pendidikan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: Sasya - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: sistem pendidikan result keputusan spm pelajar lembab lembab slow blur kaedah cara pengujian level tahap gagal

4 ulasan:

  1. oowhhhh Rozana

    Bisjut bawa royi
    royi bawa bisjut
    bangla bawa bisjut & royi
    bisjut & royi bawa bangla
    kau bawa bisjut
    aku bawa royi
    bisjut bawa kamu
    royi bawa aku
    bisjut & royi bawa kita bersama

    Oh Rozana

    Apa itu bisjut?
    Apa itu royi ?

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  2. Yelakan...kat malaysia sistem pendidikan kita byk bergantung pada akedemik....cabang yg bukan akdemik yg ada masa depan ialah sukan (kalau wakil negara)..itu je.

    X semua dilahirkan pandai n genius..semua org ada kebolehan masing2 sbb dlm dunia pekerjaan bidang yg ada berbeza skill diperlukan..x semestinya pandai.

    Tp nak mulakan transformasi mcm ni ambil masa di malaysia...lgpun politician hanya interested dgn projek pendidikan yg boleh penuhkan poket utk 7 keturunan.

    Utk cikgu skrg..paling penting anda mengajar anak murid anda dgn ikhlas..bukan sibuk kejar kpi sekolah atau penghargaan semata2..sbb yg paling penting ialah pahala anda lakukan mengajar anak2 muda setiap hari dgn ikhlas n kasih syg. Jika smpi tahap anak murid anda yg dah lepas puluh tahun ingat anda lagi..anda dikira hebat even anda jawatan kecil je kat sekolah 2

    BalasPadam
  3. salam mahadir join kit siang

    sistem pendidikan semakin sakit dengan kehadiran guru guru yg tidak menunjukkan prestasi yg baik dalam peperiksaan tapi diserap menjadi guru. mereka inilah yg sebenarnya menyusahkan anak murid, tidak bersemangat utk mengajar & menjadikan kerjaya cikgu sebagai last choice.

    ini ditambah lagi dgn menteri keparat bangsat yg merosakkan sisten pendidikan dari dalam. tiada inisiatif utk memperbaiki sistem pendidikan hanya tau makan gaji bulan2 goyang kaki dkt office. lebih teruk lagi yg tahap pendidikan srp pun di benarkan jadi menteri.

    generasi guru sekarang yg gagal mendidik murid melahirkan generasi rempit, pemalas & buat kerja yg sia2. manakala bangla pakistan datang ke negara menjadi kaya dgn berniaga. tidak mustahil melayu akan jadi kuli bangla satu hari hari nanti.

    marilah kita bersama sama, tukar undi selain BN. Najib & menteri bangsat mesti di jatuhkan demi masa depan yg lebih gemilang.

    #KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh , amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam
  4. Sistem pendidikan yang berubah-ubah mengikut tanda aras tertentu dalam masa yang singkat juga banyak memudaratkan prestasi pelajar serta mengelirukan guru. Apa yang patut diketengahkan oleh dunia akademik Malaysia ialah membangunkan sistem pembelajaran berdasarkan kepelbagaian keupayaan individu dan peningkatan sahsiah diri pelajar.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.