Halaman

Jumaat, 8 April 2016

Biadab disanjung dan adab dikubur generasi muda

BAHASA JIWA BANGSA...

Sedikit teguran dari Dr Har untuk anak2 USAHAWAN MUDA yang sedang rancak berurusan dengan para pelanggan di atas talian & di alam siber.

1. Mohonlah gunakan bahasa yang sesuai dan profesional ketika berkomunikasi dengan pelanggan anda.
2. Ucapkanlah sedikit penghargaan /terima kasih atas kesudian bakal pelanggan menghubungi anda.
3. Baca sekali dua lagi teks yang ditulis sebelum menekan ikon `SEND'.

Sesungguhnya bahasa yang digunakan akan melambangkan keperibadian seseorang!


Petang tadi Dr Har mengirim satu SMS (berbayar) ke satu nombor telefon yang dipaparkan di laman sosial syarikat perniagaan online, bertujuan hendak berurusan seterusnya. (Foto 1 : maaf kena banyak guna airbrush effect utk tujuan kerahsiaan/confidentiality).
Tak lama kemudian, Dr Har mendapat balasan melalui Whatsapp dari pihak syarikat.
Terkejut besar bila membaca mesej balasan tersebut.

Dr. Har rasa bertanggungjawab untuk meyampaikan teguran setakat yang terdaya..... (Foto 2)

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu BUDI,
Yang indah itu BAHASA,

Sumber dari FB Dr. Harlina Halizah Siraj.

* * * * * * * * * *

Di atas adalah status yang berbentuk teguran yang ditulis di status FB Dr. Harlina Halizah Siraj kepada para ahli perniagaan dan usahawan muda yang mahu approach dan berkomunikasi dengan pelanggan mereka melalui media sosial dan aplikasi mesej yang rata-rata dengan orang yang tidak dikenali.

Bagi yang tidak tahu, Dr. Harlina Halizah Siraj atau lebih dikenali dengan panggilan Dr. Har merupakan seorang tenaga pengajar di Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pakar perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM) Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang juga merupakan ikon wanita dalam isu berkaitan perkembangan kendiri & profesional (PPD); perancangan keluarga dan kontrasepsi; dan kesihatan reproduksi dan seksual remaja & wanita. Maklumat lanjut mengenai beliau boleh dibaca di artikel Sinar Harian ini - "Ikon wanita serba boleh".

Baru-baru ini status yang beliau muatkan di FB miliknya seperti di atas telah menjadi perbualan hangat netizen kerana dianggap meninggi diri kerana mahu orang memanggilnya dengan nama Puan atau menggunakan title Dr beliau, malah mengundang troll dari page-page orang muda seperti Amran Fans dan Jadilah Seperti Rashid.

Sumber FB Amran Fans

Bagi aku sendiri, aku tidak mahu komen pasal panggilan Dr. tu, ya mungkin agak awkward bila kita mahu orang panggil gelaran atau pangkat kita, namun untuk kes ini aku setuju dengan teguran Dr. Har tersebut kerana beliau memberi opsyen untuk memanggilnya puan bukan Dr. semata-mata. Malah aku sendiri pernah tulis tentang anak-anak muda zaman sekarang sudah hilang adabnya lebih-lebih lagi terhadap orang yang lebih berumur dan tua dari mereka terutama di media sosial.

Harus diingat kita ada adab dengan orang yang lebih tua lebih-lebih lagi kalau kita ini jauh lebih muda daripadanya seperti perbezaan umur lebih dari 10 tahun. Mereka bukan kawan-kawan kau yang kau nak bahasakan diri dengan aq, aku, kau, hang, mu, awak dan lain-lain panggilan yang biasa kau guna dengan kawan-kawan kau, apatah lagi dengan orang yang kau tak kenal.

Kalau orang yang kau tak kenal, biasakan diri guna panggilan seperti saya, tuan, puan, kakak, abang, encik dan sebagainya, melainkan orang tersebut dah bagi lesen untuk guna aku kau atau dah menjadi rapat atau dia mulakan dulu dengan aku kau, barulah kita boleh guna. Ini common sense yang dipanggil adab sopan. Kau sendiri tak panggil mak bapak kau, pakcik makcik kau, atuk nenek kau, atau cikgu kau, atau pensyarah kau dengan panggilan aku, kau, awak, bukan?

Aku sendiri kalau orang mesej aku terutama budak-budak sekolah rendah atau menengah baru nak up tanpa sebarang mukadimah tiba-tiba nak beraku kau dengan aku pun aku annoying. Aku dengan mereka beza 20 tahun! Ingat aku ni kawan-kawan atau adik-adik diorang ke? Dah level mak bapak diorang dah.

Malah orang seperti Dr. Har tu dah level-level mak korang dah, kalau tak nak panggil Dr. pun at least panggil Puan. Takkan benda ni pun nak diajar? Itu pun ada orang maki dan kutuk malah siap pertahankan orang yang mengutuk. Kita ni dah memang nak jadi bangsa biadab sangatkah? Kalau tak setuju pun tak bolehkah tulis elok-elok? Adakah kurang ajar itu lebih utama daripada berbudi bahasa? Sejak bila menjadi biadab itu lebih diagungkan berbanding menjadi menghormati orang lain?


Tambah pula dengan kemunculan pelbagai page-page popular yang dikelola oleh generasi X dan Z yang terkenal memang sikap biadap dan rebelnya, memang makin hilanglah nilai adab sopan dalam masyarakat Malaysia. Begitu mudahnya kita membuat penilaian dan menghukum terhadap orang yang kita tak kenal. Malah dimaki, dihina, disindir dan dikutuk lagi oleh orang yang jauh lebih muda. Ntah mana pergi nilai hormat, etika dan respek ntah sekarang. Otak lembu sungguh.

Walaubagaimanapun, Dr. Har dah memohon maaf kerana statusnya menyebabkan orang marah padanya.


Inilah beza orang yang matang dengan budak-budak baru nak up. Orang yang matang meminta maaf walaupun ketika tidak berbuat kesalahan, orang yang bodoh sombong tidak akan meminta maaf walaupun sudah berkali-kali berbuat kesilapan.

Baca lagi dari artikel The Level - "Dr Harlina, you did nothing wrong!"

Baca juga artikel berkaitan berikut:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: isu dr harlina tegur nasihat customer pelanggan penjual gelaran puan dr netizen marah kurang ajar biadab tiada adab

23 ulasan:

  1. Pada aku, 'awk' tu dah kira sopan dan beradab dah.

    Xpayah la puan, tuan, encik, kakak, adik, abg, dr, ir dsb..
    Kecuali la mak bapak, sedara mara, adik beradik kita, itu br kita pggl pggln diorg.

    Org xamik kisah pun benda2 gitu.

    BalasPadam
  2. Melayu memang terkenal dengan plagiat dan peradaban yang tinggi

    BalasPadam
  3. apabila terlalu lama mendongak ke langit hingga lupa melihat kaki di bumi yang nyata.. gelaran tu kau pakai bila kau kerja je, bila diluar semua sama je, kau masuk rumah tuhan orang bezakan tempat ikut gelaran ke? hidup bukan menongkat dunia, fikir-fikirkan lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. berniaga tu bukan kerja? rumah Tuhan pun kau masuk kau panggil tok imam dengan hormat bukan? kau tak panggil dia macam kau panggil adik2 kau

      Padam
  4. Haha.....watch & eat Popcorn!!

    Seronok tgk sapa yg sentap n sape yg rilek je...

    BalasPadam
  5. lahh ko pun sama jugak noob. jual komik dlm fb pun guna bahasa aku ko. try la guna bahasa encik puan dato baru customer bertambah. puihh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau berurusan dengan aku secara formal dan peribadi, aku akan guna panggilan hormat, melainkan ko rapat atau kawan aku baru aku guna aku kau.

      Padam
  6. budi bahasa banyak di pengaruhi oleh latar belakang pembesaran dan pendidikan seseorang...
    boleh agak mcm mana suasana pembesaran dan tahao pendidikan amran fan dan dr harlina..

    BalasPadam
  7. Dia bkn masalah tua atau muda bro. Yg membezakan ialah ilmu yg ada dlm diri. Kita dh bole tau cara manusia bodoh dan pandai reply sesuatu isu. So pity.

    BalasPadam
  8. Apa yg dorang nampak "panggil dengan title Dr."

    Yes. 'Awak' memang sopan. Tapi kita berurusan dengan orang yang tidak dikenali atau orang yang superior / senior dari kita.

    Kalau begitu rugilah belajar kata ganti nama diri waktu sekolah. Pfft.

    BalasPadam
  9. Apa yg dorang nampak "panggil dengan title Dr."

    Yes. 'Awak' memang sopan. Tapi kita berurusan dengan orang yang tidak dikenali atau orang yang superior / senior dari kita.

    Kalau begitu rugilah belajar kata ganti nama diri waktu sekolah. Pfft.

    BalasPadam
  10. Pangggil makcik jer senang..

    BalasPadam
  11. Guna je anta dan anti...style2 Arab sikit

    BalasPadam
  12. kalo buat bisnes mmg kena biasakan guna nama panggilan yg nmpak formal spt saudara, saudari, takpun paling basic pn encik, cik, puan. ikut bisnes kot. kalo bisnes tudung baju yg byk customer pmpuan muda ni, slalu panggil 'sis' konon2 nampak mesra santai.

    tp kalo client dah introduce diri dorang dgn nama Dr, Cikgu, Prof ke, so panggil je la dorang dgn gelaran tu..xyah pedulik la cakap dorang nk bangga dgn gelaran ke ape ke. Korang sedapkan hati dorang, gumbirakan hati dorang, dorang pn happy, bisnes korang pn smooth.

    agak2 nya mmg orang zaman skrang ni mmg dh xde common sense kot pasal bende2 cmni? kena masuk kelas sivik utk peniaga peniaga belajar adab.

    BalasPadam
  13. Poin utk entri ni ialah adab yang makin hilang dlm generasi sekarang.
    Adab tu basic kot. Pastu muncul page yg memperomosikan perkataan biadab macam 'jilake', 'ale uto' dll. Page yang femes guna bahasa kasar dan biadap.
    Pastu nak menafikan title dan pangkat org lain.
    Memang generasi sekarang makin biadab.

    BalasPadam
  14. yang berbahagia dato dr tuan haji ali derus9 April 2016 pada 12:40 PG

    poyo la auntie

    BalasPadam
  15. Untuk bisnes, saya lebih suka berurusan dgn syarikat non Malay lagi.. lu gua hantam saja. Meleis ni bisnes dah la merepek, protokol pun merepek2. Kerje pulak slow dan menari2 dgn pelbagai music. Kalo non meleis..kurang karenah dan birokrasi sgt.. servis dpt rata2 laju dan ini meleis tak mampu tanding walaupun kompeni non meleis yg paling haprak sekalipun.

    Bagi bisnes yg x dpt dielakkan servis dari Meleis.. terpaksalah face the music. Ini antara salah satunya.. Sentap adalah wajib. Be prepared ya.

    Meleis ni mmg temperature giler. Susah nak teka itu ini tarian dan music yg dipersembahkan. Kejap inang, kejap breakdance, kejap sumazau.. mcm2 slogan merapu dok ada. Kahkahkah.. 100 kompeni 1000000 bagai..

    Mmg ada yg bagus. Boleh dibilang dgn jari.

    BalasPadam
  16. normal la kalau dalam urusan kerje atau perniagaan kita perkenalkan diri dengan gelaran atau pangkat supaya orang tau dengan siapa kita berurusan bukan nak suruh sujud sembah pun.

    BalasPadam
  17. minah tu butthurt xtentu pasal. siap suruh pggl doktor. hampeh.

    BalasPadam
  18. Dua2 pihak boleh belajar dari apa yg berlaku. Seller perlula ambik pengajaran supaya lebih berhati2 dgn panggilan terhadap pelanggan, kepada pembeli janganla ingat sipulan kurang sopan klw nama yg dipanggil tidak kena dengan pangkat umur dan sebagainya.

    BalasPadam
  19. ok la tu panggil 'awak'..bukan semua orang kenal dr. harlina dan tau umur dia bro..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.