Halaman

Khamis, 21 April 2016

Dua jenis kawan ketika kita membuat kesilapan

Sering kali, apabila kita melakukan satu kesalahan, kita akan didatangi oleh dua orang jenis kawan:

Kawan yang pertama, akan tegur kita. Nasihati kita supaya berubah. Mengingatkan kita akan kesan-kesan buruk perbuatan kita itu.

Dan kawan yang kedua pula, akan back up kesalahan kita. Dia prefer kita teruskan sahaja, dan akan terus sokong kita walau apa sahaja kita lakukan (baik atau buruk).

Dalam situasi begini, sememangnya kita akan rasa kawan yang pertama ni tak memahami kita. Dia tak pandai jaga hati kita. Dan dia tak layak untuk digelar sebagai kawan sebenar.

Dan kita akan rasa kawan yang kedua inilah kawan terbaik, yang sentiasa berada di sisi kita, yang sentiasa memberikan sokongan, dan menyuruh kita mengabaikan segala teguran daripada kawan yang pertama.


Lantas kita memilih untuk mendekati yang kedua, dan menjauhkan diri daripada kawan yang pertama. Sebab kita rasa yang kedua itulah kawan yang benar-benar menyayangi kita.
Wahai sahabat, ketahuilah, kawan yang sebenar bukanlah yang mengiyakan sahaja apa yang kita buat. Saat kita betul, dialah yang paling kuat menyokong, tapi saat kita salah, dia jugalah yang paling tegas dan lembut menegur.

Sebab apa?

Sebab dia sayang kita. Dan cinta dia kepada kita melangkaui batas kematian. Dia mahu terus menyayangi kita walau selepas kita kembali ke rahmatullah. Sebab dia mahu melihat kita berada di syurga bersama-samanya.

Dan kawan sebeginilah, yang selalunya berdoa agar Allah ampunkan dosa kita dan berikan kita petunjuk, sedangkan kita tidak menyedarinya.

Sebenarnya Abeben buat komik ini, sebab Abeben perasan akan situasi terkini di media sosial... Semakin lama, semakin ramai penggiat seni yang kreatif. Penyanyi, pelukis, penulis. Tapi, sebagaimana Abeben, mereka juga tak lari dari kesilapan...

Apabila Abeben baca di ruangan komen, Abeben dapat tengok dua jenis respon. Satu respon yang menyokong kesalahan itu, satu lagi respon yang menegur kesalahan itu. Dan Abeben terfikir, bagaimanakah jika perkara yang sama berlaku kepada Abeben.

Sebelum-sebelum ini pun, sejujurnya Abeben ada juga buat silap, dan pernah ditegur. Ada lukisan yang Abeben delete dan ubahsuai semula berdasarkan teguran pembaca, baik dari segi ejaan, mesej, etc... Dan Abeben harap jika Abeben ada lakukan apa-apa lagi kesalahan pada masa-masa akan datang, maka silalah tegur ya...

Huhu...

Penulis dan pelukis komik: Abeben's Artworks, seorang pelukis komik dakwah.


* * * * * * * * * *

Aku kongsikan penulisan dan komik Abeben di atas dengan izin beliau untuk perkongsian bersama.
Aku kongsikan juga kerana ia berkaitan dengan apa yang aku tulis semalam di entry ini - "Pertimbangan kontradik sifat hipokrasi manusia".


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: kawan sahabat buat kesalahan kesilapan sokong backing tegur nasihat

7 ulasan:

  1. kawan yang baik sudah semestinya yang memahami kita dan dah jadi seperti adik-beradik sendiri, tetapi memang tak patut kalau perkara negatif pun kita iyakan aje. bersahabatlah kerana Allah, insyaAllah ada manfaat di sebaliknya :)

    BalasPadam
  2. Kawan yang pertama kadang2 annoying. Enjoy life with friend no.2

    BalasPadam
  3. Kita perlukan kedua2 mereka. Yang mmberi sokongan kepada kita dan menegur kita.

    BalasPadam
  4. aku ada kawan x kisah semua tu hanya berkata "ok.."

    BalasPadam
  5. proo0oo00TTtT

    -siroslan-

    BalasPadam
  6. definitely kawan yg no 1 tu yg terbaik dan ikhlas dlm teguran..biasa org yg kena tegur ni cepat annoying sbb dia rasa dia tak buat salah walaupun sebenarnya ia salah..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.