Halaman

Ahad, 15 Mei 2016

Apa silapnya rancangan Clever Girl dikecam ramai?

Rancangan Clever Girl yang bersiaran di TV3 pada jam 9 malam setiap Ahad ini yang bermula sejak 13 Mac 2016 yang lalu mendapat banyak perhatian daripada netizen berikutan kesilapan-kesilapan mudah yang sering dilakukan oleh peserta lalu mempertikaikan kebijaksanaan gadis-gadis tersebut. Sebelum itu sedikit latarbelakang tentang rancangan Clever Girl ini di mana 14 gadis yang mewakili setiap negeri di dalam Malaysia akan bersaing setiap minggu untuk merebut hadiah bernilai RM100,000. Rancangan ini diwujudkan demi menyahut cabaran bagi menyangkal tanggapan popular, 'mereka yang cantik rupawan, tidak berakal' atau 'beauty without brains'.


Rancangan ini mendapat kecaman hebat dari netizen kerana peserta mereka dilihat seringkali gagal menjawab soalan yang orang ramai rasakan mudah, seperti contoh berapa warna pada Jalur Gemilang, gambar Mother Theresa yang dijawab sebagai Mahatma Gandhi dan sebagainya.



Disebabkan kesilapan-kesilapan itu ada yang menyarankan agar rancangan Clever Girl ditukar menjadi Bimbo Girl, namun penerbit rancangan memohon agar netizen hentikan kecaman kepada para peserta.

Adakah disebabkan kesilapan-kesilapan ini, maka kita boleh terus membuat kesimpulan yang peserta-peserta ini tidak bijak atau bodoh?

Untuk pengetahuan, peserta yang masuk ini ada diantaranya peguam, ahli petrofizik, jurutera operasi, eksekutif pemasaran, pegawai aktuari dan pengurusan risiko, penasihat kewangan dan mahasiswi universiti. Maka adakah mereka ini memang tidak bijak?

Mereka sebenarnya bijak, malah bijak dalam bidang masing-masing. Yang peguam pasti bijak dalam bidang undang-undang, ahli petrofizik pasti bijak dalam bidang fizik, penasihat kewangan pasti bijak dalam bidang kewangan dan sebagainya. Cuma rancangan ini banyak bertanyakan soalan kuiz tentang pengetahuan am dan pengetahuan umum, yang mungkin ada yang tidak berapa menguasainya.

Pengetahuan am dan pengetahuan umum ni kebanyakannya jarang kita dapat belajar dalam pendidikan formal. Kita hanya dapat tahu jika kita rajin membaca dan mencari dalam berita, surat khabar, buku, ensiklopedia, rancangan dokumentari, Internet dan sebagainya atau dari pengalaman sendiri.

Seperti contoh negara manakah yang berjaya menjuarai World Cup pada tahun 1998? Kadang-kadang benda ni kita tak perlu baca tapi kita ada pengetahuan mengenainya kerana kita mempunyai pengalaman merasainya terutama bagi golongan remaja dan dewasa pada tahun 1998 dan secara tidak langsung mereka tahu pemenangnya adalah negara Perancis. Bagi orang yang lebih muda dari itu belum tentu tahu kerana mereka tidak memperoleh pengalaman tersebut. Dan memandangkan peserta Clever Girl ini muda-muda, mungkin banyak soalan pengetahuan am yang melibatkan sejarah, tokoh atau peristiwa lama yang mereka tidak tahu. Tak boleh nak salahkan mereka juga.

Bagi aku, masalah pada rancangan ini hanya satu, iaitu tajuknya sendiri iaitu "CLEVER GIRL". Bila tajuknya Clever Girl, maka expectation atau jangkaan para penonton pada pesertanya sudah tentu tinggi dan menganggap peserta-peserta yang terpilih untuk masuk dan mewakili negeri masing-masing mesti pandai serba serbi. Maka sebab itu mereka tidak boleh menerima apabila ada peserta yang gagal menjawab soalan pengetahuan am yang agak mudah.

Sebenarnya rancangan ini hanya rancangan yang ada slot menguji minda yang bertanyakan soalan pengetahuan am sahaja. Maka jika rancangan ini tajuk dia "GIRL QUIZ", "KUIZ UJI MINDA WANITA", "ARE YOU A CLEVER GIRL?", "GIRLS BRAIN" dan sebagainya, pasti tidak akan menjadi isu apa sangat. Tapi sebab dah nama rancangan "CLEVER GIRL", maka menjadi CLEVER dalam rancangan ini adalah suatu kemestian. Jika anda tidak CLEVER, anda akan dikecam. Tak boleh buat apa, hadap je lah.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: rancangan clever girl tv3 peserta kuiz pengetahuan am salah jawab gagal mother theresa mahathma gandhi jalur gemilang warna juara

9 ulasan:

  1. ok jgk,lagipon aku dah tak tahan di hidangkan dgn rancangan realiti yg berbentuk berbentuk nyanyian.

    BalasPadam
  2. ok jgk,lagipon aku dah tak tahan di hidangkan dgn rancangan realiti yg berbentuk berbentuk nyanyian.

    BalasPadam
  3. Girls, tak payahla nak buktikan yg korg hebat dengan program2 mcm ni sebab korg dah pun hebat. Program mcm ni tak menunjukkan korang hebat pun tapi hanya ego.

    BalasPadam
  4. Aku appreciate tau usaha dorang utk buat rancangan berilmu.tapi aku heran mcm mana clever girl ni dipilih.pilih lah yg betul2 clever.tunjukkan malaysia ni cerdik.ni ramai yang duk gedik ja ataih stage.

    BalasPadam
  5. diorang bkn nak join sgt pun. diorang ni nak duit je 100k. mashyuukkk brooo...

    BalasPadam
  6. len kali tanya la soklan calculus ke, c programming ke dan lain2 subjek mengarut yang ada kat universiti di malaysia ni.. baru la clever.

    BalasPadam
  7. Ada aku kesah kalau diaorang ahli fizik peguam ke apa, kalau dah tak bijak jangan masuk rancangan ni!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.