Halaman

Isnin, 30 Mei 2016

Manusia bertopeng di Media Sosial VS Dunia Nyata

Suatu ketika dahulu aku pernah tulis tentang "Kita semua manusia bertopeng", namun kali ini aku nak bercerita tentang topeng di media sosial. Di media sosial adalah tempat di mana kita boleh jumpa paling ramai orang hipokrit dan bermuka-muka. Ada orang memakai topeng agama di media sosial, ada pula membuka topeng dengan mendedahkan perangai sebenar dan menunjukkan "true colors" mereka di media sosial, dan ada juga yang langsung tidak memakai topeng, bagaimana dia di dunia sebenar, begitulah juga mereka di media sosial.


Aku sendiri pernah membuat pemerhatian di Facebook, di mana ada orang yang aku kenali di dunia nyata begitu baik sekali, cakap sopan, lemah lembut, tidak menyakiti hati orang lain, tapi di media sosial tanpa segan silu memaki hamun orang, sangat kasar, mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah.

Ada juga yang aku kenal di luarnya sangat kasar, suka mencarut, ejek-ejek orang, cakap benda-benda lucah, tapi di media sosialnya penuh dengan falsafah-falsafah yang baik, petikan kata-kata hikmah, motivasi dan sebagainya.

Entahlah, mungkin mereka memang selesa hidup bermuka-muka macam tu, aku tak tahu. Tapi kalau nak bermuka-muka juga, pisahkan terus identiti di dunia sebenar dengan identiti di alam maya, sekurang-kurangnya orang tak tahu betapa hipokritnya kita.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: manusia bertopeng pakai topeng di alam maya dunia media sosial sebenar nyata realiti

6 ulasan:

  1. kesimpulan: pengguna Acer sopan dan tazkirah

    BalasPadam
  2. MUNAFIK!!!

    Sabar je la dgn org mcm ni...the best thing is quiet, listen n talk less.....and EAT POPCORN!!

    BalasPadam
  3. Adakah hipokrit ni sentiasa merujuk kepada keburukan? Kadang2 cara kita bercakap dgn kawan, cikgu, ibubapa kan berbeza...adakah disebabkan beza cara kita bertegur pada golongan2 tertentu ni menjadikan kita hipokrit? Sedangkan kita hanya mahu jaga hati seseorg

    BalasPadam
  4. tengok ramai rakan2 kat media sosial suka tayang hidup bahagia..gaya hidup mewah.tapi bila jumpa sebenarnya tak seindah cam yang ditayangkan pun...manusia mcm2 ragam ada..

    BalasPadam
  5. 3st ! prOo0tT !

    -denoutantei aka sirosli-

    BalasPadam
  6. Kenapa blog ni masih blum bli domain??? Rasa traffik dah tinggi

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.