Halaman

Sabtu, 28 Mei 2016

Pegawai IT dalang sabotaj sistem IT kerajaan?

Minggu lepas keluar berita tentang laporan audit yang mengatakan RM10.3 juta dibayar untuk projek imigresen yang tidak digunakan. Berdasarkan laporan berita tersebut, Jabatan Imigresen telah menyelesaikan bayaran penuh berjumlah RM10.3 juta bagi sistem biometrik dan peralatan dalam pelaksanaan Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs) yang tidak digunakan, demikian dedah Laporan Ketua Audit Negara 2015.

Semakan yang dijalankan Jabatan Audit turut mendapati kemudahan biometrik myIMMs telah dibekalkan tetapi tidak dipasang dan diguna pakai di pintu-pintu masuk negara bagi tujuan penyaringan dan pengesahan identiti warga asing dan juga warganegara Malaysia.


Sebaliknya, semasa lawatan fizikal, Audit mendapati kemudahan biometrik yang telah dipasang dan digunakan adalah National Enforcement and Registration Biometric System (NERS).

Berita sepenuhnya boleh dibaca di sini.

* * * * * * * * * *

Kira-kira seminggu selepas laporan itu keluar, kerajaan menyatakan yang terdapat kegiatan sabotaj terhadap pelaksanaan sistem myIMMs sehingga tidak digunakan itu telah berlaku tersebut sejak tahun 2010 lagi seperti yang dinyatakan oleh kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Sakib Kusmi.
 
Beliau berkata demikian semasa dihubungi Bernama semalam ketika diminta mengulas mengenai myIMMs yang dipercayai mempunyai unsur sabotaj seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Isnin lepas.

Sakib berkata: "Aktiviti mensabotaj sistem myIMMs berlaku semenjak 2010 dan telah sampai ke tahap yang serius yang memerlukan tindakan yang tegas."

Pihak imigresen telah mengenal pasti individu-individu yang terlibat namun siasatan masih diteruskan dan akan diumumkan apabila tiba masanya, katanya.

Berita sepenuhnya boleh dibaca di sini.

* * * * * * * * * *

Kemudian dilaporkan di Mstar Online dengan tajuk berita "Pegawai IT dalang sabotaj myIMMs".

Bukan pegawai Imigresen, tetapi penjawat awam yang memiliki kepakaran dalam bidang teknologi maklumat (IT) disyaki menjadi dalang mensabotaj Sistem Imigresen Malaysia (myIMMs).

Setakat ini, enam pegawai terlibat telah ditukarkan ke jabatan lain, manakala bakinya dalam proses untuk dipindahkan bagi membolehkan pasukan khas yang ditubuhkan menjalankan siasatan.


Selain bertugas di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen, ada diantara pegawai berkenaan berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri yang bertugas di bahagian pengurusan khidmat dan pemerolehan.

Sumber memberitahu mStar Online, beberapa pegawai IT yang disyaki terlibat berpengalaman dalam mengendalikan myIMMs sejak beberapa tahun lalu.

"Mereka bertugas di bahagian teknologi maklumat dan berpengalaman mengendalikan myIMMs.

Berita sepenuhnya boleh dibaca di sini.

* * * * * * * * * *

Respon daripada laporan tersebut, Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) telah mengeluarkan kenyataan maklum balas rasmi mreka berkenaan spekulasi itu di laman FB rasmi mereka.


Pada aku, selagi siasatan belum selesai, tak perlulah buat spekulasi dengan mengeluarkan laporan dan menuding jari kepada mana-mana pihak. Malah di dalam laporannya pun ditulis, "Sumber memberitahu mStar Online...". Serius, siapakah sumber itu? Dari celah mana datang sumber itu? Apakah kredibiliti sumber tersebut sehingga layak dijadikan laporan berita? Kalau nak petik kenyataan orang lain, nyatakan sumber tersebut dengan jelas. Kalau macam ni, siapa-siapa sahaja boleh buat cerita tanpa perlu memberitahu dari mana sumbernya.

Aku kerja dalam bidang IT, dan aku ada ramai kawan aku yang juga bekerja dalam bidang IT dalam sektor awam. Dan sesungguhnya orang IT ini memang sudah biasa dijadikan kambing hitam dalam apa-apa masalah yang berlaku yang melibatkan perkara berkaitan IT.

Network down, orang IT dipersalahkan.
Server down, orang IT dipersalahkan.
Maklumat tak betul dalam website, orang IT dipersalahkan.
Facebook kena hack, orang IT dipersalahkan.
User terdelete fail kat PC mereka, orang IT dipersalahkan.
User sendiri lupa password email mereka, orang IT juga dipersalahkan.

Hal ini dah biasa. Kita pun dah biasa hadap. Tapi walau apa pun masalah mereka, kita akan cuba bantu user untuk menyelesaikannya kerana itu memang tugas orang IT.

Namun apabila mereka melaporkan yang orang IT mensabotaj pelaksanaan sesebuah sistem, aku terfikir bagaimana ia boleh dikatakan sebuah sabotaj sedangkan sistem tersebut tak digunakan pun? Kalau sistem dah digunakan lepas tu tiba-tiba ada kerosakan luar biasa pada hardware, atau data kena padam, atau sistem kena ceroboh, itu boleh lah juga dikatakan sebagai perbuatan sabotaj. Tapi sabotaj pada sesuatu yang tak digunakan?

Benda dah beli tapi tak pasang dan tak guna, boleh ke ia dikatakan sebagai sabotaj? Sebagai contoh aku beli komputer untuk orang lain tapi dia tak nak guna, itu dikira sabotaj ke? Lain lah kalau aku beli komputer untuk orang lain dan dia dah guna, lepas tu aku dengki aku delete semua fail dia dalam komputer tu, baru ia layak dikatakan sabotaj.

Bagi aku isu ini adalah masalah dasar, integriti dan pengurusan, bukan sabotaj. Sebab orang IT ni biasanya kerja mereka hanya ikut arahan sahaja tapi tak boleh nak buat keputusan yang besar pun. Kalau orang IT cadangkan organisasi tempatnya bekerja untuk membeli sistem dan perkakasan yang hebat dan sangat bagus pun, tapi kalau pengurusan cakap takde bajet, tak jadi juga. Kalau orang IT bangunkan sebuah sistem hebat pun tapi kalau CEO syarikat tak mahu guna kerana lebih selesa menggunakan cara lama dan manual, tak guna juga.

So aku harap tiada lagi spekulasi yang menuduh pegawai IT menjadi dalang sabotaj. Walaupun ia tiada kaitan dengan aku tapi aku turut merasakan tempiasnya sebagai seorang orang IT kerana ia boleh memberi gambaran buruk terhadap reputasi orang IT itu sendiri. Kita tunggu siasatan selesai dan laporan dikeluarkan, baru kita akan dapat maklumat dan fakta yang betul. Kalau lepas siasatan memang kegagalan sistem tersebut adalah disebabkan kesalahan orang IT, kita terima.

Sekian.

Bacaan lain:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: sistem imigresen malaysia myimms tidak digunakan orang pegawai it ict dalang sabotaj biometrik salah kenyataan rasmi maklum balas perjasa

6 ulasan:

  1. ntahla.. masyarakat kita ni lebih suka menyalahkan orang lain dari mengakui kelemahan dan kesilapan sendiri..

    -sikedeproot-

    BalasPadam
  2. saiya risa birbangga kirana pirdana mintiri najib razak binyak minjaga yitu bangela.. kami bangla suka duduk yini melesia dapat cari beni di melesyiah. kami misti yundi yitu bieyenn. idup gayy ess teyy !

    -sirosli jahangir rahman-

    BalasPadam
  3. Ade pegawai / orang atas nak selamatkan diri.

    BalasPadam
  4. Kesian org IT..selalu jd mcm ni..bukan kes ni je, byk kes gov lain yg selalu salahkan salah org IT.

    Biasela...org berak tgh jalan mana mengaku salah, dia salahkan org tukang bersih sampah (org IT) yg buat.

    BalasPadam
  5. Dah terbongkar mcm ni...baru kalut nak siasat..hmmm

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.