Halaman

Jumaat, 10 Jun 2016

Kasih ibu bapa tidak terbanding kasih anak

Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa.
Anak-anak boleh bebas dalam rumah ibu bapa.
Makan apa sahaja.
Tengok siaran TV ikut suka.
Guna apa saja kepunyaan ibu bapa ikut suka.

Tetapi...
Ibu bapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak-anak.
Tak boleh masak sesuka hati.
Makan apa yang ada dalam peti ais ikut suka.
Buat apa sahaja ikut suka.
Anak tetap akan berkecil hati dengan ibu bapa.

Gambar hiasan

Begitu juga...
Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.
Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.
Minyak penuh balik kosong pun ibu bapa tak kisah.
Kalau rosak semua ibubapa tanggung.

Tetapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.
Apatah lagi dengan sesuka hati.
Takut rosak lah.
Takut langgar lah.
Takut calar lah.
Kalau guna pun.
Pastikan minyak penuh semula.
Kalau rosak pun ibu bapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kepada anak-anak.

Itulah bezanya ibu bapa dengan anak-anak.
Ibu bapa sentiasa mengasihi anak-anak.
Tetapi anak-anak.
Belum tentu mengasihi ibu bapa.
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibu bapa.
Mereka ada masa untuk membetulkan motor kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibu bapa ke klinik bila emak memerlukan.

Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti.
Tetapi mereka tiada masa untuk cuti menziarahi ibu bapa yang rindukan mereka.
Mereka sayang ambil cuti untuk melawat emak.
Sibuk dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan.
Tetapi mereka tidak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin.
Ibu bapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yang ada.

Tetapi...
Anak-anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibu bapa walaupun anak-anak berharta.
Bila isteri bercerita anak tahu apa yang isteri mahukan.
Tetapi bila ibu bapa bercerita anak-anak buat tak faham apa yang ibu bapa mahukan.

Ibu bapa tidak akan meminta secara terus kepada anak-anaknya kerana ibu bapa takut anak akan terasa.

Inilah diantara isi kandungan kuliah Ustaz Suhaimi yang sangat terkesan dan realistik dalam keadaan dunia di akhir zaman ini.

Mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak-anak yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti.

Insya Allah.

Artikel ini disalin semula daripada beberapa sumber seperti ini, ini dan Whatsapp.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: kasih ibu bapa orang tua anak tidak terbanding setanding hebat mengasihi kuliah ustaz suhaimi

6 ulasan:

  1. Sedihnya sebab mengenangkan betapa betulnya isi kuliah ni..T__T

    BalasPadam
  2. sedih bila membaca moga terkesan dihati ini yg membesar dengan ibubapa angkat....

    BalasPadam
  3. so true & touching noob. hanya org yg ada anak yg paham artikel ni. anak aku masih kecik, & aku syg anak aku lebih dari nyawa aku sendiri. tapi belum tentu anak aku akan syg aku seperti mana aku syg dia. sbb aku paham, mcm dlm entry ni kasih syg aku pd ibubapa aku x sehebat kasih pd anak.

    then anak aku nnti bila dah besar if berkahwin ada anak pun mesti dia syg anak dia lebih seperti mana syg aku dkt dia pd ari ni. begitu lah proses berulang berulang .. sampai la ari kiamat.

    BalasPadam
  4. Nak kena minta maaf dgn abah dan ibu nie... Selalu menyusahkan mereka..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.