Seseorang yang berusia 25 tahun mungkin sudah mempunyai 15 tahun pengalaman berpuasa. Ia suatu yang kita lakukan tiap-tiap tahun, bukannya benda yang pelik atau baru. Dan kita pun bukannya kanak-kanak lagi nak mengada-ngada waktu puasa, rasa lembik ya amat, tak boleh tahan tengok makanan, tak sabar gila nak tunggu waktu berbuka dan sebagainya.
Kita umat Islam umat yang kuat. Puasa itu sepatutnya menjadi perkara yang biasa bagi kita. Bukan kita seorang je pun berpuasa, berbillion-billion umat Islam satu dunia ni pun berpuasa. Puasa zaman Nabi dulu pun lagi banyak cabaran dan dugaannya berbanding berpuasa pada hari ini. Maka kenapa perlu kalut dan menggelabah bila ternampak dan terbau makanan depan mata ketika siang hari atau ternampak orang bukan Islam makan?
Kalau mereka nak makan nyorok-nyorok kerana mahu menghormati orang Islam yang berpuasa, itu pilihan mereka, kalau mereka menghormati umat Islam yang berpuasa tu kira baguslah, tapi jika mereka nak makan kat restoran ke, kat tepi tangga ke, kat pantry ke, kat pejabat ke, kat kompleks membeli belah ke, itu hak mereka dan kita takde hak pun nak marah atau paksa mereka makan kat tempat lain.
Macam kes yang baru-baru ini viral di mana ada orang Melayu kita yang menggelabah gila bila ternampak orang bukan Islam makan kat tangga, dan ada yang menggelebah beruk siap suruh orang bukan Islam bangun daripada meja restoran hanya sebab dia nak berbuka puasa kat situ. Baca cerita sepenuhnya di artikel blog Sozcyili ini - "Stand Up La Stupid, You Cannot See I Nak Berbuka Ke" - Kata Muslim Berpuasa Ini Kepada Sekumpulan Non Muslim.
Tambah menggelabah lagi bila ada orang tak puas hati dan suruh orang non-muslim balik kerja lambat supaya jalan tak jem atau menggelabah bila nampak ada orang non-muslim turut membeli belah kat pasar Ramadhan.
Seriously yang korang kalut menggelabah sangat ni dah kenapa? Masa musim perayaan mereka pun korang bantai balik kampung penuhkan jalan raya jugak, penuhkan shopping mall bila ada promosi jualan murah sempena hari perayaan apa-apa pun. Saling menghormati dan bertoleransilah. Malaysia ni bukan kita je yang duduk.
Asal mereka tak buat sesuatu yang menghina agama kita macam kes Alvin Tan membuat ucapan berbuka dengan sup babi 3 tahun lepas, lantaklah diorang nak buat apa. Tak perlu marah, tak perlu paksa mereka hormat kita. Hormat itu akan datang sendiri kalau kita ini memang layak dihormati. Releks-releks sudah.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: orang bukan islam non muslim makan depan orang melayu india cina bulan ramadhan puasa respect jauh respek hormat stand up stupid cannot see nak berbuka
Selamat berpuasa dibulan yg penuh keberkatan ini..
BalasPadamperlu ke kutuk sampi mencarut di bulan puasa? tulis elok2 kan bagus.... ada jugak nak selit mencarut2...
BalasPadamMana selit perkataan mencarut?
Padam! nɐʞ ɥɐqɐ ʇnɹɐɔuəɯ
Padamıəʇuɐʇouəp ɐʞnɯp!ʇ0o0oOoOɹd mʇq
-ıןsoɹıs-
chill bro...
BalasPadamBetul tu..ibadat puasa dianggap membebankan sdg kan puasa menyihatkan..pemahaman dan erti puasa pd org islam masih cetek krn tidak tahu maksud dan tujuan puasa (roh puasa) sebenar..sekiranya kita tahu kebaikan puasa..ia akn menjadi amalan berterusan
BalasPadamharap kita tak tergolong dalam golongan muslim manja..
BalasPadamnak kongsi sikit kuliah imam muda hizbur semalam :
-ibadah lain macam solat adalah untuk kita kerana Allah, tapi specialnya puasa ni ialah ia ibadah untuk Allah kerana Allah..
-ibadah lain macam solat, zakat, haji ada ritual2 nya dimana kalau kita tak berhati2, bolah jatuh riak. Spesialnya puasa ni, ia tak ada ritualnya secara tak langsung boleh elakkan riak kecuali mmg kita nak bagitau orang kita puasa la..
ok tu je sikit ilmu nak kongsi :)
Bila ko berposa bukan bermaksud ko mesti diutamakan. Tolongla tunjuk akhlak yang baik depan non-muslim
BalasPadamOrg kita mmg cepat kecoh benda2 pasal ibadat...tp akhlak letak jauh2. Belum cite pasal tarawikh 8/10/20 rakaat nak gaduh, tp org kita mmg mulut mmg kencang, tp xde telur..ckp kat FB boleh, depan2 malu2.
BalasPadam