Halaman

Rabu, 20 Julai 2016

Apa kau nak masa Aidilfitri sebenarnya?

Assalamualaikum, pertama sekali nak cakap Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Maaf lama tak posting, sebelum ni sibuk dengan projek, peperiksaan dan raya. Sekarang tengah cuti, jadi harapnya berkesempatan untuk tulis sebanyak mungkin dalam blog ni.

Aidilfitri dah berlalu 2 minggu. Walaupun suram, orang masih meraikan aidilfitri (mungkin). Selain  itu, rasanya ramai juga kembali pada rutin asal yang dibuat selama 11 bulan selain bulan Ramadhan. Agak lewat benda yang saya nak cakap tetapi lagi elok daripada tak cakap langsung bukan?


Semasa bulan puasa, ada satu post daripada satu group FB tak ingat PenMerah/Meran etc tetapi posting ia adalah "Rasa tak yang Hari Raya sejak kebelakangan ini kurang meriah banding tahun sebelum ini?" Posting ini ramai juga yang setuju dan beri sebab apa yang membuatkan kurang meriahnya keraian Raya yang mereka rasai. Saya baca beberapa posting dan komen dan setiap penjelasan yang ditulis ada juga buat terfikir dan logiknya ada juga. Namun, soalan yang saya fikir bila baca setiap posting ini adalah, apa yang mereka inginkan pada Aldilfitri sebenarnya?

Saya listkan setiap pendapat yang saya baca dalam komen dan hujah mereka:

1) Raya enjoy hanya budak-budak sahaja

Orang yang paling senorok beraya sememangnya kanak-kanak. Pakai baju baru, makan kuih raya, lauk raya yang sedap selain berkayuh atau berjalan jauh semata-mata nak kumpul duit raya sememangnya disukai mereka. Bila sudah dewasa, mereka sudah merasa benda seronok mula keluarkan duit beli baju raya pakai duit sendiri, berhempas pulas siapkan juadah raya dan mereka pula bagi duit raya untuk anak buah mereka. Pendek kata, raya ini "memenatkan" orang dewasa justeru mereka tidak seberapa raya banding kanak-kanak yang lebih "happening" raya.

2) Raya tak "feeling" kerana Ramadhan tak bersungguh beribadat

Aidilftri dirayakan untuk meraikan selesainya beribadat puasa di bulan Ramadhan selama 30 hari. Cuti umum Aidilfitri di Malaysia diberi dua hari. Mereka yang tidak merasa gembira raikan Aidilfitri sebabnya tidak bersungguh beribadat di bulan Ramadhan, jadinya nikmat Aidilfitri itu ditarik Tuhan. Selayaknya orang yang meraikan Aidilfitri adalah mereka yang bersungguh kerjakan ibadat dari Awal Ramadhan sehingga malam tadbir Raya.

3) Aidilfitri "ditelan" arus konsumerisme

Aidilfitri sejak kebelakangan ini bukan hari raikan kegembiraan habisnya Ramadhan, sebaliknya menjadi medan jual baju dan barang-barang dengan promosi raya. Orang ramai juga kecoh tukar perabot rumah atau beli barang mahal untuk menyambut Raya berbanding beribadat di bulan Ramadhan. Baru bulan Syaaban, Courts Mammoth dah keluarkan promosi raya. Semangat raya yang semakin hilang dengan elemen kapitalis menyebabkan Aidilfitri hilang sifat "manusia" dan sebab ini, mereka bersungguh menyambut Ramadhan kerana masih bersifat "Humane" dengan amal ibadat dan kebajikan justeru dekat pada manusia. Harapnya Ramadhan jauh daripada elemen konsumerisme yang boleh jejaskan ibadat dan penghayatan Ramadhan.

4) Ekonomi tidak berapa elok

Mengaku sahajalah, ekonomi Malaysia agak merundum. Kos-kos yang meningkat naik mencacak serta kawalan harga yang tidak berapa berkesan menyebabkan harga barang semakin mahal dan menyempitkan golongan pertengahan dan rendah. Bulan Ramadhan pun mula terasa sakit dengan harga makanan banyak naik, paling biasa dalam 5 ringgit. Belum lagi dengan kos-kos baju raya dengan kos untuk pulang beraya. Tiket bas pun dah naik. Jadi, tekanan sara hidup inilah secara langsung menjejaskan kewangan mereka dan mampu serabutkan otak walaupun raya dah habis.


Saya dah tengok komen-komen dan empat di atas yang selalu dinyatakan dan logik penjelasan. Pendapat mereka juga menarik dan saya faham. Pendapat saya? Bukan raya bahkan Ramadhan kurang "feeling" kerana mereka tak jelas apa yang mereka hendak. Maksud saya, apa yang kau nak pada Aidilfitri? Jumpa keluarga dan sanak saudara? Jumpa juga akhirnya. Eratkan silaturahim? Sudah pusing kampung sendiri dengan kampung awek/tunang/isteri pun tak puas lagi ke?

Minta maaf cakap, kita sebenarnya kurang hargai benda yang kita senang dapat. Aidilfitri disambut dengan merungut kurang meriah itu sangat silap. Raya bukannya tidak meriah, kita semakin lupa nikmat raikan perayaan takala orang lain sambut dengan status pelarian di luar negara atau dihirung kemiskinan. Kita kurang syukur, mula self center dan harapkan kebahagian itu datang sendiri. 

Fikir balik, adakah selepas Ramadhan kita hargai benda yang kita miliki? Salah satu pengajaran Ramadhan adalah untuk merasai keperitan orang yang susah dan mereka yang sentiasa lapar. Selepas habisnya Ramadhan, berapa ramai yang "take for granted" terhadap rezeki makan yang kita miliki. Bahkan semasa puasa, kes perempuan haid makan di tempat awam bukan sahaja tidak menghormati bulan Ramadhan bahkan tidak memahami falsafah dan pengajaran Ramadhan. Gila apa perjuangkan hak perempuan haid makan di tempat awam padahal ada ramai juga yang berjuang nak hidup cari rezeki untuk keluarga dengan masih berpuasa.


Begitu juga dengan ketika Aidilfitri, Berapakah antara kita yang masih kekalkan semangat Ramadhan. Muhasabah diri balik, amalan kita semasa Ramadhan masih lagikah kita teruskan? Adakah sebab Ramadhan dah habis, kita balik pada diri kita yang biasa selama 11 bulan tunggu Ramadhan akan datang?Tak sampai sebulan Ramadhan, amalan mana yang dah kita tinggalkan? Kita ni acah-acah sedih ke bila Ramadhan tinggalkan kita dan balik kepada diri sebelum Ramadhan? Tak mungkin sebab setan dah terlepas pada bulan Syawal, kita jadi "setan" balik? Aidilfitri disambut untuk meraikan simbolik "balik kepada  fitrah" , Fitrah manusia yang suci dan terhindar daripada kejahatan. Masalahnya, orang semakin lupa falsafah raya yang meraikan kita menjadi fitrah yang Tuhan inginkan.Sebaliknya, bila sudah raya, balik diri kita yang asal sebelum puasa, tiada peningkatan pada diri.

Jujurnya, memang ada masalah yang berlaku tetapi jika tidak menghargai keraian yang kita miliki, jangan sampai Tuhan tarik kegembiraan kerana kita tidak bersyukur.

Black Bladerz
Masih dapat duit raya


4 ulasan:

  1. Papepun kita just bersyukur apa yg ada skrg..kat negara lain sambut hari raya dgn penuh kekurangan. Sbnrnya kita cuba penuhi aktiviti syawal ni dgn melawat sedara n rumah terbuka, eratkan silaturahim...kalau fikir nak mewah2 utk beraya maka matlamat utama hari raya dah jauh menyimpang.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.