Halaman

Rabu, 27 Julai 2016

Game Pokemon Go mahu diharamkan, itu semua Yahudi!

Pokemon Go.

Game mudah alih Pokemon Go yang menggunakan teknologi augmented reality (AR) dan navigasi GPS baru dilancarkan awal bulan Julai ini di beberapa negara sehingga menjadi suatu fenomena global. Malangnya ia masih tidak dilancarkan lagi di banyak negara termasuk di Malaysia.

Namun belum lagi dilancarkan di Malaysia, kerana kepopularannya sudah ada cadangan dan saranan untuk menfatwakan game tersebut haram dimainkan oleh orang Islam walaupun kerajaan tidak menghalang jika game itu masuk ke Malaysia.


Aku sendiri bukan peminat siri game Pokemon, malah tak pernah pun main kerana aku tidak berapa gemar dengan game yang bergenre menangkap haiwan atau raksasa lalu membela dan melatihnya untuk jadi kuat supaya boleh berlawan untuk kau. Namun dengan konsep Pokemon Go yang unik ini tak mustahil aku juga akan mencubanya jika ia masuk Malaysia kerana menggabungkan teknologi AR dan GPS dalam game, suatu yang agak baru dalam dunia teknologi.

Kalau teknologi AR tu game kad BoBoiboy Choki Choki pun dah guna, malah teknologi GPS sendiri dah banyak digunakan seperti dalam aplikasi Uber dan game Ingress. Aku rasa macam-macam lagi boleh dieksplorasi dengan teknologi-teknologi ini dan tak mustahil akan muncul lebih banyap aplikasi dan game yang canggih selepas ini.


Berbalik kepada cadangan mengharamkan game Pokemon Go, pada aku tak salah jika aku tidak bersetuju dan mahu memberi kritikan terhadap cadangan itu. Pertama sekali kenapa mahu mengharamkan game Pokemon Go secara khusus?

Mungkin kerana sejak beberapa tahun yang dulu pernah tersebar hoax yang mengatakan Pokemon itu bererti "Aku Yahudi", Pikachu bermaksud "Jadilah Yahudi" dalam bahasa apa ntah dan sebagainya yang mana aku pasti hoax tersebut dibuat pada mulanya sekadar troll tetapi akhirnya diambil serius oleh orang-orang yang lurus bendul dan otak beku, seperti mana hoax yang mengatakan Upin itu bermaksud "Aku Benci Rasul" dan Ipin tu "Aku Suka Israel" dan sebagainya.

Maka mungkin kerana itu orang terlalu mengambil serius pada game Pokemon sampai nak keluar hukum bagai, walaupun perkataan Pokemon tu sendiri berasal dari kependekan kepada perkataan "Pocket Monster" dan takde kaitan dengan Yahudi pun kerana ia dicipta oleh orang Jepun.


Kedua mungkin kerana Arab Saudi sudah pernah mengeluarkan fatwa pada tahun 2001 tentang pengharaman Pokemon maka kita pun mahu mengharamkan juga, walaupun untuk permainan Pokemon Go mereka tidak keluarkan apa-apa fatwa lagi.

So atas dasar apa cadangan pengharaman Pokemon Go ini?

Kerana ia dikatakan ada unsur judi di mana pemain bermain menggunakan kad di mana kad yang lebih berkuasa akan mengalahkan kad yang kurang kuasa. Oh, kita ada banyak gila permainan yang berunsurkan kad. Malah aku tak pasti kat bahagian mana judinya tu kerana tidak pernah pula aku tengok orang main game Pokemon pakai duit atau bertaruh. Gamenya cuma tangkap raksasa, bela, latih, dan suruh dia lawan raksasa lain untuk mendapatkan raksasa lain itu pula.

Dan kalau nak kata judi, sukan bola sepak tu pun orang berjudi, snooker tu pun orang biasa main sambil berjudi, ayam pun orang boleh berjudi buat sabung ayam, kuda berlumba pun orang bertaruh, tapi belum pernah aku dengar siapa-siapa mengharamkan bola sepak, snooker, ayam dan kuda. Bola sepak, snooker, ayam, kuda, game Pokemon, benda tu cuma tools atau medium, kalau orang buat judi juga yang salah itu orang tu bukan objek dan benda yang dipertaruhkan.


Antara sebab lain kerana game Pokemon ini mengadaptasi teori evolusi yang dicipta oleh Charles Darwin. Ya, memang la teori evolusi dia kata manusia tu berasal dari beruk, tapi dalam game Pokemon tu takde pun cakap manusia dari beruk, malah ia cuma ada evolusi raksasa comel kanak-kanak untuk menjadi lebih kuat, itu je pun.

Malah takkan kanak-kanak nak guna perkataan evolusi pun dilarang? Yang tak betulnya cuma teori evolusi manusia dari beruk, itu je, tapi proses evolusi tu proses biasa yang memang wujud terutama bagi jaringan keluarga haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Proses seekor berudu menjadi katak pun boleh kita anggap sebagai suatu evolusi.

Juga dikatakan kerana game ini mempunyai simbol seperti bintang bucu enam yang dikaitkan dengan Israel dan lambang Kristian. Ya mungkin bintang bucu enam tu lambang negara Israel, namun boleh jadi ia juga sekadar bentuk hexagram atau hexagon yang tidak mempunyai maksud tertentu. Dan lambang salib jangan kata dalam game, kat mana-mana pun boleh jumpa, dan akidah seseorang takkan rosak hanya kerana terlihat palang.

Namun jika nak haramkan juga kerana sebab ini, jangan kata Pokemon, berlambak-lambak game untuk orang dewasa yang lebih ada unsur agama lain, yang lebih ganas, yang ada unsur seks dan sebagainya yang lebih layak untuk diharamkan berbanding game Pokemon yang keanak-anakan, tapi tak pernah pun diambil pusing kerana tak berapa popular dan hype.


Faktor lain adalah kerana faktor keselamatan dan membahayakan apabila dikhuatiri mungkin ada pemain sanggup pecah rumah orang untuk tangkap Pokemon, atau dapat mengancam keselamatan negara apabila orang boleh menggodam telefon bimbit pemain, atau ada orang bermain Pokemon ketika memandu kenderaan sehingga boleh menyebabkan kemalangan dan sebagainya.

Kalau nak diikutkan alasan ini, kau tak boleh ada barang berharga kat rumah kerana mungkin ada orang akan pecah rumah untuk curi barang kau. Aplikasi Whatsapp perlu diharamkan kerana boleh mengancam keselamatan negara jika ada orang dapat godam aplikasi tersebut. Dan telefon bimbit perlu diharamkan terus kerana tanpa Pokemon Go pun, dah banyak kemalangan disebabkan orang guna telefon bimbit ketika memandu. Oh mungkin boleh haramkan juga kereta, kerana tanpa kereta, kemalangan jalan raya takkan berlaku.

Akhir sekali, Pokemon Go perlu diharamkan kerana melalaikan. Ok kita ada lebih kurang beratus ribu juta benda yang boleh melalaikan, malah yang telah lama berlaku, yang sedang berlaku dan yang sering kita lihat di merata-rata tempat, di kaca TV, di Internet dan sebagainya, dan akhirnya Pokemon Go yang tak keluar lagi pun di Malaysia dipilih untuk diharamkan?

Aku bukan nak menentang sangat pengharaman Pokemon Go tu, kalau fatwa dah nak kata haram juga aku pun tak boleh nak cakap apa lah, lagipun aku memang tak minat pun main game tu. Cuma pada aku ia boleh memberi satu imej kurang sihat pada badan dan institusi Islam apabila terlalu rigid dan berpilih-pilih dalam menjatuhkan hukum.

Lagi pelik bila ada yang beria-ria menentang permainan siap buat laporan polis terhadap game Pokemon Go kerana ia memudaratkan kepada perkembangan kanak-kanak dan mengisi minda mereka dengan kartun? Ada beratus-ratus rancangan kartun ditayangkan setiap hari yang ditonton oleh kanak-kanak, game yang kanak-kanak Malaysia tak pernah main ni pulak yang memudaratkan perkembangan mereka? Kegilaan apakah ini?


Kalau betul nak haramkan, boleh fatwakan secara umum seperti "Semua perkara yang mempunyai unsur perjudian, unsur agama lain, ganas, seks, yang boleh mendatangkan bahaya atau melalaikan itu semuanya HARAM", maka kita pun faham la semua perkara seperti Dota2, Grand Theft Auto, Counterstrike, Candy Crash, Street Fighter, Digimon, Devil May Cry, BoBoiboy AR Choki Choki, God of War, CoC, Waze, Facebook, Whatsapp, bola sepak, gasing, congkak dan sebagainya yang asal mengandungi unsur tersebut maka ia adalah haram.

Macam pengharaman rokok dan dadah la, takdelah mereka spesifik rokok jenama apa yang haram, dadah jenis apa yang haram. Hanya tulis rokok dan dadah adalah haram, so tak kira la orang hisap rokok jenama apa atau hisap dadah jenis apa sekalipun ia tetap haram. Habis cerita.

Pelik aku. Negara kita dah takde isu lain yang lebih penting ke untuk dibincangkan daripada nak bincang pasal game telefon kartun kanak-kanak? Daripada haramkan Pokemon Go, baik la haramkan app Smule yang langsung tak patuh syariah. Lelaki perempuan yang totally stranger boleh berduet buat video menyanyi bersama-sama, serius aku tengok pun rasa jelek.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: maksud sebenar pokemon go itu yahudi haram ban majlis fatwa mufti pulau pinang cadang arab saudi install game android ios rani kulup

14 ulasan:

  1. Satu yang aku sangat pelik, macam mana mufti boleh keluar fatwa haram padahal Pokemon Go tak masuk pun lagi Malaysia?
    Sangat nak tahu apa prosedur diorang yang membolehkan sesuatu perkara itu dilabel haram.
    Jangan kata dari pembacaan wassep grup dan carian google internet sudah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka cuba alih pandangan kita... dari isu penting kpd isu famous yg bodoh...
      hanya mereka yg bodoh akn pandang isu ni lama2

      Padam
    2. Lantak le pokemon go ke ape ke.. aku main congkak je kat rumah

      Padam
  2. x kisah pun pokemon GO... ak masuk ke x masuk bukan nya ak main pun ak main digivice ngan digimon vpet jek.... confirm mesti ramai x tau apa digimon tu haha2

    BalasPadam
  3. pe barang pokemon go.game utk budak2je ..org layan dota2bro. dota for yourlife.. putang ina mo boboo..

    -sirosli dota-

    BalasPadam
  4. Hahahaha..jangan nanti macam COC sudah la..ramai yang terjebak..Kakakaka

    AlongMisuari.com

    BalasPadam
  5. musti repott...muahahahahahaakkttuuiii.....

    BalasPadam
  6. haha bak pe tah aku akus emua nye betui yg smule tu paling tak tahan tak pakai baju dok berkemban pun boleh smule ... sore tah ape2 stok muntah hijau aku menengok keng kawan share video


    betui mcm kita ni tak tak de isu besar yg nk dibincangkan dr isu remeh temeh

    BalasPadam
  7. smule is a piece of shit apps and the users are all the holy shitters

    BalasPadam
  8. Mana nk download?

    BalasPadam
  9. Bekas pelajar master sains29 Julai 2016 pada 5:15 PTG

    Charles darwin xkata manusia berasal dr beruk. Cuma manusia dan beruk berkongsi characteristics. Kl asal bermaksud dr beruk tetiba bertukar menjadi manusia. Cth lain ialah lipas & anai2. Dua haiwan ini dibawah order yg sama sb berkongsi characteristic walhal kl tengok dgn mata kasar bukankah lebih patut anai2 digroup bersama semut? Sila baca buku origin of species utk lebih memahami apa yg dimaksud charles darwin. Jgn fitnah dia walau dia bukan islam

    BalasPadam
  10. Xda niat nk fitnah.tp asal teori ni dari dia.so nk ckp teori siapa pulop?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.