Halaman

Khamis, 28 Julai 2016

Whatsapp group yang dicipta hanya untuk mengumpat

Ada orang ramai betul group Whatsapp/Telegram/WeChat dan lain-lain. Group kawan sekolah rendah, group kawan sekolah menengah, group geng/klik, group BFF, group satu dorm, group satu kolej, group satu kelas, group teman sekerja, group kelab peminat, group kejiranan, group surau dan macam-macam lagi. Tapi ada juga group yang dicipta khas tanpa menjemput orang-orang tertentu supaya mudah nak kutuk atau mengumpat orang yang tiada dalam group.


Bila aku post komik ni kat FB page Buasir Otak: The Komik, ramai orang perempuan yang tag dan share pada kawan-kawan perempuan mereka, menunjukkan orang perempuan lebih ramai yang buat macam ni berbanding lelaki sebab mudah nak bergossip.

Kalau dulu mungkin bergossip di pejabat, atau di tepi pagar rumah, sekarang dengan teknologi lebih mudah bergossip pakai phone je. Aku faham ada orang buat macam ni sebab biasanya dalam sekumpulan/geng/klik tu mesti ada seorang dua yang mereka tak suka sangat walaupun bila depan-depan baik, tapi harap kurang-kurangkanlah ya mengumpat dan jadi talam 2 muka.

Hari ini kita sisihkan orang, mana tahu hari lain entah-entah yang disisihkan itu kita tanpa kita sedari.

Artikel lain berkaitan Whatsapp, aplikasi mesej dan rakan maya:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: whatsapp group mengumpat kutuk sisih admin tanpa orang kawan bff

4 ulasan:

  1. lagi geli grup wsp orang tua. suka sgt share benda berkurun lama viral kat internet.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. prooo0ootT

      -sirosli #respectmypm-

      Padam
  3. Medan mengumpat, medan sebar berita palsu dan separuh benar, medan fitnah, medan selera.......

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.