Halaman

Rabu, 13 Julai 2016

Wanita utara pilihan lelaki jadikan isteri

Golongan lelaki di negara ini didapati lebih cenderung memilih wanita dari negeri-negeri di sebelah utara Semenanjung untuk dijadikan isteri.

Perkara itu diakui oleh Pengu­rus Agensi Jodoh, Zainudin Md. Jaafar yang berpengalaman selama 10 tahun menguruskan perniagaan mencari jodoh.

Zainudin berkata, selain nege­ri-negeri di sebelah utara, rata-rata pemuda di negara ini juga memilih wanita dari Johor untuk dijadikan teman hidup.

“Saya pun tidak pasti apa keistimewaan wanita dari utara, tetapi berdasarkan pengalaman saya, lelaki banyak memilih wanita dari sana. Begitu juga dengan wanita Johor, mungkin ada keistimewaan atau ciri-ciri tertentu yang diidamkan lelaki pada wanita-wanita dari negeri-negeri berkenaan.


“Bagi wanita pula, rata-rata pelanggan saya memilih pasa­ngan lelaki mereka dari ibu kota dan juga Selangor. Mungkin wa­nita ini sukakan lelaki bandar.

“Bagi lelaki atau wanita dari Kelantan, mereka lebih cende­rung untuk memilih pasangan yang sama negeri. Itu trend yang dapat saya lihat sepanjang berkecimpung dalam kerja ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Zainudin memberitahu, beliau juga menerima pelanggan rakyat tempatan khususnya wanita yang bertugas di luar negara seperti di Dubai, Arab Saudi dan Brunei yang mahu mencari teman hidup.

Selain itu, dia turut menerima permohonan daripada wanita Indonesia yang mahu mencari lelaki tempatan sebagai suami dan lelaki Bangladesh yang berharap bertemu jodoh dengan wanita Malaysia.

“Saya menolak permohonan wanita Indonesia serta lelaki Bangladesh kerana agensi yang saya jalankan hanya untuk rakyat tempatan beragama Islam,” katanya.

Menurut Zainudin, beliau juga membantu mencarikan jodoh untuk golongan kurang upaya dan juga orang buta.

Sumber Utusan Malaysia.

* * * * * * * * * *

Lelaki Malaysia cenderung suka wanita dari negeri-negeri utara dan juga Johor...
Wanita Malaysia cenderung suka lelaki bandar terutama KL dan Selangor...
Lelaki dan wanita Kelantan cenderung suka sesama mereka...

Kenapa orang lelaki suka wanita utara? Berikut adalah 5 ciri wanita utara yang menjadi pilihan:


Sumber Utusan Malaysia.

Untunglah wanita utara dan Johor...
Untunglah lelaki bandar KL dan Selangor...

Cuma aku sendiri tak pernah pun terjatuh hati kat perempuan utara atau Johor. Mungkin sebab aku tak pernah jumpa wanita utara atau Johor yang kena dengan citarasa aku sebelum ni huhu.

Bab kecenderungan lelaki dan wanita Kelantan memilih pasangan yang sama negeri ini memang betul cuma kadang-kadang bukan disebabkan oleh orang yang nak kahwin itu sendiri tetapi biasanya disebabkan oleh faktor ibu bapa.

Ramai juga kawan aku dari Kelantan masa belajar dulu bercinta juga dengan orang luar negeri tapi akhirnya berkahwin dengan orang Kelantan juga kerana ibu bapa dan keluarga mahu mereka kahwin dengan orang sama negeri atau paling tidak pun dengan orang pantai timur juga seperti Terengganu dan Pahang. Mungkin sebab keluarga susah nak rapat kalau kahwin dengan orang luar sebab jauh.

Tapi betul juga kalau yang tengah mencari jodoh dan masih tiada suka siapa-siapa lagi, kalau boleh cuba cari pasangan yang sama negeri atau yang rumah mak bapak kau tak jauh dari rumah mak bapak dia. Kawan satu sekolah rendah ke, jiran satu taman ke. Selain keluarga senang rapat, banyak isu yang kau dah boleh selesaikan seperti raya nak balik kampung siapa dan tak perlu menempuh perjalanan balik kampung sampai berjam-jam.

Apa-apa pun akhirnya bergantung pada jodoh juga. Kalau dah jodoh, dengan orang Russia pun kau boleh kahwin. Cuma kahwin dengan orang jauh ni tahap kesabaran dan toleransi kau kena sangat tinggi. Kalau tak, cari orang dekat atau jangan kahwin langsung.

Baca juga artikel yang berkaitan ini:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: lelaki suka wanita utara johor perempuan bandar kl selangor kelantan ciri nampak kasar tapi lembut hemoi

3 ulasan:

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.