Like seriously?
Aku ini bukanlah peminat game Pokemon walaupun gamenya telah wujud sejak aku kecil lagi. Masa tu aku lebih suka main game Super Mario dan Megaman. Mungkin kerana aku kurang minat dengan game yang perlu menangkap haiwan-haiwan digital comel.
So bila keluarnya game Pokemon Go yang baru ini, bagi aku ia sama sahaja dengan game-game Pokemon yang sebelum-sebelumnya, bezanya ia menggunakan teknologi terkini iaitu GPS dan AR, itu sahaja. Masih sama kena tangkap haiwan comel, tiada judi, penyembahan kepada dewa dewi dan sebagainya.
Cuma bila game ini dah melibatkan teknologi navigasi GPS, maka bagi aku pemainnya hanya perlu bermain dengan berhati-hati seperti mana mereka menggunakan navigasi Google Maps atau Waze dengan smartphone, itu sahaja. Kalau kau main sambil memandu sampai menyebabkan kemalangan lalu menyusahkan diri sendiri dan orang lain, maka kau memang haram jadah.
Lalu berbalik kepada cerita di atas. Satu yang orang yang tidak pernah bermain game Pokemon Go ini perlu tahu tentang game ini supaya tak nampak bodoh sangat, adalah semua jalan, bandar dan persekitaran yang terdapat dalam game tersebut adalah ia menggambarkan keadaan peta sebenar secara automatik, bukan peta yang direka-reka.
Dengan erti kata lain, jalan yang nampak macam kalimah Allah itu bukanlah Yahudi atau pembangun game itu yang sengaja masukkan, sebaliknya rupa kawasan dan jalan di kawasan itu memang dah macam tu sejak dari ia dibina lagi jika dipandang dari atas. Lokasi tempat tu somewhere in Singapore seperti peta di bawah:
So kalau ada jalan yang hampir seperti kalimah Allah dalam peta, takkan peta yang salah? Takkan takleh guna Google Maps, Waze, mahupun peta cetak?
Habis kalau jumpa ada lambang salib dalam Google Maps, adakah Google Maps yang salah? Adakah rasa berdosa guna Google Maps sebab ada kawasan yang ada lambang salib dalam tu macam kat bawah ni? Btw kawasan tu adalah kawasan perkuburan orang Kristian.
Gambar dari blog Milosuam.
So kalau rasa nak marah atau tak puas hati, pergi la marah orang yang buat jalan nampak macam kalimah Allah tu. Pergi Singapura sana tu, buat komplen kat Majlis Bandaraya dia cakap tak rasa berdosa ke buat jalan macam tu?
Aku bukannya nak mempertahankan Pokemon Go sangat, tapi aku tak boleh tengok kebodohan sesetengah bani Melayu yang sangat fobia dan paranoid. Lepas tu ramai pula yang dok pakat ikut dan share juga kebodohan itu lantas menjadikan ia kebodohan berganda-ganda.
Kalau benci sangat Pokemon Go, tak payah la nak berlebih-lebih sangat, buat teori konspirasi ntah apa-apa sampai ternampak kebodohan sendiri. Kalau nak tegur dan bagi nasihat pun, cakap suatu berdasarkan fakta dan realiti, macam main jangan sampai leka atau ketagih, jangan sampai abaikan tanggungjawab, sampai lupa Tuhan, jangan membahayakan diri sendiri dan orang lain, jangan main sambil memandu dan sebagainya. Kalau nasihat macam ni, takdelah nampak diri tu bebal sangat sebab ia memang nasihat yang betul dan aku percaya ramai pun orang yang main game ini boleh terima dan setuju dengan nasihat tersebut.
Come on lah Melayu matang la sikit.
Kita otak Melayu tak payah lah nak menggelabah, takut, fobia dan paranoid sangat. Orang lain dah jauh maju cipta macam-macam teknologi dan sains, kita masih lagi paranoid dengan hal yang kita sendiri tak tahu dan tak faham. Kalau tak tahu, cuba sendiri, kaji dan fahamkan suatu perkara itu, baru boleh nilai, buat rumusan dan kesimpulan, bukan main sembang je. Ini tidak, yang kita pandai cuma menuduh, buat spekulasi, andaian dan komplen, komplen, komplen, ini semua Yahudi!!!
Al-kisah pada zaman manusia purba dahulu, ada sebuah pokor terbakar kerana disambar petir. Manusia zaman itu yang baru pertama kali melihat api berasa begitu takut dan paranoid, lalu mereka pun menceritakan kepada semua orang terdapat sebuah raksasa yang sangat bahaya dan menakutkan. Mereka begitu takut kerana mereka tidak tahu apa-apa tentang api.
Sehinggalah suatu hari ada seorang cucu cicit mereka bermain batu, lalu batu tersebut menghasilkan percikan api apabila dia membaling batu tersebut ke batu yang lain. Kerana sifat ingin tahu, dia pun cuba menghasilkan api dengan melaga-lagakan 2 biji batu dan lama kelamaan terhasillah api yang kecil. Badannya yang begitu sejuk terasa selesa dek kehangatan dengan api tersebut. Lalu dia panggillah orang kampungnya tentang penemuannya itu.
Malangnya, orang kampung itu masih terlalu paranoid dengan api lalu dituduh-tuduh budak itu sebagai ahli sihir jahat sambil berkata...
"SEMUA ITU YAHUDIIIIIII!!!"
Kesimpulannya, jangan jadi macam orang zaman purba.
Baca lagi artikel berkaitan:
- Simbol salib merosak akidah dan cemar otak Melayu
- Melayu tidak boleh makan makanan berjenama gereja
- Tak perlu anggap semua bentuk palang adalah salib
- Hukum membela anjing dalam telefon bimbit
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: otak melayu paranoid paranoia fobia takut menggelabah bayang sendiri semua salah yahudi pokemon go game kalimah tuhan jalan
kay.
BalasPadamprooo0ooootttT !
Padam-siroslimon-
Orang Bani Melayu ni suka ter "over" dan macam sensitif sangat pasal hal salib dan kalimah Allah ni. Padahal solat pun belum tentu penuh 5 waktu.
BalasPadamsaya setuju dengan entry ni.. apa kata share entry ni ke fb, biar orang bani melayu yang paranoid ni sedar cikit.. kadang2 tak paham dengan orang2 yang macam ni, pe yang dia nak dalam hidup ni..
BalasPadam