Ya, ayat ini tidak sepenuhnya salah, cuma ia perlu dilihat dalam skop yang lebih luas. Seperti mana yang dinukil oleh cEro, kini semua orang telah pun ada sumbangannya kepada negara setiap kali mereka membeli belah dengan membayar cukai GST. Aku tak rasa ada orang boleh lari dari bayar GST setiap kali mereka membeli belah.
Gambar hiasan |
Namun jika dilihat dari skop yang lebih besar, sebenarnya kita semua ada peranan dan sumbangan masing-masing kepada negara. Tonton dulu video iklan Petronas sempena Hari Kemerdekaan 2016 ini.
Ya, itulah sumbangan kita pada negara, dengan menjadi orang yang memainkan peranan dalam pembangunan masyarakat dan bertanggungjawab terhadap peranan masing-masing.
Sumbangan seorang guru adalah mendidik anak bangsa demi melahirkan pemimpin dan ilmuwan pada masa hadapan.
Sumbangan seorang doktor adalah merawat pesakit yang memerlukan rawatan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
Sumbangan seorang mekanik adalah membaiki kenderaan supaya urusan harian orang lain menjadi lancar.
Sumbangan seorang pengkarya adalah menghibur serta memberi semangat dan inspirasi kepada orang lain.
Sumbangan seorang tukang masak adalah memasak makanan yang menjadi keperluan asas semua manusia.
Sumbangan seorang tentera adalah memastikan pihak musuh tidak menceroboh kedaulatan negara kita.
Sumbangan seorang ahli sukan adalah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Sumbangan seorang pembersih saluran pembentungan adalah memastikan najis kita diurus dengan baik.
Setiap kita mempunyai peranan dan sumbangan tertentu dalam masyarakat. Setiap kita saling memerlukan antara satu sama lain. Seorang guru perlukan doktor bila sakit. Seorang doktor perlukan guru untuk mendidik anaknya. Seorang penyanyi perlukan mekanik jika keretanya rosak. Seorang mekanik mendengar muzik untuk menghiburkannya ketika sedang bekerja.
Yang membentuk dan mencorak sebuah negara adalah masyarakat rakyatnya. Kita semua adalah sebahagian daripada masyarakat. Kita semua perlu faham peranan dan tanggungjawab masing-masing. Kalau semua orang menjalankan tugas dan peranan masing-masing dalam masyarakat dengan baik, maka kita sebenarnya boleh menjadi negara yang hebat dan menggapai masa depan yang lebih makmur.
Kita semua adalah unsung hero atau wira tak didendang dalam masyarakat yang setiap satunya memberikan sumbangan kepada negara. Maka berbanggalah!
Namun malangnya, sikap pentingkan diri, bongkak, pecah amanah, perosak, menyebar pengaruh negatif dan sebagainya telah lama menjadi racun dan barah dalam masyarakat. Aku rasa tak perlu lagi aku tulis contohnya sebab dah terlalu banyak contoh aku tulis dalam blog ini.
Mungkin ada yang rasa diri tiada ini tiada sumbangan kepada negara kerana tidak bekerja, masih bersekolah dan sebagainya, tapi sebenarnya anda juga boleh menyumbang kepada negara dengan dua cara ini iaitu tidak menyebar pengaruh negatif yang boleh merosakkan pemikiran orang lain serta tidak berbuat sesuatu yang menyusahkan orang lain, itu pun dah cukup.
Nampak macam biasa, tapi ia juga adalah suatu sumbangan BESAR kepada negara, malah lebih besar dari jadi pemimpin besar dalam agensi kerajaan tapi kat rumah ada bertimbun-timbun duit rasuah!
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: iklan merdeka petronas 2016 apakah sumbangan kerajaan anda rakyat masyarakat jasa bayar gst peranan tanggungjawab tugas
Entahlah...kecil atau besar yg penting ikhlas..kalau seringgit yg mampu kita sumbang tuu saja sudah..ada pahala dihadapan allah..Cuma dlm konteks sumbangan tuu punya makna yg besar..
BalasPadamSerius lama x komen kat BO. Busy sgt kutip pokemon..haha
BalasPadamTp skrg isu sensitif, sbb pada masa duit rakyat dirembat, mcm payah nak jwb apa sumbangan kita kat negara. Tp secara general isu sumbangan ini lebih relatif bila time perang..kalau time skrg ni semua nak survive/penuhkan poket masing2. Xde isu patriotisme skrg nak dibangkitkan.
Yup.. Setiap orang ada sumbangan masing-masing..
BalasPadamRAHSIA HINDARI MAKSIAT] Uqasha SAHKAN rasa ‘terkongkong’ ketika bertudung
BalasPadamPelakon manis Uqasha Senrose mendakwa berasa terkongkong setiap kali tampil dengan imej menutup kepala selama tiga tahun sebelum ini.
Tidak menolak faktor pengaruh kuat rakan sekeliling yang tidak berhijab, selebriti bernama Nik Zaris Uqasha Senrose, 24, berkata beliau enggan menipu diri sendiri lagi.
“Tiga tahun itu tempoh yang bukan pendek. Lainlah kalau tiga bulan saya pakai tudung dan membukanya,” katanya dilapor Berita Harian.
“Sepanjang tempoh itu juga saya tidak konsisten dalam hal bertudung. Saya seperti rasa terkongkong dan terkawal.”
Heroin drama Tundukkan Playboy Itu mengakui keputusannya mengubah imej bertudung selepas putus tunang dulu terlalu terburu-buru.
“Mungkin juga selepas insiden putus tunang dan cinta dulu, saya tidak fikir panjang dan mahu berubah,” katanya seperti dilaporkan.
Pelakon teater Ombak Rindu itu juga dikecam pengguna media sosial selepas tidak lagi bertudung.
Bekas kekasih pelakon Pekin Ibrahim sebelum ini juga pernah dikritik selepas gambarnya tidak bertudung ketika bercuti di Koh Lipe, Thailand tersebar di internet.
Namun Uqasha berkata beliau bersedia dicemuh masyarakat kerana tidak mahu terus menjadi hipokrit dengan berimej tudung walau hatinya berat dalam pakain tersebut.
“Sebulan dua pakai tudung, saya akui semangat untuk berubah dan memakainya cukup tebal. Tapi selama saya pakai tudung, saya seperti lama-kelamaan tidak ikhlas.
“Saya seperti takut dengan apa yang orang cakap dan fikirkan. Keputusan ini biarlah antara saya dan Tuhan,” kata model itu yang berasal dari Kelantan.
Meskipun begitu, situasi berkenaan tidak membawa maksud beliau akan terus untuk tidak menutup aurat.
“Siapa tahu pada masa mendatang atau selepas berkahwin, saya akan menutup aurat dengan sepenuh hati,” katanya lagi.
celahgelegar at 5:56 PM
Lawa gini, pegi la US, berlakon ja porno kat sana. Cecah 6 angka USD sebulan. Balik Mesia, darab 4. Wuhu, ramai gak muslim berlakon porno kat sana.
PadamApa kelas takat drama2 bengong kat Mesia ni.
menyamar jadi tanpa nama prooot lega baq hang pon ada~ tu pun menyumbang gak~
BalasPadamJibai sirosli meyamar jd denoutantei prooOootT preEtT d muka ayam aperika
Padam-gaynoutantei-
Sumbangan kita ialah krja kita di negara ini kerana itu yg akan membangunkan dan memajukan negara kita.
BalasPadamUsah dilayan macai2 politik, fikiran mereka sempit dan jumud.
aku menyumbang bayaran gst dari rm50 ke 360 sebulan, walaupun dihati memang tak pernah mengHALALkan duit itu, secara jujurnya.
BalasPadamSoalan apa sumbangan tu, pada aku, dah overused.
BalasPadamOrang dah banyak sangat guna sampai maksud sebenar soalan tu sudah tak beri kesan lagi kepada pendengar.