Halaman

Selasa, 13 September 2016

Kejayaan dan simbolik di sebalik Sukan Paralimpik

Dalam kejohanan Sukan Paralimpik 2016 di Rio, Brazil, 3 atlet Malaysia telah berjaya mencipta sejarah mengharumkan nama Malaysia dan berjaya membuatkan lagu Negaraku berkumandang sebanyak 3 kali di bumi Rio apabila mereka memperoleh pingat emas dalam 3 acara malah melakar rekod dunia iaitu Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy), Muhammad Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dan juga Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual).

Kejayaan memperoleh pingat emas ini melayakkan mereka untuk memperolehi imbuhan RM1 juta serta pencen bulanan RM5,000 daripada kerajaan, malah mereka turut mendapat ganjaran kereta Kia Sportage dan unit kediaman yang dihadiahkan oleh syarikat Naza Corporation Holdings serta tiket penerbangan percuma seumur hidup oleh syarikat Air Asia atas kejayaan luar biasa mereka ini.



Tahniah kepada ketiga-tiga pemenang pingat emas ini, anda semua adalah wira negara. Terima kasih juga kepada semua atlet Malaysia yang bertanding dalam Sukan Paralimpik ini.

Bagi aku, Sukan Paralimpik ini mempunyai simboliknya sendiri. Sebelum itu berikut adalah sedikit sejarah mengenai Sukan Paralimpik:
Sukan Paralimpik adalah sebuah temasya aneka sukan antarabangsa terulung yang melibatkan atlet-atlet yang mengalami pelbagai kekurangan upaya fizikal mahupun mental, termasuk yang lumpuh, kudung, buta, mahupun palsi serebrum. Ia terdiri daripada Sukan Paralimpik Musim Sejuk and Panas, yang dianjurkan sejurus selepas Sukan Olimpik masing-masing sejak 1988. Kesemua temasya Sukan Paralimpik ditadbir oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Sukan Paralimpik telah berkembang dari sebuah perjumpaan kecil para veteran Perang Dunia Kedua British pada tahun 1948 hinggalah antara acara kesukanan antarabangsa terbesar menjelang awal abad ke-21. Peserta-peserta Paralimpik memperjuangkan layanan yang sama rata dengan atlit Olimpik yang tidak kurang upaya, namun terdapat jurang pembiayaan yang besar antara atlit-atlit Paralimpik dan Olimpik.

Sukan Paralimpik dianjurkan sejajar dengan Sukan Olimpik, sementara Sukan Dunia Olimpik Istimewa yang diiktiraf oleh IOC disertai oleh mereka yang kurang upaya intelek, dan juga Deaflympics yang disertai oleh mereka yang kurang upaya pendengaran.

Penerangan rasmi masa kini untuk nama "Paralimpik" adalah bahawa ia dipetik dari kata sendi Yunani παρά, pará ("di samping", "bersama") dan oleh yang demikian memaksudkan pertandignan yang dianjurkan sejajar dengan Sukan Olimpik. Sukan Musim Panas 1988 yang diadakan di Seoul adalah julung-julung kali dipakainya istilah "Paralimpik".

Dengan adanya pelbagai kekurangan upaya yang ada pada para atlet Paralimpik, maka mereka terbahagi kepada kategori pertandingan. Kekurangan upaya yang dibenarkan terbahagi kepada enam kategori yang umum, iaitu: kudung, palsi serebrum, terencat akal, kerusi roda, cacat penglihatan, dan Les Autres ("Lain-Lain", iaitu atlet yang kecacatannya tidak tergolong dalam lima kategori yang lain, termasuklah kekerdilan, sklerosis berbilang, dan gangguan kongenital).

Kategori-kategori ini dibahagikan lagi kepada golongan-golongan yang berbeza mengikut sukan. Sistem penggolongan ini telah menyebabkan kontroversi penipuan yang berkisarkan atlet-atlet yang terlebih nyatakan kecacatan mereka di samping menggunakan dadah penambah daya yang didapati di acara-acara sukan yang lain.

Sumber Wikipedia.

Simbolik daripada Sukan Paralimpik ini adalah:

1. Hak Orang Kelainan Upaya

Golongan OKU sering dinafikan hak mereka sama ada dari sudut pentadbiran mahupun pandangan masyarakat. Hak pendidikan, hak pekerjaan, hak bersukan, hak kemudahan dan lain-lain lagi. Mereka ini sering dilayan seperti warga kelas kedua.

Malah walaupun mereka sudah mempunyai banyak kemudahan dan keistimewaan yang diberi dan disediakan untuk mereka, malangnya masih ramai orang yang punya cukup sifat ini tanpa segan silu mengambil hak mereka terutama kemudahan seperti tempat letak kereta khas OKU, tandas OKU, tempat duduk OKU dalam pengangkutan awam dan sebagainya.

Maka Sukan Paralimpik ini adalah sebagai salah satu simbolik bagi hak orang kelainan upaya, di mana mereka juga berhak untuk bersukan, bersaing, mencipta kejayan dan memperoleh kegembiraan.

2. Mencetus inspirasi

Satu lagi simbolik Sukan Paralimpik ini adalah untuk memberi kesedaran dan mencetus inspirasi kepada seluruh lapisan masyarakat sama ada yang bukan OKU mahupun golongan OKU itu sendiri.

Kepada golongan OKU, sukan ini adalah sebagai pembakar semangat di mana kekurangan itu bukanlah penghalang untuk mereka hidup dalam masyarakat, tidak merasa kecewa dan berputus asa dalam kehidupan kerana kecacatan yang dimiliki seterusnya melakar kejayaan dalam apa jua bidang yang mereka lakukan.

Dan kepada orang yang bukan OKU pula, ia sebenarnya sebagai suatu tamparan hebat kepada orang yang sihat akal fikiran dan sempurna tubuh badan tetapi mempunyai perangai yang malas nak berusaha, mudah putus asa, suka merungut, yang benci dengan kehidupan dan sebagainya, dengan mesej "Kalau orang yang dalam serba kekurangan pun boleh lakukannya, kenapa kau yang sihat dan sempurna serba serbi tak boleh buat? Apa alasan kau?"

Kau tengok orang buta dan orang yang ada masalah penglihatan boleh bermain bola dan menggelecek bola tanpa mereka lihat pun bola tu, orang yang kakinya lumpuh atau kudung bermain tenis dan bola keranjang dengan berkerusi roda, orang yang bertangan kudung dan lumpuh kaki berenang, orang yang ada masalah otak boleh berlari laju.

Nampak macam mustahil namun mereka tetap boleh lakukannya, dengan usaha yang berkali ganda lebih daripada orang biasa. Bayangkan, bermain bola sepak tanpa melihat bola? Cuba kau tutup mata dan cuba bermain bola sepak hanya dengan mendengar arahan dan bunyi bola, boleh buat?


Jika mereka boleh lakukan hal yang kita nampak mustahil, jika mereka pun boleh melakar kejayaan, jika mereka pun boleh menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat, maka apa lagi alasan kita?


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: pemenang pingat emas sukan paralimpik rio lagu negaraku oku orang kelainan kekurangan upaya simbolik di sebalik

11 ulasan:

  1. Aku sudah 5 tahun menjadi OKU, masih belum isi borang OKU je walaupun layak. Cuba berpura2 sihat walaupun kradaan semakin tidak mengizinkan.

    Mmg terasa susah benar hidup sbg OKU ni. Bawa kereta, kerja sumer kena ikut standard org sihat atau bukan OKU. Ini mmg cukup terasa.

    Ditengah2 dunia kapitalis begini, mmg kelas kedua cukup dirasai.

    Memenangi pingat emas begini, dgn segala kepayahan dan keterbatasan, cukup utk aku katakan, ianya terlalu sukar utk mendapatkan emas bagi Malaysia.

    Berbangga? Lebih dari berbangga melihat keupayaan begini. Jgn terkejut suatu hari nanti, peserta OKU ada yg mampu menyaingi peserta olimpik biasa. Kuasa tuhan sukar dimengerti.

    BalasPadam
  2. 159,725 Anak Haram/Luar Nikah: Pendidikan Islam & Moral Perlu Utama.


    Pusat perlindungan anak tidak sah nikah di Kampung Tunku, Petaling Jaya menampung masalah kelahiran tanpa perkahwinan dan buang bayi. ― Foto Malay Mail
    Pusat perlindungan anak tidak sah nikah di Kampung Tunku, Petaling Jaya menampung masalah kelahiran tanpa perkahwinan dan buang bayi. ― Foto Malay Mail


    KUALA LUMPUR, 13 Sept — Jumlah anak tidak sah taraf menurun tahun lalu selepas memuncak pada 2014 dalam tempoh tiga tahun rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
    Daripada jumlah 159,725 anak wanita Islam di luar perkahwinan yang dicatat sejak 2013, 51,169 dilahirkan tahun lalu, sementara 54,614 orang lagi pada 2014.
    Jumlah tahun lalu menurun sebanyak 3,445 orang setelah meningkat 672 pada 2014 daripada jumlah 53,492 pada tahun sebelumnya, lapor Berita Harian.
    Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) menakrifkan anak luar nikah atau tidak sah taraf sebagai bayi yang lahir daripada ibu yang tidak berkahwin.
    Mengulas isu tersebut, ketua wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Dr Norsaleha Mohd Salleh berkata masalah itu berpunca daripada kecetekan ilmu agama dan moral.
    “Peningkatan kes anak luar nikah ini amat membimbangkan, khususnya dalam kalangan remaja Islam. Cetek dalam agama dan ketiadaan nilai moral membawa kepada masalah ini,” katanya.
    Beliau mencadangkan mata pelajaran pendidikan Islam dan moral di sekolah diberikan lebih keutamaan dengan menambah jam pembelajaran, lapor akhbar itu lagi.
    Norsaleha lebih suka pelajar-pelajar lelaki dan perempuan didedahkan dengan modul pendidikan kesihatan reproduktif dan seks, bukan hanya lelaki seperti disarankan.
    Modul pendidikan seks untuk remaja lelaki berusia 16 tahun ke atas itu bakal bermula bulan depan selepas dicadangkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (IH)
    Ibnu Hasyim at Tuesday, September 13, 2016

    BalasPadam
  3. Diorang punya emas, pada aku, lagi bernilai dari Olimpik KALAU hari tu dapat emas. Hehehe

    BalasPadam
  4. Bukti bahawasanya BN mmg tahi.

    BalasPadam
  5. kami sekeluarga ingin mengucapkan
    puji syukur kepada mbah jonoseuh
    atas nomor togel.nya yang mbah
    berikan 4 angkah alhamdulillah
    ternyata itu benar2 tembus
    dan alhamdulillah sekarang saya
    bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga dan bukan hanya
    itu mbah. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan mbah jonoseu
    sekali lagi makasih banyak ya mbah bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin membutuhi merubah nasib seperti saya

    BalasPadam
  6. Tahniah utk mereka...trio emas utk sukan yg kita x sangka dpt emas. Ingatkan badminton, terjun n basikal je..laku gak org melayu dptkn pingat emas pertama utk negara sukan olimpik.

    DCLW dpt Dato even dpt perak je..mereka bila lagi? Bagi je la...x luak pun.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.