Halaman

Ahad, 11 September 2016

Hikmah di sebalik sambutan Aidil Adha

Bersempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada esok hari, kami dari blog Buasir Otak ingin mengucapkan kepada semua umat Islam selamat menyambut Hari Raya Aidiladha serta selamat mengerjakan ibadah haji dan korban bagi mereka yang menunaikannya. Berhati-hati ketika memandu di jalan raya untuk pulang ke kampung dan kembali ke rumah. Sempena Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban ini juga kami ingin kongsikan sebuah artikel tentang hikmah di sebalik sambutan Aidil Adha.


Hikmah di Sebalik Sambutan Aidil Adha

Setiap tahun pada bulan Zulhijjah, jutaan umat Islam mengunjungi Baitullah di kota Mekah untuk menunaikan ibadat haji. Pada setiap 10 Zulhijjah, seluruh umat Islam menyambut kedatangan hari kebesaran Islam iaitu Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Pada hari itu, umat Islam mengadakan solat sunat hari raya di samping menyembelih binatang ternakan seperti unta dan lembu untuk dikorbankan. Penyembelihan korban dilakukan setelah selesai solat Aidil Adha dan masih dapat dilakukan pada hari-hari tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Mengikut bahasa, perkataan korban bermaksud dekat. Manakala dari segi istilah ialah menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah SWT kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Dalam sejarah, menurut Al-Quran dan kitab perjanjian lama, korban pertama yang dilakukan manusia adalah oleh dua orang adik-beradik, putera Nabi Adam, Qobil dan Habil.

Kerana suatu sengketa, mereka diperintahkan untuk melaksanakan korban, untuk menentukan siapa yang benar dalam persengketaan tersebut. Kedua saudara itu lalu menyediakan korbannya. Korban Habil diterima dan korban Qobil ditolak. Oleh kerana Habil berkorban dengan ikhlas menjalankan perintah Allah, sedangkan Qobil berkorban dengan maksud menenangkan persengketaan tersebut.

Nabi Ibrahim AS setelah selesai membangun Kaabah di kota Makkah, telah mendapat perintah untuk berkorban dengan menyembelih putera tunggal kesayangannya. Sebagai manusia biasa, perintah mengorbankan anak kesayangannya amat berat untuk dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim AS. Lebih-lebih lagi beliau dikurniakan cahaya mata setelah usianya lanjut, hasil perkahwinannya dengan Siti Hajar. Namun dengan hati yang berat, Nabi Ibrahim AS menyampaikan juga berita itu kepada puteranya Ismail mengenai mimpinya itu. Di dalam Al-Quran Surah as-Saffat: 102 maksudnya, "...Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?"

Sebagai seorang anak yang taat kepada perintah Allah SWT, Nabi Ismail AS telah menjawab dengan tenang dan menyakinkan, sebagaimana maksud ayat al-Quran:..."Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, InsyaAllah, ayah akan mendapati daku dari orang yang sabar."(as-Saffat:102). Dalam suasana yang mengharukan itu, Nabi Ismail meminta ayahnya melaksanakan perintah Allah tersebut. Nabi Ibrahim mencium kening puteranya itu, diletakkan di atas pangkuannya dan bersedia menyembelih.

Pada saat itu Allah telah menunjukkan kekuasaanNya dan menggantikannya dengan seekor kibas(kambing biri-biri jantan) yang muncul secara tiba-tiba menggantikan leher Nabi Ismail. Semenjak itulah Nabi Ibrahim AS melakukan ibadat korban dengan menyembelih haiwan. Kemudian Nabi Muhammad SAW meneruskan ibadat korban sebagai syiar Islam sebagaimana yang kita laksanakan pada setiap hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik.

Kisah Nabi Ibrahim dan puteranya menunjukkan betapa kesediaan kedua orang bapa dan anak dengan rela hati dan ikhlas melaksanakan perintah Allah. Sepanjang sejarah kehidupan manusia, ramai yang telah berkorban kerana Allah SWT. Umpamanya pada zaman Rasulullah SAW, ramai para sahabat berkorban untuk menegakkan agama Islam. Mereka bukan saja berkorban harta tetapi juga jiwa raga. Saidina Ali telah mempertaruhkan nyawanya sewaktu Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Uthman RA banyak mengorbankan harta untuk menegakkan agama Islam. Demikianlah pengorbanan umat Islam yang terdahulu.

Ibadat haji dan korban menuntut pengorbanan. Ini kerana tanpa semangat berkorban, orang akan keberatan untuk mengeluarkan perbelanjaan ke Mekah, meninggalkan keluarga dan pekerjaan untuk memenuhi panggilan Allah. Untuk menyembelih haiwan terpaksa juga mengeluarkan belanja. Bukan senang untuk mengorbankan harta jika hati tidak bersih daripada sifat kedekut atau sayangkan harta melaksanakan korban dengan menyembelih binatang.

Jika pada Hari Raya Aidil fitri yang lalu, kita mengeluarkan zakat fitrah bagi membantu kehidupan masyarakat yang tidak mampu, maka penyembelihan korban pada hari raya Aidil Adha dan hari-hari tasyrik berikutnya, juga dalam rangka membantu masyarakat itu sendiri. Cuba perhatikan, banyak pergolakan di dunia yang berlaku kebanyakannya ditimbulkan oleh rasa tidak puas hati antara golongan yang lemah yang tidak mempunyai kecukupan dalam kehidupan serta menderita kelaparan, terhadap mereka yang hidup dalam kesenangan dan kemewahan. Oleh kerana itu, umat Islam wajib untuk memikir dan memperhatikan nasib golongan ini, dan inilah di antara hikmah penyembelihan korban yang mulia.

Dengan demikian, ibadat penyembelihan korban di Aidil Adha bukan sahaja sebagai tanda shukur nikmat Allah SWT yang telah melebihkan rezeki kepada kita, tetapi di dalamnya terkandung rahsia hidup bermasyarakat. Daging korban itu dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama golongan umat Islam, juga mampu merapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin. Ibadat korban dapat mengikis sifat bakhil dan terlalu sayangkan harta.

Ibadat haji yang dilakukan pada masa ini juga menunjukkan ketaatan kepada Allah, apabila seseorang itu secara sukarela mengikut kesemua rukun haji meskipun ia memenatkannya. Ibadat haji juga mengajar erti persamaan dan persaudaraan. Apabila menunaikan haji, seorang akan merasakan bahawa kedudukan mereka sama sahaja di hadapan Allah. Dengan berpakaian ihram bagi lelaki dan bertelekung bagi perempuan, seperti tiada perbezaan di antara satu sama lain; baik orang kaya atau miskin, pemimpin atau rakyat jelata. Pada saat itu, mereka merasakan ikatan ukhuwah sesama agama Islam begitu erat tanpa menghiraukan perbezaan warna kulit, bangsa, budaya dan tempat asal mereka. Semoga tetamu Allah kali ini mendapat haji yang mabrur, yakni haji yang diterima. Haji yang ganjarannya dihapuskan seluruh dosa dan layak memasuki syurga.

Sumber artikel dari portal IKIM.

Entry sempena Aidiladha untuk tahun-tahun lepas:


 P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:


Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik

4 ulasan:

  1. okay sy cuba memahaminya lebih baik...

    BalasPadam
  2. Aku nak Khaborkan kisah sedih di ampang Jjayaselama Pakatan Rakyat @ Pakatan Harapan memerintah Selangor.

    Kini hampir dua dekad setelah menang pilihanraya,AIR diberi secara percuma kepada penduduk di negeri Selangorbila di ambil kira jumlah penggunaan
    secara purata.Namun indah khabor saja

    Masalah utama yg dihadapi sejak pemberian air secara percuma ialah, tekanan AIR akan dikurangkan pada pukul lebih kurang 11.00 malam.
    Jadi mana mana penduduk disekitar Ampang Jaya yg tinggal di Apartment, Rumah Flat,Rumah Kedai tidak akan mendapat bekalan air menjelang pukul 11.00 malam sehinggalah pukul 5.30 pagi. Kadang kadang air hanya sampai pada pukul06.00 pagi.

    Bila dirujuk pd Puspel dan Syabas,mereka menjelaskan pihak pengurusan meluluskan supaya tekanan air dikurangkan pd waktu malam drp pukul 11.00 malam keatas dan tekanan akan seperti sedia kala menjelang 05.30 pagi.Ini dapat menjimatkan perbelanjaaan dan memaksimakan keuntungan syarikat,begitulah komen pekerja syabas.

    Pihak Pengurusan Puspel,Syabas, mahupon Kerajaan negeri atau sesiapa sahaja hanya memikirkan keuntungan,airpon diberi secarab percuma.

    Tahukah Pihak Pengurusan Puspel,Syabas dan Kerajaan Selangor, air adalah keperluan asas.Tiada air sangat menyusahkan. Jangan ceritalah paip selalu bocor,tiada air kerap kali berlaku.

    Haramjaddah pukimak pihak pengurusan hanya pikir untung,apa jadi pada rakyat pergi mampuslah. YB Zuraaida, Laknatullah tak ambik berat langsung soal kawasan,sibok mengumpulkan kekayaan diridan kroni.

    Sila rujuk laporan blog dan siatan SPRM.YB Kassim lagilah seorang YB PAS yg paling takberguna, sekor lagi haramjaddah sibok jaga kepentingan sendiri, kebajikan rakyat tidak diambil peduli.
    Berlakon Alim tapi perangai serupa Iblis Syaitan. Waktu korbaan baru nampak BABI Zuraidah, BABI kasim jengok sekejap masjid.

    Celaka lah kau Zuraidah, Celaka lah Kau Kassim.
    Aku takmahu air percuma, pulihbalikbekalan air, pulih balik tekananair. Aku kerja jurujual,balik rumah pukul 11..00, macam mana nak mandi tak der air.Hari hari mandi air tong.

    Celaka pukimak sial haramjaddah YB Zuraidah,YB Kassim,Pengurusan PUSPEL dan SYABAS,semoga engkau menjadi ahli neraka kekalselamam-lamanya di dalam. Engkaau pengkhianat kpd perjuangan.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.