Halaman

Sabtu, 5 November 2016

Jam Analog VS Jam Digital

Ada orang suka pakai jam analog.
Ada orang suka pakai jam digital.
Ada orang tak suka pakai jam tangan.

Aku pula suka jam digital.


Sebab apa?

Bukanlah sebab aku tak reti baca jam analog, dan bukan juga sebab jam digital senang dibaca.
Cuma bila aku tengok jam analog, aku rasa masa itu lebih cepat dan pendek berbanding jika aku tengok jam digital.

Pelik kan?

Sebenarnya ia hanya sekadar permainan psikologi sahaja.

Bila aku tengok jam analog, aku akan tengok ia sebagai sebuah visual bentuk iaitu bulatan. Maka bila masa dah bergerak dalam satu jam itu, aku akan melihat masa yang hilang itu sebagai lorekan atau bahagian pai/pizza yang hilang.

Seperti contoh jika waktu sekarang pukul 7:30 pagi dan aku perlu masuk ke pejabat pukul 8:00 pagi, walaupun perjalanan aku untuk ke pejabat mungkin hanya mengambil masa 5 minit sahaja lagi, namun visual yang aku nampak pada jam adalah separuh bulatan sudah hilang, dan aku rasakan masa untuk sampai pukul 8:00 pagi itu sudah sangat dekat.


Berbeza jika aku baca jam digital, aku akan terus melihat pada nombor atau angka yang beroperasi aritmetik, bukan secara visual sepertimana jam analog. Disebabkan itu aku rasa waktu bergerak dengan perlahan dan masih ada banyak masa lagi.

Menggunakan contoh yang sama seperti di atas, dengan jam digital jika aku melihat waktu menunjukkan angka 7:30 pagi, otak aku akan memproses dan memberitahu yang aku ada 30 minit lagi sebelum jam 8:00 pagi. Malah jika jam menunjukkan sudah pukul 7:50 pagi pun, aku merasakan yang aku masih ada 10 minit lagi sebelum jam 8:00 pagi dan terasa ia seolah-olah bergerak dengan perlahan.


Kerana itu aku lebih suka jam digital walaupun orang biasa fikir yang jam digital ni untuk budak-budak dan orang dewasa kena pakai jam analog. Selain daripada itu, kerana jam digital biasanya lebih banyak fungsi berbanding jam jarum. Ada stopwatch, timer, tarikh, world time, lampu, nak lagi canggih ada termometer, altimeter, barometer dan lain-lain lagi.

Sekadar tulisan santai...


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: jam tangan analog digital watches jarum beza vs mana lagi best

8 ulasan:

  1. Ok...aku faham mesej yg nk ko sampaikn noob...demi masa sesungguhnya manusia dlm kerugian..masa tuu emas yg dijual tk laku..haha⏳⌛⏰

    BalasPadam
    Balasan
    1. ProooOooottTt

      -pendekar baju merah-

      Padam
  2. aku pulak, pakai kedua-dua jam, analog dan digital. aku tak terpengaruhpun dengan visual psikologi untuk kedua-dua jenis jam. kalau nak bersukan dan memandu, lebih selesa dengan jam digital sebab sekali imbas dah tahu masa dan tempoh masa. jam analog lebih sesuai untuk aktiviti rasmi seperti pejabat contohnya. situasi yang tak semestinya perlukan otak on the spot proses maklumat. itulah, lain orang lain persepsinya berkaitan digital dan analog.

    BalasPadam
  3. Aku pulak pakai jam kat tpon jer. Dua2 ada dlm tu. Analog ada, digital pun ada.

    BalasPadam
  4. Jam kena charge ambo x minat...

    BalasPadam
  5. Zaman sekolah dulu Mrs. A pakai jam digital sebab tiada kuasa membeli. Abah/mak yang belikan.

    Tapi sekarang Mrs. A pakai jam analog nampak lebih stylo. Tak kisahlah yang penting jangan suka membazir masa kansss...

    BalasPadam
  6. Masing2 suka jam tersendiri..tp sy perhatikan org yg pakai digital ialah org yg betul2 menggunakan jam tu dr segi patuhi masa dll...kdg2 analog ni byk version jam mahal2..tp bila pakai x tepati masa pun, buat gaya n tunjuk status kemewahan je.

    Jam sy analog + digital...senang. Jam digital senang dilihat masa, tp jam analog nampak bergaya.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.