Halaman

Jumaat, 4 November 2016

Orang lain sekadar normies di mata seorang elitis

Dalam dunia ini, ramai orang yang merasakan mereka begitu istimewa dan lain daripada orang lain.
Kadangkala mereka merasakan diri mereka seorang elitis manakala orang lain hanya sekadar normies iaitu orang kebanyakan/normal yang tiada pengetahuan atau kepakaran dalam sesuatu dalam bidang atau minat mereka.


Seperti contoh, ada ahli politik yang merasakan mereka elitis kerana mempunyai pengalaman dalam bidang politik manakala orang lain sekadar normies.

Ada cendekiawan yang merasakan mereka elitis kerana mempunyai kepakaran dalam bidang mereka manakala orang lain sekadar normies.

Ada peminat motosikal berkuasa besar merasakan mereka elitis kerana pengetahuan mereka dalam bidang permotoran manakala orang lain sekadar normies.

Ada peminat anime yang merasakan mereka elitis kerana otaku dalam bidang anime manakala orang lain sekadar normies.

Ada peminat K-Pop merasakan mereka elitis kerana hebatnya pengetahuan mereka dalam industri hiburan K-Pop manakala orang lain sekadar normies.

Ada peminat hobi mahal merasakan mereka elitis kerana dedikasinya mereka pada hobi mereka manakala orang lain sekadar normies.

Ada geng hispter yang merasakan mereka elitis kerana kehipsteran mereka manakala orang lain sekadar normies.

Ada pelukis komik merasakan mereka elitis kerana mempunyai bakat melukis manakala orang lain sekadar normies.

Ada pembaca novel tegar merasakan mereka elitis kerana telah membaca beribu-ribu novel manakala orang lain sekadar normies.

Sesetengah mereka merasa diri mereka begitu special dan memandang rendah terhadap orang lain hanya kerana mereka hidup seperti orang kebanyakan, tak faham atau tidak mempunyai minat sama seperti mereka.

Ada yang berkata, normies tak faham mereka.
Normies tak tau apa-apa pasal bidang dan minat mereka.
"Abaikan normies, mereka bukan tahu apa-apa."
"Diorang orang luar memang la tak faham kita, so normies."
"Hobi kami mahal, korang normies apa tahu?", katanya...

Jika anda menganggap diri anda sangat istimewa dan orang lain yang tak sealiran dengan anda itu normies, maka anda juga sebenarnya adalah normies di mata orang lain yang tak sealiran dengan anda pula.

Peminat hobi mahal tetap seorang normies di mata peminat K-Pop.
Geng hispter tetap seorang normies di mata seorang cendekiawan.
Peminat motosikal berkuasa besar tetap seorang normies di mata ahli politik, dan begitulah seterusnya.
Anda rasa anda sudah itu sangat istimewa dan seorang elitis di mata anda, namun anda juga tetap normies di mata orang lain.

Anda rasa diri anda istimewa, orang lain pun rasa diri mereka istimewa.
Anda anggap orang lain normies, orang lain pun anggap anda itu normies.

Maka akhirnya, anda bukanlah seistimewa mana yang anda sangkakan.
Anda bukanlah lain dari yang lain sangat pun seperti mana yang anda rasakan.
Anda cuma menjalani kehidupan dengan cara anda, dan orang lain menjalani kehidupan mereka dengan cara mereka.

Itu sahaja bezanya.

Hakikatnya, semua orang itu pun berbeza, bukan kau seorang sahaja yang berbeza.
Dan semua orang itu pun istimewa, bukan kau seorang sahaja yang istimewa.

So tak perlu nak rasa hebat, bongkak dan kononnya berbeza sangat dengan pencapaian, kelayakan atau minat kau.


Sebab apa?


Because you are not the center of the universe...

Sekali lagi, dunia bukan hanya berkisar tentang diri kau semata-mata


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags:normies vs elitis elite hebat rasa diri begitu istimewa berbeza lain daripada orang special

6 ulasan:

  1. Manusia dan syok sendiri tak dapat dipisahkan :P

    BalasPadam
  2. banyak ak nampak geng pelukis syok sendiri mcm ni haha2 ntah2 ak pun syok sendiri kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jibai lu rosli meyamar jd denoutantei. Proott d muka ungx

      -KEDEPAN-

      Padam
  3. Setuju dengan Noob, "dunia bukan hanya berkisar tentang diri kau semata-mata".
    Kekdahnya tak payah nak perasan bagus sangat.

    BalasPadam
  4. Semua org berbeza..tp bukan bermakna perjuangkan benda yg paling betul, tp bekerjasama utk terima pendapat masing n mencapai kata sepakat..sbb itulah motif utama hidup bermasyarakat iaitu kesefahaman n tolerasi...kalau ego mengusai, last2 sama je outcome, lagi2 ada kepentingan peribadi

    BalasPadam
  5. Kadang Normies la yg acah bagus mcm dia dah expertise level dalam minat elitis padahal acah je tu!!

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.