Halaman

Khamis, 3 November 2016

Kreativiti adalah anugerah jangan dicemari sampah

Kreativiti adalah anugerah.

Di zaman digital ini orang-orang seni kreatif memiliki kekuatannya tersendiri. Untuk menyampai dan menyebarkan pandangan, ideologi, hiburan atau sekadar mencari perhatian, orang seni kreatif hanya perlu menulis, melukis, menyanyi. mengedit gambar serta video dan sebagainya, lalu dimuat naik di media sosial. Habis cerita.


Tunggu dulu, habis cerita?

Kreativiti adalah anugerah, namun ia juga pedang bermata dua. Kalau dulu dikatakan mata pena lebih tajam dari pedang, dii masa ini alatnya bukan sekadar pena, namun tajamnya melebihi "light saber". Apa pun yang dibuat, akan dilihat oleh orang lain, dan responnya pun berlipat ganda.

Di sinilah kreativiti bukan hanya sekadar anugerah. Ia menjadi tanggungjawab. Kreativiti, yang diiringi dengan kemudahan media, kebebasan berekspresi dan peraturan yang longgar, justeru menuntut tanggungjawab yang lebih dari sang pengkarya atau pencipta kandungan. Apakah kreativitinya menjadi anugerah atau sekadar menyebar sampah?

Kalau ada yang begitu bahagia menelan sampah dan tertawa bersamanya, anugerah sudah jadi malapetaka. Kalau ada yang dengan sengaja dan bangga membuat sampah lalu tertawa kerananya, sejak awal lagi ini malapetaka.

Bangsa ini memiliki banyak anugerah. Bukan hanya kreativiti yang berbeza, penceritaan yang begitu besar dan kebersamaan yang begitu erat.

Jangan sampai sampah mencemari kreativiti kita.

Diterjemah dari sumber asal di sini - Kreativitas adalah anugerah, jangan dicemari sampah.

Artikel ini ditulis susulan dari isu di negara Indonesia baru-baru ini yang melibatkan pertelingkahan di antara seorang pelukis komik lelaki yang karyanya banyak ke arah perihal dewasa seperti kritikan sosial terhadap agama dan juga berunsur keganasan dan seksual, dengan seorang pelukis komik wanita yang karyanya lebih kepada hal kekeluargaan antara ibu dan anak-anaknya.

Dipendekkan cerita, yang menjadi kontroversi adalah apabila pelukis komik lelaki itu melukis sebuah komik yang menggambarkan watak komik pelukis wanita tersebut melakukan hubungan seks dengan anaknya sendiri dalam bentuk yang amat jijik dan menjelekkan. Ramai orang membantah dan mengutuk perbuatan yang disifatkan sebagai melampaui batas itu termasuk para pelukis komik di sana. Akhirnya, pelukis komik lelaki tersebut memadam komiknya dan memohon maaf kepada pelukis komik wanita tersebut dan orang ramai atas ketelanjurannya.

Berita sepenuhnya boleh baca di sini:

Di Indonesia, kebebasan berkarya itu sebenarnya agak terbuka berbanding Malaysia malah mereka bebas berkarya kepada hal-hal yang biasanya sensitif dan menjadi taboo di Malaysia seperti kritikan sosial terhadap mana-mana agama, kepercayaan, ideologi, ahli politik, pemimpin, seksualiti dan sebagainya.

Jika sekadar melukis komik lucah, tidaklah menjadi isu yang besar mana di sana, namun beliau dihentam kerana dilihat membuat serangan peribadi serta cyber bullying dalam bentuk yang amat jijik terhadap rakan kartunis yang lain.

Di Malaysia juga aku pernah menyaksikan pertembungan ideologi dan pandangan di kalangan pelukis komik di mana pelukis komik yang pro-keterbukaan berlawan-lawan komik dengan pelukis komik yang pro-dakwah, namun belum sampai ke tahap yang melampaui batas. Mungkin kerana di Malaysia, perasaan hormat, menjaga hati dan sensitiviti, rasa beragama itu sekurang-kurangnya masih kuat di kalangan pelukis yang beragama Islam.

Bagi aku, secara peribadi aku tidak suka dengan karya yang lucah, yang membawa kepada fitnah, yang penuh dengan carutan dan makian, memberi keaiban, memalukan dan menjatuhkan maruah orang lain serta lain-lain karya yang mempunyai kandungan yang cancerous yang boleh memberi pengaruh buruk kepada pembaca. Ini termasuk juga dengan lambakan novel, drama, filem dan apa jua bentuk karya yang mereputkan pemikiran.

Kalau aku nampak mungkin aku akan tegur sekali dua, namun aku tak boleh nak paksa mereka untuk berhenti. Jika mereka mahu terus membuat karya sampah untuk dihadam bersama peminat mereka yang sukakan sampah, aku pun tak boleh nak buat apa.  Apa yang aku boleh buat hanya berhenti menyokong mereka.

Cuma sayang... bakat yang dianugerah Tuhan oleh mereka, tidak dimanfaatkan ke arah yang kebaikan, sebaliknya hanya sekadar menghasilkan sampah untuk menyuap, memenuhi permintaan dan kehendak minda-minda yang sukakan sampah.

Cukuplah karya-karya mengarut, yang lucah, hentai, kotor, jijik, racist dan lain-lain tu dibuat oleh orang barat, Jepun dan sebagainya. Kita orang Islam tak perlu tambah lagi karya mengarut yang hanya menambah beban sahaja.

Kebebasan berkarya itu bagus, sepertimana kebebasan bersuara, tetapi ia tetap ada hadnya... sebab apa?

Sebab kita orang Islam.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: isu komik komikus kharisma jati lucah sheila's playground indonesia mohon maaf kebebasan berkarya support #temennyaembu

5 ulasan:

  1. ok well said... bila ak cek link ak baru teringat ak pernah terbaca komik dia memang stail lukisan dia bila sampai part lucah pergh gila sadis storyline.... rasa nyesal sambung baca komik dia huhuhu :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana komik tu woi mohon share.

      -sirosli kaki tumblr-

      Padam
    2. aku pun xde simpan link komik dia google je nama dia pastu cari link lukisan dia nanti jumpa la.... cerita dia "boner killer" baik xyah baca.

      Padam
  2. ooohhh yeerrrr kerrr.....hmmmmm

    BalasPadam
  3. Perlukan komik yg mesej pengajaran sampai..tp bukan terlalu klise...tp yg risau sbgi pelukis ialah sambutan sbb sambutan ialah faktor pengalak utk buat komik lebih baik..tp apakan daya sambutan org ramai suka karya yg bukan2..fhm2 je la.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.