Halaman

Rabu, 2 November 2016

Masyarakat tenat lahir dari ketua yang tenat

Masyarakat semakin tenat.
Namun siapa yang membentuk masyarakat tenat?

Ketua.
Pemimpin.

Masyarakat tenat lahir dari ketua yang tenat.


Ketua ini boleh wujud dalam kumpulan yang kecil sehingga kumpulan masyarakat paling besar.
Jika akhlak ibu bapa teruk, tidak mustahil akhlak anaknya turut buruk.
Jika sikap cikgu buruk, tidak mustahil sikap buruknya akan dicontohi anak muridnya.
Jika perangai ketua pelajar teruk, tidak mustahil pelajar lain akan ikut sama.
Jika ketua sebuah organisasi itu malas, tidak mustahil pekerjanya akan malas juga.
Jika pegawai polis mengambil mengambil rasuah, tidak mustahil anak buahnya akan turut sama.
Jika pegawai tinggi kerajaan pecah amanah, tidak mustahil pegawai bawahan juga tiada integriti.
Jika ketua negara mengaut kekayaan dan menyalahgunakan jawatan, tidak mustahil orang bawahan melakukan hal yang sama.

Jika ketua mereka melakukan hal yang teruk, tidak mustahil orang lain tidak akan takut melakukan hal yang sama dengan alasan...

Kalau dia boleh, kenapa aku tak boleh?
Dia buat tak salah, kenapa bila aku buat salah?
Aku jadi jujur dan baik selalu rugi, mereka buat benda salah pun untung, lebih baik aku jadi seperti mereka sekurang-kurangnya aku untung.

Ketua itu mempunyai pengikut dan pengaruh.
Apa yang mereka buat pasti akan memberi kesan kepada pengikut dan orang di bawah kuasanya.
Baik seorang ketua maka baiklah masyarakat yang dibentuk.
Buruk seorang ketua maka buruklah masyarakat yang dibentuk.

Kerana itu ada ungkapan "Kepimpinan melalui teladan".
Untuk membentuk masyarakat yang baik, nak tak nak seorang ketua perlu menjadi baik.
Tunjukkan teladan yang baik dan akhlak yang mulia, lambat laun pasti akan menjadi contoh dan ikutan orang lain tanpa perlu meminta-minta atau menyuruh orang lain mengikut atau menghormati.
Jika seorang ketua itu buruk, maka jangan hairan jika masyarakat yang dibentuk itu juga buruk, kerana kepimpinan melalui tauladan mana yang layak dicontohi?

Dahulunya arab itu masyarakat yang jahiliah.
Selepas kedatangan Nabi Muhammad s.a.w dan bagi dan diangkat menjadi pemimpin, kebanyakan masyarakat arab yang dahulunya jahil ini berubah lalu mengikuti dan mencontohi akhlak Rasulullah.

Maka kalau anda berpeluang menjadi ketua tidak kira dalam skala yang kecil atau besar, tunjukkan sikap, perangai, mentaliti dan akhlak yang baik. Anda pasti tidak suka masyarakat menjadi tenat berpunca daripada anda bukan?

Atau mungkin anda tidak kisah menjadi ketua yang buruk dan membentuk masyarakat yang buruk kerana anda hanya mementingkan diri sendiri dan nilai kemanusiaan dalam diri anda sudah terhapus sama sekali.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

Buasir Otak: The Komik




tags: masyarakat tenat lahir ketua tenat kepimpinan melalui teladan tauladan

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. ProoOoottT d muka matmaselan dahi jendul muka blur kna tanya ngan reporter.

      -ted Gaynoff-

      Padam
  2. Terbaliklah Noob. Masyarakat yang tenat akan lahirkan pemimpin yang tenat. Itu adalah sifat demokrasi.

    Ko tak boleh samakan dengan zaman Arab dulu. Sebagaimana yang kita tahu, bangsa Arab ni bangsa yang paling tahi atas muka bumi. Akan tetapi Allah telah mengutuskan nabi dalam kalangan bangsa ini, dengan nabi sendiri telah disucikan hatinya oleh Jibril.

    Nabi telah dibelah dadanya oleh Jibril dari air dari syurga walaupun hati nabi Muhammad memang telah sedia suci. Ini menjadikan hati nabi amat suci dan mulia. Ini persiapan dari Allah untuk nabi menghadapi bangsa yang amat 'tenat' ini.

    Ok, bila aku baca semula, aku tersedar aku tersalah baca. Ketua, bukan pemimpin. Aku bersetuju dengan ko. Memang ketua yang teruk akan lahirkan pengikutnya yang teruk. Cikgu dan mak bapak inilah pembentuk utama masyarakat. Yang lain-lain tu dah bersifat sekunder. Malanglah jika mereka teruk. Malang juga jika mereka pengecut atau terlalu lembut.

    Aman tidak mahu perang.

    BalasPadam
  3. Sebab pemimpin itu sendiri lahir daripada masyarakat yang tenat.
    Lumrah manusia tak sukakan perubahan, sebab itu walaupun ada perubahan yang ditunjukkan menuju ke arah kebaikan, tapi kita lagi suka jadi tenat sebab kita sudah biasa tenat.

    BalasPadam
  4. Sbb 2 ciri nak jadi pemimpin akhlak dan sikap menjadi kriteria utama, prestasi cite kedua....ada sesetengah pemimpin maybe nmpk sumbangan kpd rakyat ada, tp kalau ada sikap boros, suka menipu, racist, ada masalah nafsu songsang, kuat main ppuan, kaki rokok semestinya bukan ciri2 pemimpin yg boleh takbir malaysia.

    Papepun malaysia still gunakan demokrasi berparlimen, dan PM adalah ketua parti politik yg diundi oleh ahli mereka..undi rakyat hanya boleh pilih parti, bukan pemimpin secara direct.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.