Halaman

Khamis, 24 November 2016

Masalah tempat letak kereta di hospital kerajaan

Selepas makan tengahari, aku ternampak seorang rakan pejabat aku berwajah sugul. Aku tanya kenapa muka masam macam kerang busuk? Dia beritahu baru-baru ini dia pergi hospital, terpaksa bayar tempat letak kereta sebanyak RM100. Aku cakap hospital mana yang cekik darah kenakan bayaran parking sampai RM100?


Dia cakap takdelah, bukan hospital yang kenakan caj parking RM100. Parking kat hospital kerajaan biasanya memang percuma, malangnya tempat letak kereta terhad, sangat terhad. Malah kebanyakan  hospital kerajaan lokasinya tidak begitu mesra pengangkutan awam.

Ini adalah pemandangan biasa di hospital kerajaan. Mereka terpaksa meletakkan kereta di bahu jalan, di atas divider, di semak samun, double park di belakang kereta orang lain dan sebagainya, bukan kerana mereka mahu, atau malas berjalan, atau nak lari dari parking berbayar, tetapi terpaksa parking di situ kerana sudah tiada pilihan lain.



Berbalik kepada kisah kawan aku tadi, setiap bulan dia akan bawa anaknya ke Hospital Sedang sekali atau 2 kali sebulan untuk menerima rawatan, kerana anaknya seorang OKU. Dia bukannya mahu sangat pergi ke hospital, atau suka-suka pergi ke hospital, tapi kerana terpaksa. Dan aku pasti, majoriti orang yang pergi hospital adalah kerana mereka terpaksa pergi, bukan kerana mereka suka-suka pergi seperti shopping mall dan panggung wayang.

Hari itu, seperti biasa kawan aku akan mencari tempat letak kereta di dalam kawasan Hospital Serdang setiap kali ada appointment. Ada masa, dia bernasib baik apabila ada orang keluar parking dan dia dapat tempat parkingnya. Tetapi setelah beberapa kali pusing dan tidak dapat parking, baru dia akan keluar dari kawasan hospital dan cari pula parking di tepi jalan. Itupun ikut nasib juga, jika nasib baik dapatlah letak kereta yang dekat sedikit dengan hospital, jika tidak menapaklah beratus-ratus meter.

Anaknya sudah 3 tahun mendapat rawatan di sana. Jika dia pergi bersama isterinya, dia akan hantar dulu isteri dan anaknya ke perkarangan hospital, barulah dia mencari tempat letak kereta. Namun biasanya dia dan isterinya bergilir-gilir untuk membawa anaknya membuat rawatan untuk menjimatkan cuti demi mencari rezeki, maka jika dia parking kereta di tempat yang jauh, maka jauh itu jugalah dia terpaksa membawa anak OKUnya ke dalam hospital. Nak tinggalkan anaknya yang baru berumur 8 tahun seorang diri menunggunya di perkarangan hospital sementara dia mencari tempat letak kereta?

Selama dia ke sana, walaupun dia parking tepi jalan di tempat paling jauh pun, tak pernah kena saman, walaupun jika ikut peraturan jalan raya, meletak kereta di bahu jalan itu salah. Tapi dia tiada pilihan. Mereka semua tiada pilihan. Mereka bukan suka-suka nak letak kereta di bahu jalan yang begitu jauh dari hospital. Mereka terpaksa. Apa ingat mereka suka ke bawa anak, orang tua, orang sakit, berjalan jauh-jauh? Pihak hospital pun tak menyediakan tempat letak kereta yang mencukupi, apa lagi pilihan yang mereka ada?

Hari itu, keretanya disaman. Saman polis. Bukan sekadar keretanya, tetapi semua kereta yang meletak kereta di bahu jalan di luar hospital. Dia pergi ke balai polis, nak tak nak, suka tak suka, terpaksa menjelaskan saman RM100. Dia terpaksa bayar saman RM100, hanya kerana dia hantar anaknya ke hospital. Kerana saman itu, dia kata dia terpaksa kurangkan perbelanjaan bulanannya sebanyak RM100 kerana nak cover kos saman tu.



Tapi dia cakap, dia tak nak salahkan siapa-siapa. Dia tak nak salahkan Najib, dia tak nak salahkan kerajaan, dia tak nak salahkan hospital, dia tak nak salahkan polis, sebab dia tahu polis cuma jalankan tugas sahaja.

Dia cakap mungkin dia yang salah kerana ada anak yang cacat.

Aku dengar kata-katanya rasa nak berderai air mata jantan aku. Kawan aku tu boleh kata berpendapatan sederhana, cukai pendapatan kena bayar, GST kena bayar, tapi tak layak dapat BR1M. Pendapatannya mungkin cukup, tapi mungkin cukup-cukup makan sahaja. So bila kena bayar saman RM100, aku tahu ia bukanlah suatu nilai yang kecil baginya.

Entahlah, pada aku kalau orang parking tepi jalan di shopping mall hanya kerana nak elak bayar parking, atau parking tepi jalan kerana tak mahu jalan jauh sedangkan tempat letak kereta sikit punya besar dah disediakan, memang wajar kena saman, kerana dia ada pilihan. Kalau pihak hospital menyediakan parking yang besar bertingkat dan mencukupi, biarlah nak parking kena bayar pun, tapi kalau orang parking juga di luar, maka wajar kena saman, kerana hospital sudah sediakan kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi. Malah aku rasa orang lebih sanggup masuk parking berbayar daripada parking luar kena saman.

Ini parking sikit, kereta banyak. Kalau suruh orang datang awal baru dapat parking pun, akan ada juga orang yang tak dapat parking sebab parking memang tak cukup. Takkan nak suruh orang sakit naik bas? Lainlah kalau dah sediakan tapak luas yang jauh untuk parking tapi sediakan perkhidmatan shuttle. Ini tidak, memang parking sangat terhad.

So lepas ni macam mana? Takkan tiap kali dia bawa anaknya pergi hospital, kena bayar saman RM100 kalau terpaksa parking luar lagi?

Peraturan memang peraturan, undang-undang memang undang-undang, tapi kita ada satu yang kita panggil empati dan budi bicara. Ada masa, dalam keadaan terdesak, tiada pilihan, kecemasan, kita terpaksa juga langgar peraturan.

Seperti contoh isteri kau dah nak bersalin sangat atau kawan kau tiba-tiba sakit jantung, nak tak nak terpaksa guna lorong kecemasan, langgar lampu merah, bawa kereta lebih had laju dan sebagainya untuk cepat sampai ke hospital. Atau kau lambat ke pejabat dan melanggar peraturan waktu pejabat kerana hari itu jalan sesak teruk ang luar biasa akibat kemalangan, takkan kau nak kena denda dan diambil tindakan juga, tanpa ada budi bicara?

Malah kalau ikutkan peraturan sangat, pada tengahari hari Jumaat berapa banyak kereta yang patut kena saman sebab letak kereta tepi jalan untuk pergi masjid? Maka kenapa tak pernah pula kereta yang parking tepi jalan kena saman masa solat Jumaat? Kerana jemaah tiada pilihan untuk letak kereta. Kerana budi bicara pihak berkuasa.

Oleh itu aku mohon kepada pihak yang berkenaan, berempatilah sedikit, berilah sedikit nilai perikemanusiaan. Selagi pihak hospital tidak dapat sediakan tempat letak kereta yang mencukupi untuk pelanggan dan pelawatnya, tidak perlulah saman mereka yang parking di luar. Sudahlah mereka menderita kerana sakit, ditambah pula derita dengan saman. Kerajaan kita masih banyak duit kan? Ekonomi negara kita masih kukuh kan? Kita pun bukanlah terdesak sangat pun kan sampai terpaksa saman orang yang pergi hospital, kan?

Dan pihak hospital, kementerian berkaitan dan siapa-siapa yang design dan bina hospital tu, ketahuilah yang tempat letak kereta di hospital itu adalah suatu yang amat kritikal sekali. Please do something!


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik (Awakening). Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:

Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub 
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541

http://buasirotak.blogspot.com/2016/11/buasir-otak-komik-awakening.html



tags: kereta kena saman polis parking letak kereta hospital serdang kerajaan jauh bahu jalan jalanraya

17 ulasan:

  1. Betul..masalah tempat letak kereta tidak mencukupi di kawasan hospital sangat kritikal..kadang terpaksa berlapis lapis parking kereta dan akhirnya bercalar balar kerana pemandu lain tidak puas hati..

    BalasPadam
  2. Pernah sekali aku datang HKL nak ambil stok TPN anak di farmasi, kereta hampir nak kena towing, dah berantai bagai dah, tinggal nak tarik je. Mujurlah uncle tu baik, dia kata "owner dah ada, i bukak rantai. u pun bukan suka2 nak parking disini. i pun bukan suka2 nak tarik, ini arahan HKL". Lega...

    BalasPadam
  3. parking hospital. staf hospital je dah beratus2. parking yang reserve je utk bos2 besar dan dokter pakar sahaja. dokter lain parking luar...bersepah juga. di HUKM pernah aku nampak dokter berjalan dari parking tasikpermaisuri / stadium bola/ kompleks renang utk ke HUKM..berjalan je dah mau 15 minit...tengahari panas.

    masalah paling kritikal ada di hospital2 lama seperti HKL, H.melaka, klang yang pembinaan adalah berdasarkan tapak tahun 80an.hospital pun 3-4 tingkat je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 tahun lepas aku pergi ziarah saudara di hospital melaka..parking luar mmg susah..tapi dah ada parking bertingkat..mudah je dapat parking..tapi tak tau la kot masa aku pergi tu bukan waktu kritikal org datang hospital..sekitar jam 11 pagi..
      Aku cadangkan setiap hospital bina la parking bertingkat mcm shopping complex tu..berbayar pun takpe,janji mudahkan pengguna hospital..tingkat atas sekali boleh buat helipad..
      -lanun-

      Padam
    2. Jibai idup lg si lanun ni. ProoooOoootT d muka hang

      -sirosli-

      Padam
  4. syahdu pulak rasa di hati..sampai terpaksa si ayah ni salahkan diri sendiri :(

    dah la kena parking jauh, saman lagi, tak masuk risau keta calar kena sondol ke, kena pecah ke, kena curi ke..

    masalah-masalah camni memang susah nak bagi "orang besar" paham dan ambik kisah..maklum la, datang hospital ada orang escort, ada driver..

    BalasPadam
  5. saya cadangkan bapa ini ke hospital dgn menaiki Uber

    BalasPadam
  6. setuju sgt .... rasanye skrg ni mmg operasi saman kot ...sbb sy br lps check saman ,...kena saman speed trap 89km katenya jln 60km/h .... ye ke jln persekutuan 60km/h ?? ada ek ingatkan jln taman je ... sabar je la ... xpe la sy byr segera sbb tkt saman naikklu lbh due .... sedih ...

    2-3 bln sy kerap ulang alik hospital ... sy paham sgt ngan perasaan hamba Allah tu ... peritnya nk mencari parking .... datang awal 7am pun sama ... takan nak dtg sblm subuh

    BalasPadam
  7. ye betul ... sementara tu di mutiara dsara, terpapar no parking masih kosong, tapi ramai parking di tepi jalan....

    BalasPadam
  8. Saya fikir parking disediakan mencukupi. Tetapi tiada pengawalan. Cuba perhatikan betul-betul. Parking di kawasan hospital telah penuh sejak dari pagi lagi. Majoriti kawasan parking mana-mana hospital akan jadi begitu.

    Siapa ambil kesempatan parking percuma untuk menapak ke tempat kerja yang tidak berapa jauh dari hospital? Siapa ambil kesempatan parking percuma dan ambil bas di luar hospital dengan tambang hanya beberapa sen ke tempat kerja? Kita juga...

    BalasPadam
  9. saya pun parking di hospi serdang hampir sampai ke hujung jalan berlampu trafik, dah tak ade parking di dlm kawasan hospital. Polis trafik pun kena ber empati. Takkan nak saman kereta disini, kecuali yang parking secara merbahaya di bahu jalan ok la saman, macam parking 2 -3 lapis tu. Kesian pada mereka yang mendapatkan rawatn. Selepas jam 6 petang kira ok la nak saman sebab yang parking pun pelawat-pelawat tapi kebanyakan kereta parking di dalam kawasan hospi waktu melawat dibenarkan, sbb klinik tutup jam 5-6 petang, penerima rawatan dah balik, kereta kurang.

    BalasPadam
  10. kakak aku pun pernah kena saman gak, masa bawak mak aku buat check-up utk lutut dia. kalau nak parking dalam, kena datang awal. tu pun blom tentu ada kalau dah pukul 8 pagi.

    BalasPadam
  11. Sapa pihak berkaitan tersebut junoob. Hospital? Bajet utk kkm pun kena cut lg nak suh tambah tempat parking. Dalam mimpi boley laa ..

    Saman menjana pendapatan negara. Slagi boleh cekik duit. Cekik je. Apa ada hal.... mcm la xbiasa kena cekik dgn si jibby & the geng..

    BalasPadam
  12. kena buat tempat parking macam kat jerman.

    BalasPadam
  13. http://buasirotak.blogspot.com/2015/09/kenapa-ramai-doktor-melayu-kerek-dan.html

    BalasPadam
  14. masalah parking di hospital memang kritikal...sabor je lah huhu

    BalasPadam
  15. Semasa pembangunan hospital, aku rasa yang merancang itu tak masukkan jangkaan masa hadapan.
    Maksud aku, dia bina hospital untuk bertahan paling kurang 100 tahun tapi dia tak anticipate yang dalam 100 tahun itu bilangan pengguna kereta semakin bertambah, dia rancang parking spot utk taraf hidup pada tahun ia dibina, so...

    ...jadilah rezeki pemenuh buku saman polis huhuhu

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.