"Aspek psikologi dan emosi pelajar perlu diambil kira dan jangan terlalu fokus untuk mengenakan denda dan sebagainya.”
Itu ulasan Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohd Ali Hassan, apabila dihubungi, malam tadi.
Dia berkata demikian selepas Harian Metro menunjukkan beberapa gambar kejadian pelajar duduk di atas jalan dalam kawasan sekolah, di Taman Tun Dr Ismail.
Semua gambar, petikan video dan ulasan pengetua SMK Taman Tun Dr Ismail mengenai perkara itu diterima Harian Metro daripada keluarga pelajar, kira-kira 6 petang, 7 November.
Waris pelajar yang meminta tidak disiarkan namanya berkata: “Saya lihat kejadian itu ketika hendak hantar anak untuk menduduki hari pertama SPM.
“Apabila saya tanya kenapa buat begitu kepada pelajar, pengetua itu menyatakan bahawa pelajar yang lewat terpaksa diasingkan daripada pelajar lain.
“Kata pengetua ini, memandangkan sekolah tidak cukup ruang ketika perhimpunan, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain duduk di atas jalan.
“Pengetua itu kata, mereka (pelajar) juga diarahkan supaya membawa plastik alas sekiranya lambat ke sekolah.
“Bila saya tanya tidakkah ada cara lain selain duduk atas jalan kerana pelajar memakai pakaian yang sama untuk bersolat, dikhuatiri terduduk atas najis dan sebagainya.
“Tapi, pengetua itu seolah-olah menyindir pula dan menjawab agar ibu bapa boleh menderma lebih 1,000 bangku untuk memastikan anak-anak dapat duduk atas bangku ketika perhimpunan,” katanya.
Dr Mohd Ali dalam ulasan tambahan menganggap tindakan itu sebagai agak keras dan tidak wajar dilakukan.
Beliau berkata, seharusnya pelajar diberi amaran terlebih dahulu dan bukan terus diperlakukan sedemikian.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan berkata, pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyiasat segera perkara itu.
Katanya, kementerian memandang serius berhubung kejadian segelintir pelajar SMK Taman Tun Dr Ismail yang diarahkan duduk di atas jalan kerana lewat sampai ketika perhimpunan sekolah.
“Saya juga melihat pengetua sekolah ini tidak sewajarnya memberikan kenyataan mengikut perasaan. Perkara ini perlu diperhalusi," katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam tadi.
Menurutnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seharusnya mengadakan perbincangan berhubung perkara ini.
"Soal duduk di atas jalan tar perlu dilihat secara jelas bersama unit disiplin pihak sekolah terbabit,” katanya.
Sumber Harian Metro.
* * * * * * * * * *
Berikut adalah perkongsian daripada seorang guru sekolah tentang isu ini:
Memanjakan yang manja sampai mengada-ngada
"Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia memandang serius kejadian murid yang diasingkan dan duduk di atas jalan tar. Pihak KPM meminta JPN membuat siasatan dengan segera". - Metro.
Aku tak faham dah. Sungguh. Betul-betul tak faham. Dah murid lewat, guru asingkan dari murid yang awal. Biasa la tu. Nanti habis perhimpunan, murid yang lewat mungkin diberi taklimat (kena marah la) supaya sedar atas kesalahan dan datang awal lain kali.
Tapi itu pun tak boleh ke? Eh, awal tahun dahulu, kawan aku guru disiplin sekolah menengah rotan murid lewat. Kau tahu apa jadi? Dia didakwa di mahkamah, ibubapa yang tak boleh terima anaknya di rotan buat report polis.
Banyak kali jugalah turun naik mahkamah, mujur dia menang kes tu. Dah memang patut murid tu dirotan, bukan sekali dua datang lewat. Dia anggap sekolah tu atuk dia yang punya ke apa? Suka suki nak langgar peraturan.
Kes ni lagi pelik. Bingung aku memikirkannya. Guru tak sentuh, tak rotan, tak maki hamun. HANYA asingkan sahaja, masih mendengar taklimat di perhimpunan seperti murid lain. Eh, murid lain pun duduk atas tar juga lah. Apa ada hal?
Pengerusi Majlis Permuafakatan Ibubapa dan Guru Nasianal, Datuk Dr Mohamad Ali Hassan pun satu hal juga. Patut dia pengerusi PIBGN tolong la back up cikgu. Sebab itu persatuan Ibubapa dan Guru, bukan Ibubapa dan Murid.
Ini tidak, katanya tindakan itu agak keras dan tidak wajar dilakukan.
Yang manja dimanjakan lagi. Yang remeh dibesar-besarkan. Diberi keutamaan pada si manja, sedang yang kental adalah majoriti.
Malah, murid yang dihukum tidak bersungut pun, ibubapa yang lebih-lebih. Mengada-ngada dan manja sungguh ibubapa zaman la ni (khas ibubapa yang up isu ni kat Metro). Menyampah pula aku. Macam dia tak pernah sekolah dahulu.
Eh, kau buat sekolah sendiri la. Sekolah kerajaan ke, swasta ke, memang ada peraturan perlu dipatuhi. Dah pelajar langgar peraturan, mereka akan dihukum la. Kalau yang langgar peraturan dipeluk cium, diberi pujian, sedaplah. Semua orang nak langgar peraturan.
Peraturan dibuat untuk dipatuhi, bukan untuk dilanggar. Kau paham tak?
Amboi, murid kena duduk atas tar sikit terus suruh JPN buat siasatan segera dibuat. Kereta cikgu disimbah cat, tayar dipancitkan, dicalar-calar, dimaki hamun murid, tidak bersegera pula. Cikgu hanya memendam airmata. Memendam rasa penuh hiba.
Letih jadi cikgu akhir-akhir ini. Jadi mangsa segenap pihak. Diperah pun kami, dipersalahkan pun kami. Muktahir ini, guru yang perlu menghormati pelajar.
Sampai bila budaya 'Memanjakan yang manja sampai mengada-ngada' akan diteruskan? Sampai bila? Sampai bila?
#MFS
Sumber dari FB Cikgu Mohd Fadli Salleh.
* * * * * * * * * *
Untuk isu ini, yang aku perhatikan di netizen memang lebih ramai orang sama ada golongan ibu bapa mahupun guru yang membantah dan tidak bersetuju dengan ibu bapa sekolah itu yang tidak berpuas hati pelajar datang lewat diasingkan dan duduk di belakang di jalan tar ketika perhimpunan sekolah.
Denda duduk di atas jalan tar tidaklah keras dan teruk. Bukannya pelajar tersebut kena cubit ke rotan ke tampar ke apa. Dah nama pun denda. Takkan denda suruh diorang duduk kat bangku kantin? Kalau macam tu aku pun nak kena denda. Kalau hukuman macam ini dah kira keras, denda berdiri atas kerusi, berdiri di luar kelas, rotan, lari pusing padang dan lain-lain denda yang biasa pelajar kena tu nak dikategorikan sebagai apa? Super keras?
Kau tanya takde cara lain ke?
Banyak cara lain, tapi kalau buat cara lain pun, kau tetap takkan puas hati juga.
Suruh berdiri tengah padang, tak ada cara lain ke?
Berdiri kat depan perhimpunan, tak ada cara lain ke?
Tunggu kat luar pagar sampai perhimpunan habis, tak ada cara lain ke?
Rotan tapak tangan, tak ada cara lain ke?
Berdiri sambil junjung kerusi, tak ada cara lain ke?
Dia macam inilah...
Mereka kena denda sebab datang lewat. Mereka itu pelajar yang masih di bawah tanggungan dan jagaan ibu bapa. Maka kalau mereka datang lewat ke sekolah, kau tahu siapa yang salah?
Bukan mereka, tapi mak bapak mereka.
Dah tahu anak kena datang sekolah awal pagi, bangunlah awal, kejut anak-anak, bersiap awal-awal, hantar mereka pergi sekolah awal sebelum bunyi loceng. Itu tanggungjawab kau orang sebagai mak bapak.
Maka bila anak kau kena denda kerana datang lewat, yang patut dipersalahkan adalah kau sebagai mak bapak mereka. Anak kena denda tu sebagai simbolik atau peringatan kepada mak bapak. Yelah, takkan nak hukum mak bapak, mesti kau pun marah.
Ini kau hantar anak sekolah lambat, lepas tu tinggalkan anak kat pagar sekolah dan kau pergi kerja, terpaksa mereka tanggung seorang diri denda. Patut kau tu pergi masuk sekali dengan anak kau ke sekolah, jumpa cikgu, minta maaf kat cikgu sebab anak lewat, tanggung kesalahan tu bersama-sama, bukan tinggalkan dia tanggung hukuman seorang diri.
Dan tahu tak satu benda?
Isu ini sebenarnya isu kecil je, aku pasti ramai ibu bapa yang terima anak mereka kena denda di sekolah atas sebarang kesalahan, tapi ada la segelintir seorang dua yang ntah apa masalah dalam kepala hotak membesar-besarkan isu kecil sampai rakam gambar, video dan lapor kat akhbar bagai untuk viralkan, macam ni jelah aku sarankan...
Kalau tak nak terikat dengan peraturan sekolah, ajar sahaja anak sendiri di rumah buat homeschooling. Rumah anda, peraturan anda, cara anda. Habis cerita.
P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik. Klik pada gambar di bawah untuk melihat preview komik. Untuk membeli boleh hubungi kami melalui:
Email: princeofnoob[at]gmail[dot]com
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
PM Facebook: https://www.facebook.com/prince.nub
Whatsapp/SMS agen kami: SangKancil - 013-9313541
tags: siasat pelajar murid duduk atas jalan tar asing sekolah psikologi smk taman tun dr ismail ibu bapa laporan video ulasan disiplin peraturan denda hukuman datang lewat lambat
PATUTLA MURID SEKARANG PERANGAI MACAM CELAKA, BIADAP, KURANG AJAR, SAMSENG SEBAB MAK BAPAK SAYANG SUNGGUH PD ANAK2 SAMPAI DENDA SIKIT PUN TAK BOLEH.
BalasPadamMEDIA PUN SATU HAL,MACAM ADMIN NI CUKUP SERONOK NAK SIAR BENDA2 MACAM NI. SEBAB TU ANAK2 MELAYU SEMAKIN ROSAK. SEKOLAH CINA TAK HEBOH PUN ANAK MEREKA KENA ROTAN SEBAB MAK BAPA DIA X KISAH KALAU ANAK BUAT SALAH, SB TU ANAK CINA PANDAI.
Wahh..jgn marah geram xpe...dlm kes nii tkde isu pun..ntah apa motif pengadu siap masuk suratkhabar bagaii..generasi aku tahun 90an dulu lebihh keras lagii..ilmu punya pasal tetap harungi juga..nii baru disuruh duduk kt tar dh kecoh..kata pondan mrh plk..pemimpin persatuan pun jgn dengar sebelah pihak saja..ππΏππππππππ
PadamProoooOooo0ottTT
Padam-Chegu Suraya-
kalau rasa sayang sangat kat anak, buat sekolah sendiri, bapa kau jadi pengetua, mak kau jadi cikgu....belailah puas2 kalau dia buat salah....
BalasPadamMelayu sampai bila2 pun bodoh kalau ada mak bapak n media yg berperangai macam ni
Ni denda yang terlampau ringan.. kecoh.
BalasPadamSekolah anak-anak Mrs.A pun time assembly duduk atas lantai simen jer... tak kecoh pun. Setuju dengan TedManof takde isu pun. Pengadu ntah apa-apa. Bila macam ni kesian pulak pada cikgu-cikgi apa pun tak boleh.
BalasPadamAssalamualaikum wrbt...
BalasPadamsebenarnya isu ini amat remeh...sangat remeh..
saya bersekolah dulu pun (SPM tahun 1996) tak kecoh macam ni. Anak kene rotan depan ibu bapa lagi, sebab anak tu memang bersalah, takde pulak report merata bagai..
zaman sekarang jadi pelik..adakah sejak menteri pelajaran larang guna rotan di sekolah? hmmm....
Biase la...media dah bosan ambik cite politil buat model cerita..so cite2 ni yg leh sensasi sikit, start dr ns lemak anak dara sehingga ke cite anak kena hukum kat sekolah. pasni menteri korek hidung pun keluar berita, keluar statistik penduduk malaysia antara rakyat paling suka korek hidung di khalayak ramai.
BalasPadam